Friday, 28 December 2012

Adik dan cyber cafe.

Assalamualaikum.

Beberapa hari lepas aku mintak adik yang umur 17 tahun buatkan aku meja untuk letak laptop.

Dipendekkan cerita sekarang bilik aku dah ada meja.

Dipendekkan lagi cerita, adik aku yang 8 tahun pulak dah tak reti nak keluar bilik. Rasanya lepas ni kena letak sign depan pintu:

Cybercafé open for business.
RM3 per hour.
p/s: Mintak maaf sebab dah jarang jenguk blog kawan-kawan. Kebelakangan ni asyik demam pastu internet pun macam tak menggalakkan. In shaa Allah kang kalau ada masa, internet laju, akan lawat kawan-kawan blogger. Padahal ada je baca tapi bila nak komen internet connection tak mengizinkan. Cehh.

Friday, 21 December 2012

Adik yang bermulut lima.

Assalamualaikum.

Tiap malam aku dan adik-adik aku yang 17 dan 8 tahun akan jalan keliling kampung dengan Honda Wave ayah. Mungkin boleh dikatakan itu antara bonding-session kami. Kitorang cakap pasal macam-macam dari hal sekolah sampai lah ke hal-hal perasaan.

Nak cerita pasal adik yang 8 tahun. Ibu cakap mulut adik ada 5 sebab adik memang tak berhenti potpetpotpet sepanjang hari. Cuma akan diam kalau ibu cakap “adik, pegi baca sifir malam karang ibu nak soal.” Pastu mula buat muka seposen ambik kertas sifir pegi pondok belakang rumah. Oh belakang rumah kitorang ada pondok. Siap ada TV lagi. Sebab ayah suka duduk situ. Kadang nak tukar angin ibu bawak makan kat luar. Luar rumah, kat pondok ayah.

Berbalik pada keluar malam. Adik yang ada mulut lima takkan berhenti bercerita pasal itu dan ini pasal sekolah, pasal kawan-kawan dia kat sekolah, pasal cikgu-cikgu, pasal jiran-jiran, pasal ibu, pasal ayah. Ada je cerita dia. Dan setiap kali lalu belakang sekolah adik, adik akan cakap

“Akak tahu tak kitorang dah tak pakai tandas lama tu. Sekolah dah buat tandas baru sebab tandas lama tu berhantuuuu.” siap tunjuk tandas lama belakang sekolah.

Okey aku ngaku aku pun dulu memang sangat takut nak ke tandas tu kalau takde kawan. Belakang tandas tu ada kolam tinggal. Seram okay dengan lumut yang timbul-timbul macam ada raksasa tidur je dalam kolam tu. Jadi aku memang setuju sangat kalau sekolah buat tandas baru.

Dan kalau lalu depan pokok durian yang terbakar kena petir adik akan cakap

“Akak tahu tak pokok tu kena sambar petir. Sayang durian yang banyak-banyak atas pokok tu.”


Jadi boleh bayangkan kalau kitorang lalu belakang sekolah dan pokok durian terbakar sepuluh kali, maksudnya sepuluh kali jugak la adik cerita benda yang sama dan aku kena angguk dan iyakan je. Phew.

Semalam kitorang suka-suka cakap guna bahasa Indonesia. Cakap pasal monster kelawar. Aku jadi adik, dan adik jadi abang.

Adik : Adik, jangan dibunuh monster kelawar itu. Kakak kan sudah jadi tidak akan membunuh dia. Kakak sudah dibagi wang.
Aku : Kak, kalau kakak tidak mahu berlawan dengan monster kelawar itu, biar adik saja yang pergi.
Adik : Adik (dan kitorang pun lalu depan pokok durian terbakar) jap eh nak bagitahu. Hah pokok durian tu terbakar sebab kena petir tau. Sayang je durian-durian kat pokok tu.

Adikkkkkkk… =,=
p/s: Adik yang bermulut lima akan diam dan baca al-Fatihah bila kitorang lalu kawasan tanah perkuburan.

Sunday, 16 December 2012

Entri kedua untuk Disember 2012.


Assalamualaikum.

Okay tak lama lagi nak masuk sem baru. Semester terakhir. Selepas 4 tahun, masa yang aku tunggu-tunggu akhirnya tiba jugak! Perasaan?

Okay kalau dulu aku memang happy sangat-sangat nak habis belajar sebab aku nak kahwin! Yeay! ;p HAHA. Okay itu memang sangat lame, tapi hidup mesti ada tujuan kan? Aku jenis manusia yang dah plan apa yang aku nak buat dalam satu diagram pokok. Aku ada pokok impian.

