Friday, 29 June 2012

My personal jihad.

Assalamualaikum.

Hari ni sangat sibuk sebab nak antar buku laporan pengajaran. Lepas tu hari ni ada bacaan tahlil untuk cikgu sekolah kami yang baru meninggal dua hari lepas (innalillahhi wa inna ilaihi roji’un – al-fatihah).

Bahasa Inggeris. Peraturan saya dalam kelas sangat mudah. Pertama, ikut semua arahan saya. kedua, jangan ada sampah dalam kelas. Saya tahu subjek ini tidak mudah dan ramai yang tak minat. Tapi kalau cuma saya sorang yang beria-ia nak tolong tapi pelajar takde inisiatif nak tolong diri sendiri, saya tak boleh nak buat apa. Saya takkan marah-marah dalam kelas (sebab saya pun malas nak marah-marah, kalau marah pun saya gerenti awak tak takut – sebab adik-adik saya tak takut kalau saya marah). Saya takkan bagi nama awak kat guru disiplin. Selagi awak buat semua kerja yang saya suruh. Saya bukan suruh awak panjat pokok kelapa, buat bangunan, cuci kain berbakul-bakul, tangkap ikan, saya cuma suruh awak buat satu buku journal dan tulis diari awak hari-hari. Saya nak awak kayakan kosa kata Bahasa Inggeris awak semua. Kalau awak tahu banyak perkataan, insyaAllah awak boleh kuasai semua kemahiran berbahasa Inggeris (listening, speaking, reading and writing). Saya cuma nak awak buat latihan yang saya bagi. Itu aje. Bila kerja dah siap saya takkan larang awak nak bercerita dengan kawan-kawan awak.

Sampah. Saya tak suka buang sampah merata-rata. Saya tak suka orang lain buang sampah merata-rata. Saya tak suka sampah merata-rata. Selain mengajar insyaAllah saya akan cuba didik nilai ini dalam diri pelajar-pelajar. Kalau masuk kelas kena pastikan kelas bersih dulu. Kalau nampak sampah merata-rata saya akan cuba kutip. InsyaAllah. Kalau nak didik orang  lain, kita kena didik diri sendiri dulu, kan? Kalau nak suruh orang lain buat sesuatu, kita kenalah buat dulu, kan? Dakwah itu bermula dari diri sendiri. Kita boleh berdakwah dengan senyap, iaitu mencerminkan perbuatan yang baik. Guru idola pelajarnya. Besar tanggungjawab seorang guru ni (dah jadi guru baru sedar. huhu). Tahu tak orang yang buang sampah merata-rata adalah orang yang zalim sebenarnya? Sebab maksud zalim dari segi istilah ialah orang yang meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya (menurut buku teks Pendidikan Islam tingkatan 3 masa aku sekolah). Sampah letaknya dalam tong sampah, bukan atas lantai, dalam lubang tandas, dalam parit, bukan juga dalam laci meja. Untuk maksud zalim dengan lebih lanjut, rujuk SINI ye. ;)
InsyaAllah this is my personal jihad.

Ya Allah, permudahkanlah urusan hamba dan urusan seluruh muslimin muslimat seantero dunia. Jadikan lah kami orang-orang yang sabar dan redha dalam mendepani ujian-ujian Mu.

p/s: Esok Hari Sukan Sekolah!



When you find yourself in a position to help someone, be happy because Allah is answering that person’s prayer through you. SUMBER.

Allah Maha Tahu.

Assalamualaikum.

Semalam aku tak berapa sihat. Jadinya, masuk kelas cuma boleh bagi kerja dan duduk depan dan tanda kerja murid. Sekarang minggu sukan. Masuk kelas pun murid-murid memang tak ramai yang bagi perhatian. Masing-masing tengok orang tengah bersukan kat padang. Semua kepala keluar ikut tingkap. -_-"

Banyak cabarannya menjadi seorang guru ni kan? Untuk guru-guru yang telah sabar mendidik aku, terima kasih yang tak terhingga. Semoga Allah permudahkan urusan guru-guruku. Dan semoga ilmu yang telah guru-guruku sampaikan menjadi bekalan guru-guruku di akhirat kelak.


Hari Jumaat ni aku nak kongsi sesuatu yang aku jumpa kat tumblr.

Allah mengetahui
Apabila anda melakukan sesuatu untuk seseorang dan mereka tidak bersyukur,
Apabila anda berdiri untuk berdoa pada waktu awal pagi ketika seluruh dunia sedang tidur,
Apabila anda menjaga lidah anda dan mengekangnya dari biadab,
Apabila anda tidak berhujah dengan ibu bapa anda walaupun anda tahu anda betul,
Apabila anda melakukan perkara yang betul ketika tiada yang melihat,
Apabila anda mendoakan musuh anda dan bukannya menyakitkan mereka dengan kata-kata yang kesat,
Apabila anda melakukan yang terkecil daripada terkecil kebaikan, begitu kecil sehingga anda sendiri lupa tentang kebaikan anda itu .. Allah mengetahui.
Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui.


Kan dalam surah al-Zalzalah ayat 7-8 Allah ada sebut barangsiapa yang mengerjakan kebaikan atau keburukan hatta sebesar zarah pun akan dihitung juga oleh Allah. ;)

Jadi, jangan bersedih dan jangan risau-risau ya sahabat-sahabat sekalian. Sekalipun anda tidak dihargai manusia atas segala kebaikan yang anda lakukan, yakin dan percayalah Allah sedang memerhati anda dan Allah Maha Tahu tentang segala perbuatan anda itu.
Salam Jumaat semuanya! Semoga urusan kita dipermudahkan Allah.

p/s: Pagi-pagi sarapan sandwich letak telur dan sosej tanpa salad (sebab salad dah habis asyik dikunyah bila bosan). Buat coffee-mix nampak asap kepul-kepul keluar dari cawan hati rasa tenang. Kan bagus boleh jadi asap. Terbang dan menghilang di udara. Heh.

Thursday, 28 June 2012

Jom khatam al-Quran Ramadhan ini.


