Monday, 30 April 2012

Buatlah kerja yang tertunggak.


Aku pernah bagitahu dalam entri pengenalan dalam blog nih yang korang akan tengok aku (virtually) jatuh, bangun perlahan-lahan, berdiri, mengorak langkah, bertatih, berjalan-jalan dan seterusnya berlari (dan mungkin juga pecut). Oleh itu, sekarang assignments tengah menggunung. Aku pulak sedang cuba berusaha sedaya upaya mendivertkan segala upaya yang ada untuk assignments yang sedang berjoget lambak ini.

Sebelum aku terjun dalam arena percintaan dulu, aku ada banyak cita-cita. Sedikit sebanyak, sepanjang percintaan itu aku lupakan cita-cita aku. Sebab kebanyakan cita-cita tu cuma ada aku dan keluarga. Jadi, aku sesuaikan dan masukkan dia dalam frame cita-cita itu. Sekarang, aku dah back on track. Perlahan-lahan aku nak kutip balik semua cita-cita yang aku dah pasang sejak kecil lagi. Yang aku asingkan masa aku ada dia dulu. One by one.

Yang sedang merasai sesuatu seperti aku, yang sedang runtuh semangatnya, ingatlah tujuan hidup di dunia ini bukan kerana orang yang tertentu semata-mata. Kenanglah jasa ibu dan bapa kita. Sekarang kita dah ada banyak masa untuk insan yang lebih berharga ini. Dan yang paling berharga adalah diri kita sendiri. Dan tujuan terutama untuk hidup di atas bumi adalah kerana kita telah berjanji pada Allah yang kita akan berjuang sehabis baik hingga nyawa tinggal di hujung tanduk, sehingga roh melayang dan kembali pada penciptanya.
 Hiduplah, dan buatlah assignments (atau kerja-kerja lain) kerana Allah (dan lecturer dan bos). I'm officially back on track!

Sunday, 29 April 2012

Jangan membenci.


Kawan-kawan, aku membuang segalanya tentang dia bukan kerana aku membencinya. Tapi ingatanku pada dia hanya membuatkan aku bersedih dan sakit hati. Bukan pula kerana dia telah menyakitkan aku. Tapi aku sedang ingin memulakan kehidupan tanpa dia. Bukan kerana aku membencinya, cuma aku takut aku tidak ingin kehilangannya lagi setelah melepaskan dia pergi. Aku takut dia bersembunyi di celah-celah hati yang tak terlihat oleh ku. Oleh itu, aku buang segalanya jauh-jauh agar aku tak dapat melihatnya lagi. Jauh dari mata, harapnya akan jauh jugalah dari hati. Aku berdoa agar aku tidak berniat hendak menyimpannya dalam hati lagi. Bukan kerana aku telah berputus asa, bukan kerana aku telah membenci dia, bukan kerana dia telah mengecewakan aku, tetapi kerana aku akur, sesuatu itu jika bukan milikku memang tidak akan menjadi milik ku. Kerana aku akur jika sesuatu itu bukan ditentukan untuk aku, maka ia tidak akan datang padaku. Aku harus berani melepaskan sesuatu yang belum tentu jadi milikku.

Tetapi kalau sesuatu itu memang telah dituliskan untuk aku, lemparlah ke hujung dunia sekalipun, ia akan kembali seperti boomerang. Dan tenggelamkanlah di lautan terdalam sekalipun, ia tetap akan timbul jua menampakkan diri pada ku.

Aku sedang belajar untuk redha. Dengan menerima ketentuan dan ketetapan Allah, hidup ini terasa sangat mudah.

p/s : Oleh sebab aku tak benci dia, kawan-kawan baik semuanya adalah DILARANG KERAS sama sekali untuk membencinya. Noktah.

Kawan baik tidak cepat menghakimi.


Hidup berteman itu terasa sangat indah! Mempunyai teman yang memahami, yang memberi ruang, yang berbaik sangka dan sudi menghulurkan bantuan bila-bila masa aku memerlukan. Kalau korang ada kawan yang ada masalah lepas tu dia tak bagitahu pun korang akan rasa sedih tak? Marah tak? Tapi kawan baik aku tak sedih pun, tak marah pun.

Aku : Aku mintak maaf tak bagitau kau yang aku dengan dia dah takde apa-apa. Aku bagitau pun kawan-kawan yang kebetulan ada masa tu. Kawan yang bertanya. Aku taknak bising-bising sebab aku rasa sakit, sedih.

Kawan baik : Aku tak kisah. Kadang-kadang kita perlukan masa nak cerita tentang hal-hal tertentu dengan orang-orang tertentu. (kawan baik yang bersangka baik!)

Aku : Ya, betul. Lagipun lagi baik aku cerita kat kau masa aku dah okey. Supaya kau boleh recharge aku balik dengan tazkirah-tazkirah kau. Hehe. Bagus jugak aku dah putus cinta kan? Aku dah kembali pada korang. Sebelum ni asyik tenggelam dalam dunia sendiri je.

Kawan baik : Allah dah aturkan semuanya. Kau tak pernah tinggalkan kami. Kau selalu dengan kami, apa pulak baru baliknya. Dah, takpayah fikir okey?
Terima kasih kerana sangat memahami dan tidak menghakimi aku sewenangnya. Sayang kau!

Allah loves us in many ways. Terima kasih Allah atas anugerah kawan baik yang Engkau berikan ini. Dan dear kawan baik, terima kasih telah bersangka baik! Aku tak pernah sisihkan kau. NEVER!

Saturday, 28 April 2012

Terima kasih, kawan-kawan baik.


Lepas putus cinta, aku pernah bagitahu kan aku dah tak kisah soal pemakaian. Apa yang dapat ditangkap dengan tangan itulah yang aku pakai. Tidak kira siang, malam, acara apa sekalipun, hitam, kelabu, biru tua menjadi pilihan. Wajah yang pucat bertambah keruh, kusam tak bermaya.

Lepas tu tak lama ada kawan baik cakap,
“Dress to impress!”

Terima kasih kawan baik, aku terima nasihat kau. Sekarang aku dress to impress. But not for any man, I dress to impress myself, I dress to impress ar-Rahman. Kerana segala perbuatan, dengan niat asasnya kerana Allah, segalanya terasa begitu bermakna.
Kawan baik, tolong jangan meminta aku untuk kembali kepada asal ku. Kerana engkau mengenaliku saat aku sedang bercinta dengannya. Aku sekarang adalah aku yang telah putus cinta. Aku sedang menjadi diri sendiri, seseorang yang sepatutnya kau kenal. I’m improving to be a better me. Doakan aku, kawan baik.

