Thursday, 31 May 2012

Entri hanya gambar. #9#




Kembali.


Rasulullah s.a.w bersabda: "Jangan sekali-kali seseorang kamu bercita-cita hendakkan mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; kalau keadaannya mendesaknya meminta mati, maka hendaklah ia memohon dengan berkata: "Ya Tuhanku, hidupkanlah daku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah daku apabila mati itu lebih baik bagiku." Anas r.a.
‘Ya Allah, seandainya nanti imanku telah sempurna, kembalikanlah aku kepada-Mu, Ya Allah.’


p/s: Mungkin akan dimasukkan dalam doa Nur Hani dalam usaha mencuba menulis novel. Hee~ =P

Sabar.


Nasihatku buat NoorVictory,

Jadilah rumput nan lemah lembut, tak luruh dipukul ribut, bagai karang di dasar lautan, tak terusik dilanda badai..

Dalam suka hitunglah kesyukuranmu, dalam senang awasi kealpaanmu, setitis derita melanda, segunung kurniaanNya

Usah mengharapkan ke segalanya, dalam perjuangan penuh pengorbanan, usah dendam berpanjangan, maafkan kesalahan insan.

Dalam diam taburkanlah baktimu, dalam tenang buangkanlah amarahmu, suburkanlah sifat sabar, di dalam jiwamu itu..

Entri hanya gambar. #8#




Tuesday, 29 May 2012

Esok belum tentu ada.

Niat yang baik jangan dilambat-lambatkan. 
Kalau bukan hari ini bila lagi? Kita sendiri tidak boleh menjanjikan esok lusa tulat minggu depan bulan depan dan tahun depan ada lagi untuk kita.

Monday, 28 May 2012

Dari hati jari menari.

Terjunlah ke lubuk hati,
Sentuh tiap-tiap sudutnya,
Dari hati kau kan temui,
Dari hati jari menari.

Dengan cinta dan harapan,
Dengan angan dan pengalaman,
Dengan ilmu dan iman,
Dari hati, jari menari.

Yang lalu jadikan pengajaran,
Yang lepas jadikan tauladan,
Dari hati jari menari,
Lepaskan dan coretkan,
Biar jadi pedoman buat teman-teman.
 
*Sebetulnya aku tengah berusaha untuk terjun ke dunia penulisan. Semoga Allah permudahkan. Dan untuk cubaan pertama ini, aku mohon dijauhkan dari writer’s block. Semoga Allah redha.*

Buatmu, masa.


Masa membuat aku terburu-buru,

Sehingga aku larut dalam lelahku.

Masa yang sempit menghimpit aku,

Membuat aku nanar dan buntu.

Cukup sekadar ruang yang satu itu,

Kau beri aku waktu,

Untuk larut dan asyik dengan cintaku.

Masa,

Aku mohon,

Tolong jangan cemburu.

Entri hanya gambar. #6#



Sunday, 27 May 2012

Sebal.


Kadang-kadang aku rasa sangat meluat dengan kesibukan yang tak berhenti-henti sepanjang hujung sem. Macam inilah selalunya. Hujung sem kerja pun mula lah bertimbun. Dan dek kerana kerja yang berlambak ini kadang-kadang aku mengabaikan waktu tidur, makan dan waktu bersama kawan-kawan. Arghhh! Paling penting, hari ini aku terlepas kursus pengurusan jenazah. Serius rasa nak menangis puas-puas. Sebal.

*Tapi, sibuk itu juga kan nikmat yang Allah bagi? Aku kan dah berjanji untuk pandang semuanya dengan pandangan rahmat Allah? Bukan keluh kesah? Ada hikmah untuk segala-galanya insya-Allah.*
*Haila proposal, haila report, haila prestasi kerja yang menurun.*

Al-Matsurat : Do'a & Dzikir Pagi Hari



*Sangat sibuk sampai tak sempat nak taip panjang-panjang. Semoga hari-hari kita diredhai Allah.*

Syarat Bahagia di Dunia.

Saturday, 26 May 2012

Entri hanya gambar. #5#





Berubahlah kerana Allah.


Jangan berubah kerana tempat, fesyen, masa, harta atau manusia.
Kerana tempat akan berubah.
Fesyen akan berputar.
Masa akan berlalu.
Harta akan habis.
Manusia akan mati.
Tapi berubahlah kerana Allah.
Hanya Allah yang kekal, dan kerana Allah yang menghitung segala amal kita.

