Wednesday, 18 April 2012

Cintaku rupanya tak bersyarat.


Berbulan-bulan sudah kejadian itu berlalu. Tapi aku masih setia menyayangimu. Adakala aku terasa diriku wanita terdungu bila sampai bab cinta. Adakala aku rasa aku bodoh masih di sini mencintaimu. Kini, baru ku sedar.

Oh, rupanya cintaku tak bersyarat!

Aku tak meletakkan syarat andainya engkau menyakitiku, aku akan berhenti menyayangimu. Andai kau berpaling dariku, aku akan terus membencimu. Andai engkau memilih selain dari aku aku akan berhenti mencintaimu. Rasanya kau pun dah muak dengan frasa ‘aku mencintaimu tanpa syarat’. Tapi itulah yang sebenar-benarnya. Kerana itulah amat payah untuk aku melupakanmu. Kerana aku tidak punya sebab untuk membencimu. Kau juga tidak pernah merancang untuk menyakiti aku, kan?

Terima kasih untuk hari-hari indah yang pernah kau hadiahkan padaku. Terima kasih untuk segalanya. Terima kasih sebab wujud.

Kawan baik cakap, “aku rasa kau dah move on sebab kau dah boleh cerita pasal benda yang menyakitkan kau”.
Dear you, don’t worry. Aku dah lepaskan kau, bukan memori. I’m moving on. Seriously.

Allah, damaikan dan tenangkanlah jiwa hamba dengan ketentuan-Mu.

11 comments:

SheNn said...

Mencintaimu ~ kui !

Miss SheiLa said...

aku rasa KAWAN BAIK ko yg cakap tuh mesti comel dan cute.HAHAHA.kbai

Miss SheiLa said...

xyah membenci sbb nanti hati xtenang..marah xpa.hehehe~ pelan2 la..bleh punya~

NoorVictory said...

Krekkrek! =P

NoorVictory said...

HAHA. Xterlintas mau membenci.. Xda sebab pun utk membenci..=)

NoorVictory said...

Lg comel klo dia belanja makan! HAHAHA

Miss SheiLa said...

aq ada kuah rojak ne.jom la cari buah nnti.hahaha~

Miss SheiLa said...

relax sudeyh.wat asaimen lagi bgos..balik raya lagi bgos.hehehe

NoorVictory said...

Hoho! Good idea. Jom cari mangga!

NoorVictory said...

Balik raya mmg bagus. Klo duit juta-juta dlm tempayan lg bgs.

Anonymous said...

kwang kwang kwang cucu tumpang lalu nek...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...