Mula-mula nak masuk UPSI, pastu nak kahwin, nak naik haji dengan ibu dan ayah nak bla bla bla. Okay sekarang aku nak naikkan dahan kahwin ke atas sekali sebab itu belum tentu nak dicapai lagi dalam masa terdekat ni. Buat masa ni aku nak fokus study. Tak kira lah orang cakap otak aku tak penat ke, aku tak bosan belajar ke, ulat buku sangat ke. Tapi itu pun tahun depan kut in shaa Allah aku nak consult dengan penasihat akademik dulu.

Dulu memang doplohpat jam fikir nak kahwin je. Macam tak terfikir masa dengan ibu dengan ayah dah cukup ke, masa dengan Allah lagi lah. Sekarang mata dah terbuka luas-luas. Dan sekarang in shaa Allah aku akan lebih menghargai segalanya yang ada di sekeliling. Keluarga, kawan-kawan, masa terluang, pendek kata, in shaa Allah tak ada yang terlepas pandang lagi.

Tadi buat makan-makan sikit untuk kawan baik. Kawan baik aku kat kampung ni ada dua orang. Kawan dah lama. Start tingkatan 1 dulu. Kiranya sekarang Alhamdulillah dah bersahabat 11 tahun. Semoga persahabatan kekal sampai syurga.
Oh perasaan sekarang macam agak nyesal tak manfaatkan semua masa untuk aktif kat kampus atau kolej. Untuk adik-adik yang nak masuk U ataupun yang masih dalam alam Universiti, tolonglah manfaatkan semester-semester anda untuk bergiat aktif. Okay? J

Mulai sekarang aku post random-random je eh? :)

Friday, 14 December 2012

Entri pertama untuk Disember 2012.

Assalamualaikum.

Beberapa hari ni aku asyik nampak signs yang mengukuhkan lagi pendapat aku yang semua ini ada kurnia dalam samaran.

Tak pernah aku rasa sebaik ini.

Eh kau, jaga diri tau. Sayang kau walaupun kau dah tak sayang aku. ;p


Semoga 2013 lebih baik dari tahun ini? *ini tidak bernada sarcasm

Memang sangat banyak benda baik jadi lepas putus cinta. :D
Padahal saje taknak biar blog bersawang. Maaf kebelakangan ni sibuk manjang tidur pun tak teratur. Kadang tertidur pukul 8 malam dan bangun semula dalam pukul 11 dan susah nak tidur semula. Huh.

Terima kasih Allah untuk segalanya.

Thursday, 29 November 2012

Perjumpaan dengan kawan masa kanak-kanak.


Assalamualaikum.

Do you remember your childhood friends? The friends whom used to play with you all day long until your mother started screaming asking you to go home?

HAHA. I got lots of them.

We live nearby (as we are all neighbours) and we still greet each other every time we meet! But the best part is we are like siblings! We know each other’s parents, greet them, and we take care of each other's siblings.

Tonight we threw out a gathering for us. We ate, talked, laughed, and took photos. It was fun. I had fun. I know I had fun because I keep talking about it and I can’t stop laughing remembering every bits of our conversation!

We were all down to our memory lane from 1996 till 2001!

It was fun, seriously. One of my best memories is having them as my best friends.

Wednesday, 21 November 2012

Komen negatif itu bukan kritik.

Assalamualaikum.

Kadang-kadang kita rasa sangat sakit bila soalan atau kata-kata atau impian kita mendapat komen negative yang langsung tak membina.

Skeptikal. Mangli. Muntah.


Baik aku buat benda yang menggembirakan hati sendiri.
Ini bukan kerja orang bosan, ini kerja orang yang cuba lari dan masuk ke dalam dunia yang cuma ada dia sendiri.

Komen negatif dengan kritik tu tak sama kan? Komen negative menjatuhkan, kritik tu membina. Tapi terpulang pada penerima jugak kan? Huh.

Tuesday, 20 November 2012

Cuti 4 bulan. Cerpen.


Assalamualaikum.

Cuti 4 bulan sekarang dah tinggal 3 bulan.

Dan dalam waktu 3 bulan ni aku nak habiskan baca buku-buku yang aku beli waktu praktikal. Ya, buku-buku memang elok dibeli dan dibaca, tapi kalau silap percaturan boleh menyebabkan duit melayang sebab luggage lebih muatan bila nak naik kapal terbang. Oh ya, aku cakap pasal diri sendiri.

Aku suka cerpen. Entah kenapa kurang suka novel yang ambil masa berhari-hari untuk habiskan. Setakat ini masa tercepat yang aku ambil adalah 2 minggu. 143 karya Pingu Toha dan Quartet karya Saidatul Saffaa yang aku bagitau dalam post INI. Dua-dua novel ini aku gerenti tak rugi dimiliki dan tak rugi dibaca.

Sambung pasal cerpen, aku ada 2 antologi cerpen yang berkisar tentang Palestin. Satu dibeli tahun 2008 tajuknya Lelaki dari Shatilla dan satu lagi dibeli tahun 2010 kat Pesta Buku PWTC, Biarkan Aku Jadi Orang Palestin. Walaupun aku dah habis baca kedua-duanya, tapi aku dah lupa kebanyakan cerita. Jadi aku nak ulang baca.

