Wednesday, 17 June 2015

Cuti semester yang lepas.

Bismilah.

Assalamualaikum.

Dah lama sangat tak update blog sampai rasa blog ni macam dah tak berpenghuni. Blog bersawang, banyak sayap kekatu macam rumah warden yang aku duduk baru ni lepas cuti semester 2 minggu!

Oh taknak membebel pasal sawang dan sebagainya. Nak cerita tentang cuti semester dua minggu. Alhamdulillah, sekarang ni dah mampu berkereta walaupun bukan lagi hak milik sepenuhnya sebab tak bayar habis lagi kan. In shaa Allah in 9 years or maybe even sooner! 

Jadinya, cuti baru ni kitorang balik kampung! Kampung aku kat Kota Kinabalu. Tapi NO bukan area bandar yang sibuk sepanjang hari dan malam. Kampung aku ni dah jalan on the way ke Kota Belud. Tuaran, Tenghilan, Tamparuli. Sebenarnya tak tahu mana satu kampung sebenar. Kampung bagi aku adalah tempat di mana keluarga besar akan berkumpul. Dan di mukim-mukim itulah selalunya aku dan sepupu sepapat akan berkumpul.

Dulu, kalau nak ke Kota Kinabalu dari Tawau akan mengambil masa selama 12 jam atau lebih. HAHA. Over. 10 jam je kot. Itupun naik bas. Kalau naik kereta sendiri nak singgah situ sini kenalah lebih daripada 10 jam. 10 jam tu pun tak sampai rumah aku yang kat luar bandar tu lagi. Kena lalu Lahad Datu, Sandakan dan sebaginya on the way. Kali ni, dah ada jalan belakang. Alternative road. Lalu Keningau. Lepas tu lalu Tambunan, Penampang, Inanam. Oh boleh je lalu Kimanis. Tapi sebabnya aku taknak ke bandar KK yang nauzubillah sesak, kitorang lalu Penampang dan terus ke Inanam dan terus ke Tuaran. Perjalanan tak ambil masa lama pun. 8 jam kut kalau kitorang tak singgah makan buang air kecil dan besar dan tangkap gambar hutan original. Heh. Ataupun mungkin boleh lebih awal kalau bawak lebih laju. Tapi takpayah nak laju sangat sebab jalan selekoh turun bukit dan naik bukit lepas tu kiri kanan ada hutan menghijau cantik takkan taknak dihayati, ye tak?

Cuti hari tu aku isi dengan berjalan ke sana ke mari melawat tempat yang selama ni dengar cerita kawan aje tak pernah sampai sendiri. Dan ya, finally aku dah sampai ke Tanjung Simpang Mengayau! Alhamdulillah.

Next, nak conquer Tanjung Piai, Johor pulak! In shaa Allah.

OK. Nak sambung buat fail Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) dan nak sah jawatan cepat-cepat.

P.s takde gambar malas nak letak.

Thursday, 12 March 2015

Quick Update: As Sign of Existence

Bismillah.

Assalamualaikum.

Sekarang tengah buat assignment kat kedai makan ibu dengan dua orang budak hostel.


Fast fact:
1. Ibu dah buka kedai makan.
2. Aku adalah warden asrama sekolah.
3. Aku buat assignment orang as side income.

Will update more, later! In shaa Allah.

Thursday, 8 January 2015

Overweight!

Bismillah.

Assalamualaikum.

Hari ni nak cerita pasal overweight. Eh tak, bukan nak jadi perunding kesihatan and whatnot. Cuma nak cakap pasal aku, yang overweight. Yup, aku akhirnya, dah pra obesiti. Kenapa aku cakap akhirnya? Well, sebabnya dulu aku ni spesies manusia yang makan la apapun, badan tetap mantain gitu aje. Dan berat badan naik satu dua kilo je. Pastu balik normal. Heaven tak heaven?