Sedikit perkongsian untuk bulan Ramadhan. SUMBER.

The Qur’an has 600 pages approx.. If you divide it on 30 days, that’s 20 pages a day. You see, that’s difficult to do right? But, if you divide it on the 5 prayers a day, it gets easier:
*If you read 4 pages after every salah in ramadan, then you’ve completed the Qur’an.
*If you want to complete the Qur’an twice, you read 4 pages before and after every salah.

Aku memang sangat lemah bab-bab mengira. InsyaAllah untuk bulan Ramadhan ni aku dah taknak hangat-hangat tahi ayam lagi. InsyaAllah akan istiqomah baca 4 mukasurat setiap kali lepas solat. Ramadhan nanti masa kat sekolah pun akan disingkatkan. Kelas-kelas akan dianjakkan masanya ke hadapan.

Jom jadikan Ramadhan kita tahun ini lebih bererti. Semoga Allah sempatkan kita semua muslimin dan muslimat seantero dunia menyambut bulan Ramdhan pada bulan Julai nanti, insyaAllah. Jom sama-sama khatam al-Quran Ramadhan kali ni? ;)
Dan semoga aku terus istiqomah berasa semangat nak ke sekolah. Semoga aku dan kawan-kawan guru tetap ikhlas ingin menabur bakti mendidik insan.
Kawan, tetap tersenyum dengan tenang tau walau ujian memberati kita. Bukankah berlian terbaik itu terhasil dengan tekanan terkuat? Semoga Allah permudahkan urusan kita semua! ;D

Tuesday, 26 June 2012

Kata-kata itu doa.

Assalamualaikum.

Kata-kata itu doa kan? Siapa pun penuturnya, kepada siapa pun perkataan itu dituturkan. Sebagai guru, aku rasa aku kena jaga mulut (bukan setakat sebagai cikgu tapi sebagai anak, kakak, kawan dan paling penting sebagai hamba Allah). Tak boleh nak senang-senang cakap benda-benda yang tak sepatutnya. Semoga Allah kuatkan hati aku, semoga Allah pelihara lidah dan hati aku. Juga semoga Allah kuatkan hati, pelihara lidah rakan guru yang lainnya. Dan seluruh muslimin muslimat penduduk alam semesta semuanya.

Dulu ustazah kat sekolah selalu doakan kitorang dalam doa dia hari-hari. Jom apply?

Jom tengok eksperimen nasi kat bawah ni. Nak tahu huraian lebih lanjut, baca kat SINI ek. Semoga kita menjadi penutur yang baik-baik. Perkataan yang baik dan menyenangkan hati itu ibadah, kan? ;)


p/s: Esok kena datang raptai sukan. Huhu~ esok aku kena pakai topi pegi sekolah. Serius kulit aku tak tahan bahang cuaca kat sini. Peritnya lain macam. Sekarang dah jadi macam udang bakar. -_-"

Monday, 25 June 2012

Buku.#3#

Assalamualaikum.

Hari ni aku dah start masuk sekolah. Perasaan sepanjang perjalanan menuju ke gate sekolah adalah sebuah perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan marker pen dan whiteboard. Oleh sebab rumah sewa kira dekat jugak dengan sekolah, aku dan kawan baik boleh lah berjalan kaki seawal pukul 7 pagi. Takut-takut jugak kalau-kalau terjumpa monyet tengah jalan (kan dah cakap fobia monyet).

Hari ni takde apa sangat jadi. Briefing pasal itu ini dan program baru sekolah yang memerlukan guru Bahasa Inggeris dengan banyaknya. Programnya melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 1 yang akan dikelaskan mengikut ranking. Adakah ini bermakna aku kena ubahsuai tajuk research??? Ouh, tajuk research yang aku pilih, insyaAllah:

THE USE OF JOURNAL ENTRIES WRITING IN IMPROVING STUDENTS’ DESCRIPTIVE ESSAYS.

Semoga Allah permudahkan urusan aku dan kawan-kawan (juga muslimin dan muslimat penduduk bumi yang dirahmati Allah sekalian).

Oleh sebab esok pun confirm tak banyak kerja nak buat, daripada aku goyang kaki dan bosan lagi dalam bilik guru aku nak bawak buku. La Tahzan Gadisku dah dikhatamkan semalam. Komen? Kalau ikut dari perspektif aku, aku rasa lain gadis lain masalah yang dihadapi. Jadi, tak selayaknya kita bermuram durja atas kesedihan yang menimpa kita sebab ramai lagi yang nasibnya lebih teruk dari kita. Ini pandangan overall. Nanti aku kupas lagi dalam. InsyaAllah (kalau ada masa kelapangan dan kerajinan). Sekarang aku nak baca buku Menuai Hidayah Iman. Tapi aku nak balut dulu pastu pilih penanda buku sesuai.
p/s: Taknak baca buku Di Mana Dia di Hatiku dulu sebab buku tuh masih berbalut plastik kedai. Nak baca yang tak berbalut dulu. Heee~ sungguh, aku telah jatuh cinta! ;P


Dan perasaan mengajar kali ni lain sikit. Mungkin sebab aku kena ngajar sambil carry research. Kena berjayakan pelajar dan berjayakan research. Semoga kita sama-sama berjaya! Amiiin~ ;)

Sunday, 24 June 2012

Buku.#2#


Assalamualaikum.

Semalam aku dah round Kuala Selangor. Siap pegi Bukit Malawati (walaupun mula-mula salah sebut cakap Taman Melawati wuwuwuwu maluuuu) tengok monyet (tapi tak buka tingkap kereta sebab kecik-kecik dulu pernah kena terkam dengan monyet). Sebelum tu pegi One Plaza dulu. Nampak kedai buku rasa macam nak menjerit kegembiraan kat situ jugak. Lepas tu cari-cari buku yang dah lama berkenan di hati (ikut bajet). Dan aku pun jumpa buku Di Mana Dia di Hatiku! Dah nak meroyan sebab dah cari merata-rata semua cakap takde stok. Huhu.
Alhamdulillah. Aku nak baca yang ini pulak lepas habis La Tahzan Gadisku. Yang insyaAllah akan habis baca hari nih. Tak sabar! ;D

p/s: Cara-cara nak berlagak orang sini. Sebut One Plaza tuh O.P tau. HAHAHA

Saturday, 23 June 2012

Dan, aku tetap bersyukur.