Moga-moga aku dapat idea nak tulis cerpen tentang Palestine juga. Tapi sekarang aku nak tidur dulu. Moga-moga idea datang mengetuk di alam mimpi.

 Buat masa ini, ibu dah sihat. Semoga ibu tak sakit lagi. J

Monday, 19 November 2012

Adik.

Assalamualaikum.

Hari ibu sakit aku nampak adik tadah tangan, mulut adik kumat-kamit. Waktu tidur aku tanya adik ‘tadi akak nampak adik doa, adik doa apa?’

Adik cakap ‘adik doa untuk ibu. Tak boleh bagitau orang kita doa apa nanti tak makbul.’

Aku cakap, ‘tak boleh bagitau kat orang yang kita doakan je.’ *puas jugak aku pujuk adik supaya adik bagitau.

Adik cakap, ‘oh eh?’ adik bisik kat telinga ‘adik baca al-fatihah, kulluwallahuahad, kul azubirobbinas, kul ‘azubirrobilfalaq pastu adik mintak Allah sembuhkan ibu, adik mintak Allah ampunkan dosa-dosa ibu.’

Adik. T__T

Thursday, 15 November 2012

Make du'a for GAZA.


Bismillahirrohmanirrohim.

Assalamualaikum.

Gaza. Mereka tidak perlu simpati. Mereka perlu DOA.

http://www.aljazeera.com/indepth/inpictures/2012/11/20121111152558908105.html

Ibu.


Assalamualaikum.

Ini entri buat ibu. Ibu yang penat seharian bekerja, menjadi suri rumah sepenuh masa. Untuk ibu yang prihatin, sentiasa memberi perhatian, tanpa mengharap apa-apa balasan.

Ibu, Noor sayang ibu. Noor mohon, ibu jangan sakit-sakit ya. Betul cakap ibu, kalau ibu sakit, satu rumah akan sakit. Ibu orang kuat keluarga. Ibu kuat. Ayah pun cakap ibu kuat. Ibu jarang melatah. Setiap ujian menimpa ibu tempuh dengan sabar.

Malam ni tiba-tiba ibu sakit. Ibu nangis. Kami semua mati kutu, ibu. Kami tak tahu nak buat apa. Ayah cakap nak bawak ibu pegi klinik, tapi ibu cakap tak payah. Ayah nak panggil makcik yang pandai urut tu datang, tapi ibu tak kasi. Sudahnya, kami bertiga yang urut ibu. Kaki, tangan.

Aku tengok adik, aku nampak adik nangis. Aku tak boleh nangis sama. Sebab ayah tak nangis. Aku taknak biar ayah kuat sorang-sorang. Tapi aku tengok mata ayah ada cahaya, mesti air mata ayah bergenang.

Ibu dah terbiasa tak ngadu dengan orang. Aku tau ibu sakit kat dalam. Aku tau banyak yang ibu pendam.
Ya ALLAH.. Tahun ini dah sangat susah untuk ibu, hamba tahu Engkau takkan uji ibu tak sesuai dengan kemampuan ibu. Tapi hamba mohon, walau apapun, Engkau jangan biar ibu sendiri. Kami sayang ibu.

Aku sangat kagum dengan adik. Umur baru 8 tahun tapi dah pandai berdikari, betullah, adik dah matang sebelum usia.

Adik cakap, “malam ni adik taknak tidur, adik nak jaga ibu.”

Adikkkkk… T______T

Ibu terlalu banyak memberi perhatian dan kasih sayang, sampaikan kita terlupa yang ibu juga manusia yang perlu perhatian lebih, kan?

p/s: Mohon doa untuk ibu.
Nanti bila ada masa terluang akan lawat kawan-kawan blogger, insyaAllah.

Sunday, 11 November 2012

Am I in serious trouble?

Bismillahirrohmanirrohim.
Assalamualaikum.


So yes my practicum ended weeks ago. And yes I have activated my Facebook account because my students had been pleading. So I guess whom am I running away from actually? Why can’t I have Facebook account to connect with my students? So rather than being a runaway kind of person, I decided to activate my account. Considering he won’t be bother looking for me after all.

So these past few days I have been stalking my friends’ Facebooks to get updates from them. Some of them are in a relationship, some have been engaged, and some even got married and expecting babies! I know, I know, I missed a lot. In order to strengthen myself, I lost something. I even forgot two of my best friends’ birthdays! Lucky they understand me.

So I’ve decided no more hiding in my own country.

And as I stalked, I come to realize that my all my friends uploaded their photos with their students. They even mention them taught at that school and missing their students a lot and yada yada yada. So I was like ‘am I cruel for not uploading photos and updating statuses about how I miss my students?’

Am I a jerk?

