Saturday, 28 July 2012

Lepas mati tolong hidup kembali.


Pedih.
Kau rasa nak mati?
Mati lah semahu mu.
Sesuka mu.
Tapi pastikan kau kembali.
Hidup sekali lagi.
Segar bugar.

Kenangan yang membunuh?
Kau bunuh ia balik.

Bukan, bukan dengan cara ia membunuh mu.
Tapi dengan cara kau menghidupkan diri mu.
Dengan redha mu,
Dengan maaf mu,
Dengan sabar mu,
Dengan ikhlas mu.

Dan hidup lah semahu mu,
Bertemankan cinta Tuhan mu.


Bangun dengan cinta, bukan dengan dendam dan benci.
NoorVictory,
11.33 pm,
Ramadhan 9, 1433H.

Puisi untuk kita yang memilih untuk gagah.

Dia Memilih Untuk Tabah.


Penat.
Aku tahu dia penat.
Lihat saja wajahnya.

Lelah.
Semalam saja dalam tangisnya dia menadah,
Katanya,
Tuhan, jalan ini tolong bagi mudah,
Kerana dia hampir putus asa.

Rebah.
Bila-bila masa dia boleh rebah,
Tapi dia memilih untuk gagah.

Kecewa,
Dia memang pernah kecewa,
Dia pernah luka,
Dia pernah merasa lara.

Dia mahu sang pendusta mengubat lukanya,
Dia mahu sang petualang merawat laranya,
Dia mahu kepingan hatinya yang hancur disatukan,
Menjadi sekeping hati yang sempurna punya rasa.

Tapi dia tahu,
Itu tugas Tuhan semata,
Maka segala lara, segala duka kecewanya,
Semuanya dihamburkan pada Tuhannya.

Kerana dia tahu penat, lelah, kecewa dan lukanya,
Penawarnya cuma Dia.

Lalu,
Dia terus bertahan agar tidak rebah,
Dia memilih untuk terus tabah,
Hatinya kini milik ALLAH semata.


NoorVictory,
Ramadhan 8, 1433H
11:32 pm.

Friday, 27 July 2012

Puisi untuk rama-rama.

Kau hadir macam rama-rama.

Mula-mula, kau macam ulat.
Aku geli, tak mahu datang dekat.

Padahal sebenarnya aku mula jatuh sayang,
Pada lembutnya kulit kau,
Pada lucunya kau mengengsot atas dahan.

Tapi kau mendiam.
Sebab kau sedar, kau cuma ulat.

Lepas itu kau jadi kepompong,
Kau menyepi,
Aku rasa rindunya!
Mana kau pergi?

Aku tunggu, dan tunggu,
Tunggu dan tunggu lagi.
Mana kau pergi?
Datang dan pergi ikut suka hati?

Lepas itu kau datang lagi,
Kali ini berupa rama-rama yang indah,
Berseri-seri!
Aku jadi kagum,
Sangat kagum!

Aku masih terus menyinta,
Tapi sekarang kau dah cantik,
Dah ramai orang puji,
Dah ramai orang puja,
Aku ini mana kau nak pandang.

Dan kau terbang lagi,
Kau menghilang lagi,
Dan aku? 
Rindu lagi!


Puisi untuk rama-rama, bukan untuk siapa-siapa.
NoorVictory
Ramadhan 7, 1433H
And it’s proven! Otak akan lebih cair waktu pagi!

Thursday, 26 July 2012

Ramadhan ke #6#

Assalamualaikum.

Hari ini semua penat. Jadi, kitorang pun buat solat terawih jemaah kat rumah je.
Lepas solat, buat lah sesi tazkirah sikit.
Kebelakangan nih, dalam rumah selalu je ada yang sakit hati sana, sakit hati sini, nyampah-nyampah..
Aku rasa, semua ni start sebelum Ramadhan lagi.
Mungkin masa tuh syaitan tengah berusaha keras nak cucuk jarum dalam hati kami.
Supaya jarum tuh tinggal dalam hati kami Ramadhan nih, tinggal lagi syaitan pegang remote control dari neraka (eh, korang paham tak metafora entah apa-apa nih?.
Biasalah, kita kan tak perfect. Masing-masing ada kesilapan.
Dan ALLAH Maha Tahu segala kekurangan kita.
Lalu ALLAH turunkan wasilah dalam kalangan kita.
Untuk menasihat, untuk menegur lepas laku kita.
Kadang-kadang, nasihat atau peringatan itu disampaikan dengan cara yang kita tak boleh nak terima.
Kadang-kadang menyakitkan, menyentapkan, mengguris hati.
Tapi jangan pandang cara orang tuh sampaikan nasihat, lihat isi nasihat dia, renung kesilapan kita.
Memang boleh marah, hak kita nak marah sebab orang tuh nasihat dengan cara yang membuat kita marah.
Cumanya, lepas marah, sila fikir balik kenapa orang tuh nasihat dan apa kesilapan kita.
Jangan marah lama-lama. Nanti persahabatan entah ke mana, sikap buruk tuh jugak yang kau usung sampai bila-bila. RUGI!

Monday, 23 July 2012

Mungkin, kerana aku sudah terlalu cinta.