Kalau lah masyarakat tidak memiliki mentaliti yang perkahwinan itu diikat berasaskan taraf pengantin, sudah tentu aku tidak mengalami perpisahan yang menyakitkan ini.

Hatiku dirobek tatkala  si dia mengatakan dia tak layak untuk ku dan bermati-matian tidak mahu hidup di sampingku yang mungkin akan lebih tinggi taraf pendidikan berbanding dia. Sementelah aku pula bermati-matian mempertahankan  yang aku tak memandang semua itu.

Tapi, dia lebih memenangkan masyarakat yang tidak dapat menerima seorang gadis yang berkahwin dengan lelaki yang tidak sepadan dengannya dari taraf pendidikan atau pekerjaan.

Perkahwinan adalah anugerah dan takdir dari Tuhan. Mengapa kita lebih memilih memenangkan mentaliti masyarakat lebih daripada Tuhan?

Tapi aku bersyukur. Perpisahan yang telah ditakdirkan Tuhan ini juga rupanya anugerah dari Tuhanku. Lambat laun, sifat ego mu akan tetap membunuhku jua. Maka, aku relakan perpisahan yang menyakitkan aku ini. Kerana aku yakin, takdir Allah itu tidak pernah silap. Pasti ada hikmahnya Tuhan menggerakkan hatimu untuk meminta perpisahan dariku.

Aku tidak akan berhenti mendoakan mu, insan yang telah membuka mataku luas-luas dalam mengerti cinta Tuhan dalam suka, dalam duka, dalam pertemuan dan perpisahan. Dalam senyum dan tangisku ada cinta Tuhan ku.

Tapi aku tidak akan pernah berhenti belajar. Ini salah satu jihadku. Dan kalaupun sehingga habis nyawaku tiada lelaki yang berani mendatangi aku kerana khuatir jurang taraf antara kami, aku akan tetap ikhlas dan redha menjalani takdir hidupku. Kerana selamanya aku tahu kasih Tuhan tidak bertepi.

Biarlah aku terus asyik dengan cinta Khaliq ku. DIa yang tidak akan pernah membiarkan aku sendiri menjalani takdir hidupku.

Entri hanya gambar.#18#





Wednesday, 20 June 2012

Pelajaran Hidup.#1#

Assalamualaikum.

Aku selalu tersepit di antara keadaan aku dah terlanjur melakukan sesuatu yang diakhiri penyesalan. Perasaannya? Arghhhhh!!

Tapi sekarang aku sedar, kalau Allah mengizinkan aku melakukan perkara-perkara yang membuahkan penyesalan itu, pastinya Allah mengkehendaki aku untuk belajar sesuatu dari perkara itu. Dan aku yang jahil ini seringkali terantuk dan terngadah.

Untuk masa silam dan kebodohan-kebodohan lampau, terima kasih kerana telah mengajarkan aku sesuatu. Dan terima kasih Allah kerana menyedarkan hamba-Mu sebelum Engkau turunkan petaka. Untuk segalanya, Maha Suci Allah!
Ehem, tolonglah belajar mengatur masa dan kewangan wahai Noor!


Mungkin blog akan bersawang sementara sebab tuannya akan sibuk menguruskan hal-hal berkaitan praktikal. Ya Allah, permudahkan lah urusan kami semua. Amiinn..


p/s: Will miss lots of people!

Tuesday, 19 June 2012

Koc Wanita.


Assalamualaikum.

Aku adalah manusia yang menggemari pengangkutan awam. Salah satu kegemaranku adalah keretapi Tanah Melayu a.k.a KTM!

Dan aku juga penggemar koc wanita. Yalah, di situ lah tempatnya wanita-wanita seperti aku boleh bersantai seenaknya. Boleh duduk dengan melunjurkan kaki yang letih tanpa perlu risau ada mata yang memerhati dengan pandangan yang mengerikan. Juga aku rasa, (walaupun setakat ni aku tak pernah nampak lagi) boleh menjadi tempat ibu-ibu menyusukan anak-anak yang merengek kehausan.

Tapi, adakalanya ada juga YANG BUKAN WANITA yang masuk ke dalam koc wanita itu dan tanpa segan silu duduk berhadapan dengan wanita-wanita yang sudah menunjukkan pandangan yang menjengkelkan.

Kadang-kadang ada jugak aku tengok dalam kalangan wanita-wanita ini yang dengan rasa bertanggungjawab ke atas rakan wanita yang lain yang berada di dalam koc wanita menegur lelaki yang TERmasuk ke dalam koc wanita. Yang ini, aku respect. Sebab mereka sebenarnya TAKTAHU, jadi adalah tanggungjawab kita yang tahu ini MEMBERITAHU.

Tapi, yang aku kesali ada segelintir mereka yang tahu ini memberitahu ini dengan cara yang mengguris hati. Dengan nada suara yang menjengkelkan seakan adalah satu kesalahan yang sangat besar masuk ke dalam koc wanita. (Lain cerita kalau yang dah TERmasuk lepas tuh TERsentuh, TERraba dan TERgesel. Yang itu silakan ditengking on the spot). Mereka juga manusia seperti wanita, kan? mereka juga punya hati dan perasaan, kan? Mereka juga tahu malu, kan? Kesalahan mereka cumalah memasuki koc wanita, bukan mengganggu wanita-wanita itu. Jadi, tak salah kan kalau ditegur dengan lemah lembut dan berbudi bahasa (bukan dengan suara manja dan menggoda).

“Encik, maaf ya. Tapi yang ini koc wanita. Kalau encik nak tukar koc boleh masuk melalui pintu yang ini.” *senyum*
Tak susah, kan?