Friday, 25 May 2012

Yang terbaik bukan terbanyak.


Dipetik dari buku Batu Bata Kehidupan by Hilal Asyraf.

Ayat 2 dari surah al-Mulk bermaksud:

‘Dialah yang teleh menciptakan kematian dan kehidupan untuk menguji kamu, siapakah antara kamu yang terbaik amalnya; dan Dia Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.’

Soalan Hilal Asyraf, kenapa terbaik? Kenapa bukan amalan terbanyak?

Sebabnya bukan yang banyak menjadi ukuran, tetapi yang terbaik akan mendapat perhatian.

Komen aku?

Orang putih pun mengakui kesahihan ini. Diorang cakap ‘it’s not about the quantity, quality that counts’.

Dan lagi, macamana nak tahu mana amalan kita yang terbaik? Buatlah yang terbanyak. Insya-Allah dalam banyak-banyak itu akan ada yang terbaik yang sangat disukai Allah.
Wallahu’alam!

Kalau ikhlas.


Kalau kita ikhlas kita takkan mengungkit dan takkan membenci bila tidak dihargai.

Thursday, 24 May 2012

Jangan susah hati.


Siapa yang susah apabila dia berdua? Tambahan apabila yang bersamanya itu adalah Yang Tidak Terkalahkan oleh sesiapa?
 Batu Bata Kehidupan by Hilal Asyraf

Novel Kasih yang Suci.


Novel Kasih yang Suci sudahpun habis aku khatamkan dengan perasaan yang mencurah-curah ke ladang gandum.

Dan aku masih, masih, semasih masihnya tidak menyukai watak Seth! Dan lagi, memang jalan penceritaan novel dengan drama Nora Elena sangat berlainan.

*dah nama pun adaptasi longgar, kan? dan aku tau aku memang terlambat pun nak komen apa-apa. dan aku sebenarnya dah habis baca novel ni minggu lepas lagi sebelum pegi Raudhatus Sakinah.*

Entri hanya gambar #4#





Wednesday, 23 May 2012

Dengan rasa cinta pada Allah, segalanya jadi indah!



Jangan klik play tau kalau tak berani tengok.

Pada 11 Jun, 1963, Thich Quang Duc, seorang sami Buddha yang berusia 67-tahun dari Vietnam tengah, membakar dirinya di Saigon untuk menarik perhatian kepada dasar-dasar penindasan rejim Diem Katolik yang mengawal kerajaan Vietnam Selatan pada masa itu. Sami-sami Buddha meminta rejim itu untuk memansuhkan larangan mengibarkan bendera Buddha tradisional, untuk memberikan agama Buddha hak yang sama sepertimana agama Katolik, untuk berhenti menyekat penganut agama Buddha dan untuk memberi sami-sami dan biarawati Buddha hak untuk mengamalkan dan menyebarkan agama mereka. Ketika terbakar, beliau tidak bergerak mahupun meraung walau sedikitpun.

Apa yang aku nak ketengahkan bukanlah isu bakar diri sendiri. Tapi dengan adanya sifat bertuhan yang kuat dalam diri, tiada apa yang menyakitkan di dunia ini. Bila semuanya dilakukan kerana Tuhan, semuanya akan terasa tidak sia-sia, mudah dan indah. Kerana segalanya ikhlas kerana Tuhan.

Kenapa aku letak video dan bagi contoh pasal agama Buddha pulak padahal dalam Islam terang-terangan banyak contoh yang boleh diketengahkan? Contohnya, kisah Sumaiyah yang bertahan hingga hujung nyawanya mempertahankan agama Allah dan menolak untuk kembali kafir bahkan dia tahu tuannya, Abu Jahal akan menyulanya dan membunuh tiap satu ahli keluarganya. Contoh yang kedua, Bilal bin Rabbah yang tidak berhenti melaungkan kalimah ‘Allah Yang Esa’ sekalipun jasadnya diseksa dengan tidak berperikemanusian di tengah padang pasir yang panas. Dan lagi, Mus’abbin Umair yang terus berperang walaupun kedua belah tangannya telah terputus? Dan lagi, Abu Bakar as-Siddiq yang melindungi Rasulullah di dalam Gua Thur sehingga menitis air matanya dipatuk ular tapi dia bertahan agar air mata tidak jatuh mengena wajah Rasulullah.