Mencintai mu justeru tidak mudah,

Sehingga aku malu sendiri dengan cara ku.

Mencintai mu membuat ku lelah,

Dengan gelak tangis suka dan kecewa.

Tapi mencintai mu mengenalkan aku pada erti cinta.


Kalau ada yang bertanya cinta itu apa,

Sekarang ini aku sudah ada jawabnya.

Cinta itu lukisan.

Dicorakkan semahunya dengan warna mu tersendiri.

Cinta itu warna, masing-masing saling memerlukan,

Untuk saling lengkap-melengkapi.

Cinta itu duri,

Semakin ditekan semakin kita merasa sakit.

Cinta itu sungai,

Akan mengalir sederas-derasnya walau dihalang batu-batuan.


Tapi aku lupa.

Cinta itu juga lilin,

Membakar diri untuk bahagia orang lain,

Cinta itu langit,

Tetap di atas tanpa perlu merendah untuk terus memayungi.

Cinta itu mentari,

Tetap teguh menyinar malah memberi pelangi lepas hujan.

Cinta itu memberi,

Cinta tidak meminta,

Cinta menyapa sekalipun kau tidak mempelawa.


Mungkin saja,

Aku sudah terlalu mencintai sehingga aku rela menjadi lilin, mentari dan langit mu.

Mungkin saja,

Aku sudah terlalu cinta hingga aku mahu jadi bumi yang tetap setia menanti kembalinya rintik hujan.


Tapi tetap aku mendoakan agar kau baik-baik saja,

Walau bumi ini kontang,

Walau lilin ini habis terbakar.


Mungkin, kerana aku sudah terlalu cinta.


NoorVictory, 
Ramadhan 3, 1433H.
Bulan Ramadhan ini kena didik hati dengan sabar sepenuh-penuhnya. Hindarkan diri dari bercakap yang bukan-bukan dan rasa yang bukan-bukan.;P 

Pentingkan yang lebih penting dahulu, yakni redha ALLAH.

p/s: Ouh ini cuma karangan puisi, bukan rasa apa-apa pada siapa-siapa. Pagi-pagi begini otak cair betul walaupun depan mata ada bertimbun lagi buku yang nak ditanda! ;P

Saturday, 21 July 2012

Ramadhan. Aku. Rindu.

Assalamualaikum.

Haha. Bila tengok orang buat entri banyak tajuk seperti di atas, aku pun mahu cuba. Jadi aku cuba cerita satu-satu dulu ya?

Ramadhan. Ramadhan kali ini aku mahu telus. Tidak culas seperti sebelum-sebelum ini. Tidak mahu sekadar dapat lapar dan dahaga pahalanya hilang ditelan amarah, keluhan, umpatan, dan bermacam-macam lagi aktiviti yang mengurangkan markah puasa. Aku mahu markah penuh! Kalau tidak penuh sekalipun aku mahu dapat hampir kepada markah penuh. Dan aku akan cuba lagi Ramadhan-Ramadhan seterusnya (semoga Tuhan bagi aku kesempatan, aku masih banyak dosa, tapi kalau Tuhan mahu panggil juga aku mohon dengan keadaan aku baik-baik sahaja). Aku mahu hidang Ramadhan dengan bermacam-macam hidangan. Ikhlas dari aku. Tuhan, bantu hamba untuk ikhlas.;)

Aku. Kata kawan ku, “kau dah berubah ke arah yang lebih baik. Untuk itu, aku telah berhenti membenci dia.” Mungkin. Aku pun sedang berusaha dengan lebih kuat untuk terus kuat berdepan dengan segalanya. Aku juga mahu jadi wanita kuat yang punya banyak kekuatan untuk disalurkan kepada orang-orang di sekelilingku. Aku sudah belajar dari kenangan, dari kesilapan. Memang kenangan dan kesilapan itu terjadi untuk diambil iktibar darinya, kan? Dan kalau dulu aku puasa sebab puasa itu wajib di bulan Ramadhan. Kali ini mahu puasa kerana ALLAH, di bulan Ramadhan. ;)
Rindu. Memang aku rindu. insyaALLAH rindu ku kali ini disalurkan pada jalan yang betul. Rindu ku yang melimpah ruah ini insyaALLAH untuk yang berhak. Kalau rindu pun pada dia, aku cuma akan khabarkan pada Tuhan, sebab cuma ALLAH sahaja lah yang Maha Memahami hati ku. Selalu. Rindu ku untuk Yang Satu. Untuk keluarga ku. Juga untuk kamu, sahabat-sahabat dunia akhirat.

Waktu Berbuka dan Imsak bagi Negeri Seluruh Malaysia.

Assalamualaikum.

Belum dapat curi-curi masa untuk taip entri panjang-panjang. Jadi cuma akan kongsi Waktu Berbuka dan Imsak bagi negeri seluruh Malaysia. (mana tahu ada yang juga baru mencari seperti aku HAHA)
Charity itu tidak semestinya memberi makan, pakai dan duit semata. Senyuman, kata-kata nasihat, kata-kata yang menyenangkan dan kesanggupan anda memudahkan urusan orang lain juga dikira charity. Niat kerana ALLAH.

p/s: Mohon didoakan aku dan kawan-kawan dapat kerja di Pusat Tusyen Sarjana. Duit kan mengalir macam air, teaching aids perlu duit. Segalanya perlu duit. Semoga ALLAH permudahkan urusan kita! ;)

Thursday, 19 July 2012

Pelajar ku bertanya lagi!