Have I become a jerk?

Even during our last day I hardly shed any tears. As they kept saying they won’t forget me and they want me to always remember them, I constantly reminded myself that all of these are just temporary feelings. They’ll soon forget me and I would be just another sweet memories they have without even bother asking how am I doing and do I miss teaching them. People come and go. That’s what I have set in mind. And one student asked about my flight and I told him that I almost cry because I almost miss the flight because my luggage was overweight! And he said “you cry because of that yet you never cry for your students?”

That was the understatement of the universe. I actually cried a bit. But I think all of you didn’t hear it when I say, thank you for curing my broken heart because all of you were busy eating at the farewell party. I cried a bit and went out from the class. And that’s it. I’m afraid that my tears have dried during my grieving over something stupid I have done. But never mind about that.

Remember Flounder? Well, he signed up on tumblr for me. But now he doesn’t even bother updating anything like he used to. He was so passionate at first that he wanted to write his journal entries there for me to read. I’ve expected everything. I knew the day that all-of-them-will-forget me will come so I wanted to be prepared from the very beginning. I don’t want to take anything so personal so that I would feel less hurt when they do forget me, one day.

There are few students who like to send me text messages. I have been waiting for the day that they will finally stop SMS-ing and some of them finally did! But still, I’m so touched with students whom even buy new number so that it’ll be lot cheaper SMS-ing with me. But note that I don’t like receiving text messages from boy students whom I found out have feeling for me! They are 14 and I’m 23! What were they thinking?

Students whom had always been so ‘oh I’ll sure miss you a lot teacher’, ‘I’ll call you whenever I’m free’, ‘I miss you already’ are all now gone. Nothing. I don’t know what’s wrong with me. Whenever I feel like texting them, I kept reminding myself that don’t bother looking for persons who have forgotten you.
I don’t post pictures with them because I’m afraid that people might think I’m already a teacher and then people would be asking my mom whether or not I have become  a teacher. So to avoid such question, I avoid raising such idea. And why wouldn’t I upload presents from my students is because I don’t want to boast. I think it is enough for me to keep their presents safe and use them properly that even if they see me 10 years from now I can still show them the presents they gave me. That’s how I’ve planned on how to appreciate their presents.

About me not posting about me missing them so much is because I’m not yet a teacher, and missing my students would be raising such idea which will definitely leads to question ‘is she already really a teacher?’. You know kampung-folks. But yes, I do miss them! I do recall back all the memories before going to bed. But do I have to announce that on Facebook? I think that is so unnecessary. Not that I’m condemning my friends who posted that, it’s just for me I feel that it is too cheesy and I wouldn’t do that. If you consider me a cruel heartless teacher just for that, then go ahead judge me. We all have our own opinions.

Does missing require announcement? I think it would be enough if I place them in my prayer every day. I'm also actually quite afraid of saying I miss you or I miss you too.

I don’t know why I am not showing any of my affection anymore. Am I afraid of getting extremely attach to anybody regardless of whom they are?

If that so, I think I’m in serious trouble.

HELP?

Friday, 9 November 2012

Diarrhea. Adik dan cerita hantu.

Bismillahirrohmanirrohim.

Assalamualaikum.

Okey dah lama sangat biarkan blog bersawang. Kalau blog macam rumah dah beribu-ribu kot labah-labah, lebah, anai-anai, semut buat sarang kat blog ni.

Malam ni tidur agak lewat sebab aku kena diarrhea (wah bagi term nak good-good padahal boleh je cakap cirit-birit dan muntah-muntah tapi nampak agak gross). Jadinya, perut dan kepala rasa sangat tak selesa.

Oh, ha. Tadi pun aku tengok movie dengan adik. Konon nak tengok movie hantu yang seram-seram sikit. Tapi adik nak tengok hantu lucu, nak forever Hantu Kak Limah mana boleh, akak dah bosan laaaa.. =.=

Pastu tutup lampu, suruh adik duduk dekat sikit sebab kononnya nak tengok hantu seram. Adik siap warning cakap “adik tengok tak banyak tau. adik tengok sambil tutup mata.” aku pun tarik kerusi kat dapur (dengan harapan esok ibu jangan risau sangat kerusi kat meja makan hilang satu sebab ada kat bilik anak dara ibu ni hah) dan letak cekodok pisang dengan air milo dan air mineral atas kerusi.

Tengah sedap-sedap tengok movie tetiba aku dah tak dengar suara adik. Aku tengok sebelah Ya Allah, budak ni dah terlelap bila entah! Grr =.=

p/s: Umur adik 8 tahun dan kitorang tak jadi tengok hantu seram sebab aku takut malam-malam kang adik ngigau nangis-nangis. Bukan sebab aku takut.
Oh untuk kak Dinas, rasa daging landak macam rasa daging biasa je. Macam ayam sikit kot. :)

Saturday, 27 October 2012

Suasana baru.