Bukan dengan cara,

“Tak sedar ke yang ini koc wanita?” *dengan jelingan tajam yang menusuk kalbu!*
“Hello, hello ini koc wanita la!” *dengan suara halilintar memecah langit!*

Bayangkan yang ditegur itu adalah bapa anda, saudara lelaki anda, anak lelaki anda, tunang anda ataupun suami anda. Rasanya, terguris tak hati anda? Nah, kalau anda rasa terguris, janganlah buat kat bapa, saudara lelaki, anak lelaki, tunang ataupun suami orang lain. Selagi boleh berlemah lembut, silakan berlemah lembut. Layanilah orang lain sepertimana anda hendak orang lain melayani ahli keluarga anda. ;)

p/s: Walaubagaimanapun, untuk yang BUKAN WANITA, tolonglah jangan memasuki koc wanita secara sengaja. Kalau anda termasuk juga, silalah berpindah koc melalui pintu-pintu perantaraan yang disediakan. Sebagaimana anda ingin ibu, saudara perempuan, anak perempuan, tunang ataupun isteri anda berasa selesa ketika menaiki keretapi, seperti itu jugalah orang lain hendakkan ibu, saudara perempuan, anak perempuan, tunang ataupun isteri mereka berasa selesa. ;)

Monday, 18 June 2012

Untuk ibuku yang jelita. Mohon jangan cemburu.

Assalamualaikum.

Ibuku cemburu. Kata ibuku, aku buat entri sempena Hari Bapa seolah-olah hanya ayahku saja yang wujud di dunia ini. Hahahaha.

Ibu, andainya kau tahu. Sebelum jariku lancar menulis kata, air mataku akan lebih dulu mencurahkan rasanya. Rasa cinta untukmu. Terlalu banyak cerita denganmu sehingga jemariku seakan malu hendak mengarang kata, otak ku ligat mengatur ayat-ayat indah. Ibu, aku juga cinta pada mu seperti aku cinta pada ayah. Tanpa kalian, mana mungkin aku hirup udara di atas mukim cinta Allah ini.

Tanpa kalian, siapalah aku ini. Sungguh, sehingga habis nyawaku pun budi kalian takkan dapat ku balas.

Aku cinta ibu dan ayah ku. Selamanya. Dan kerana cintaku ini aku mohon agar Allah pertemukan kita lagi di syurga-Nya nanti. Semoga keluarga kecil kita selalu bersama. Di dunia dan di akhirat, insyaAllah.

Ibu, aku mohon jangan cemburu lagi ya? Kasih ku tak berbelah bahagi. Jujur telus ekslusif, buat mu dan buat ayah.
p/s: Tengah tunggu makcik balik sekolah. Semoga Allah permudahkan perjalananku. Kan aku dah cakap, aku yang akan disurprisekan oleh hari ini. Sampai sekarang aku tak gerak lagi sebab tadi aku ke sekolah kejap (aku pernah jadi guru ganti kat sekolah tu). Apa yang jadi di sekolah? Nanti lah aku ceritakan. InsyaAllah. ;)


Dan, aku agak ragu-ragu sekarang sama ada dapat meneruskan perjalanan atau tidak. Cuma hatiku bulat nekad untuk bertemu nenek sebelum praktikal. Heh.

Sunday, 17 June 2012

Buku.#1#


Tentang persoalan. Tentang kita, anak-anak gadis. Tentang masa depan yang kabur. Tentang upaya menjalani takdir. Tentang redha dan berserah. Tentang hidup. Yang perlu diteruskan.
#dah lama nak beli tapi kewangan tak mengizinkan. bila loan dah masuk hati gumbira dan terus ke POPULAR berdekatan! ;D
La Tahzan Gadisku
RM18.00
PENULIS : NAJLA MAHFUZH
ISBN : 978-967-5426-15-5
PENERBIT : MUST READ SDN BHD

SINOPSIS

Apakah yang paling di takuti oleh anak-anak gadis masa kini? Masa depan? Walaupun mereka menjalani hidup ini dengan tenang dan bahagia, namun dalam pada itu harus anda akui masih ada banyak perkara yang menyebabkan kegelisahan yang berpanjangan di sebalik semua keceriaan itu.

“Macam mana dengan masa depan saya nanti?”

“Pasangan bagaimana yang harus saya pilih kelak?”

Bukankah persoalan-persoalan seperti ini sentiasa bermain di fikiran anak-anak gadis kita?

Oleh itu, melalui buku ini, penulis bawakan berbagai-bagai kisah penuh inspirasi buat mereka. Kisah-kisah ini di satukan supaya dapat dijadikan panduan dan iktiber serta pengajaran bagi membimbing mereka menjalani hidup yang lebih bermakna. Di samping itu mereka juga perlu sentiasa istiqamah dan seterusnya berserah kepada Allah SWT, insyaAllah masa depan mereka pasti cerah.

Tauuuu.. Tauuu. Dah lambat. -_-" dah ramai yang dah khatam bukunihnyepunnn~

Oh well, malam ni nak baca buku ni dan kalau tak habis mungkin akan sambung baca dalam tren on the way ke rumah nenek. Esok. InsyaAllah.

#dear granny, SURPRISE!!!!#

Jangan aku disurprisekan dengan ketiadaan nenek di rumah dan tak ada apa nak disumbat ke dalam perut sudah.


Oh ya, SELAMAT HARI BAPA DAN SALAM ISRA' MI'RAJ!

Buat ayahku yang tampan.

Buat mu, ayah. Yang jauh di mata tapi tak pernah jauh di hati.

Terima kasih untuk segalanya. Tanpa mu, siapa lah anak mu ini.

Allah utuskan ayahku padaku agar aku boleh berbahasa Inggeris sementelah rakan-rakan sekolah rendah baru hendak mengenal suku katanya. Ayah minat berbahasa Inggeris. Ayah lah orangnya yang selalu temankan anaknya ini menonton English cartoon. Dari kecil, hingga dewasa. Dan aku, dengan didikan ayah telah mensarankan cartoon sebagai medium untuk belajar berbahasa Inggeris kepada teman-teman. Allah utuskan ayahku padaku agar aku boleh berbasikal walau pada awalnya aku terbabas ke dalam belukar yang dipenuhi rumput semalu. Dari kejauhan, aku lihat ayah mentertawakan aku. Dan aku, kerana ketawa itu bersungguh-sungguh hendak menunjukkan pada ayah yang AKU BOLEH!