Assalamualaikum.

Budak-budak memang banyak bertanya, kan? Otak sedang berkembang dengan pesatnya, jangan disekat, begitu?

Aku mungkin cikgu yang jarang marah tapi punya muka kelat kurang senyum. Haha. Suatu hari aku malas nak jerit-jerit aku bawak pelajar-pelajar pegi padang. Masa duduk-duduk bawah pokok rendang, budak-budak India dan budak Cina tiba-tiba mencetuskan satu soalan yang aku tetap rasa susah nak jawab. Sebab mereka kan bukan Islam, jadi agak susah jugak aku nak terangkan berpandukan sebab-sebab musabab yang terkandung dalam nas-nas al-Quran. Kena rasional, ringkas, padat dan senang dihadam.

Hari itu mereka tanya tentang hubungan sejenis. Hari ini mereka tanya pula kenapa teacher mereka ini bertudung labuh. Aku pun lupa bagaimana boleh tercetus soalan itu yang pasti soalan itu sudah diajukan dan aku pun mengerah otak untuk bekerja keras mencari jawapan. Apa ya?

Dan aku pun cakap, “sebab agama saya suruh. Agama saya suruh tutup sampai bahagian dada.” (sambil bagi isyarat tunjuk bahagian-bahagian yang ALLAH suruh tutup) Senyum.

Lepas tu aku ditembak satu soalan lagi. “habis tu kenapa ada yang tudung tak tutup dada?”

Sudah! Mahu saja aku tepuk dahi pura-pura cakap ada nyamuk padahal aku rasa nak cepuk diri sendiri yang tidak bersedia dengan soalan-soalan on the spot macam ini. Sudahnya aku senyum untuk sembunyikan gugup. Semoga kerutan di dahi tidak kelihatan ketika otak ligat mencari jawapan.

Dan ini jawapan aku, “I want to get closer to my God by doing things He loves the most. I want Him to love me more.”

Aku harap jawapan itu memadai. Mungkin anda ada jawapan tambahan? Atau mungkin anda pernah mendapat soalan yang mengetuk minda dari kanak-kanak yang sedang meningkat remaja?
 p/s: Aku kena selalu bersedia dengan jawapan logik akal! Esok lecturer akan datang observe. Thanks to my journal, students dah tahu nama lecturer. HAHA. Mohon doa ya? ;)

Wednesday, 18 July 2012

Pelajar ku bertanya tentang hubungan sejenis.

Assalamualaikum.

Aku memilih untuk menunggu keajaiban Tuhan, saat kau mengatakan kau diliputi keribuan keraguan.

Tia Setiawati Priatna (karenapuisiituindah)

Sememangnya dari luaran mereka melihat aku kuat. Tersenyum dan ketawa dan sudah bersedia untuk menerima apapun yang berkaitan dia. Haha. Jadi itu bermakna aku pelakon hebat yang sepatutnya diberi Grammy Award? Entah, semakin aku cuba melupakan, semakin kuat mencengkam pula kenangan-kenangan indah yang membuat diri tertangis-tangis mengenangkannya itu. Lalu dengan apa dan bagaimana aku lupuskan rasa pengharapan yang berlebih-lebih itu? Soalan-soalan yang muncul selalunya aku jawab sendiri juga, dan aku selalu ingatkan diri aku bertuah. Sungguh-sungguh bertuah!

Lupakan yang itu. Hari ini setiap journal yang pelajar aku tulis aku komen dengan memberi mereka surat cinta. Juga aku tanda kesalahan tatabahasa di sana sini. Dan salah satu pelajar ku mempersoalkan tentang percintaan kamu sejenis dalam journalnya. Puas juga aku perah otak jawapan apa yang harus diberi pada dia. Agar persoalannya tentang mengapa Malaysia ini kejam menghalang percintaan antara dua insan terjawab tanpa perlu dia pula kerah akal setahun jagungnya (am I underestimating her?) dan juga tanpa perlu dia memunculkan persoalan yang lebih menggerunkan. Dia adalah seorang pelajar tingkatan dua, berbangsa cina. Bukan beragama Islam pula. Lalu aku paksa juga otak memuntahkan jawapan-jawapan bernas untuk pelajar ini.

“I believe that you’ve learned about reproduction process, haven’t you? Do you know why we are winners? Because we won the sperms race! Do you want those sperms from those gays to be wasted? Pity them. They deserve the chance to be in that race too, don’t they? And have you ever think of those gays’ parents? They would want to have grandchildren too.”

Aku harap jawapan itu mungkin boleh membuatnya berfikir. Buntu. Aku buntu dengan persoalan begitu. Mungkin anda ada jawapan tambahan?

Ouh, ini untuk 'dia'. HAHAHA. ;P move on ke?

