Thursday, 30 August 2012

Sempena 31 Ogos.

Assalamualaikum.
Hari ini ada kejadian yang sangat melucukan. :P dan aku rasa budak-budak yang tak datang sekolah memang sangat rugi sebab ini kejadian cuma setahun sekali je korang nampak. HAHAHAHA

Hari ni lesson plan berjalan lancar. Semua pelajar bersungguh-sungguh main game. Bagus. Aku pun dengan senang hatinya melangkah ke bilik guru. Gumbira! :D

Apa yang aku dapat? Yeah, aku dapat berita. Berita buruk.
“Noor, kau tau tak?” kawan aku buat muka toya. Aku telan liur. Payau. Tahu apa?
“Pn. Kelly (HAHAHA nama ikut sesedap tekak aku) suruh kita buat persembahan. Koir. Empat orang.” Aku telan liur lagi. Kan best kalau liur rasa jus oren ke, teh susu ke, sedap sikit nak telan.

Memang mati kutu la. Taktahu nak buat apa. Kawan aku siap nangis. Taknak nyanyi depan-depan semua orang.
“Fiqh wanita baru je keluar pasal suara aurat wanita wehhhhhhhh..” merambu-rambu air mata kawan aku.

Aku pun macam cemas. Nak buat apa? Nak nyanyi jugak? Ke nak tukar buat benda lain? Puisi ke? Aku dengan kawan aku yang nangis je minat puisi. :P HAHA. Tapi aku dah lama sangat kot tak berpuisi bersajak bagai. Aku dapat bayangkan kalau aku berpuisi. Lawak. Sekurang-kurangnya tak lah melalak. :P ah, tapi kalau puisi lagi lah mendayu-dayu melentok-lentok bunyi suaranya, kan? Ngaaaa~ mati kutu lagi.

Kitorang pun jumpa dengan penyelia petang tuh. Cakap nak buat koir sekali dengan budak je.
“Tak boleh. You kena buat persembahan sendiri.” *rahang jatuh

Dan, kitorang pun pilih lagu Tanggal 31. HAHA. Dan kitorang pegi dari kelas ke kelas warning budak-budak suruh nyanyi sama-sama dengan kitorang nanti. Semua dah setttt. Nyanyi dengan iringan lagu dan back up suara dari pelajar.

Tiba lah masa yang ditunggu-tunggu. Habis persembahan tingkatan 1 dan 2. Dan tiba lah persembahan dari guru-guru praktikal. Sebut nama, one by one!

Dengan semangatnya kitorang nyanyi siap suruh semua pelajar berdiri nyanyi sama sambil kibar bendera. HAHA. That was one fine closure untuk Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Yang ke-55 Sekolah Menengah Kebangsaan XXXX.

Nak tahu pelajar-pelajar cakap apa?
“Terbaekkkkk.. Suara sengau!” cis! Kau siap nanti aku tangan-tangankan kau Isnin depan! HAHAHA
“Cikgu!!!! (sambil tunjuk dua thums up pastu siap nak salam” HAHAHA. Yang ini lawak. Ini student India. Aku pernah masuk kelas dia. Relief. :P
“MERDEKA!!”

Aku terharu weh. Masa aku nyanyi, aku tengok budak-budak yang aku ajar, yang aku pernah reliefkan dan aku terfikir, macamana ek kalau aku dah habis praktikal nanti. Aku akan rinduuuuuu setengah mati kot! :( sobsobsob.
Terima kasih sudi baca entri luahan hati dengan 402 patah perkataan ini. :P heee

Monday, 27 August 2012

Runaway. #3# (The quite place)


Trust me.

Maybe you need this. ;)

Sometimes.

Hanya DIA.

Assalamualaikum.

Dear kak Ya, thanks for the respond. I do hope we’ll have the chance to meet in person before you fly. Again. And before my practicum end. ;)

This is maybe especially dedicated to you and to all whom have helped me a lot in healing my broken heart. I hope I will have the chance to help all of you in reply. And may ALLAH ease your sorrow, pain, and burden. And may He increase your iman.


Hanya DIA,
Yang memahami luka di dada.

Hanya DIA,
Yang mengerti sakit dan duka,
Yang kita rasa.

Tanpa perlu kata,
Tanpa ayat cinta,
DIA selalu ada.

Kerana cintanya DIA pada kita,
DIA kirimkan dia, dia dan dia.

