Sunday, 30 September 2012

Pengajaran dan pengalaman dari mereka yang kita panggil budak.

Assalamualaikum.

Kan dah cakap kat post ini nak cerita pasal pengajaran dari students? Hah, aku nak cerita pasal apa yang pelajar ajar aku.

Hari tu gossip-gossip dengan pelajar kat padang (kononnya nak buat badminton tournament tapi tak jadi jadi tutup cerita). Diorang cakap aku tak garang. Huh. Pastu waktu kitorang cikgu-cikgu praktikal tangkap gambar, aku cakap la, “okay, jom buat pose cikgu garang.” Lepas tangkap gambar sorang kawan aku tak boleh stop gelak. Dia cakap “nak buat pose garang tapi kau yang paling tak garang!” =_=

Anyway, hari ni kelas relief. And aku ada bagitau kan aku dah taubat sangat-sangat tak masuk kelas relief. So aku jagakan kelas tu sampai masa balik sebab kawan aku ada kerja kat bilik guru. Ada budak main daun terup dalam kelas.

Pastu aku pegi kat tempat diorang dan cakap “saya nak awak buat kerja awak dulu (cikgu yang tak datang tu bagi kerja) lepas dah siap barulah awak semua boleh sambung main.” Note that aku tengah jaga kelas Mandarin jadi semua student adalah pelajar Chinese .

Pastu aku pegi balik ke meja guru. Flounder cakap “teacher, be a good teacher la. That is against the school’s rules. You cannot let them play the cards in class. And he is a prefect!”

Sorang student tu pengawas. Aku pun duduk. Sambil telunjuk kanan kat tepi dahi kanan. Diam.

Pastu dia sambung lagi (student aku membebel wehhhhh) “teacher, no need to ‘touching’ la. This will be one of your ‘pengalaman’.” Ngaaaa -_-

Okay, selepas dibebel aku pun berdiri dan menyingsing lengan baju (virtually) dan cakap kat dia dengan machonya, “watch me.”

Aku pegi dekat students yang tengah syok main daun terup dengan dahi berkerut-kerut tuh. Aku ambil daun terup tu dan cakap dengan muka paling serius tahan hidung dari kembang yang pernah aku buat!

“awak tak boleh main daun terup dalam kelas. Awak nak cikgu disiplin rampas pastu hantar awak pegi Bilik Wawasan (bilik disiplin) ke?”

“alaaaa cikgu boleh laaa. Kita mau main la.”

Aku cakap lagi, “ini sekolah, awak kena ikut peraturan sekolah. Sekolah tempat belajar bukan main daun terup. Kerja awak pun tak siap lagi. Nanti kalau awak dah habis belajar, main la suka hati awak. takde sape nak marah.” Mak enon membebel sambil tangan sibuk menyusun daun terup.

“Nanti polis yang tangkap la cikguuuu.” Hahah. Kalau main judi ya la kena tangkap kan? Kalau main suka-suka kat rumah takdenye polis nak tangkapppp.

Okey, aku pun pegi kat pengawas tu, cakap dengan dia kena bertanggungjawab sebab dia pengawas. Jadinya dia kena lah larang kawan-kawan dia buat sesuatu yang melanggar peraturan sekolah. Tahu tak, pengawas ni Chinese jugak kan, HAHA dia selalu cakap I love you kat cikgu yang tak ajar kelas dia ni. HAHAHA. Aku kenal dia sebab aku pernah marah dia buang sampah merata-rata. :P

Pastu aku pun menonong balik ke meja guru kat depan kelas. Flounder and his friends tengok aku. HAHA. Teacher diorang yang lemah lembut sopan santun ni berani jugak kan? :P minta mahap ye tak sengaja puji diri sendiri. HAHA

Flounder tepuk tangan dan cakap, “teacher, I want to congratulate you!” HAHA. Pastu lagi dia cakap, “I will make you a sijil!” HAHAHAHAHAHA. Dah la nak buatkan Prune Cake ni lagi nak buatkan sijil. Oh Flounder, you are so sweet! :)


 p/s: Maaf ini cerita Jumaat lepas baru sempat nak publish sebab broadband tak bayar lagi. :P MAAF BELUM DAPAT BLOGWALKING!!! :(

Saturday, 29 September 2012

Minta maaf, saya TERsibuk.