Mungkin kau kira aku telah berhenti mencintai ketika aku berhenti mencuba. Padahal tugas mencinta itu adalah selamanya MEMBERI. MEMBERI tanpa selamanya meminta pembalasan. Justeru, aku MEMBERI mu ruang untuk terus berlari. Paling penting aku selalu cuba MEMBERI mu ruang dalam titip-titip doaku agar ALLAH tetap MEMBERI mu bahagia. Di dunia juga di akhirat sana. Berbahagia lah sayang. Via Wordsof a Heart.

 ^_________^

So, shall we tengok anak bulan di Bukit Malawati? J

Tuesday, 17 July 2012

Buku.#4#

Assalamualaikum.

Journal. Kan aku dah cerita pasal aku suruh budak-budak buat journal sendiri? Dan seorang pelajar, bagi aku buku. Mungkin dia tahu teachernya ini penggemar buku. (atau sebab aku bagi pinjam Diary of a Wimpy Kid dan Dork Diaries dengan pelajar-pelajar dalam kelas itu)

Buku Diary of a Young Girl karangan Anne Frank.;)

Wah, bahan bacaan semakin bertambah. Hati gembira tidak terkata. ;)

Dan semoga hari kita baik-baik sahaja. Ramadhan semakin hampir. Syaitan sedang kerja keras tinggalkan jarum-jarumnya dalam hati kita. Jangan mengalah ya?
 Janji!

Sunday, 15 July 2012

Terasa sangat dicintai.

Assalamualaikum.

Akhirnya waktu beri ruang untuk aku bermain dengan kata. Dalam sela-sela waktu yang ku curi ini, ku titip warkah bertaip ini untuk mu yang jauh di mata, tapi makin dekat di hati.

Lewat perkenalan kita. Mulanya, aku ikuti blog mu kerana kata-katanya indah sesuai dengan jiwa yang tika itu sangat memerlukan dakwah-dakwah halus. Dan isi-isinya juga seakan kena di hati. Seakan kau dan aku punya jiwa yang sama. (perasan much)

Dan aku tinggalkan jejak. Haha. Entah, aku memang akan follow tanpa perlu minta di follow back. Sebab aku suka ikut perkembangan blog yang berunsur dakwah dan tiupan semangat dari ujian-ujian ALLAH. Mungkin kerana itu aku mendapat teman-teman maya yang kuat, yang sebelumnya pernah terluka dengan hebat, terbeban dengan ujian yang amat melelahkan. Tapi aku kagum, kaki mereka tetap kejap bertahan di atas mukim cinta ALLAH. Malah mereka makin dekat dengan-Nya. Aku rasa sesiapa pun yang melihat jatuh dan bangun mereka pasti akan merasa kagum dengan kekuatan yang mereka ada dan masih cukup pula untuk disalurkan kepada orang lain. Kagum, kan?

Dan buat pertama kalinya kau post tentang cinta. Aku sebenarnya terhiris. Aku tidak suka melihat sesuatu yang berunsurkan cinta manusia. Mungkin kerana aku sedang menolak rasa itu jauh ke dalam agar ianya terlindung dengan kasih Tuhan yang tidak bertepi. Mungkin juga kerana cinta manusia pernah melukakan aku dengan hebatnya. Hingga aku merasa dunia ini tidak diperlukan lagi. Sungguh benar-benar aku telah terluka. Tapi kerana cinta manusia itu jugalah aku lahir di atas mukim cinta Tuhan ku ini, dan kerana cinta itu aku kembali menagih cinta Tuhanku yang semakin ku lupakan waktu aku asyik meneguk cinta dunia.

Dan lewat kata-kata mu di akhir entri tentang membina baitul muslim itu tidak mudah, aku masih yakin kita sehati dan sejiwa. Baitul muslim itu memang menjadi idaman seluruh muslimin dan muslimat. Tetapi buat aku yang pernah merasakan jauhnya dari ALLAH kerana terlalu leka mengejar baitul muslim itu, biarlah cita-cita seperti itu dikebelakangkan dahulu. Kerana aku amat yakin dengan janji Kekasih. Kalau katanya jadi, maka jadilah. Mungkin kau juga pernah merasakan sesuatu yang sama seperti aku, jauh dari-Nya, merasa terlalu selesa dengan istidraj. Astaghfirullah!

Sahabat, kau minta aku selalu mengingatkan mu tentang kasih dan cinta Tuhan. Agar kau tetap lalai dengn cinta-Nya. Walhal aku ini juga masih bertatih mendidik diri. Cuma, aku sedang cuba sekuatnya merasa cukup dengan cinta-Nya semata. Kerana hanya cinta-Nya dan Dia sahaja yang kekal selamanya, kan? Semoga kau tidak jemu menitipkan bait-bait dakwah untuk sahabat baru mu ini.

Kau juga bertanya bagaimana aku boleh menemukan blog mu. Sungguh, janji ALLAH itu pasti, kan? Saatkau tanyakan soalan itu seakan terngiang-ngiang terjemahan surah Muhammad ayat 7. Aku memang sedang berpegang dengan kata-kata ALLAH yang ini.
“Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) ALLAH nescaya ALLAH membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.”