Sekiranya hati kita ikhlas kerana Allah, kita tidak akan teragak-agak untuk meninggalkan dunia yang fana ini. Kerana kita tahu, ganjaran di akhirat kelak pasti berbaloi atas segala jerih perih kita di dunia ini. Ouh, sebab aku letak video sami tu? Cuma nak tunjuk rasa bertuhan akan buat kita kuat. Kalaulah zaman nabi dan para sahabat dulu ada video recorder, pasti kita akan merasa lebih takjub! 

Wallahu’alam.

Tetaplah begini.


Di malam penuh bintang di atas sejadah yang ku bentang,
Sedu sedan sendiri mengadu pada Yang Maha Kuasa,
Betapa naïf diriku ini hidup tanpa ingat pada-Mu,
Urat nadi pun tahu aku hampa.

Di malam penuh bintang di bawah sinar bulan purnama,
Ku pasrahkan semua keluh dan kesah yang aku rasa,
Sesak dadaku menangis pilu saat ku urai dosa-dosaku,
Di hadapan-Mu ku tiada ertinya.

Doa qalbu tak bisa aku bendung,
Deras bak hujan di gurun Sahara,
Hatiku yang gersang,
Terasa oh tenteram.

Hanya Engkau yang tahu siapa aku,
Tetapkanlah seperti malam ini,
Sucikan diriku,
Selama-lamanya.
Terima kasih kepada seorang kawan baik yang comel yang memperkenalkan aku dengan lagu ini dulu. Semoga kita sama-sama istiqomah. Insya-Allah boleh, kan? ;)

Tuesday, 22 May 2012

Jangan takut.


Jangan pernah takut. Allah akan sentiasa bersamamu. Allah tidak pernah membiarkan kau sendiri menjalani takdir hidupmu.

Buatmu yang terindah.


Buat Nur Hani dan penghuni-penghuni Raudhatussakinah.

Mungkin tak perlu kata-kata indah,
Cukup pada luahan rasa,
Tanda cakna.

Mungkin tak perlu air mata,
Cukup cuma titipan doa,
Tanda terima.

Aku pun jua manusia,
Tak lepas dari cela,
Ada saatnya aku lalai dan leka.

Aku pun sepertimu jua,
Beza kita cuma pada taqwa.

Kau dan aku,
Kita sama makhluk Allah.
Kau dan aku,
Kita sama pendamba syurga-Nya.

Beza kita cuma darjat di sisi Tuhan.
Entah Dia mengangkatmu tinggi dari aku,
Cuma Dia saja yang tahu.
Selamat berpuasa di bulan Rejab! ;D

Monday, 21 May 2012

Entri hanya gambar #3#



Hasil runaway #1#


Ingat lagi kisah Nur Hani? Sabtu lepas aku ke Raudhatus Sakinah. Menyelami hati Nur Hani-Nur Hani di raudha buat aku insaf. Betullah, hidayah diturunkan dalam pelbagai bentuk. Tapi, aku kongsi satu-satu dulu ya apa yang aku jumpa di raudha (hasil dari runaway).

Air mata. Hah, ada lagi dua jenis air mata. Air mata takut dan air mata kesedihan. Air mata takut itu mengalir dan selepas itu kita tidak melakukan silap itu lagi. Kita benar-benar bertaubat. Air mata sedih itu pula bila kita menangis dan esoknya tetap buat benda yang sama. Takde effect.

Oleh itu, jangan biar syaitonirrojim manipulasi air mata kita tau!  Ouh, by the way, aku telah selamat melantak seekor keli berlada masa aku runaway tuh. Alhamdulillah! ;D

Thursday, 17 May 2012

Runaway.


Hari ni, esok, lusa dan mungkin juga tulat aku akan berada di suatu tempat yang jauh dari laptop ini. Jauh dari hidup yang menyesakkan. HAHA padahal kesesakan itu akan ikut juga dalam kepala. Haila proposal, haila reports, haila research question. Tapi kan, you wanna know sweet escape ever? By reading al-Quran and pray. In short, by remembering Allah! ;D
p/s: Entah kenapa dan entah bila tekak ini tiba-tiba teringin makan ikan keli goreng.