Assalamualaikum.

Sekarang kat rumah tak macam dulu. Ayah dah tidur luar pastu handset ayah dah ikat dengan getah sebab nak lekatkan ubat ayah. Ayah cakap kalau jadi apa-apa kat ayah call je henset ayah pastu letak ubat tuh kat bawah lidah ayah. Huu~ makanan ayah pun dah tak macam dulu. Aku masih kena adapt dengan suasana dulu. Ayah dah tak sentuh makanan bergoreng. Makanan febret ayah semua ayah tolak tepi. Ayah dah serik kot.

Aku pun dah siap gosok tudung ngan baju in case jadi apa-apa lagi kat ayah. Kat rumah pun aku pakai baju yang flexible. Bila-bila masa nak keluar tinggal sarung tudung je.

Jiran-jiran tak tahu pun waktu ayah kena tahan wad. Sebab dah tengahmalam kan nak buat apa pegi kejut jiran-jiran. Ibu cuma call jiran sebelah yang ada kereta je. Mintak tolong hantar pegi hospital yang nak dekat 45 minit jugak dari rumah. Ayah taknak beli kereta sebab fikirkan aku dengan adik-adik. Duit masih nak pakai untuk belajar. Ayah setia je dengan motor NSR dengan Honda Wave dia tu.

Itu je kot aku nak cerita dalam entri kali ni sebab aku taknak blog ni bersawang nanti orang ingat blog ni dah jadi blog using terbiar pulak kan.

Oh, dan lagi, semalam ibu masak daging landak pulak. Untuk Ismi dan kak Dinas yang tanya pasal rasa daging bangau tuh, rasa dia manis-manis je. Hehe. Goreng je sebab bangau kurus tak banyak isi. Sekian.
p/s: Isnin nanti students nak jawab paper English. Mohon doa pembaca! ;D

Tuesday, 23 October 2012

Bermulalah sebuah kehidupan yang eksotik.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Semalam selamat lah aku sampai ke kampung halaman. Aku cek jugak handphone dalam hati ‘eh kenapa mak ngan ayah tak miscall tak mesej nih?’. Yala, flight lambat sampai ke destinasi selalunya mesti akan ada beribu mesej atau miscall masuk. HAHA

Sampai-sampai je, tahu la aku kenapa takde miscall. Sebab yang ambil aku kat airport ialah lelaki terhensem abad ini! Ayah! Aku tanya ayah, ayah kenapa tak mesej tak call? Ayah jawab eh nak buat apa, kitorang dah tau Noor nak sampai pukul berapa. Dari jauh sebenarnya aku cari jugak mana ibu dengan adik. Last-last aku nampak ayah! Tengah berdiri dengan tegap dan sasanya dengan senyuman lebar.

Ayah cakap, jantung ayah macam tak best je, cuba dengar. Hamboih! Kat airport tu! HAHA. Aku turutkan jugak permintaan ayah, aku lekap telinga kat dada ayah. Peduli apa orang nampak. Ayah sekarang dah makin manja eh.

Aku tak bagitahu adik aku nak balik. Jadi aku mesej adik cakap jangan tidur dulu nanti akak nak call. Beria adik tunggu pastu bila dia buka pintu tengok ayah bawak beg besar tak semena-mena dia jadi macam baby yang nampak patung warna-warni! ;p adik cakap ‘hah, tadi adik mesej ayah tanya ayah kat mana ayah cakap ayah kat airport!’

Ayahhhhhhh~ Noor nak buat surprise untuk adik la! HAHA

p/s: Lauk tengah hari tadi bangau goreng yang ayah tembak pagi tadi. Bermula lah kehidupan exotic ku. Senang hati! ;)

Saturday, 20 October 2012

2 perkara sepanjang bulan praktikal ini.

Assalamualaikum.

2 perkara yang terjadi sepanjang 4 bulan praktikal.

Satu. Sebenarnya tak banyak yang aku ajar pelajar-pelajar ni. Diorang lagi banyak mengajar aku, seorang guru praktikal. Terima kasih atas segala-galanya.

Dua. Am I so naive? I've been cheated my my best friends twice! Both because of men! Urgh!

Yeah, thank you. Truth will never be hidden.
p/s: Kak Ya, yeah I did cry, tapi air mata kurang. I miss them already. :’(

Wednesday, 17 October 2012

Sibuk dah nak habis praktikal.


Assalamualaikum.

Kawan baik aku cakap, “aku tau kau rasa sunyi dari apa yang kau tulis dalam blog walaupun sekarang kau lagi banyak cakap pasal family, pasal students.”

