Saturday, 28 July 2012

Lepas mati tolong hidup kembali.


Pedih.
Kau rasa nak mati?
Mati lah semahu mu.
Sesuka mu.
Tapi pastikan kau kembali.
Hidup sekali lagi.
Segar bugar.

Kenangan yang membunuh?
Kau bunuh ia balik.

Bukan, bukan dengan cara ia membunuh mu.
Tapi dengan cara kau menghidupkan diri mu.
Dengan redha mu,
Dengan maaf mu,
Dengan sabar mu,
Dengan ikhlas mu.

Dan hidup lah semahu mu,
Bertemankan cinta Tuhan mu.


Bangun dengan cinta, bukan dengan dendam dan benci.
NoorVictory,
11.33 pm,
Ramadhan 9, 1433H.

14 comments:

Dinas Aldi said...

Kan. Itu cara yg sebaik2nya. Tapi akak akui akak ni lemah bebenor, nak mencapai tahap redha & ikhlas selepas "pedih" & "mati" tu ada masanya susah sungguh. Jahilnya akak ni.

NoorVictory said...

Huhuhu~ memang susah kak. :(

Kadang-kadang kita rasa tak boleh nak buat. Tapi macamana2 pun kena kuat jugak.

Kita kuat sama-sama ya kak? :)

missha said...

nice :) ada mksud yg trsendiri ^_^

makchaq said...

Ayat2 puitis ni makchaq tak berapa nak paham tapi tau la kita kena redha apa yg berlaku..

NoorVictory said...

missha : Terima kasih :)

makchaq : Lama xnmpk makchaq. Heee~ betul tuh makchaq. Redha tuh hadiah terindah dari Tuhan :)

Anis Nisa (SH) said...

"Bangun dengan cinta, bukan dengan dendam dan benci."

bile kite terjatuh,cinta Allah jadi semangat untuk kite bangun semula..Allah...indahnye..:)

insan marhaen said...

mati juga dengan cinta. bukan dengan dendam dan benci...

NoorVictory said...

Anis Nisa : Betul. Cuma cinta ALLAH. Dan ALLAH akan datangkan cinta-cinta manusia utk kita sebagai wasilah kasih sayangnya. Sangat indah! :)

IM : Setuju. Selamanya, dengan cinta. :)

CAHAYA HIDAYAH said...

saya rasa sy tgah lalui ape yg awak tgh lalui sekarang... thanks atas kata2 tu :)

NoorVictory said...

CAHAYA HIDAYAH : Iya? Semoga kita sama-sama saling menguatkan. :)

Yang baik itu dari ALLAH semata. :)

Ummu Majdiyya said...

in love with your words! :)

NoorVictory said...

Ummu Majdiyya : Hee~ segala yang baik itu datang dari ALLAH.

Have a safe journey to Wangsa Maju! Kimsalam kat Majdiyya..

Heee~ I wish I could meet her in person one day and cubit dia puas-puas. Hee

Ummu Majdiyya said...

nak copy ke my blog bleh tak? at least ter update jugak my blog tu. heeeeeee

NoorVictory said...

Ummu Majdiyya : Maaf lambat balas! ;P

Copy je, dihalalkan dunia akhirat. Heeee

p/s: Baru balik dari kampung, tuh yang baru dapat balas. Heee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...