Wednesday, 16 May 2012

Selamat Hari Guru!


Selamat Hari Guru!

Wah hari ini beruntunglah untuk yang bergelar guru. Pegi sekolah mesti dengan hati kembang berbunga-bunga sebab ada kemungkinan besar dapat hadiah atau surprise dari pelajar-pelajar. Tapi kan, kan, kan. Kita lupa pada dua guru yang telah mendidik kita dari kecil. Ibu dan bapa kita.

Waktu aku kecil dulu mama selalu bawak aku kira anak tangga kalau nak pegi mana-mana supaya aku boleh pandai mengira. Lepas tu sebelum tidur mesti dapat bedtime story yang best-best. Yang sampai sekarang aku ingat! Kat rumah aku memang tak sah kalau takde tampal-tampal ‘Mari Mengenal Huruf’. Mama jugak yang ajar aku melukis. Kecik-kecik dulu suka sangat ke kedai buku beli drawing block sorang satu lepas tu lukis macam-macam pastu tampal kat bilik. Masa kecik-kecik pun mama dah ajar ngaji. Supaya bila hantar kat rumah ustaz yang ngajar ngaji takdelah malu sangat aku taktau satu huruf pun. Dan takdelah nak menyusahkan ustaz tu sangat.

Papa pulak ajar aku kayuh basikal. Bayangkan, mula-mula basikal tu ada roda tiga kat belakang. Lepas papa dah confident yang anak gadis beliau dah boleh kayuh basikal dengan jayanya, papa pun buka tayar kecik kat belakang. Hasilnya? Ya, aku menonong laju masuk dalam semak belakang rumah jiran. Terima kasih pokok semalu yang sudi menjemput aku. Jangan tak percaya, papa lah yang ajar aku kerja kat dapur. Macamana nak potong bawang, cuci sayur, cara-cara nak duduk dengan sopan masa nak tumbuk bawang. Semua tu papa yang ajar.

Untuk jasa keduanya, aku bersyukur sangat-sangat dengan Allah sebab kurniakan aku dan adik-adik insan sebaik mama dan papa. Untuk mama dan papa, terima kasih sebab dah jalankan amanah Allah dengan sebaiknya, terima kasih sebab dah didik Noor dan adik-adik. Hari ni tak macam tahun-tahun sudah. Aku dah tak wish cikgu-cikgu kat Facebook (sebab aku dah deactivate Facebook). Hari ni aku cuma nak titip doa ikhlas dari hati untuk semua insan yang pernah dan sedang mendidik aku. Termasuk kau juga. Semoga kita semua diberkati Allah. Selalu.

p/s: Habis tu, macamana nak berterimakasih dengan pengalaman yang banyak mengajar aku? Hah! Dengan belajar dari pengalaman. ;)

Untuk semua guru, bakal guru, bekas guru, yang pernah dan sedang mendidik, SELAMAT HARI GURU. Semoga Allah memberkati semuanya. ;D

Tuesday, 15 May 2012

Kasih yang Suci dan Warna Hati.


Kan dah cakap nak dihujani buku? Kan dah cakap nak ada mini library sendiri? Novel-novel yang dipesan tempoh hari dah selamat sampai dan dah selamat dibungkus dengan wrapping paper bunga-bunga lagi! Siap direbenkan lagi penanda bukunya yang comel-comel!

 Aku ingin terjun ke lautan fantasi novel (yang mungkin reality sesetengah insan).

p/s : Buat masa ini, aku tengah geli-geleman dengan Seth Tan dan muka memang tak sah kalau tak kerut-kerut bila baca part yang ada Seth. Entah kenapa, aku benci watak Seth. Pembacaan setakat ini. Heh.

Cukuplah.

Cukuplah dengan membuat diri sendiri percaya dan selesa dengan cara tersendiri. Selamanya kau takkan dapat memuaskan hati semua orang. Selamanya kau takkan dapat buat semua orang faham. Seperti juga kau takkan dapat memahami semua orang. Cukuplah sekadar kau tidak menghakimi sewenangnya.
*Kepada yang sedang berubah ke arah kebaikan, aku doakan kalian sukses dan selalulah istiqomah! Semoga Allah permudahkan! Benda yang baik jangan dilambat-lambatkan! ;D*

Doakan aku.


Semalam tiba-tiba yang tak dijangka aku dapat panggilan telefon.