Benarlah, dalam mencari redha-Nya, ALLAH tidak akan membiarkan kita keseorangan. Pasti ALLAH datangkan pembantu. Dan salah seorang pembantu yang ALLAH titipkan untuk aku adalah kau, sahabat maya ku. Sungguh, aturan ALLAH itu indah, kan? Dan aku mungkin diciptakan untuk kau. Begitu? ;)

Benar, ujian kita berbeza, tapi hala tuju kita telah menjadi sama lewat ujian itu. Kan? Dan untuk itu, terima kasih ALLAH kerana menitipkan ujian untuk kita? ;)

Ouh, aku ada hadiah untuk kamu lewat warkah ini. Dan aku harap kau suka.
Al-Ahzab ayat 35. ;)

Mungkin ini saja buat kali ini. Terima kasih telah memulakan salam perkenalan lewat ucapan bismillah. Semoga kau dan aku tetap kejap bertahan melajukan kaki di medan dakwah. Bersama terus berpimpin tangan menuju syurga ALLAH.

Amiin. Akhirul kalam, aku mencintaimu, kerana ALLAH.
p/s: Kita dua wanita berbeza dengan rasa cinta yang sama. Mencintai tanpa perlu bersua muka dan berjabat tangan. (dan tanpa perlu berlaga pipi hehe) Indah bukan? Semoga kita tetap bersahabat. Dan seperti katamu, kalaupun kita tidak ditemukan di dunia ini, semoga ALLAH jumpakan kita di akhirat-Nya yang kekal abadi.

Kita bertuah!

Assalamualaikum.

Kenapa agaknya kenangan suka menjengah bila hati mula sembuh dari luka?

Oh, mungkin kerana ALLAH tidak mahu aku terlalu teruja.

ALLAH tidak mahu aku lupa pada Dia.

Sebab kau lukakan hati aku, aku makin dekat dengan ALLAH.

Alhamdulillah!

Kata seorang sahabat “Hari ini anda lebih baik dari semalam.”

Terima kasih sahabat. Mungkin aku telah menemukan kekuatan dari kekuatan orang lain. kesakitan dan kepayahan itu tidak lain dan tidak bukan hanya untuk mendekatkan kita lebih kepada Tuhan.
^_____^

p/s: Ujian itu (walau apapun bentuknya) adalah wasilah dari ALLAH agar kita lebih dekat dengan Dia, kan? Sahabat-sahabatku sayang, jangan sedih dengan ujian, sebab itu tanda ALLAH sayang kita. MasyaALLAH! Bertuahnya kita! ;)

Untuk seorang sahabat maya, insyaALLAH hari ini akan cari waktu membalas warkah mu. Semoga ALLAH terus memudahkan urusanmu juga! ;)

Saturday, 14 July 2012

Move on ke?

Assalamualaikum.


Kononnya move on. Dengan cara lebih berjaya dan lebih bahagia dari ‘dia’. Sebenarnya selamanya anda tidak akan move on. Kerana segalanya masih berkisar tentang 'dia'. Mulai saat ini, cuba fikirkan tentang diri sendiri. Mungkin inilah masanya anda melakukan segalanya untuk diri sendiri. Meniatkan segalanya hanya kerana ALLAH. Hidup akan lebih bermakna.
Lebih kepada nasihat untuk diri sendiri. Semoga anda juga boleh menguatkan hati? Berhenti menyimpan dendam dan berbahagia dengan cara tersendiri? Dengan cinta Tuhan yang hakiki.

^______^

Friday, 13 July 2012

There is no mistake, only lesson. From ALLAH.

Assalamualaikum.

Hari ini ada masalah di sekolah. Rasa macam malas nak cerita. Akan tulis dalam journal saja nanti. (sekarang aku pun dah mula tulis journal untuk menggalakkan pelajar tulis. Tiap hari akan kongsi apa yang aku tulis dalam journal untuk mereka). Tapi one thing for sure, sesuatu itu takkan terjadi dengan izin ALLAH tanpa sebab.

Teguran dari manusia itu mungkin wasilah teguran dari ALLAH. Kalau orang itu salah, ALLAH akan bagi petunjuk, kalau saya yang salah, ALLAH akan bagi petunjuk jugak. Setiap hari adalah pengajaran dalam hidup, kan?
 There is no mistake, only lesson.

^______^


Kata ibu, ibu percaya aku. Kata ibu, kalau aku rasa betul, teruskan. Buat perubahan. Ibu kata aku kuat, macam Gunung Everest yang tinggi itu. Sayang ibu.

Thursday, 12 July 2012

Mencintai kerana ALLAH.

Assalamualaikum.

Strange is it? To love someone you’ve met virtually.

Merasa cinta dan kasih sayang kerana ALLAH itu sungguh luar biasa manisnya.

Buat semua kawan-kawan, yang dekat mahupun yang jauh, di alam nyata mahupun di alam maya (bukan alam bunian), jaga diri ya semuanya. Semoga ALLAH menjaga anda semua.

Entah. Tapi cinta ini meluas. Sayang ini untuk semua.

Kerana ALLAH.