Dulu, kalau kawan-kawan cakap pasal diet, aku macam tak berkenan je. Sebabnya, aku rasa diet ni merugikan. Selagi sihat, makan ajelah apa yang mampu, kan? itu kut prinsip aku. And aku sangat bersyukur sebab aku tak ada alergi. Oh, cuma aku alergi dairy produk. Lepas makan akan cirit-birit. Tapi itu pun baru dapat 4 tahun lepas masa kat universiti. Tapi, as I say, selagi sihat, makan je apa yang mampu. Dan aku akan langgar je dairy produk tu semua. Dadih is my favourite!

Nak dijadikan cerita, aku pernah broke up. Tak apa. Cerita lama yang aku tak kisah pun nak diungkit balik. Well, hari-hari doa kat Tuhan mintak petunjuk dan nah, Tuhan bagi break up! Hehe. Alhamdulillah. Eh cop. Bukan nak membebel pasal broke up. Nak cakap, masa tu berat badan susut sangat-sangat. Dan tulang pipi semua timbul. Dah macam zombie. Dah la tak pernah gemuk, tetiba jadi kurus kering. Bayangkan, muffin top pun tak hado! Dekat dua tahun jugak kut nak recover. Dan lepas tu, selera makan naik mendadak. Terutama masa praktikal. Makan memang tak hengat dunia. Melantak aje kerjanya. Tengah malam dekat nak subuh pun boleh buat sandwich telur bubuh mayonnaise macam lava gunung berapi tumpah. Dan masa tu, dah ada kawan yang cakap aku montel dan perut pun dah mula memboncit. -.-

Lepas tu, tetiba semua university kat Malaysia nak selaraskan cuti, dibaginya kitorang cuti 4 bulan. Dan korang tahu la apa jadi kalau tidur makan aje kat rumah, kan? Badan semakin naik. Dah chubby. Dah ada seluar yang macam ngam-ngam aje muatnya. Kawan yang dulu asyik cakap tunggu aku kahwin kut baru gemuk dah mula mengakui kegempalan aku. Dan aku, masih tak kisah. Makan macam orang yang tak pernah jumpa makanan. Dah tu, aku ni spesies yang kunyah laju. Euw buruk perangai, tahu, tahu.

Lepas tu, habis study and thanks to Kementerian Pendidikan (yeke?) yang tetiba bertukar system, aku menganggur setahun. And it started getting worse. Tetiba, ada seluar yang tak muat langsung! Kalau pakai jugak, kiranya sengaja mencari nahas cramp. Mula tu memang tak kisah sangat sebab I’ve been through kurus macam orang sakit kind of body, jadi aku rasa this healthy look harus dikekalkan walaupun terkadang rasa nak jugak diet. Tapi still, aku tak nak jadi tak sihat, petang-petang jalan kaki sikit-sikit. Dan tahu la, kalau dah kat rumah... Mom’s cook is the best! Makan tak beringat dua tiga pinggan.

Sampailah... Bila aku dah posting, a teacher took a photo of me. Candid. And oh my! Besarnya peha! Arghh! Macam tak boleh terima je. Sebab gambar tu gambar duduk. Lepas tu, pegi cek berat and doctor confirmed yang aku dah pre obese. Lepas tu, pegi kahwin cousin and everyone commented on my chubbiness. Serius. Aku tak nak being skinny pun. Aku cuma nak being fit. Nak get rid all these cellulite. Jadi nasihat aku, kepada kawan-kawan ladies kat luar sana, be moderate. Jangan mencekik tak hengat dunia kononnya bangga sebab badan tak naik-naik. Dan tolonglah amalkan healthy lifestyle. Tak rugi pun. Makan je la nak makan apapun. Tapi ala kadar, dan jangan lupa senaman. Sebab once kau dapat lemak-lemak kegemukan yang kau impi-impikan tu, susah nak get rid of lemak berlebihan -.- serius susah nak buat mountain climbs, planks, crunches, dan semua exercise nak dapat a flat tummy.

Aku tengah dalam usaha nak mengurangkan berat badan dan menghilangkan selulit yang tak diundang. Wish me luck. Dan to all of you out there yang ada masalah sama macam aku, sabar, it’s a long process but it’ll be worth it. Hwaiting!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...