Untuk sepupu yang sangat menyayangi aku, jangan kasihani aku. Aku telah berbuat silap, aku telah membuat keputusan, sekarang Allah sedang menguji aku. Allah bukan sedang melemahkan aku, Allah sedang menguatkan sepupumu ini.

Friday, 27 April 2012

Berubah ke arah kebaikan.


Kawan-kawan, dibandingkan cinta Allah dengan cinta manusia, cinta Allah itu lebih kekal. Cinta Allah tidak bersyarat, cinta Allah tidak ada tarikh luput, cinta Allah juga tidak menyakitkan. Dari berebutkan cinta manusia, apakata kita rebut cinta Allah? Kerana dunia hanya sementara. Mari sama-sama kita merubah diri. Bukan untuk siapa-siapa. Change to a better us, for ourselves.

Pertama, berubah dari segi solat. Solat itu tiang agama. Rumah tanpa tiang itu kan rumah yang berbahaya untuk didiami? Rumah tanpa tiang itu bila-bila akan roboh menyembah bumi ditiup angin nafsu dan taufan syaitan. Untuk solat, mula-mula kita cuba cukupkan solat. Cuba untuk tak tinggal solat walau sesibuk mana hari kita. Solat itu paling ringan, tapi paling berat nak dilaksanakan. Perlahan-lahanlah. Paksa diri. Lepas paksa lama-lama kita akan ikhlas. Bila solat dah cukup lima waktu, kita cuba solat di awal waktu. Bila solat dah cukup, bila kita dah istiqomah solat di awal waktu, kita indahkan lagi solat kita dengan solat-solat sunat. Perlahan-lahanlah. Didik diri sendiri. Solat itukan mencegah kita dari kemungkaran? Oleh itu, jagalah solat kita. Insya-Allah hati kita akan terdidik dengan sendirinya.

Kedua, berubah dari segi pemakaian. Kalau nak ubah sesuatu, kena mula dari bawah. Oleh itu, mula-mula kena sarung stoking dulu. Pakai stoking tak susah pun kawan-kawan. Kalau tak dapat, mula-mula cakaplah kat diri sendiri yang kita nak lindungi kaki dari debu dan habuk. Heh. Lepas tu dah lama-lama kita akan biasa. Lepas tu, labuhkan tudung ke paras dada. Walau apapun tudung kita, selendang ke, pashmina ke, tudung bawal ke, tudung adijuma ke, tudung ton dua warna ke, cuba labuhkan tutup dada. Perlahan-lahan. Tak semestinya bertudung labuh, tak semestinya berjubah 24/7. Yang penting, apa yang Allah suruh tutup, kita tutup. Yang boleh tunjuk cuma muka dan tapak tangan saja. Yang lain-lain, semua kita tutup. Kalau nak berubah ke bertudung labuh terus pun takpe. Allah lagi suka.

Allah tak suka manusia yang berbuat dosa. Tapi Allah suka manusia yang setelah berbuat dosa dia bertaubat. Berubah itu tak pernah terlalu awal dan tak pernah terlalu lambat, kawan-kawan. Benda yang baik jangan dilambat-lambatkan (ini selalunya orang pakai untuk kahwin je kan padahal boleh guna untuk semua benda baik). Perlahan-lahanlah. Selalu ingat, kita tak pernah dijanjikan esok. Kita taktau bila ajal akan datang menjemput. Selagi masih punya waktu, mari beribadat seolah-olah tiada lagi hari esok. Dan lagi, semua perkara yang kita lakukan kalau niat asasnya kerana Allah, semuanya adalah ibadah. Semuanya akan terasa lebih bermakna.

Kepada yang mempunyai kawan yang sedang berubah ke arah yang lebih baik, jangan jatuhkan semangat mereka dengan kata-kata sinis yang melemahkan semangat. Tapi sokonglah mereka kerana ini salah satu usaha hijrah dan jihad mereka untuk mencapai redha Allah. Kalau kita ikut sama, lagi bagus!
 *Mari sama-sama wakafkan diri di jalan Allah. See you all in heaven, kawan-kawan. Amiin.*

Thursday, 26 April 2012

Boleh jadi lebih baik.


Ada dua jenis barang. Yang pertama, yang kita tidak suka sebab dah rosak dan puas guna dan kita beri pada orang lain. Yang kedua, barang yang kita tidak suka sebab dah rosak dan puas guna tetapi masih ada warranty dan kena serah pada kilang dan barang itu menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Kekasih yang ditinggalkan itu sama seperti barang tadi.*abaikan terms rosak dan puas guna*

Sama ada kita jadi yang pertama atau yang kedua. Pilihan di tangan kita. Kita berhak memilih. Pilihan di tangan aku.  Dan tangan kau juga.

*Kalau barang ada pilihan, rasanya dia dah taknak balik pada tuan yang tak pandai jaga dia langsung. Tak bertuan lagi bagus. Cukuplah dengan berTuhan saja.*
Nur Hani, peluang untukmu menjadi lebih baik masih terbuka selagi matahari tak terbit di sebelah barat. Insya-Allah.

Wednesday, 25 April 2012

Hati bergetar rindu.


Sedang jatuh cinta pada ini.

Secebis dari tinta penulis:
Sebagai manusia, kita tidak pernah terlepas dari melakukan kesilapan. Tetapi nilai diri seseorang itu harus dinilai berdasarkan bagaimana dia menangani kesilapan yang pernah dia lakukan itu. Sama ada terus melakukan dosa atau bangkit membebaskan diri daripada dibelenggu dosa masa silam.Semua insan berhak untuk merasa bahagia. Terserahlah kepada kita bagaimana hendak mencoraknya, asalkan saja kita tidak melanggar batas-batas dan hukum agama. Insya-Allah.


Jujurnya, aku tidak menggemari novel romantis yang mengkisahkan pasangan suami isteri ataupun kekasih. Kerana bagiku, hidup harus berpaksikan alam yang nyata. Hidup ini bukan fairytale.

*Oh, well. Novel kan ditulis untuk membuat kita terjun dalam dunia khayalan dan keasyikan. Sekarang aku hanya ingin ditimbuni hujan buku.*

Bila nak bercinta?


Nasihat ku kepada yang ingin bercinta (lagi) setelah kecewa dalam bercinta, jangan terburu-buru, jangan bercinta when you’re lonely, tapi bercinta when you’re ready dan jangan mengkhianati.

Anda tidak pernah dipersalahkan. Aku yang memilih untuk jatuh cinta. Dan aku telah gagal. These are chances and risks (putus cinta kecewa makan hati depression) I have to take (regardless on willingness)  the day I said yes.