Aku cakap lah, “bukan aku rasa sendiri. Tapi masa aku heartbroken sangat-sangat dulu aku selalu meluah kat sini, cari kekuatan dengan cara aku sendiri. Jadi takkan lah bila dah okay aku berhenti tulis dalam blog pulak? Kan masih ada yang masih sakit? Lagipun, perasaan tu kalau asyik dilayan itu bukan lagi masalah tapi mengada-ngada nak mintak penampau. Kalau bukan kita yang kuatkan diri sendiri, siapa lagi? Takde siapa yang faham.”

Aku dah sangat tak sabar nak jumpa kau cuti nanti! :D
p/s: Esok students nak buat jamuan sikit. Sebab lusa dah exam. Aku bagi tupperware kecil berisi gula-gula je. Sobsobsob. Takde masa sangat nak buatkan macam-macam dan berkereatif sepenuh jiwa. 

Sunday, 14 October 2012

Dilemma.

Assalamualaikum.

These few days I've realized something.

I don't think I want to be a teacher in the future.

With this PBS which will surely add in the burden and the confusion in school. -_-"

What is it with language and boys? Why is it so hard to attract their attention??

I can’t just focus on one student and neglect the others. I also have syllabus to catch! Oh this new system is killing me!
Will start istikharah from now!

Monday, 8 October 2012

10 days left.

Assalamualaikum.

As practical teacher, the first time I entered the school I was hoping that this practical term will end as soon as possible.

I was actually kind of secretly hoping that I don’t have to do this and this is all just another nightmare and all I have to do is pinch myself and everything will be back to normal with me tea-timing with my family, at home.

But then I realized that the only way for this nightmare to end is to get through it. So I do everything I can to make my practical days as beautiful as I can. As the days passed, I come to realize that the beautiful of practical days is the students itself!

My love for them grows each day. They did sweet things that I thought only happen in television. They make me smile, laugh, and without even realizing it, I think they’ve cured my heart!

I believe that God never make something happen without reasons. Now I know why I have to do my practicum during the 7th semester instead of the 8th. Allah wants to cure my heart by making me realize that there are still important stuffs that need my attention (instead of just cuddle and wrap myself up with blanket, grieving over the past).

The first time I was about to enter 2R, I made lots of excuses. These are excuses I gave their English teacher (whom is my mentor).

“I think you would want to spend time with them before I take the class over for 4 months.”
“I got period cramp; I won’t be able to even stand.”

Then one Friday, I think the teacher got bored with my excuses and he said “when is actually the time you’re supposed to enter the class?”

So I dragged my feet to the class along with my sulking face and the students are all quiet. I asked them to write journal entries everyday and here are what I’ve read.

1. The teacher is quite cute, but she rarely smiles.
2. Today is the first time I saw the teacher, kind of, laughing. She laughed!

After few days, I think we finally make bonding and we started joking and sharing. And then I see some difference in their journals.

1. I think this is the first teacher whom we can share almost everything.
2. She’s more like a friend to us.

And the latest was, ‘I don’t know if we can throw a party for practical teacher because we’ll be sitting for exam.’

Oh don’t be (even though I’m actually secretly hoping for one HAHA). Focus on your exam first. ;)

Remembering all the sweetest moments I’ve been through with all of you will be one of my favourite activities after this. I would never forget all of you, insyaALLAH. 

I would remember when you celebrated my birthday, when you want to match making me with the bachelor teachers at school, we studied under the shady tree, the badminton tournament we handled together, the dried fruit with my favourite colour ribbon on my desk, all of you cooperated in class so that my lecturer will give me an A and many more!

Sorry I don’t have Facebook to connect will all of you. But I do hope we will always be in touch and never lost contact.
p/s: Hari ni first time ambil cuti kat sekolah. Huhuhuhu~ sakit kan tak dirancang. Mana nak tahu sakit boleh tiba-tiba datang menyerang bila satu badan dah bersarung pakaian nak ke sekolah. 

Sunday, 7 October 2012

It hurts.


Assalamualaikum.

Ever heard of someone labelling you?

For example,
Oh that girl who got dumped by her boyfriend?
Oh that girl who got dumped by her fiancé?
Oh that girl who just got divorced?
Oh that girl with broken heart.

Oh I see. Thank you for all the labels.

But, I would never put it that way. I think the proper label would be:

Oh that strong hearted girl who can still manage to wake up in the morning smiling and still firmly believes in her God after all that damages she has been through?

Aye, I think you should all mind your language.


*yes, my heart is broken, with your choice of words.

So it is true that you won’t know the feeling when you never experience it. I do hope you can too endure all the pain and the struggles when you had the chance to feel the same (which I hope you’ll never do).
May all of us live happily ever after. Amiiin ;)

Tuesday, 2 October 2012

What is love?

Assalamualaikum. 

Been busy preparing the students for exam. (feel like a real teacher now)

Just want to share something that touched my heart. Have nice day everyone! J

Sunday, 30 September 2012

Pengajaran dan pengalaman dari mereka yang kita panggil budak.

Assalamualaikum.