Kata ayah, aku anak manja. Kata ayah, biar aku dapat posting kawasan pedalaman supaya aku tak bergantung pada ayah sepenuhnya. Anak ayah ini selalu merengek pada ayah hendakkan itu dan ini. Kata ayah, aku tak matang. Umur dah banyak fikiran masih macam budak-budak. Kata ayah, aku tak pandai kerja dapur. Justeru ayah ajar aku cara memegang lesung batu, pisau dan cara menuang air dengan betul. Ayah ajar aku duduk bersimpuh kalau nak jamu tetamu. Sebab anak ayah yang seorang ini tidak punya kakak hendak dijadikan contoh. Dia cuma membesar bersama adik-adik lelakinya. Anak ayah yang seorang ini lasak dan tak betah di dapur. Anak gadis bongsu ayah itupun dah jadi lasak sebab kakaknya ini jauh dari dia. Tapi sekarang anak gadis sulung ayah ini telah menjadi anak gadis sepenuhnya. Berkat didikan ayah.

Aku pasti ayah tentu sedang berbangga dengan ku saat jiran-jiran membicarakan tentang aku yang petah berbahasa Inggeris. Tentang aku yang ulat buku dan tak suka keluar rumah. Ayah pasti bangga mendengar jiran-jiran membicarakan tentang aku yang hormat orang tua dan pandai membuat kerja rumah ini. Ayah, semua itu hasil usaha mu yang tidak pernah kenal erti putus asa (dan jegilan matamu yang selalu membuatku menikus). Seharusnya ayah ku bangga.

Ayahku bukan seorang guru. Tapi kegigihan ayah memberi tuition percuma pada anak-anak jiran membuat aku kagum pada ayah. Ayah kumpul nota-nota kecil dari buku-buku lama dan ayah kumpul dalam satu fail. Sebelum mengajar aku dan rakan-rakan ku, ayah juga akan mengulang kaji. Ayah panggil anak-anak jiran untuk belajar mengaji dan ayah belikan iqra’ dan rehal banyak-banyak. Pelajaran ayah tak tinggi. Tapi Allah kurniakan ayah otak yang pintar dan hati yang mudah menerima ilmu. Semoga ilmu-ilmu ayah disebarkan buat bekalan ayah di akhirat kelak.

Ayah, kalau aku minta jangan dilepaskan aku pada lelaki yang tidak sesabar mu melayan kerenah ku, boleh? Kalau aku minta jangan dilepaskan aku pada lelaki yang tidak ikhlas menyayangiku seperti mu, boleh? Kalau aku minta jangan diserahkan aku pada lelaki yang tidak ikhlas hendak menjagaku sepertimu, boleh? Kalau aku minta jangan dilepaskan aku pada lelaki yang tidak menyayangimu sepertimana aku menyayangimu, boleh?

Ayah, aku mohon pada Allah agar dipanjangkan umur mu. Semoga ayahku selalu punya masa untuk menambah bekalan akhiratnya. Supaya ayahku sempat berkongsi duit gaji ku. Aku tahu ayah ku tidak meminta balasan, cuma aku yang mahu ayah berbangga dengan hasil titik peluhnya mendidik aku.

Ayah, dari kejauhan ini ku mohon pada Allah semoga ayah kesayanganku sentiasa berada di dalam lembayung rahmat Allah. Semoga ayah ku tetap tampan walau usianya sudah mencecah 44 tahun. Semoga ayah ku terus kuat! Dan semoga ibuku tetap utuh di sisi ayahku. Ayah ku yang juga manja seperti aku.

Dan ayah, mohon jangan diserahkan aku pada lelaki yang tak setampan mu, boleh? Hik ;D

Dari anak ayah yang manja-tak matang-cepat nangis-tak tahu memasak dan menjahit tapi sangat sayang akan ayahnya.

p/s: Dan ayah, salam isra' mi'raj juga! Terima kasih kerana menjadikan kisah isra' mi'raj sebagai bed time story ku. Cerita mu yang tak pernah jemu ku dengar? Tentunya kisah Bahtera Nabi Nuh! Aku sayang ayah!

Saturday, 16 June 2012

Kerja amal kerana Allah.

Assalamualaikum.
Tell you what, kalau kita nak jadi baik, Allah akan datangkan orang-orang baik untuk tolong kita. Hari tu ingat nak join MERCY, pastu mintak pendapat sorang kawan baik nih (kawan baru weheeee~) so here are her responds.
“hurm. ramai yg salah faham dgn konsep kerja kebajikan dan volunteer. when talk about ‘charity’, setiap pertolongan kita utk mempermudahkan org lain tu pun pahala. tak semestinya kena berdaftar dgn badan2 NGO.awak buat sendiri pun boleh.kat sana kan bnyk kawasan luar bandar? awk buat la tusyen english free utk kanak2 kat kawasan pedalaman.tak pun utk anak2 jiran. selain boleh tingkatkan practical teaching skills awak, awk leh beribadah n gain pahala jugak.=) ilmu yg kita ajarkan kan pahala yg berpanjangan.insyallah. oh..btw..rumah anak yatim sekarang kurang nak baju2 terpakai. dieorg dh ramai sponsor smpai kdg2 terbuang2.=( mungkin boleh tolong dgn bahan asas lain. awak call la umah anak yatim tu n tanya barang2 yg biasa dieorg perlukan..=) gud luck!” 
Pastu aku pun bagitahu la kan, agak segan kalau nak buat kerja sorang-sorang nih. Segan woo. Kalau join NGO at least ada kawan, jadi takde lah orang fokus kat kita je kan. Pastu dia cakap,
“la..nak segan buat apa. kan kerja amal. lillahitaallah. niat kerana Allah je.Takpun masa practical nnt, ajak la murid2 awak yg susah dan tak mampu g tuition luar utk dtg blaja kat umah awk. mak bapak yg berkira sgt tu, kalau dgr awk bg tuition free mesti dieorg bagi anak2 dieorg pergi punya..
Noor, bila kita nak buat sesuatu yg baik,atau tolong org..jgn teragak2. niat kerana Allah dan harap Allah terima. Jgn fikirkan sgt kata org ke ape ke. kalau niat kita baik, pasti Allah permudahkan. insyaAllah.”