Assalamualaikum.


Been busy lately! But today my students taught me something (they always do).


Will share about it later! J



p/s: Minta maaf tak sengaja sibuk. Rindu kawan-kawan blogger!

Sunday, 23 September 2012

Priya! Oh Priya!

Assalamualaikum.

Semalam (sabtu 22/09/12) aku pegi sekolah jugak sebab cuti berganti. Hari ni students kelas 2R siap peril-perli “teacher dah rehat!” aku tengok jam ada setengah jam lagi nak rehat!

Rupanya aku lepaskan diorang awal setengah jam waktu lecturer observe Jumaat 21/09/12! Nervous punya pasal. Huhuhu. Patut diorang macam terpinga-pinga langsung tak berganjak keluar kelas bila aku suruh. Siap aku suruh stand up and cakap “thank you class”. Pastu diorang tak keluar jugak. Hairan! Apa taknak rehat bebudak ni??

Bila aku dah masuk bilik guru baru lah kawan-kawan aku cakap.

Kawan baik 1: Weh! Kau keluarkan kelas kau awal hari ni???
Kawan baik 2: A’ah, kawan baik 1 siap marahkan si Ali (bukan nama sebenar) sebab jalan-jalan kat kantin.
Aku : (cek jam, tengok jadual) laaaaaaaa hari ni Jumaat aku tengok jadual hari biasa. Huhuhuhu!

Dalam fikiran, macamana lesson plan 75 minit boleh muat-muat dalam 45 minit??? AJAIB!

Oh, sambung cerita semalam. Aku cuma dapat satu kelas relief. 2G. aku pun masuk dengan machonya. Dari jauh aku nampak a girl tengah bercakap telefon. Aku panggil, dia lari. Aku tanya kawan-kawan dia yang ada masa tu (kelas tu cuma ada 5 orang je semalam!) semua taknak jawab nama dia siapa. Aku sabar. Duduk siapkan reflection pastu bercakap dengan Sassi. One of 2G students. Aku siap belajar bahasa Tamil lagi. (more vocabs! I like!)

Pastu bila reflection dah siap aku pun cakap dengan Sassi.

“You jaga kelas tau jangan bagi siapa keluar kejap lagi saya naik balik.”

Pastu aku pegi bilik guru, ambil drawing block, pencil case dan colour pencils. Aku pun menapak balik ke tingkat 2.

And to my very surprise, budak perempuan tadi datang balik and still gayut kat telefon!

“Sini! Jangan sampai saya hilang sabar! Bagi saya handphone kamu tu!”

Lepas aku dah marah-marah, kawan-kawan dia pun cakap bagi la, bagi la (dalam bahasa Tamil tapi aku macam boleh faham sikit-sikit HAHA) dia pun bagi dengan air mata yang bergenang. Aku siap sebut nama dia. Budak-budak sini takut cikgu tau nama sebab nanti senang cikgu nak buat report.

Pastu aku panggil dia.

Aku pot pet pot pot cakap mak bapak hantar gi sekolah untuk belajar bukan bergayut pastu tanya pakwe dia tu belajar lagi tak dia geleng cakap umur 15 tapi dah kerja. Okey. Aku tarik nafas dalam-dalam.

“Saya tak marah awak couple, saya tak marah kalau awak nak gayut dengan boyfriend awak tu. Tapi waktu belajar, belajar. Bila semua kerja sekolah dah siap baru mesej, gayut. Kesian mak bapak awak kerja siang malam nak sekolahkan awak tapi awak habiskan duit diorang dengan topap. Saya tak pandang rendah dengan boyfriend awak yang dah kerja dan tak sekolah. Tapi awak ingat kahwin ni senang ke? Awak nak cuma dia sorang je kerja awak buat kerja rumah? Awak ingat cukup ke? Kalau awak nak apa-apa dia boleh belikan ke? Takkan awak nak korek duit dia je? Dia pun kerja susah. Jadi awak belajar lah sungguh-sungguh, nanti awak boleh tolong mak bapak awak. Awak boleh tolong dia jugak.”