Kan dah cakap kat post ini nak cerita pasal pengajaran dari students? Hah, aku nak cerita pasal apa yang pelajar ajar aku.

Hari tu gossip-gossip dengan pelajar kat padang (kononnya nak buat badminton tournament tapi tak jadi jadi tutup cerita). Diorang cakap aku tak garang. Huh. Pastu waktu kitorang cikgu-cikgu praktikal tangkap gambar, aku cakap la, “okay, jom buat pose cikgu garang.” Lepas tangkap gambar sorang kawan aku tak boleh stop gelak. Dia cakap “nak buat pose garang tapi kau yang paling tak garang!” =_=

Anyway, hari ni kelas relief. And aku ada bagitau kan aku dah taubat sangat-sangat tak masuk kelas relief. So aku jagakan kelas tu sampai masa balik sebab kawan aku ada kerja kat bilik guru. Ada budak main daun terup dalam kelas.

Pastu aku pegi kat tempat diorang dan cakap “saya nak awak buat kerja awak dulu (cikgu yang tak datang tu bagi kerja) lepas dah siap barulah awak semua boleh sambung main.” Note that aku tengah jaga kelas Mandarin jadi semua student adalah pelajar Chinese .

Pastu aku pegi balik ke meja guru. Flounder cakap “teacher, be a good teacher la. That is against the school’s rules. You cannot let them play the cards in class. And he is a prefect!”

Sorang student tu pengawas. Aku pun duduk. Sambil telunjuk kanan kat tepi dahi kanan. Diam.

Pastu dia sambung lagi (student aku membebel wehhhhh) “teacher, no need to ‘touching’ la. This will be one of your ‘pengalaman’.” Ngaaaa -_-

Okay, selepas dibebel aku pun berdiri dan menyingsing lengan baju (virtually) dan cakap kat dia dengan machonya, “watch me.”

Aku pegi dekat students yang tengah syok main daun terup dengan dahi berkerut-kerut tuh. Aku ambil daun terup tu dan cakap dengan muka paling serius tahan hidung dari kembang yang pernah aku buat!

“awak tak boleh main daun terup dalam kelas. Awak nak cikgu disiplin rampas pastu hantar awak pegi Bilik Wawasan (bilik disiplin) ke?”

“alaaaa cikgu boleh laaa. Kita mau main la.”

Aku cakap lagi, “ini sekolah, awak kena ikut peraturan sekolah. Sekolah tempat belajar bukan main daun terup. Kerja awak pun tak siap lagi. Nanti kalau awak dah habis belajar, main la suka hati awak. takde sape nak marah.” Mak enon membebel sambil tangan sibuk menyusun daun terup.

“Nanti polis yang tangkap la cikguuuu.” Hahah. Kalau main judi ya la kena tangkap kan? Kalau main suka-suka kat rumah takdenye polis nak tangkapppp.

Okey, aku pun pegi kat pengawas tu, cakap dengan dia kena bertanggungjawab sebab dia pengawas. Jadinya dia kena lah larang kawan-kawan dia buat sesuatu yang melanggar peraturan sekolah. Tahu tak, pengawas ni Chinese jugak kan, HAHA dia selalu cakap I love you kat cikgu yang tak ajar kelas dia ni. HAHAHA. Aku kenal dia sebab aku pernah marah dia buang sampah merata-rata. :P

Pastu aku pun menonong balik ke meja guru kat depan kelas. Flounder and his friends tengok aku. HAHA. Teacher diorang yang lemah lembut sopan santun ni berani jugak kan? :P minta mahap ye tak sengaja puji diri sendiri. HAHA

Flounder tepuk tangan dan cakap, “teacher, I want to congratulate you!” HAHA. Pastu lagi dia cakap, “I will make you a sijil!” HAHAHAHAHAHA. Dah la nak buatkan Prune Cake ni lagi nak buatkan sijil. Oh Flounder, you are so sweet! :)


 p/s: Maaf ini cerita Jumaat lepas baru sempat nak publish sebab broadband tak bayar lagi. :P MAAF BELUM DAPAT BLOGWALKING!!! :(

Saturday, 29 September 2012

Minta maaf, saya TERsibuk.


Assalamualaikum.


Been busy lately! But today my students taught me something (they always do).


Will share about it later! J



p/s: Minta maaf tak sengaja sibuk. Rindu kawan-kawan blogger!

Sunday, 23 September 2012

Priya! Oh Priya!

Assalamualaikum.

Semalam (sabtu 22/09/12) aku pegi sekolah jugak sebab cuti berganti. Hari ni students kelas 2R siap peril-perli “teacher dah rehat!” aku tengok jam ada setengah jam lagi nak rehat!

Rupanya aku lepaskan diorang awal setengah jam waktu lecturer observe Jumaat 21/09/12! Nervous punya pasal. Huhuhu. Patut diorang macam terpinga-pinga langsung tak berganjak keluar kelas bila aku suruh. Siap aku suruh stand up and cakap “thank you class”. Pastu diorang tak keluar jugak. Hairan! Apa taknak rehat bebudak ni??