Tema blog dan kawan baik.

Hari ini mesej dengan kawan baik. Sekarang ni kawan-kawan baik jadi follower tetap tak berbayar (dan secara rahsia) blog aku. Ikhlas, aku terharu dengan sokongan korang semua. Dalam susah dan senang sentiasa ada, sentiasa bersama (kecuali masa aku tengah exam aku taktau nak jawab apa mana pergi korang semua hah?? HAHA) Tengah landing atas katil sambil jari-jemari lancar menekan punat-punat handphone tiba-tiba kawan baik tanya.

Kawan baik : Kau dah ramai kawan baru kan sekarang?
Aku : Maksud kau?
Kawan baik : Aku tengok banyak post tentang kawan baik. Sampai 4 5.
Aku : HAHA. Itu kawan-kawan baik semuanya. Mana ada yang baru pun. Korang-korang je.

Lagi.

Kawan baik : Semua entri pasal putus cinta.
Aku : HAHA. Ini tema blog aku lah.

Sebab apa aku letak kawan baik kenapa aku tak letak nama sorang-sorang kasi diorang famous? Sebab nanti aku akan famous sama. Perkara putus cinta bukan sesuatu yang hendak dibangga-banggakan. Putus cinta sampai buat status macam-macam kat Facebook, Twitter, YahooMessenger itu sebenarnya bagi aku, memalukan. Ketentuan Allah itu jangan ditangisi, kawan. Tidak semua orang yang ingin tahu masalahmu benar-benar ambil berat. Ada yang sekadar ingin tahu. Untuk kawan-kawan baik semuanya, aku bersyukur ditemukan insan-insan seperti kalian. Yang benar-benar ambil berat (walaupun kadang-kadang meng’annoying’kan HAHA), yang bersedia untuk jatuh dan bangun bersamaku, yang menjadi therapist bidan terjun tak berbayar, yang mengalirkan air mata untuk aku, yang marah untuk aku.. Kalian memang superb! Sukar rasanya hendak mencari pengganti kalian semua.

Entri putus cinta. Yang ni aku dah pernah bagitau dalam entri pengenalan. Aku pernah jatuh cinta, aku pernah bercinta dan aku pernah putus cinta. Aku tahu sakit dan peritnya bagaimana. Justeru atas dasar empati itu aku luahkan rasa dan isi hati, agar yang merasai seperti aku tahu yang kalian tak berseorangan. Aku juga merasai kesakitan itu. Oleh sebab itu juga aku bawakan kisah Nur Hani. Agar yang putus cinta itu tahu, ada yang nasibnya dan hatinya lebih teruk dari putus cinta sahaja. Dan jika ada Nur Hani yang membaca entri ini, benar kalian telah bertindak bodoh. Tetapi yakinlah bahawa Allah itu Maha Pengampun. Allah lebih tahu apa yang anda kerjakan. Lagipula, syurga Allah itu lebih manis dibandingkan dengan dunia yang bersifat sementara ini. Selalu look at the bright side, Allah loves us in many ways.

Semoga semua persoalan mu terjawab, kawan baik. 

Terima kasih kerana menjadi kawan di kala nipis dan tebal. Kurus dan gemuk.

Tuesday, 24 April 2012

Air mata.


Tangisan itu bagi ku ada dua. Satu menyakitkan dan satu lagi tak menyakitkan.

Yang menyakitkan itu air matanya deras. Nafas pun tersekat-sekat. Sebab dada kita sesak. Sangat sesak. Hati pun rasanya tak ingin air mata pergi. Mungkin kata hati “Air mata, jangan mengalir dan jangan pergi untuk sesuatu yang telah ditetapkan Allah. Jangan pergi dan jangan mengalir untuk sesuatu yang tak pasti, jangan menangisi dunia yang bersifat sementara.” Air mata jatuh mengairi lurah-lurah yang tak menentu kerana mimik muka dan kerutan wajah yang seribu. Itulah tangisan yang menyakitkan.

Yang tak sakit itu bila kita biar air mata mengalir tapi hati tak sakit. Hati seakan merelakan air mata yang pergi. Air mata bertakung di kelopak mata, kemudiannya melewati tubirnya dan mengalir perlahan dari situ. Mengairi lurah-lurah pipi dan jatuh di atas riba. Dada tak berombak, nafas turun naik dengan teratur. Hati tak sesak dan tak menyesakkan. Dalam tangis ini, kita masih bisa tersenyum.

Hari ini aku menangis lagi. Jujur, air mata mengalir terus jatuh ke riba. Tiada simpang siur. Dalam tangis itu aku tersenyum. Kerana aku telah menemukan jawapan kepada persoalan-persoalan kenapa dan mengapa. Dan keduanya, aku menangis kerana kawan baik turut teresak-esak di hujung talian. Bapanya kemalangan. Darah mengalir deras di bahagian kepala dan darah-darah itu membentuk gumpalan darah beku dalam otak. Sungguh, dugaan itu sangat berat. Aku mendoakan kau dari kejauhan. Semoga kau terus tabah sebab kau pun tahu, Allah uji orang-orang yang comel, kuat dan awesome sahaja. Semoga semuanya baik-baik saja.

*Bak kata kawan baik, aku tak risau kalau kau nangis, kalau kau tak nangis itu yang merisaukan. Diri sendiri dan air mata, aku berjanji takkan menangisi insan-insan yang tak layak untuk aku tangisi lagi. Insya-Allah. Air mata ini hanya untuk Allah, keluarga, kawan-kawan, fakir miskin dan anak yatim, orang-orang Islam yang teraniaya, orang-orang yang terkena musibah dan drama Korea. APAKAH?*

Lagi untuk sorang kawan baik, aku dah okey la! Kang aku cepuk jugak kau asyik tanya benda sama ulang-ulang kali.*sekeh virtually*

Istikharah.


Minta maaf aku bukan peminat tegar kucing. Aku cuma sekadar manusia biasa yang ada hati dan naluri keihsanan (cehhhh) untuk bantu kucing lintas jalan dan beri kucing makan saja. Aku juga bukan penyiksa kucing. Kalau kucing-kucing nak bergesel di kaki aku takde masalah. Tapi kalau dah sampai begesel kat muka, I’m sorry I can’t proceed with your ‘manja-ness’ anymore. Kucing, I think through you, my prayers have been answered.
Tak meraung, tak terjelepuk jatuh dari katil (online dari atas katil). I don’t know how to react. Kalau kita dah tanya Allah, kita kena serah jawapan bulat-bulat kepada Allah. Kita kembali pada Allah bukan sebab Allah ada jawapan. Tapi sebab Allah adalah jawapan kepada semua permasalahan.