Terima kasih untuk panduan itu kawan baik! It is really an eye opener! ;D


Jadinya untuk sesiapa yang nak buat charity works tuh, jom start dengan menanam pokok. Tak kira lah pokok apa pun. Kalau pokok buah lagi best! Nanti kalau ada musafir ke, sesiapa ke, burung ke, makan buah dari pokok tuh, kita dapat pahala. Pastu kalau ada orang berteduh bawah pokok tu pun insya-Allah kita akan dapat pahala jugak.;)

Niat ikhlas kerana Allah, tau! Pastu kalau dah kaya (ada rezeki lebih) nanti boleh lah sedekah al-Quran ke, telekung ke, tudung ke, ke mana-mana badan kebajikan atau surau-surau.

Dialog di tepi pantai during second runaway session:
Aku: Aku ingat nak buat surau kecik tepi pantai lah. Tak banyak pantai yang ada surau padahal ramai je orang bersantai kat pantai sampai ke petang sampai ke subuh.
Kawan baik: Oh. Kau nanti kaya raya lah nih ek?
Aku: -_-" (kau memangggggggggggggg~ spoiler!)

p/s: Stop dreaming and start working! Ouh, and sorry for the code mixing and code switching. Minta maaf penggunaan bahasa rojak seperti yang tertera di atas. Heh.

Siapa tahu?#2#

Assalamualaikum. Berkenaan post yang INI, aku nak tambah sikit dengan satu post yang aku jumpa. Di tumblr.


Jika ada sebuah kebaikan maka terlibatlah. Jika tidak mampu maka dukunglah. Jika tidak mampu juga, pilihlah untuk diam—bukan sebaliknya, menjelek-jelekkan.
Darwis Tere Liye (via achmadlutfi)

Betul, kan? Sama ada kita buat jugak, sokong atau diam. Kebaikan itu bukan untuk disanjung-sanjung sehingga pelakunya hilang ikhlas dan bukan juga untuk dikeji sehingga pelakunya hilang semangat.

Tidak dapat menjadi yang terbaik tidak apa. Tapi tidak berusaha mencuba untuk menjadi yang terbaik itu, waspada.
"Ya Allah, hamba tahu hari ini mungkin tidak mudah dijalani. Tetapi permudahkanlah dan bantulah hamba menghadapi hari dan cubaan-Mu dengan ikhlas."

Entri hanya gambar.#17#



Friday, 15 June 2012

Kenapa kena buat baik pada manusia?


Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap muslim sebagai amanah suci.
Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Jangan kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.
Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.
-KHUTBAH TERAKHIR RASULALLAH SAW-

Source: Ana Qhalifah

Teknik menenangkan hati.#2#

Dear Noor, semua orang ada masalah. Tapi kau tak boleh expect semua orang faham masalah kau dan cara kau menghadapi masalah tuh. Kalau kau ada masalah semua orang kena jadi bermasalah ke? Kau kena sabar walau apapun kejadian yang menimpa kau. Tak semestinya kau tak happy, semua orang kena berjangkit sama ke-tidak-happy-an kau tu. Biar orang buat kau jangan kau buat orang. Kau dah pernah rasa macamana sakit orang buat kau, kan? Kau nak orang lain rasa apa yang kau rasa? Jangan kejam.

Janji tau Noor?


Aku selalu fikir kalau orang buat sesuatu yang menyakitkan hati aku, mesti aku pernah buat kat orang, kan? Jadinya, Allah nak tegur aku melalui orang yang buat aku tu pulak. Astaghfirullah. Huhuhu~
p/s: Suka sangat bercakap dengan diri sendiri. Yelah, siapa lagi yang faham hati dan perasaan kau (kecuali Allah S.W.T Yang Maha Memahami) selain dari kau sendiri? 

So, hari Jumaat 15.Jun.2012 nih kau banyak tenangkan hati sendiri je la kan? ;P

Teknik menenangkan hati.#1#

Assalamualaikum. Setiap kali aku rasa perasaan berbelah bahagi dan sedih teringatkan dia, aku selalu ingatkan diri sendiri.

“Noor, semua benda jadi dengan izin Allah. Lagipun semua yang ada di atas dunia ni pinjaman semata, Allah dah pinjamkan kau rasa bahagia rasa cinta sekejap. Sekarang kalau Allah nak ambil balik kau tak boleh tahan-tahan, sebab itu bukan hak kau. Lepas pinjam kena pulangkan kepada Yang Meminjamkan kalau Dia mintak balik. Lagipun, kalau kau sayang dia sangat-sangat kau kena lepaskan dia untuk bahagia. Bahagia bukan di dunia je, kan? Bahagia tu bahagia kat akhirat jugak. Kalau dengan kau mungkin dia akan jauh dari Allah. Asyik teringat kau je. Dan lagi, kalau Allah redha dengan kau melalui perpisahan ni, siapa kau untuk tak redha? Kau kena ikhlas, Noor. Ikhlas dalam merelakan dia bahagia, ikhlas dalam merelakan takdir Allah. Dan kalau kau sakit hati itu bermakna dalam hati kau ada dengki. Dengki dengan kebahagiaan orang lain. Allah tak suka pendengki, Noor!”

Ya Allah, buanglah dendam dan dengki dari hati kami Ya Allah. Salam Jumaat untuk semua!;D
 p/s: Hari ni kemas-kemas nak balik rumah makcik pastu esok nak pegi rumah Wan Ami tengok Pak Long Mas kahwin. 


Hoho! Cuti kejap je tapi program banyak. Memang tak sedar diri betol. -_-"


Ouh, sebabnya aku teringat sampai kena menenangkan hati? HAHA. Semalam aku mimpi dia. Ngaaaaaaa~ okeycukup.