Indah. Sangat indah.
Amiiinn.

p/s : Buat seorang teman baru yang ALLAH jadikan wasilah di kala diri perlu bantuan untuk berubah ke arah yang lebih baik, warkah anda akan dibalas bila waktu mula memberi ruang untuk bercumbu dengannya. ;P

Wednesday, 11 July 2012

Mohon bantuan.

Assalamualaikum.

Setiap hari aku akan masuk dua kelas yang berbeza. 2R dan 2T. Dan kedua-dua kelas ini sudah tentunya mempunyai tahap pengetahuan yang berbeza-beza. 2R mungkin aku boleh klasifikasikan sebagai kelas yang agak cerdik, dan kelas 2T pula, bukan kurang cerdik, cuma mereka malas dan tak mahu mencuba.

T__T sebagai seorang guru, sudah tentunya aku sedih. Bukan hanya kerana aku penat menjerit-jerit memberi arahan itu dan ini tapi tidak dipedulikan, tapi kerana pelajar-pelajar ku ini ambil enteng tentang bahasa kedua ini. Hari itu ada seorang budak cakap “cikgu, cakap BM lah cikgu.”

Bukan, bukan cikgu memartabatkan bahasa luar. Bukan meminggirkan bahasa ibunda. Cumanya, cikgu sedang mengajar awak semua bahasa kedua. Justeru, mahu tak mahu awak semua kena juga didedahkan dengan bahasa itu. Bagaimana mungkin cikgu mengajar tentang bahasa kedua ini tapi menggunakan bahasa lain sebagai bahasa pengantar? Lagipula, kalau bukan cikgu yang menggerakkan awak semua untuk berbahasa Inggeris, siapa lagi? Untuk memaksa diri sendiri, erm. Entah lah. Awak semua ada jawapannya, kan?

Lagipula, bukan cikgu berbahasa Inggeris secara total. Cikgu buat bilingual dalam kelas, kan? Dengan harapan agar awak semua mudah menerima. Walaupun cikgu terpaksa ulang benda yang sama ulang kali dan setiap kali memberi arahan cikgu terpaksa jerit-jerit memandangkan awak semua tak reti duduk diam dan mulut itu tak berhenti-henti nak cakap itu ini. Tambahan lagi budak-budak kelas sebelah yang suka-suka nak intai-intai kelas kita dan bawa kawan awak berbual di tingkap. Ya ALLAH, sedih.

Sebagai seorang guru, aku merasakan aku gagal.

Hari ini awak semua dah mencabar kesabaran saya. Alhamdulillah setakat ini sabar saya masih ada batasnya. Entah bila hendak berada di luar batas, wallahu’alam, semoga awak tidak menemukan sisi cikgu yang itu. Cikgu sendiri tidak mahu melihat diri cikgu hilang sabar dan hilang kawalan. Mungkin akan memalukan diri cikgu sendiri saja. Dan mungkin akan menyakiti awak semua.

Sungguh, cikgu sedih bila awak semua tidak mahu sekumpulan dengan rakan berlainan bangsa. Hancur sungguh hati ini melihat pelapis kepada pucuk pimpinan di masa hadapan menolak untuk bergaul dengan rakan lain rumpun. Apa nak buat? Buntu. Sedih.


Menyentuh soal journal yang aku tugaskan pula.

Kata seorang pelajar ku, “cikgu, kehidupan kami tiada yang menariknya. Tiada apa yang hendak ditulis dalam journal ini.”

Senyum.
“Kalau awak nak tahu, selangkah awak keluar dari pintu rumah, dari situ pengembaraan awak dah bermula. Kalau nak lebih menarik, awak gambarkan sungguh setiap kejadian yang awak lalui. Macam saya, hari-hari pun sama. Pegi dan balik sekolah. Buat teaching aids dan lesson plans. Tapi hari-hari ada pengajaran yang boleh kita ambil. Sebagai contoh, hari ini kena take note satu perkara:

-Satu senyuman sudah cukup untuk menceriakan hari. Dan wajah masam anda mungkin akan merosakkan hari seseorang.-

Hah. Walhal diri sendiri kurang senyum. Siap ada pelajar cakap ‘she has a tiger face, but a girl’s heart’ HAHA. Tapi hari ini aku memang bersedih sebab kepulangan diterima dengan wajah masam. Tapi husnuzzon saja. Mungkin kawan baik itu ada masalah sendiri, mungkin dia juga penat. Erm. Sebenarnya, saat buka mata pagi itu, pengembaraan awak telah pun bermula.”

Entah, tapi aku memang suka kutip pengalaman hari-hari. Hari-hari akan bercakap dengan diri sendiri macam bercakap dengan diari.
Ah, masalah dengan pelajar yang suka bercakap tanpa henti dan racism masih memeningkan kepala. Sungguh!

Ouh, hari ini lepas puas membebel aku menyanyi dalam kelas. Aku malas nak marah lama-lama. Pun juga malas nak pujuk (nanti naik kepala). Lepas habis kelas budak siap tanya lagu apa yang aku nyanyi tadi. Lagu Hurry Home to Roturua. Tau? ;)
ALLAH, kami tidak minta Engkau permudahkan jalan ini, tapi mohon agar Engkau jadikan kami dalam kalangan hamba-Mu yang redha, sabar dan ikhlas dalam menjalani takdir yang telah Engkau tetapkan.

p/s: Ada idea untuk menangani pelajar begini? Mohon bantuan. T__T

Tuesday, 10 July 2012

Year End Sale akan tiba lagi! Boronglah pahala semampu mu!