*aku harap aku kuat sampai aku kena tengok kau bersanding dua orang atas pelamin dan aku harap pembaca boleh relatekan tajuk dengan isi entri ini*

Monday, 23 April 2012

Hidup itu semudah membuka kulit kacangkah?

Tiada siapa yang menjanjikan kehidupan di atas dunia ini semudah membuka kulit kacang. Itupun buka kulit kacang belum tentu mudah. Terkadang kulitnya hancur dan jatuh mengotori karpet rumah. Kena sapu atau vakum cepat-cepat sebelum emak atau kakak melenting sebab karpet kotor.

Di setiap dugaan, kena redha sehabis baik. Kena yakin dengan ketentuan Allah. Memang takde yang mudah di dunia ini. Tapi kita doa supaya Allah permudahkan. Kalau Allah bagi jalan yang susah untuk mencapai redha dan syurga Allah, bersyukurlah kerana Allah sebenarnya sayangkan kita. Allah uji awesome people. Allah uji agar kita dekat dengan-Nya. Jangan pergi jauh-jauh dari Allah.


*Hari ini dada terasa sakit dan jantung berdebar-debar sejak bangun subuh tadi. Entah kenapa dan mengapa. Kawan baik cakap, selawat banyak-banyak. Semoga semuanya baik-baik saja.*

I’ve eventually come to my sense.


I’ve eventually come to my sense. True story. InsyaAllah hingga hujung nyawa.

Sebenarnya aku ada jugak rasa nak fight back. Bagitau dia sebab musabab kenapa dia tak boleh putuskan aku. HAHA. Lots and lots of reasons. Tapi, lepas fikir-fikir dua tiga ribu kali, aku pun cakap dengan diri sendiri “Noor, kau usaha macamana pun kalau Tuhan cakap dia bukan kau punya kau takkan dapat punya.” Betul Allah ada berfirman Allah takkan ubah nasib kita kalau kita tak ubah nasib kita sendiri. Tapi Allah jugak cakap perancangan Allah itulah yang terbaik. Jadi, maka jadilah. In the end, apa yang Allah bagi, itulah yang terbaik. Allah loves us in many ways. Ada Allah bagi, ada Allah tak bagi. Ada nasib baik, ada nasib tak baik.

Jadinya, apa yang terjadi pada kita semuanya ketentuan Allah. Yang baik dan yang buruk itu datangnya dari Allah. Kedua-duanya boleh mendekatkan diri kita dengan Allah. Tak percaya? Kita boleh selusuri kisah Sumayyah. Nasib baikkah yang menimpa Sumayyah di dunia? Tapi makin jauhkah Sumayyah dari Allah? Jadi, mengapa kita yang baru diduga dengan dugaan yang kecil-kecil seperti putus cinta, gagal exam, jatuh sakit, kehilangan orang tersayang ini cepat melatah? Sebenarnya kita lebih bernasib baik. Allah uji sebab Allah sayang. Allah uji agar kita lebih dekat dengan Allah.
Kawan baik cakap, kita yang decide jadi kita kenalah bertanggungjawab atas pilihan kita. Aku yang decide untuk jatuh cinta. Cinta itu sepatutnya memang takde syarat. Aku cinta kau kau kena cinta aku balik itu silap besar di sisi undang-undang. Jadi sekarang aku kena tanggung akibat dari keputusan aku untuk terjun dalam percintaan empat tahun lepas. Aku akan bertanggungjawab sepenuhnya atas keputusanku.

*Bercakap tanpa dalil nas al-Quran. Huhu. Will improve this entry later.*

Kisah tentang Amir #1#


Dear kawan baik, semoga kau suka. Komik ini still in progress. Anggap saja ini hadiah birthday untuk kau. Hadiah yang takde kejutan. Dan semoga kau tau, aku sayang kau! Terimalah kisah tentang Amir.


Ini Amir.


Amir budak pandai.

Tapi suka conteng meja.

Amir suka rosakkan harta benda sekolah. Terduduk jatuh atas lantai cikgu Ayu dibuatnya.

Amir suka rosakkan telefon awam.

Amir suka rosakkan kerusi bas sekolah.

Cikgu-cikgu, kawan-kawan dah tegur.

Mak dan abah pun dah berbuih mulut.


Tapi satu hal, Amir sayang barang-barangnya. Amir tak kasi Amirah (adiknya) menceroboh masuk ke dalam biliknya. (Belum warna lagi sebab tak minat mewarna. Kan dah cakap, fail bab cinta sebab tak suka mewarna. APAKAH ALASAN?)


Suatu hari, Amir terlupa kunci pintu bilik sebab Amir lambat ke sekolah.

Bersambung...

Apa akhirnya? Amir akan insaf dan berubah dengan mudah ke? Apa lagi bencana yang bakal menimpa Amir? Itu aku kena fikir macamana nak lukis babak-babak seterusnya.

*idea, oh idea, di manakah dikau!*





Itu kisah tentang Amir. Ini pula kisah tentang kita. Tentang kau dan aku.

Ingat lagi kisah 8 tahun lalu? Ada budak perempuan muka masam yang suka ikut kau ke mana saja. Sebab dia tak punya siapa di sekolah baru itu. Lagipula, dia berat mulut. Dia bukan jenis yang peramah dan mudah mesra. Tapi kau sambut salam persahabatannya (walaupun mukanya masam dan cikgu yang jadikan dia temanmu, bukan dia sendiri). Sejak itu, dia selalu ke dorm mu. Walaupun itu bermakna dia kena pergi ke blok sebelah asrama puteri. Dia tak kisah. Yang penting, dia jumpa kawan, yang sama-sama tau apa itu erti rindu dan apa erti jauh dari keluarga tersayang. 

Kau telah lihat dia jatuh, bangun, merangkak, merayap, berjalan dan berlari semula. Kau faham dia. Dan kerana itu, dia berusaha memahami kau. Dia selalu bertindak sebagai pelindung. Kerana dia tau, dia kuat (sekurang-kurangnya lebih kuat dan berani dari kau hehe). Dan kau juga telah lihat dia lemah disebabkan oleh seorang lelaki. Perempuan ala lelaki yang muka ganas itu telah bertukar menjadi perempuan lemah lembut yang tak lagi berseluar khaki tebal yang penuh dengan poket. Dia mula berjinak-jinak dengan handbag. Kau kongsi kegembiraannya. 

Dan kini, hatinya hancur. Juga kerana lelaki. Dan kau juga ada pada saat itu. Saatnya dia merintih dalam telefon meminta kau tenangkan jiwanya. Kau teman dia berborak hingga lewat malam melewati kenangan-kenangan indah masa lalu. Sungguh, dia menghargai setiap saat kehadiranmu. Kerana dia tahu, kau menyayanginya. Sepertimana dia menyayangimu.