Itu tanda cinta-NYA,
Supaya kita selalu yakin pada DIA,
Agar lebih bertambah cinta kita,

Untuk DIA.
Hanya DIA.

Thank you ALLAH for sending me all these beautiful people! ;D
NoorVictory,
Syawal 9, 1433H.
11:53 am.

Kuat mungkin?

Kerana kau memaafkan,
Kerana kau melupakan,
Kerana kau masih mendoakan,
Kerana itu kau kuat?

Kau tahu kuat itu apa?

Kuat itu apabila kau menerima takdir dan ketentuan,
Tanpa kau tanya kenapa dan mengapa,
Kau redhakan segalanya,
Kerana kau tak tahu rahsia Tuhan.

Ya, dengan itu aku yakin kau kuat.
Puisi bagi aku adalah perkataan sejemput-sejemput yang aku letakkan bertingkat-tingkat dan ada ruang di antara selang beberapa ayat.
NoorVictory,
4:45 pm,
Ramadhan 15, 1433H.

Dia guru baru.

Dia guru baru,
Banyak yang dia tak tahu,
Tentang pelajar dan guru-guru,
Tentang tempat dan sekolah baru.

Dia masih baru,
Dengan suasana yang haru biru,
Dengan pelajar yang ragam beribu,
Dengan kawan-kawan baru.

Dan dia minta bantu,
Pelajar, tolong jangan begitu,
Guru, tolong ajarkan aku,
Tentang selok belok dunia baru.

Dia masih baru,
Dia tak mahu nampak lesu,
Dia tak mahu dilihat kelu,
Dia mahu kelihatan ceria dan yakin selalu.

Dan bila suasana baru,
Ragam pelajar yang beribu,
Kerenah rakan-rakan baru,
Membuat dia hampir jatuh,
Dia mahu tetap sabar selalu,
Mengadu cuma pada Tuhan yang satu.

Dia guru baru,
Dia mahu bawa sesuatu yang juga baru,
Dia mahu kerjasama pelajar dan para guru,
Bersama, membina generasi berilmu.
Dilema guru baru, tunjuk ajar ku sifu.
NoorVictory,
Ramadhan 18, 1433H.


HAHAHA. Sendiri nak tergelak dengan puisi sendiri. Jangan harap akan ikut saranan kawan-kawan untuk hantar ke majalah sekolah.


p/s: Puisi bagi aku adalah ayat kontot-kontot yang aku letak space lepas beberapa baris.

Tanpa cicak.


Assalamualaikum.

Beberapa bulan duduk Kuala Selangor ni aku memang seriau dengan cicak. Sampaikan kadang-kadang aku rasa aku dah halusinasi. Nampak cicak imaginasi. Arghhh~

Kini tidak lagi dengan adanya Ridsect Lizard Repellent! Hilangkan keseriauan dan kegelian anda dengan hanya errr errr.. Beberapa semburan sehingga anda yakin anda dah block jalan-jalan cicak sama ada di dinding, atau di balik cermin, belakang almari, belakang kuali, pintu dan tingkap rumah anda.

Selamat dan suci. Tanpa cicak! ;)

HAHAHAHAHAHA! *victorious evil laugh

*sila ambil saya jadi model iklan produk anda*

Di satu pertiga malam-Nya.

Dunia sedang tidur.
Tapi aku tahu Dia tidak tidur.

Dan mata ku belum mahu lelap.
Walhal aku mahu bertemu Dia.
Di satu pertiga malam-Nya.

Dan dunia masih tidur,
Dan aku masih jaga,
Dan mata ini masih degil juga,
Belum juga mahu lelap.

Kiri kanan, aku toleh.
Kiri kanan aku kalih.
Kiri kanan, aku geleng.
Dunia sudah tidur.
Apa kau masih mahu bangun?

1, 2, 3,
Detik masa ku kira.
Aku mahu tidur,
Aku mahu bertemu Dia di satu pertiga malam-Nya,
Petang tadi aku qoilullah,
Mungkin sebab itu mata ini masih jaga?

1, 2, 3,
Detik masa aku kira.
Aku mahu jaga juga di sepertiga malam-Nya.

Dan jam loceng,
Kejutkan lah aku subuh nanti,
Dan bantal, kejutkan lah aku subuh nanti,
Dan iman, kejutkan lah aku subuh nanti.