Assalamualaikum.

Hari ini akan cuba taktik baru supaya pelajar-pelajar dapat duduk dalam kumpulan yang berbilang bangsa. (gunting kad kecil-kecil dan pelajar akan buat kumpulan berdasarkan warna kad yang diorang dapat) Doakan berjaya! Sedih tengok pelajar tak bergaul dengan rakan yang tak sebangsa.

Lagi beberapa hari lagi Ramadhan akan menjengah kita. Alhamdulillah! Semoga ALLAH sampaikan kita pada Ramadhan-Nya. Sungguh, kali ini rindu pada Ramadhan berlainan dari tahun-tahun sudah. Kali ini akan cuba untuk tidak mensia-siakan Ramadhan seperti tahun-tahun sebelumnya. Akan berusaha agar Ramadhan kali ini tidak hanya dapat lapar dan dahaga.

ALLAH. Hidayah-Mu hadir sewaktu kesakitan menjalar ke seluruh urat saraf. Membuatkan kesakitan yang ku alami terasa berbaloi. Indah. Benarlah, di saat kejatuhan dan kehilangan itulah kita sedar ALLAH itu benar-benar wujud, di saat itulah kita sedar ALLAH itu sentiasa ada, agar kita bangkit dari jatuh, agar kita tetap merasa cukup dengan kehadiran ALLAH.
Alhamdulillah.

Sungguh, tidak sabar untuk bertemu dengan Ramadhan.

Year End Sale tiba lagi! Boronglah pahala semampu mu! ;D

Monday, 9 July 2012

Indah sungguh takdir Allah.

Assalamualaikum.

Sungguh indah percaturan alam yang telah Allah tetapkan untuk kita. Mungkin Allah menitipkan aku ujian di kala semester sebelum berpraktikal ada hikmahnya. Mungkin, dalam seribu satu hikmah yang Allah rahsiakan itu Allah sebenarnya mahu aku lebih tekun mendidik. Tetap tabah dan sabar. Tidak merengek-rengek mengadu manja pada yang tidak berhak. Allah mahu aku ikhlas mendidik murid-murid yang memerlukan aku. Allah memberi kesakitan kerana Allah tahu aku mampu menghadapi dan Allah beri kekuatan untuk bangkit lebih awal agar aku boleh menyalurkan kekuatan ini pada yang memerlukan aku. Memerlukan aku dan pengalaman ku, aku dan kata-kata nasihat berdasarkan pengalaman ku. InsyaAllah.
Murid ku sayang, cikgu mu ini akan cuba mendidik mu sedayanya. Kalau dulu duitnya habis lebur disalurkan pada hal yang tidak bermanfaat, insyaAllah kali ini wangnya akan mengalir untuk alat bantu mengajar untuk kalian. Kalau dulu masanya habis diluangkan untuk hal sia-sia yang mengundang murka Allah, kali ini masanya akan dilimpahkan untuk berfikir cara-cara menarik minat kalian untuk belajar, mendoakan kalian. Kalian yang cikgu cintai.

Sungguh indah percaturan Tuhan. Sungguh, cinta ku kini meluas. Melimpah untuk keseluruh ciptaan Allah. Tanpa mengenal bangsa. Dan aku berharap pelajar-pelajar ku juga boleh menjadi seperti aku. Mencintai tanpa sempadan, tanpa mengira bangsa dan warna kulit. Ini satu lagi personal jihad ku insyaAllah. Menghakis racism dalam kalangan pelajar-pelajar ku.

p/s: Mahu aku beritahu satu rahsia? Aku gembira dengan perubahan kawan-kawan baik ku. Salah seorang sudah mula memakai stoking. Yang lainnya sedang berusaha ke arah itu. Aku dapat lihat dari kata-kata mereka. Untuk itu, syukur Alhamdulillah. Allah, mohon tsabatkan kawan-kawan baik hamba di jalan yang menuju redha-Mu. Jangan dibolak-balikkan hati mereka yang sedang mahu berubah ke arah kebaikan. Perubahan itu tidak mengapa perlahan-perlahan dari bawah, cuma jangan tidak berubah langsung. Kematian itu kan sudah pasti. Jangan nanti kita dihumban ke neraka Allah kerana azab yang dijanjikan untuk kita telah kita dustakan di dunia ini.

Rujuk surah as-Sajadah ayat 12-14. Semoga kita tidak termasuk dalam kalangan hamba-Nya yang rugi.
#Menyibukkan diri dengan lesson plans dan teaching aids pun sudah cukup membuat aku gembira. Terima kasih Allah atas kesibukan ini. Semoga Allah redha.#

*senyum*

Saturday, 7 July 2012

My teaching aids.#1#

Assalamualaikum.

Petang-petang begini cuma nak tunjuk materials yang aku bawak ke sekolah. Teaching aids.
#comprehension – Chapter 7: Precious Moment#


-Miss Bobo (previously Mr. Bobo) and Giant Clock-

Satu lagi gambar tak dapat nak diupload. Internet melemahkan semangat waja.