Allah, bantu hamba untuk ikhlas.

Assalamualaikum. Aku nak jadi baik. Tapi kadang-kadang aku ragu-ragu dengan niat sendiri. Walhal aku dah siap cakap dalam hati aku nak jadi baik sebab Allah. Aku nak redha Allah. Aku nak syurga Allah. Aku nak mama dan papa masuk syurga melalui doa dan amalan-amalan anaknya yang solehah ini. Sebab aku rasa sepanjang aku hidup ini aku ada menyusahkan mama dengan papa. Aku tahu aku pernah mengheret ke dua-dua insan yang sangat aku sayangi itu dekat dengan pintu neraka.

“Allah, hamba mohon janganlah diseksa kedua ibu bapa hamba atas dosa yang pernah hamba lakukan. Sesungguhnya kedua ibu bapa hamba telah mendidik hamba dengan sebaik-baik didikan. Cuma hamba yang terkadang leka dan lalai dalam mengejar kecintaan dunia.”

Aku nak syurga Allah. Aku nak mama, papa dengan adik-adik aku berkumpul dalam syurga Allah. Aku sedang berusaha untuk capaikan cita-cita aku yang long term itu. Aku takkan lupakan insan-insan yang aku sayang ni dalam doa yang aku titipkan pada Tuhan tiap-tiap hari.

Aku sedang mendidik hati, berperang dengan nafsu dan syaitan dalam diri. Aku nak jihad sungguh-sungguh sebab aku-kau-kita semua tahu syurga Allah tu manis, kan? Sangat berbaloi untuk diperjuangkan.

Tapi.. Kalau aku tengah bermujahadah kenapa aku cepat mengeluh bila ada yang kata usaha aku belum cukup? Kalau aku sedang bermujahadah dengan ikhlas kenapa aku rasa pedih dan terkilan dengan kata-kata macam itu? Kenapa aku sedih kalau aku terima kata-kata yang melemahkan semangat? Kalau aku ikhlas kan sepatutnya aku terima segalanya dengan hati terbuka? Segalanya terjadi dengan izin Allah, kan? Mungkin teguran itu wasilah teguran dari Allah untuk aku. Allah nak aku tambah effort untuk capai cita-cita aku tu. Apapun jua, aku tahu Allah sayang aku. Aku tahu Allah sangat-sangat sayangkan aku.

Dear kawan baik, aku tak mintak kau puji tapi aku mintak kau tolong observe perkembangan aku. Kalau ada silap tolong tegur. InsyaAllah aku akan terima seikhlas hati. Aku sedang cuba untuk menjadi cantik di mata Tuhan kita. Kau tolong aku ek? Jom jadi baik bukan sekadar dalam angan jom.;)

“Ya Allah, hamba tahu hanya Engkau Yang Maha Tahu segala rahsia di sebalik tiap sesuatu ketetapan-Mu. Yang hamba tahu, segala sesuatu yang Engkau tetapkan itu pasti ada hikmah disebaliknya. Kerana Engkau adalah sebaik-baik perancang. Bantulah hamba menjadi hamba-Mu yang redha dan sabar. Mohon diikhlaskan hati hamba ini Ya Allah. Sangat lemah hamba-Mu yang seorang ini Ya Allah. Hamba tahu hati ini sedang ditempa dalam relau mehnah-Mu. Hamba tahu Engkau rindu pada rintihan hamba justeru Engkau kirimkan ujian yang melelahkan ini. Hamba redha andai ini takdir yang telah tertulis untuk hamba. Cuma hamba mohon, bantulah hamba, Ya Allah. Bantu hamba untuk redha seikhlasnya. Ikhlaskan lah hati hamba dalam menempu ujian-Mu ini Ya Rabb.”

*Untuk semuanya, walau apapun ujian yang Allah timpakan ke atas kita, yakin dan percayalah itu bukan untuk melemahkan kita, bahkan segala ujian itu adalah penguat kita. Segala ujian itu dititipkan untuk mengukuh iman kita. Terima dengan hati terbuka dan sangka baik dengan Allah. Kita akan temui ketenangan hati, insya-Allah. Semoga Allah redha. Sampai maut menjemput kita.*

Thursday, 14 June 2012

Entri hanya gambar.#16#






Ujian dan Cubaan akan Mendatangkan Keampunan dan Menghapus Dosa.


Tidak ada satu musibah dan cubaan, kesedihan dan kepayahan, serta penyakit dan malapetaka sampai dengan sakit atau kecacatan yang dikeluhkan yang menimpa seorang Muslim, kecuali semua itu sebagai penghapus dosa-dosanya.

[HR. Bukhari dan Muslim]


Rasulullah S.A.W bersabda, ‘Tidak ada satu pun ujian yang menimpa seorang mukmin dan mukminat, baik itu menimpa jiwanya, anaknya ataupun hartanya sampai dengan ia bertemu dengan Allah (meninggal dunia) dan telah diampuni dosa-dosanya.’

[HR. Tarmidzi] 

Cari kekuatan dalam tahajjud.

Assalamualaikum. Serius. (apakah lepas bagi salam terus bagi ayat tergantung?)  Banyak perkara baik jadi lepas putus cinta sampai ada sorang kawan baik cakap, “bagus jugak putus cinta nih kan?”

Ngaaaa~ -_-"

Aku dapat kawan baik baru! Thank you Allah!

Kawan baik aku cakap, “Noor, cari kekuatan dalam tahajjud. Saya jumpa kekuatan kat situ.”