Dan ALLAH, kejutkan lah hamba-Mu ini di satu pertiga malam-Mu.
Noorvictory,
Ramadhan 19, 1433H. 

Sunday, 26 August 2012

Ini bukan cinta?

Aku tak menulis tentang cinta.
Bukan kerana aku tak cinta.

Aku bukan pemuisi cinta.
Bukan kerana aku tiada cinta.

Hasil tulisan ku kan juga cinta?

Yang aku sampaikan bukan cinta?

Aku cinta pada tulisan,
Aku cinta pada puisi,
Aku cinta pada Pemberi ilham,
Maka aku tulis,
Maka aku berpuisi.

Aku cinta pada anda,
Aku tahu anda luka,
Aku tahu anda sengsara,
Maka aku sampaikan cinta,
Supaya anda tak rasa sendiri merana.

Jadi, masih hendak kata aku tak ada cinta?
Masih hendak kata aku keras tak merasa cinta?

Justeru kerana cinta,
Aku ada.

Kerana cinta, aku tahu luka.
Kerana cinta, aku masih melangkah,
Kerana cinta, aku tahu Dia ada.

 Cinta itu subjektif, terpulang kepada anda, penilainya.
NoorVictory,
Ramadhan 18, 1433H,
2:21 am

Dia teman yang tahu hati ku.

Dia teman yang tahu hati ku,
Dia tak perlu dekat,
Tak perlu jauh,
Dia dekat dan jauh sekadarnya.

Dia tahu hati ku.
Mungkin dia pernah sakit seperti aku?
Justeru itu dia tahu hati dan rasa ku?

Yang aku tahu,
Dia selalu cuba mengingatkan aku,
Tentang Tuhan ku yang satu.
Dan aku suka itu.

NoorVictory,
Kuala Selangor,
01/08/12.

Bila.


Bila hidayah datang menyapa,
Jangan cuba menidakkannya,
Ujian itu penghapus dosa,
Mehnah relau hati perkasa.

Bila hati jadi perkasa,
Masalah dipandang sebelah mata,
Kerana dengan Yang Maha Esa,
Di dalam hati berbunga cinta.

Bila hati berbunga cinta,
Nak disebarkan salam mahabbah,
Kerana ALLAH kasihkan manusia,
Tidak dikira jantina dan bangsa.

Bila tak kira jantina dan bangsa,
Hidup kan jadi aman sentosa,
Memberi tak minta ada balasnya,
Syurga ALLAH sasaran utama.

Bila syurga sasaran utama,
Ikhlas dan redha jadi tunjangnya,
Sabar dengan ujian ALLAH,
Melaju kita di bumi dakwah.
NoorVictory,
7:08 am,
Syawal 6, 1433H (25/08/12)

Thursday, 16 August 2012

Salam Aidilfitri.


Assalamualaikum.

Kata ustaz waktu aku ke teraweh minggu lepas, eid itu kembali, fitr itu fitrah. Jadi eidul fitri itu kembali kepada fitrah. Fitrah asal kejadian manusia yang bersih dari noda dan dosa.

Tak lama lagi eid fitri.Tak lama lagi Ramadhan nak berlalu pergi. Aku sedih. Dah terbakar ke dosa-dosa aku sepanjang bulan Ramadhan ni? Akan kembali ke fitrah ke aku eidul fitri nanti?

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin untuk semua pengunjung blog ini dari saya dan keluarga. Semoga urusan kita dipermudahkan oleh-Nya. ;)

p/s : Balik kampung ho ho ho balik kampung hati girang! ;D selamat bercuti!

Saturday, 11 August 2012

Sendiri.

Assalamualaikum.

Sendiri.
Kawan-kawan dah pakat-pakat ke KL semuanya.
Dan aku? Sendiri.
Ah malas nak join.
Aku tak rela berasak-asak dengan ribuan orang.
Ini nak dekat musim perayaan.
Aku tak rela sempit, sesak.
Paling menyeksakan waktu berasak-asak itu muka, badan habis semua melekit.
Dan lagi bila kesesakan mula menghimpit, aku terpaksa mengagau dalam ribuan orang tuh nak cari tangan kawan, nak pegang, taknak lepas takut hilang.
Seksa. Seksa.
Jadi, aku memilih tinggal sendiri.
Kalau diorang balik lambat aku chow ke asrama berbuka kat dewan dengan pelajar.
Tapi itu kalau diorang balik lambat. Aku dah ready dengan plan A to Z.
Sekarang? Nak bermanja-manja dengan buku.
Nak tenggelam dalam dunia baru.
p/s: Kalau aku ada kereta agaknya aku dah chow ke mana ek?