Semoga semua impianmu tercapai. Semoga Allah memeluk hatimu erat-erat. Semoga Allah beri kau ketenangan jiwa. Semoga kau terus tabah. Semoga kita jadi muslimah mukminah dan mukhsinah. Semoga Allah permudahkan urusanmu selalu. Semoga kau tetap tersenyum walau apa pun cabaran yang datang menimpa. Semoga kau selalu berjaya. Di dunia dan di akhirat. Semoga kau bertemu jodoh yang sesuai dengan keinginanmu. Atau lebih tepat lagi, semoga Allah jodohkan kau dengan dia. Semoga mentari terus bersinar dalam duniamu meskipun terkadang awan mendung dan hujan jatuh menimpa bumi. Semoga pelangi nan indah tidak pernah terlewat menghiasi duniamu di saat mentari hilang dari pandangan mata (if you know what I mean HAHA). Semoga harimu baik-baik saja. Semoga kita tetap teguh berjalan meniti tali Allah, bersama meraih jannatullah.


Amiin.

Ikhlas dari hati, terima kasih sahabat. Terima kasih kawan baik. Selamat menyambut ulang tahun yang ke-23. Semoga kau terus tabah (eh dah cakap tadi) menghadapi liku-liku hidup yang ada pasang surutnya. Ada onak ranjaunya. Dan jika di suatu saat nanti kau terluka (na'uzubillah min zalikh) carilah aku. InsyaAllah aku takkan menghampakanmu sepertimana kau tak pernah menghampakanku. Sungguh, aku rindu. 8 tahun telah berlalu. Tapi kita masih kekal sebagai sahabat. Hujung minggu kita jumpa kau belanja! HAHAHAHA. Once again, selamat ulang tahun sahabat! 





p/s : Entri panjang beginikah yang kau cadangkan? Semoga kau baca hingga habis. Kalau tak, aku cabut bulu mata kau satu-satu. Heh.

Sunday, 22 April 2012

Hujan, ribut, kilat dan guruh.

Bawa pergi gusar dan sedih yang berpaut di tangkai hati. Bersihkan luka yang bernanah ini, biar nanah dan darahnya hilang. Biarkan parut meninggalkan bekas agar aku belajar dari luka itu. Tiup jauh-jauh rindu yang tak sepatutnya meraja di dalam hati ini.
Allah, damai dan tenangkan jiwa hamba. Redha, dengan redha sepenuhnya dan menyedari semuanya datang dari Allah sajalah hati ini akan tenang dan jiwa ini akan lapang.

Sungguh, hati, hidup dan matiku hanya untuk-Mu (memang seharusnya begini).

Luar dan dalam.


Kita kata kita matang, tapi bila nampak ais krim warna pelangi hati mengepam laju melonjak-lonjak minta dibelikan satu skop tiga puluh sen (kat tempat aku tiga puluh sen), bila nampak Doraemon main kat TV9 cepat-cepat pegang alat kawalan jauh sebab takut siapa-siapa akan tukar ke siaran National Geographic TV1, dan bila ada kawan tak ajak ke taman permainan berbasikal petang-petang kita tarik muncung panjang-panjang, taknak kawan awak sampai esok!

Kita kata kita tak marah, tapi dalam hati rasa nak tikam orang dengan sepuluh ribu tikaman bertubi-tubi dan rasa nak gelek kaki orang biar ligamen-ligamen kat buku lali itu terputus semuanya.

Kita kata kita tak benci, tapi dalam hati ‘kau dekat dengan aku satu inci, aku lari seribu kaki!’ takpun ‘taknak aku pandang muka kau langsung!’. Kadang-kadang sampai kita tak sanggup nak terserempak dengan orang tu kat mana-mana. Sebab amarah, benci dan segala macam perasaan lain sebenarnya boleh dilihat dari mata. Sebenarnya, kita elak bertentang mata. Sebab nanti mata akan bocorkan rahsia, ‘aku benci kau, kau tau tak??!’. Atau 'aku cinta kau!'  (ini interesting)

Kita kata kita kuat, tapi malam-malam kita cuba yakinkan diri yang kita kuat. Kadang-kadang sebelum tidur kita menangis puas-puas sebab pagi tadi kita dah puas-puas sebarkan senyum palsu.

Kita kata kita ikhlas, tapi bila rindu kita minta rindu dibalas. Bila cinta, kita minta dibalas. Dan bila cinta tak dibalas, kita buat status macam-macam (kat Facebook, Twitter, YahooMasenger) biar orang yang menolak cinta kita itu tahu yang kita tujukan status-status pedas/menyayat hati itu untuk mereka. Biar mereka terasa! Dan bila minta pendapat, kita tak mahu kita salah. Seboleh-bolehnya pandangan itu haruslah menyebelahi kita. Bila buat baik kita harapkan orang itu juga buat baik dengan kita selama-lamanya. Walhal dia juga manusia seperti kita.
Luaran dan dalaman. Aku kata aku kuat. Aku harap aku kuat. Aku yakinkan diri aku kuat. Luaran aku memang kuat. Dalaman? Setakat ni aku yakin aku masih kuat. Aku kata aku ikhlas. Tapi ikhlas itukan tak dapat dilihat dengan mata kasar. Ikhlas itukan bagai melihat seekor semut hitam yang duduk jauh terperosok di dalam gua yang kelam. Tambah-tambah lagi kita melihatnya dalam gelap pekat malam dan dengan cermin mata hitam. Aku tahu aku tak matang. Sebab aku masih bergantung pada ibu dan bapa. Masih perlu kawan-kawan. Masih membuat keputusan melulu. Tapi, bukankah pengalaman itu mendewasakan? Dewasa itu matangkah? Matang itu maksudnya hidup sendirikah? Aku pandai nasihatkan orang. Macamana untuk kuat, macamana untuk terus kuat. Tapi aku sendiri kadang-kadang tak dapat nak aplikasi apa yang aku cakap. Umat akhir zaman… Begitulah, kan? Bercakap, tapi tak buat?

Sejujurnya, aku masih tak tahu indikasi-indikasi sebenar kematangan, kekuatan, keikhlasan dan lain-lain perasaan (matang, kuat dan ikhlas itu perasaankah?) yang ada di dunia ini. Sebabnya, semua orang punya pandangan masing-masing yang berbeza-beza. Semua orang layak memilih (ikut selera tekak dan hati masing-masing).