*baru lepas minum petang pisang goreng panas-panas dengan teh susu. Nomnomnom*

Semoga terus tsabat.

Assalamualaikum.

Aku manusia yang dulunya pernah alpa bercita-cita berkehendakkan dunia. Dan saatnya Allah menjentik hatiku dengan hidayah-Nya, aku berdoa agar Allah tidak menarik hidayah itu. Aku juga ingin menjadi muslimah mukminah dan mukhsinah, yang rindukan pertemuan dengan Tuhannya.

Dan aku mendoakan teman-teman yang seperti aku juga terus istiqomah meniti tali Allah. Semoga terus tsabat di jalan yang diredhai-Nya.

Friday, 6 July 2012

♫ Surangani ♫

Assalamualaikum.

Hari ini aku relief kelas 2 Optimis. Hari tu budak-budak dalam kelas tu gaduh. Pastu aku yang mulanya duduk diam terus ke belakang dengan muka garang (pada pandangan aku muka tergarang aku pernah buat lah. HAHA) aku cakap “Hei, mentang-mentang saya cikgu baru, saya diam, awak nak kurang ajar dengan saya? Tak hormat saya kat depan? Saya dah bagi can awak buat kerja masing-masing awak boleh bertumbuk depan saya? Saya ada dua orang adik lelaki. Dua-dua saya pernah tumbuk!”

Dan budak-budaknya ada yang sengih-sengih. Memang berbulu jugak lah. Aku tengah marah-marah pi sengih-sengih. Tapi sekarang budak-budak tu kalau nampak aku kat mana-mana akan senyum-senyum angkat tangan. Aku bukan marah pun. Aku tinggikan suara je. Kalau tak tinggi suara, takdenya budak-budak tuh nak dengar.

Itu bukan point. Hari ni aku belajar satu lagu dari budak-budak kelas tuh. Lagu Tamil. Ngeeee~

p/s: Budak-budak suka kalau kita minat nak belajar bahasa diorang. Dan aku sangat terharu bila semua budak tengok cikgu diorang nih nyanyi pastu tepuk tangan sebab aku dah hafal rangkap pertama. Isk isk.

Hah, kalau cikgu boleh belajar bahasa korang, korang kena belajar cakap English jugak tau! ;)

Ya Allah, permudahkan lah urusan pelajar-pelajar hamba. Bukakan lah hati mereka menerima ilmu.

Wednesday, 4 July 2012

Solat Sunat Dhuha.

Assalamualaikum.

Lepas perjumpaan ko-kurikulum unit beruniform pagi tadi, aku dan kawan baik terus menonong ke kedai buku untuk cari buku latihan. Untuk aku, dua buku untuk pelajar tingkatan dua. Satu ikut silibus buku teks dan satu lagi fokus untuk grammar semata.

Komen untuk unit beruniform? Entah sejak bila aku dah tanam dalam hati aku sangat geram dengan PPIM (aku PPIM dari darjah 4). Sebab tiap-tiap sekolah yang aku pegi semuanya punya ahli yang lembik-lembik belaka. Aku tak suka tengok PPIM lembik! (walhal diri sendiri sangat lembik). Jadi, aku nak aktifkan PPIM sekolah. Kenapa? Bila awak dah nama Puteri Islam awak kena jadi ayu lembik serta merta lah? Awak tak boleh kawad betul-betul angkat kaki 90 darjah? Mentality, mentality.. Sekarang aku agak segan nak komen lebih-lebih. Ya lah, saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. Aku cuma tolong-tolong guru pembimbing dan tegur yang mana patut. Insya-Allah perjumpaan kali ketiga nanti kitorang akan buat pertandingan sandwich! (nomnomnom!)

Aku nak didik diri tak nak tinggal solat dhuha. Tak boleh nak malas-malas. Selagi sempat solat, solat. Kalau aku sendiri tak paksa diri sendiri, siapa lagi nak paksa aku? Aku nak jadikan solat dhuha sebagai kebiasaan aku. InsyaAllah. Biasakan yang betul, betulkan kebiasaan.
Solat dhuha senang je. Dilakukan 2 sehingga 12 rakaat dengan setiap 2 rakaat satu salam. 

Niat solat dhuha:

“Sahaja aku Solat Sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala”
Lepas al-fatihah, rakaat pertama baca surah as-Syamsi/al-Kafirun, rakaat kedua baca ad-Dhuhaa/al-Ikhlas.

Nak lebih lanjut, baca kat SINI atau SINI ye.


Banyak kaifiatnya solat dhuha ni.
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” – Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi

“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” - Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” – Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim


p/s: Lepas ni nak cari command dan peraturan-peraturan kawad. Dah terantuk baru terngadah. -_-"

Kawan-kawan, jom biasakan diri tak tinggal solat dhuha? Doakan saya terus istiqomah dalam mendidik hati, melenturkan kehendak nafsu. Saya doakan anda juga terus istiqomah di jalan yang diredhai Allah. Semoga Allah mempermudahkan urusan kita semua. ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...