#Mencari malam lailatul Qadar. Menggembleng tenaga di sepuluh akhir Ramadhan#



Friday, 10 August 2012

Dan lagi.


Burung berkicau lagi,
Mentari menyinar lagi,
Bayu berpuput lagi,
Dan mata, berkudis lagi.

Apa kau tak mahu celik lagi?

Dunia sudah siang,
Cahaya menyinar pagi,
Apa kau masih lihat gelap lagi?

Yang semalam itu kan semalam.
Semalam itu sudah berlalu bukan?

Ayuh,
Celik, buka mata dan buka hati,
Bangun menghadap Ilahi!

Sedang tunggu waktu dhuha, sedang cuba buka mata dan buka hati seluasnya.
NoorVictory,
7:54 am
Ramadhan 22, 1433H,
ZS Infinity, Kuala Selangor.


Wednesday, 8 August 2012

Percaya itu susah?

Genggaman itu akan lepas kah?
Kekuatan ini akan goyah kah?

Dan kita, terus bertanya.
Tentang hal-hal yang cuma Tuhan ada jawabnya.

Kenapa seakan payah hendak terima,
Ketentuan Tuhan tercipta sudah.

Kenapa payah hendak melangkah,
Kenapa risau tentang bala,
Kenapa risau tentang petaka.

Tuhan kan ada.
Justerus hendak khuatirkan apa?

Kalau ALLAH kata jadi, maka jadilah,
Kita manusia hendak menghalangkah?

Yakin dan percaya lah,
Rahmat ALLAH akan tersingkap jua,
Hikmahnya akan menyinar jua.

Sekarang ini saudara,
Cuma bersabarlah.

Bersabarlah semampumu.
Sehingga habis nyawamu.
Kalau tidak di dunia yang serba serbi semu,
Di akhirat nanti ALLAH pasti memayungimu.
NoorVictory,
24.Julai.2012,
ZS Infiniti Homestay, 10:59 pm.

Wednesday, 1 August 2012

Entri khas. (mungkin)

Assalamualaikum.


Khas buat pengunjung dan pengikut blog Kepingan-kepingan Hati.

Aku tahu banyak yang telah merengsakan mu dalam hidup,
Dan kerengsaan itu adakala membuat mu hampir memilih untuk rebah.

Selalu ingat, sekalipun semuanya meninggalkan mu,
(kalau ini membantu), kau masih punya aku.
Dan kita, masih punya Tuhan yang satu.

Dan nanti,
Aku juga akan pergi menurut janji Kekasih ku,
Dan saat itu cuma tinggal kamu,
Dan,
Tuhan kita yang satu.

Jadi dengan itu,
Mulalah membuat pergantungan mu,
Dengan Tuhan kita yang satu.

Kan aku dah cakap,
Perlahan-lahan kalian akan lihat aku bangun, berjalan, dan berlari. (virtually, of course)
Aku sudah bertatih dari jatuh ku,
Dan kalian yang sudah berlari tahniah aku ucapkan,
Tapi yang masih duduk merenung luka,
Doakan selepas ini aku akan berlari pula.
Berlari dan terus berlari,
Menuju cinta yang hakiki.

p/s: Buat insan kuat yang aku kenali sepanjang membentuk kepingan hati ku ini, terima kasih kerana sudi menyalurkan kekuatan yang bersisa itu. Dan aku, insyaALLAH akan selalu memberi ruang untuk kalian dalam doa ku.

Dan bukan, blog ini bukan terhasil di alam maya ini kerana aku pandai menulis. Tapi ni salah satu terapi jiwa ku, cara itu membaik pulih kepingan hati ku yang hancur, dan aku selalu berdoa untuk yang pernah merasai sesuatu yang sakit seperti aku akan turut dapat ‘menterapikan’ jiwa melalui penulisan ku

Salam sayang untuk semuanya.

Mahu cuba buat puding kastard berkuah. Buat pagi-pagi letak dalam peti ais supaya petang nanti masa berbuka jadi sejuk dan selesa di tekak. :P ehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...