Aku harap aku terus kuat. Walau apapun yang bakal aku tempuhi nanti. Aku tahu kesakitan ini takkan berhenti di sini. Suatu hari nanti aku akan didepani dengan ujian yang lebih hebat lagi. Yang bakal menggoncang jiwa dan iman. Semoga bila waktu itu tiba, aku masih kuat. Ya Allah, hamba redha. Bantulah hamba menerima ketentuan-Mu dengan dada yang lapang dan hati yang tenang.

Luaran dan dalaman itu belum tentu sama

*Aku tak marah, aku tak membenci, aku cuma terkilan. Ada perbezaannya di situ. Bab yang ini aku sangat pasti.*


Dengan cinta, segalanya jadi indah!

Jom berangan. Kejap. Romantik menurut aku.

Suasana romantik itu bila hujan turun terus dari langit. Rintik-rintiknya tak condong. Tak berangin. Tak payah nak bersusah-susah mempertahankan payung dari terbang ditiup angin. Kita berjalan seorang diri dengan payung kecil yang muat-muat untuk dua orang, tapi kita sendiri. Jalur payung yang berwarna-warni itu disentuh oleh titis-titis hujan. Kita berusaha melindungi wajah. Payung diturunkan sedikit ke hadapan. Yang kita lihat cuma kaki sendiri dan jalan yang terbentang di bawah. Ada batu-batu kecil dan daun-daun kering. Kadang-kadang ada jemput rumput hijau. Dan bila hujan mulai reda, dan akhirnya berhenti merintik di atas jaluran payung, kita suakan tangan ke luar. Hujan betul-betul dah berhenti. Perlahan, kita angkat payung dan di hujung jalan yang di sepanjangnya cuma ada pohon-pohon hijau kita lihat ada pelangi terbentang depan mata. Tersenyum meyambut kita dengan tujuh warnanya.

Lagi suasana romantik bila angin sepoi-sepoi bahasa mengelus pipi tatkala kita duduk menopang dagu di tepi jendela. Bebintang yang terhampar di angkasa kita kira satu-satu. Ada yang terang dan ada yang malap. Ada biru, jingga, ungu. Ada yang besar, dan ada yang kecil. Bulan pula malu-malu menunjukkan diri. Bersembunyi di balik kepul-kepul awan kelabu hitam biru (kombinasi warna ikut selera). Perlahan, kita angkat punggung dan sarungkan sweater ke tubuh (dan tudung). Kita sedut udara malam-malam puas-puas di halaman rumah. Cengkerik pun berbunyi kejap-kejap. Tak bingit. Just nice. Tiada manusia lain. Cuma kita. Semuanya telah tidur, tinggal kita yang masih jaga. (dan tiada bunyi anjing menyalak) Yang menemani cuma hamparan bintang, awan yang pelbagai bentuk dan bulan yang pemalu. Dan apabila kita dongak ke atas, perlahan awan berarak pergi meninggalkan bulan. Perlahan-lahan. Dan kita pun tunggu sehingga awan benar-benar telah pergi tinggalkan bulan sendiri. Saat itulah kita menyedari, malam ini bulan penuh!

Indah, bukan?

*Yakinlah pada Allah. Kadang-kadang, ada blessing in disguise. Hikmah dalam kesamaran, kurnia dalam penyamaran*

Google seakan mengerti hati yang berbunga-bunga. HAHA.

p/s : Berangan sikit-sikit boleh. Lepas berangan cepat-cepat bawak balik diri jejak ke bumi. Earth to Noor! Earth to Noor! Dengan cinta, segalanya jadi indah!

Saturday, 21 April 2012

Kita milik Dia.


Sesungguhnya kita milik Allah, dan hanya kepada Allah jualah kita akan dikembalikan.

Dua hari ini, dua kematian telah ku terima. Meski kedua-dua tidak pernah ku kenali, sedikit sebanyak kematian mereka terkesan di hati. Hari ini mereka pergi, entah esok lusa giliran aku pula menyusuli? Dan bila itu terjadi, cukupkah bekal yang akan ku bawa pergi? Apakah aku akan tergantung antara langit dengan bumi? Bencana apakah yang akan menimpaku nanti? Sungguh, aku idamkan khusnul khatimah. Dengan dosa yang menggunung ini, layakkah aku? Semoga almarhum dan almarhumah tenang di sana.
*Andai masaku tiba nanti, aku pohon dengan sangat kalian memaafkan segala keterlanjuranku. Semoga pengakhiran yang baik untuk kita semua*

Kepingan Hati.

Okey, kita guna bahasa santai ringkas dan padat untuk entri on the spot. Konon nak cari nasib kalau-kalau Kepingan-kepingan Hati ada dalam search engine Google, alih-alih terjumpa ini.



Kepingan Hati by Terry

Kemanakah kini harusku pergi
Mencari kepingan hatiku kasih
Dan ke manakah janji yang telah engkau ingkari
Hilang sudah tak lagi bertepi
Apa yang terjadi pada cinta suci ini
Setelah sekian lama ku yakini
Kau hancurkan hati ini
Kerana dirimu persembahan jiwaku
Ku serahkan hanya kepadamu
Dan kerana dirimu nadiku mencari
Berharap kau mengembalikan hatiku
Kerana ku serahkan semua hatiku
Geranganmu kemana kan ku cari kini.

Hati ini dah tinggal sebelah. Yang sebelah lagi dah diserahkan pada dia. Yang tinggal ini pun belahan yang kepingan-kepingannya berserakan. Sebab itu aku serahkan pada Allah. Sebab aku tahu Allah akan jaga hati yang sebelah ini dan perlahan-lahan akan mencantumkannya. Menjadi sebuah hati yang punya rasa. Kembali.

*wohoo sangat santai dan serius taktau ada lagu tajuk Kepingan Hati (ceh!)*

Aku yang fail.


Kenapa aku tak pandai bercinta? Mungkin sebab aku tak suka kucing? Atau mungkin sebab aku tak menggemari coklat. Dan aku juga kurang suka pada bunga segar. Nak tanam bunga pun bunga takkan hidup. Atau sebab aku kurang baca novel. Dalam novel itu kan ada petua-petua cinta? Aku cuma baca sekerat-sekerat (sebab aku tak percaya cinta dalam novel) dan kadang-kadang novel itu nak dekat setahun baru dapat habiskan. Jadinya, aku kena mula berjinak-jinak dengan kucing, suka pada bunga-bunga segar, menggemari coklat sepenuh jiwa dan khatamkan semua novel cinta? Begitu?
 Aku tau bukan salah kau. Sepenuhnya (ego). Aku yang fail bab-bab cinta.