Kata adik kesayanganku, “Kak Noor dah berubah, tak selalu happy macam dulu, dah tak happy go lucky. Kalau cakap kat telefon pun boleh rasa kesedihan kak Noor.”

Kata kakak kesayangan pula, “Kakak tahu kau kuat. Kakak nak tengok Noor yang dulu. Adik cakap kau ketawa dah tak ikhlas macam dulu.”

Dear kakak dan adik kesayangan, tidak dinafikan, selagi nafas ini masih berhembus, namanya akan sentiasa membuat hatiku berdebar-debar. Tapi yakin dan percayalah yang hatiku yang telah hancur itu sedang dibaik pulih. Aku tak akan kembali total seperti aku yang dulu. Aku akan menjadi okey dengan versi yang sepatutnya kamu kenali. Dan aku mohon, tolong tetap bersamaku. Sebab di jauh di lubuk hati terdalam, aku tetap aku yang kamu kenali dulu.
p/s : Kan bagus hidup boleh jadi dalam novel. Sedar-sedar sepuluh tahun dah pun berlalu?

Monday, 14 May 2012

Teruslah melangkah, di hujung jalan pasti ada sinar.


Dalam meniti laluan kehidupan,
Adakala kaki tersadung pada akar-akar banir yang besar dan berselirat,
Dek kerana jauhnya mata memandang ke hadapan,
Atau pekatnya malam yang tidak bercahaya.

Tapi jatuh sekali bukan bermakna selamanya akan duduk mengaduh,
Menyesali keterlekaan,
Mengubati luka di kaki.

Jatuh dan bangunlah.
Teruslah memandang ke hadapan,
Dan teruslah melangkah sekalipun disakiti onak dan duri,
Sekalipun terpaksa meniti laluan sempit bersendiri,
Melalui hutan belukar yang penuh merabahaya tersembunyi,
Sekalipun terpaksa meniti batuan licin yang memungkinkan jatuh lagi.

Kerana tiada siapa tahu apa yang ada di hadapan.

Kerana sekalipun sepanjang jalan itu berliku,
Melelah dan meresahkan,
Di hujung jalan pasti ada sinar,
Di hujung penantian pasti ada bahagia.

Kalau tak nampak di dunia,
Di syurga Allah nanti pasti,
Insya-Allah.

Aku tidak layak menghakimi.



Aku tidak layak menghakimi sesuatu yang aku tidak tahu asal usul pucuk pangkalnya. Justeru, aku tidak layak berburuk sangka atas suatu apa pun.

Saturday, 12 May 2012

Buat insan yang dicintai.#2#



Kalau dulu aku cakap aku lepaskan kau tanpa syarat, kan? Sekarang aku nak betulkan ayat aku tu.

Aku lepaskan kau dari hati ini kerana Allah. Semoga Allah memberkatimu selalu. ;)

*LEGA!*

Tersenyumlah wahai hati yang bersedih.



Di dalam hati manusia itu ada kekusutan yang tidak akan terurai kecuali dengan menerima kehendak Allah. ;)

p/s: Kali pertama letak smiley dalam entri. Rupanya aku masih punya hati. Alhamdulillah.

Entri hanya gambar.#2#


Bicara Hatiku-Nice


Kata seorang teman, “Aku suka lagu ni, buat aku lebih yakin mendepani hari-hari depan yang tak pasti.”

Teman, jalan yang ada di hadapan telah dibentangkan untuk kita eksklusif dari Allah. Tak perlu risau, Allah sentiasa bersama kita. Apa yang kita perlu buat cumalah berjalan tanpa henti.

Kata teman ku itu, "Terima kasih. Oleh sebab kau bagi kata-kata semangat ini, aku nak hadiahkan lagu ini untuk kau."

Allah datangkan petunjuk dalam pelbagai rupa dan bentuk. Jadi, untuk segalanya, alhamdulillah, thank you Allah!

Friday, 11 May 2012

Ingatlah Allah. Selalu.


Jiwa yang jauh daripada mengingati Allah kegelisahan sepertimana seekor ikan yang berjauhan dari air, maka lihatlah betapa gelisahnya seekor ikan yang berjauhan dari sumber air.

-Senjata Penuntut Ilmu by Ustaz Nik Anwar Zakaria-

*Ya Allah, minggu ini sangat penat*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...