Insya-Allah will try. Selalunya cuba jugak. Tapi lebih banyak terlajak dari terbangun. Heh. My bad. Huhu.
“Kalau kita terjaga di tengah-tengah malam itu, ia sebenarnya satu anugerah dari Allah. Allah kirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah kepada Allah. Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita, paling malas pun, mintalah apa-apa (berdoa) walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah, kemudian tidurlah. Kalau kita sedar, kemudian kita terus sambung tidur tanpa ucapkan apa-apa (contoh beristighfar, bertahmid dan sebagainya), kemudian malam kedua dan malam ketiga pun begitu juga, kita bimbang (kalau) malaikat tidak akan datang lagi mengejutkan kita.”
-Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan-

Peringatan untuk semua: Oleh sebab kau sokong parti lain kau tak boleh terima apa yang baik dari parti yang kau tak sokong? Jangan membuta tuli.

p/s: Aku sebenarnya tengah tunggu cas nset penuh pastu nak tolong kawan baik angkat barang. HAHA. Pasni kau kena tolong aku pulak angkat barang tau! ;P

Sunday, 10 June 2012

Runaway.#2#

Assalamualaikum. Okey, hari ini aku akan run away lagi. Entah kenapa aku paling expert kalau bab-bab runaway.

Kawan baik cakap, “satu hari nanti, kau akan kembali normal kan? saya tunggu hari tu.”

Lagi ada kawan baik cakap, “nanti kalau kau dah okey, activate FB balik tau.”

HAHA. Minta maaf kawan-kawan baik semua. You have lost your most loyal ANNOYING-cannot-stay-still commenter. ;P

So, dear runaway session, be good to me ya? Runaway session kali ni bukan sebab sedih, bukan sebab nak melarikan diri saja-saja, tapi one of the steps to move on. Insya-Allah. ;)

Semoga Allah permudahkan urusan kita semua! ;D

Fly Noor! Fly!

Entri hanya gambar.#15#

Sambil kemas barang, sambil fikir pasal praktikal, sambil fikir pasal loan bila lah nak masuk, sambil fikir pasal cuti banyak tempat nak pegi tapi tak cukup hari, sambil berblog!


Patut kerja kau tak siap-siap!

*piat telinga sendiri (as if it will work HAHAHAHA)*

Saturday, 9 June 2012

Entri hanya gambar.#14#





Dracula.

Assalamualaikum. Sekarang baru lepas kemas barang sikit-sikit untuk menyahkan diri dari kolej kediaman dan bersiap siaga untuk praktikal. Huhu. Dan mata dah berat, dan badan dah tak larat.

p/s: Jangan lupa minum air masak banyak-banyak tau. Huhu. Baru sekejap tadi tengah kemas-kemas tiba-tiba bibir berdarah. Terasa diri macam dracula pulak (padahal kecik-kecik dulu beria sebut darakula). Huhuhu~ bibir kering kurang minum air punya pasal.


Buat kawan-kawan yang sedang bermujahadah untuk menjadi lebih baik dari kelmarin, semoga kita semua istiqomah! ;D
Selamat malam baca doa ucap kalimah syahadah mimpi indah-indah semuanya! ;)

Friday, 8 June 2012

Siapa tahu?


“Elleh, dia tu pakai tudung labuh bukannya perangai baik sangat pun.”

“Dia tu nama je pakai tudung labuh tapi perangai tak mencerminkan perempuan tudung labuh pun.”

“Pakai tudung labuh belum tentu perangai baik. Hemph.”

Kita selalu je dengar ayat-ayat macam ni keluar dari mulut-mulut orang. Dan mungkin kita juga pernah menuturkan ini. Kalau bukan dengan kata yang bisa terdengar mungkin diam di dalam hati.

*astaghfirullah*

Lebih baik diam dan bersangka baik kerana hanya Allah yang Maha Mengetahui amal hamba-hambaNya. Hanya Allah yang berhak menilai amal-amal hamba-Nya.

Mungkin.. Siapa tahu.

Dengan bertudung labuh itu dia sebenarnya sedang berusaha mendidik akal dan jiwanya. Dia sedang berperang dengan nafsunya dan sedang berusaha untuk istiqomah.

Mungkin dia sedang bertatih melatih dirinya. Mungkin dia sedang mengambil jalan yang mudah sebelum dia mencukupkan solatnya, mengikhlaskan puasanya, menghijab pandangannya. Mungkin dia sedang berusaha untuk menyempurnakan dirinya, akhlaknya dan amalnya sebagaimana dia telah menyempurnakan penutupan auratnya.

Siapa tahu?

Mungkin dia pernah merasa jauh dari Allah. Justeru atas dasar rasa insaf dan taubat, dia memperelokkan dirinya. Demi untuk menyenangkan Tuhannya. Mungkin dia sering merintih tatkala kita sedang nyenyak tidur memohon agar Allah mengampunkan segala dosa silamnya.

Dan siapalah kita untuk menghakimi hal-hal yang tidak kita ketahui?

Daripada menilai amalan orang yang sampai bila pun kita taktahu berapa nilainya, apakata kita menilai amalan diri sendiri?

“Allah, Dia yang mencipta mati dan hidup agar Dia menguji kamu sekalian, siapakah dari kalian yang lebih baik amalannya, sedangkan Dia adalah Maha Agong Maha Mengampuni.”
[al-Mulk: 2]

Walau siapapun kita, kita adalah hamba Allah yang tidak akan pernah lepas dari noda dan dosa. Sebelum mentari terbit di ufuk barat, sebelum pintu taubat Allah tertutup buat kita, sebelum mentari padam di pandangan mata, marilah bersama memperbaiki diri. Bukan untuk orang lain, tapi untuk diri sendiri. Bukan untuk kesenangan duniawi, tapi untuk keberkatan ukhrowi. ;D

“Dan Engkau akan melihat matahari ketika terbit, cenderung ke kanan dan dari gua mereka dan apabila ia terbenam, meninggalkan mereka ke arah kiri, sedang mereka berada dalam satu lapangan gua itu. Yang demikian ialah tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan) Allah. Sesiapa yang diberi petunjuk hidayah oleh Allah, maka dialah yang berjaya mencapai kebahagiaan dan sesiapa yang disesatkan-Nya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya.”
[al-Kahfi: 17]

*Semoga kita semua beroleh hidayah Allah!*
p/s: Untuk anda yang sedang bermujahadah memerangi nafsu, cepat-cepatlah perbaiki diri. Anda sedang menjadi tontonan. ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...