*Cintailah Allah dan serahkan hati sepenuhnya pada Allah. Allah akan menjaga hatimu dan datangkan orang yang mencintai-Nya kepadamu. Kelak.*

Bukan siapa-siapa.

Aku bukan siapa-siapa nak mengkandaskan siapa-siapa daripada mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Bukan juga siapa-siapa untuk menahan sebelah kaki siapa-siapa untuk masuk ke syurga. Bukan juga siapa-siapa untuk menghalang redha Allah untuk sampai kepada siapa-siapa.

Allah itu Maha Besar. Allah Maha Pengampun. Justeru atas dasar kekerdilan seorang hamba, aku memaafkan. Semuanya. Dengan harapan semuanya memaafkan aku juga. Kerana aku juga pendosa. Aku juga pembuat silap. Untuk siapa-siapa saja, aku tak pernah marah. Jauh sekali membenci. Mungkin di sudut hati, aku terluka. Tapi luka itu bukan tiket untuk aku membencimu. Selamanya takkan begitu.
 Aku doakan Allah permudahkan urusanmu. Aku doakan kau bahagia, meski tanpa aku.

Rukun iman kan ada enam?

Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya.
[al-Hadid: 22]

Adakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman” sedangkan mereka belum diuji (untuk membuktikan keimanan mereka). Sesungguhnya Kami telah menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang sebenar-benarnya beriman dan Dia juga mengetahui orang yang berdusta.
[al-Ankabut: 2-3]

Kita kata rukun iman kita ada enam. Kita percaya pada Allah S.W.T, kita percaya pada malaikat, kita percaya pada kitab-kitab Allah, kita percaya pada rasul-rasul Allah, kita percaya adanya hari kiamat. Tapi mengapa kita cuma pegang pada lima? Mengapa terkadang kita menolak qada’ dan qadar Allah?

Jangan bersedih. Bersangka baiklah pada Allah. Selalu.
 *Sedang berusaha sedayanya untuk redha sepenuh-penuhnya. Semoga Allah bantu dengan menetapkan pendirian dan melapangkan dada dengan ketentuan-Nya*

Friday, 20 April 2012

Yongtaufu. Dan telur. Hantu telur.


Kegiatan hari ini.

Pagi-pagi lepas subuh aku melingkup balik atas katil. Hari ni aku nak puas-puas tidur. Sebab pukul 12 nanti kawan-kawan baik ajak ke library. Cari artikel. Dalam jurnal. Pukul 9.30 pagi aku kesip-kesip mata, tapi tetap tak mahu bangun lagi. (nekad untuk tidur sepuasnya)

10:51 am – Terbangun lagi dan capai handphone. Satu mesej dari kawan baik tanya nak gerak pukul berapa. Aku balas, kawan baik 2 cakap pukul 12. Aku pun bangkit menongkat dagu depan laptop. Mamai.

11:00 am – Hari ini nekad untuk tahu kesudahan kisah Elina dan Keri dalam 143 karya Pingu Toha. Baca dengan penuh penghayatan sampai tak sedar masa berlalu setengah jam!

11:30 am – Bermalas-malas, capai tuala dan siap untuk mandi, gosok baju, angkat kain kat ampaian. Syukur hari ni takde kain kotor nak dicuci. Aman.

12: 49 pm – (janji melayu almaklum) aku dan kawan-kawan baik berempat menonong ke stesen bas. Syukur ada bas. Buatnya bas takde sebab semua orang dah ke masjid solat Jumaat tak ke haru biru kehidupan.

3:45 pm – For the record, ini sangat amazing. Aku dan kawan-kawan baik semuanya menghabiskan masa berjam-jam di library (ke aku sorang je yang tak pernah-pernah lagi sebelum ni) dan lagi yang sangat amazingnya, cinta aku pada buku dah kembali serta merta. Bayangkan, aku tak sabar-sabar nak ke corner buku-buku fiksyen lepas habis cari jurnal. Aku tabik pada diri sendiri (hormat hormat ke kanannnnnnn hormat!). Kali ni, aku pinjam buku Maaf Dari Sorga karya Faisal Tehrani (dan jurnal untuk assignment).

4:15 pm – Usai solat zuhur, perut yang lapar minta diisi membawa kami ke pasar malam kolej kediaman. Aku yang teringin makan yongtaufu kecur liur nampak makcik dengan pakcik yang jual yongtaufu (kecur liur tengok yongtaufu bukan makcik dan pakcik).

5:00 pm – Sampai rumah aku berdoa sangat-sangat roommate ada sebab aku memang tak larat nak habiskan yongtaufu ni sensorang. Dan syukur! Roommate aku tengah duduk depan laptop dengan proposal yang tak siap. Jom makan!

p/s : Yongtaufu aku banyak telur tau. Kawan-kawan semua cakap aku hantu telur. Takpun hantu kuning (sekarang tak lagi) ataupun hantu dia. But I’m not his ghost anymore. I have my own life and I’m happy with that.

*Konklusinya untuk hari ini, aku tau aku akan sakit perut lagi sebab yongtaufu ini sangat pedas! Oh no, not again!*

Surat.


Rindu menulis surat. Untuk apa-apa saja untuk siapa-siapa saja.

Terharu. Sangat.


Hari ini aku dapat tau satu cerita yang buat aku terharu. Sangat. Dengan keterharuan ini aku nak kongsikan cerita ni supaya korang pun bolehlah terharu sama. Hehehehe *ketawa dengan penuh keterharuan

Masa aku awal-awal heart broken dulu, kehidupan ini sangat menyedihkan. Dengan aku-aku punya appearance sekali menyedihkan.*sobsobsob* dengan badan kurus, muka cengkung dan baju dah macam ala-ala gothic. Hitam manjang. Satu hari, ada sorang kawan ni mesej. Dia cakap, “aku ada belikan kau burger, nanti datang rumah tau”. Out of nowhere! Tetiba. Okay. Pelik. Tapi aku datang jugak pastu duk makan kat rumah dia sambil borak-borak kosong.

Hari ini baru aku tau cerita sebenar. Setelah sebulan (agaknya).

Kawan baik 1: Kau dah gemuk sekarang.
Aku: A’ah, selera makan dah okey. Hee.
Kawan baik 1: Yala, dulu kitorang nampak kau lemah tak bermaya je. Kesian, tau tak.
Aku: Sekarang dah tak cengkung kan? Dah tak kurus, kan? Dah okey, kan?*sambil pose ala-ala princess tayang baju cantik*
Kawan baik 1: Bolehlah, pipi dah tak cengkung dah. Sampai satu malam tu kawan baik 2 belikan kau burger. Aku tanya kenapa tetibe, dia cakap “takpelah, nak senangkan hati dia”.
Aku: *terkedu. Series taktau nak cakap apa dalam hati cakap shuwit banyak-banyak kali terharu sampai rasa nak nangis!*

Tak terucap tak tergambar dek kata-kata dan mimik muka. All I want to say is thank you Allah and thank you semua kawan baik! Sayang semuanya!