Bila aku dah masuk bilik guru baru lah kawan-kawan aku cakap.

Kawan baik 1: Weh! Kau keluarkan kelas kau awal hari ni???
Kawan baik 2: A’ah, kawan baik 1 siap marahkan si Ali (bukan nama sebenar) sebab jalan-jalan kat kantin.
Aku : (cek jam, tengok jadual) laaaaaaaa hari ni Jumaat aku tengok jadual hari biasa. Huhuhuhu!

Dalam fikiran, macamana lesson plan 75 minit boleh muat-muat dalam 45 minit??? AJAIB!

Oh, sambung cerita semalam. Aku cuma dapat satu kelas relief. 2G. aku pun masuk dengan machonya. Dari jauh aku nampak a girl tengah bercakap telefon. Aku panggil, dia lari. Aku tanya kawan-kawan dia yang ada masa tu (kelas tu cuma ada 5 orang je semalam!) semua taknak jawab nama dia siapa. Aku sabar. Duduk siapkan reflection pastu bercakap dengan Sassi. One of 2G students. Aku siap belajar bahasa Tamil lagi. (more vocabs! I like!)

Pastu bila reflection dah siap aku pun cakap dengan Sassi.

“You jaga kelas tau jangan bagi siapa keluar kejap lagi saya naik balik.”

Pastu aku pegi bilik guru, ambil drawing block, pencil case dan colour pencils. Aku pun menapak balik ke tingkat 2.

And to my very surprise, budak perempuan tadi datang balik and still gayut kat telefon!

“Sini! Jangan sampai saya hilang sabar! Bagi saya handphone kamu tu!”

Lepas aku dah marah-marah, kawan-kawan dia pun cakap bagi la, bagi la (dalam bahasa Tamil tapi aku macam boleh faham sikit-sikit HAHA) dia pun bagi dengan air mata yang bergenang. Aku siap sebut nama dia. Budak-budak sini takut cikgu tau nama sebab nanti senang cikgu nak buat report.

Pastu aku panggil dia.

Aku pot pet pot pot cakap mak bapak hantar gi sekolah untuk belajar bukan bergayut pastu tanya pakwe dia tu belajar lagi tak dia geleng cakap umur 15 tapi dah kerja. Okey. Aku tarik nafas dalam-dalam.

“Saya tak marah awak couple, saya tak marah kalau awak nak gayut dengan boyfriend awak tu. Tapi waktu belajar, belajar. Bila semua kerja sekolah dah siap baru mesej, gayut. Kesian mak bapak awak kerja siang malam nak sekolahkan awak tapi awak habiskan duit diorang dengan topap. Saya tak pandang rendah dengan boyfriend awak yang dah kerja dan tak sekolah. Tapi awak ingat kahwin ni senang ke? Awak nak cuma dia sorang je kerja awak buat kerja rumah? Awak ingat cukup ke? Kalau awak nak apa-apa dia boleh belikan ke? Takkan awak nak korek duit dia je? Dia pun kerja susah. Jadi awak belajar lah sungguh-sungguh, nanti awak boleh tolong mak bapak awak. Awak boleh tolong dia jugak.”

Aku dah lupa apa aku bebelkan. Yang lawak, sambil aku cakap sambil kawan dia translatekan. HAHA. Pastu bila aku stop, kawan dia tengok aku and cakap “cikgu, cakap lah lagi!” HAHAHA. Kawan-kawan dia pun angguk-angguk nasihatkan dia. Haila budak-budak.

Lepas marah tu aku cakap kat dia, “Hah awak berdiri tegak-tegak kat situ saya nak lukis muka awak yang nangis tu!”

Pastu kawan dia cakap “Ayyyooooo cikgu cantik la.. Lepas ni lukis saya pulak ya cikgu ya..” Tapi masa tak cukup dan aku pun memang malas nak lukis semua orang. Bukan senang and I’m not a pro! *sedih

Budak-budak tu cakap “Ayoo cikgu you pandai lukis ye..” aku jawab, “Saya bukan pandai melukis tapi saya suka melukis. Awak pun sama, awak tak pandai belajar, tapi awak suka belajar, lama-lama awak jadi pandai.”

Macam Flounder selalu cakap “teacher, you jadi cikgu seni la.”

Sebelum balik, aku bagi handphone dia balik. Ouh, gambar yang aku lukis tu dia mintak and aku cuma tulis study hard. Itu je. Huhuhu. Susah kan nak tolong semua orang? Aku harap sangat Priya boleh digest bebelan aku tu.
p/s: Sekarang aku tau kenapa orang selalu cakap orang tua lebih dulu makan garam. Ya, aku dah makan garam lebih awal dari students. Dan terima kasih ALLAH untuk itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...