Thursday, 19 April 2012

I've fallen in love.

Ya, aku dah jatuh cinta. Cinta itu tak semestinya pada manusia sahaja, kan? Cinta itu luas, kan? Aku jatuh cinta pada buku! Dan sekarang aku dah jatuh cinta pada dua buku ini. Sungguh!


Cintai Yang Maha Memberi Cinta.

p/s untuk kawan baik : Jangan marah lama-lama. Aku cinta kau juga. HAHA.

Percaya pada diri sendiri.


Kejadian lepas subuh.

7:15 am – bermalas-malas depan laptop sambil dengar lagu-lagu yang memang sudah tersedia dalam playlist. Tangan capai buku 143 karya Pingu Toha tiba-tiba teringat “alamak taufufa semalam tak makan lagi!”

7:34 am – agak sedih sebab taufufa rasa macam dah basi terus buang dalam tong sampah. Dalam hati ruginya RM1.20! Silap, silap, bukan rezeki.. Baring-baring baca buku dapat emel dari yahoo “cousin anda telah meninggalkan komen dalam blog anda” dan hati tergerak untuk SMS sepupu tersebut. Kegiatan ini berlanjutan sehingga jam 8:54 am. Dengan 143 masih di tangan.

Pembacaan berlangsung sehingga pukul 11.00 pagi. Sebab dah set nak mandi, siap-siap, cuci kain, angkat kain kat ampaian pukul 11.

11.00 am – mandi, basuh kain, angkat kain kat ampaian, jemur kain, pasang lagu dalam playlist, lipat kain, panaskan air.

12.06 pm – bersihkan bilik. Buka tingkap biar matahari masuk ikut celah-celah cermin.

12.26 pm – buat milo, capai biskut atas rak, duduk depan laptop, sambil kunyah biskut cicah milo kepala fikir macamana nak siapkan komik kawan baik.

12.44 pm – idea tak sampai-sampai walaupun dah kena seru banyak-banyak kali. Akhirnya, aku seru nama roommate “sotong manis ada lagi tak? Nak satu..”

*sampai bila-bila pun aku takkan dapat lupa dia sebab dia tu kan cinta pertama (ngaaaa ayat novel juta-juta) yang susah nak dilupakan (kecuali aku kena hentaman kuat di kepala dan hilang ingatan selama-lamanya). Di setiap benda yang aku buat, aku ingat dia. Tapi at least, aku dah boleh teruskan kehidupan macam biasa, kan? Dah tak malas bangun pagi macam dulu sebab pagi itu maksudnya kena hadapi satu lagi hari dengan kekecewaan dan tanpa dia (ceh!). Tak perlu rasanya aku nak buktikan apa-apa pada siapa-siapa. Sekarang aku cuma nak percayakan diri sendiri yang aku memang dah move on. Noor, you’ve moved on. Sebab in the end, satu-satunya manusia yang ada di sisi aku, cuma aku.

Note to you and I : If we don’t believe in ourselves, who will?

Perbezaan.


Manusia itu berbeza. Kalau tak berbeza mana mungkin ada pepatah ‘rambut sama hitam hati lain-lain’. Itupun tak semua manusia rambutnya hitam. Ada yang kuning, hijau, merah, biru, coklat.. Tidak hairanlah setiap manusia itu punya akal dan buah fikiran yang berbeza-beza. Punya rasa dan perasaan yang tak sama dengan manusia seangkatannya. Ada yang boleh jatuh cinta dengan mudah, dan ada yang sangat sukar untuk jatuh cinta. Ada yang menangis bila ditinggalkan dan ada yang tak rasa apapun. Ada yang mudah memaafkan, ada yang sukar melupakan. Ada yang suka pada ketenangan di kampung-kampung, dan ada yang selesa dengan hiruk-pikuknya kota.

Begitu juga halnya dengan terapi jiwa. Lain orang, lain cara menangani masalahnya. Ada yang keluar bersuka-ria dengan teman-teman, ada yang melancong cari suasana baru, ada yang sampai tinggalkan tanah air tanah tumpah darah. Untuk aku, aku selesa menulis (atau menaip) mencurah rasa, gelojak jiwa. Biar kertas yang menelan pahit manisnya rasa hati, biar kertas (atau Microsoft Word) yang menterjemahkan rasa-rasa yang membeku di dasar hati. Yang penting, luka di jiwa boleh sembuh.

Buat teman-teman yang sedang merasai sakitnya disakiti, dikecewakan sama seperti aku. Hiduplah semahumu, mengikut rentakmu (yang mengikut syariat dan norma-norma kehidupan seorang muslimah) kerana hanya engkau yang lebih memahami hatimu, memahami kesedihanmu. In time, Allah will heal you. As long as you accept all His tests with redha.

I'm not mad. I'm hurt. There's a difference.

Neomu apa apa apa *it hurts so much.


How would I know what are the answers when you didn’t even pick up my calls neither you reply any of my messages. You told me to believe in you but everything you did seems the opposite. I believe in you. But slowly, that belief I’ve been holding is fading away. When we meet again, it is not you that I want so badly. I just want answers to my questions. So, let me tell you what happened to me after I’ve been left hanging with tons of questions.

Sorry to my students because they’ve met that boring hardly talking teacher.

I watched Super Junior’s shows and Running Man just to laugh myself out.*note that I wasn't a Korean lover

I bought lots of things to cheer myself up and now I’m running out of money! *sigh


I stopped doing things that I like the most.

I cried every night. I cried every time I watch love stories. I cried every time I hear your name. I cried every time people ask me about you.

Well, never mind. That was way back. A good friend told me that “I’m worry when you cry. But I would be worrier if you don’t.”

So, I cried. Instead of listening to sad understanding songs I listen to al-Quran (still listening to songs but they don’t make me cry no more!) I read books, motivational books. But in al-Quran I’ve found lots of answers to my questions. I cry, but this time my heart doesn’t hurt that much. I cry because I know Allah loves me and He wants me to always be close to Him through my prayers. I cry because I’ve disappointed Allah, but He never disappoint me.

Thanks to you, I’ve found true tranquil everlasting love. I’m embracing everything that ever hurt me with His love. Now, they don’t hurt that much anymore.



*kecewa sangat-sangat sampai lupa nak ambil lessen P kat sekolah memandu yang entah dah berapa kurun (aiya!)*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...