Aku dah lupa apa aku bebelkan. Yang lawak, sambil aku cakap sambil kawan dia translatekan. HAHA. Pastu bila aku stop, kawan dia tengok aku and cakap “cikgu, cakap lah lagi!” HAHAHA. Kawan-kawan dia pun angguk-angguk nasihatkan dia. Haila budak-budak.

Lepas marah tu aku cakap kat dia, “Hah awak berdiri tegak-tegak kat situ saya nak lukis muka awak yang nangis tu!”

Pastu kawan dia cakap “Ayyyooooo cikgu cantik la.. Lepas ni lukis saya pulak ya cikgu ya..” Tapi masa tak cukup dan aku pun memang malas nak lukis semua orang. Bukan senang and I’m not a pro! *sedih

Budak-budak tu cakap “Ayoo cikgu you pandai lukis ye..” aku jawab, “Saya bukan pandai melukis tapi saya suka melukis. Awak pun sama, awak tak pandai belajar, tapi awak suka belajar, lama-lama awak jadi pandai.”

Macam Flounder selalu cakap “teacher, you jadi cikgu seni la.”

Sebelum balik, aku bagi handphone dia balik. Ouh, gambar yang aku lukis tu dia mintak and aku cuma tulis study hard. Itu je. Huhuhu. Susah kan nak tolong semua orang? Aku harap sangat Priya boleh digest bebelan aku tu.
p/s: Sekarang aku tau kenapa orang selalu cakap orang tua lebih dulu makan garam. Ya, aku dah makan garam lebih awal dari students. Dan terima kasih ALLAH untuk itu.

Friday, 21 September 2012

Jangan sweet sangat nanti saya susah nak pergi.

Assalamualaikum.

Hari ni nak cerita pasal sorang budak yang sweet dalam kelas boleh tak? *mengedipkan mata ulang-ulang kali

HAHAHA. Okey, hari ni lecturer datang observe. Nak ambil markah untuk praktikal. Doakan aku dapat A tau. Jadi merasa jugak dapat 4 rata! Hahaha.

Okey, here we go. Mula-mula aku masuk kelas 2R, aku rasa macam tak best je nak masuk sebab ye la, budak pandai. Apa je nak ajar. Mesti diorang dah tahu semua benda dan aku takpayah nak all out sangat ajar itu ini. Aku masuk je pastu bebudak lelaki kat sebelah tingkap depan meja guru tu bising sangat! Aku dah mati kutu fikir macamana nak suruh bebudak ni diam. Hish!

Pastu aku pernah cerita kan aku nak buat research macamana penulisan naratif pelajar boleh diasah dengan menulis jurnal? Hah, dari jurnal diorang aku boleh tau yang mula-mula aku masuk kelas diorang ingat aku ni garang macam harimau pastu comel-comel tapi takmahu senyum! HAHA :P (mintak mahap ye pemujian terhadap diri sendiri tersebut)

Tak lama pastu diorang pun jumpa the quite nice side of me(lagi pemujian terhadap diri sendiri). Hehe. Ada budak siap tulis “She never gets angry with us. Although she sometimes gets mad, it will not last long! She is a good girl.” Hamboi, aku dah jadi girl di mata diorang. Eh, eh aku bukan nak cerita semua pelajar, aku nak highlight on one student je. He is a Chinese boy. Kita bagi dia nama, Flounder. Sebab dia cute! Just like Flounder. :)
Dia dan kawan dia belikan kek masa aku birthday (warna kegemaran), pastu dia balutkan buah kering guna reben jugak in my favourite colour! Tahu tak macamana dia buat? Dia masuk bilik guru dengan muka selamba (tengok atas macam takde apa-apa) pastu PAP! ada benda jatuh atas meja aku. Aku masa tu kat meja kawan, aku tengok je dia pastu lepas dia dah jauh aku nampak ada benda kecik atas meja berbalut reben warna kegemaran. Hahaha.

Semalam waktu kena observe dengan guru pembimbing pulak aku suruh diorang tulis pasal cita-cita. Aku pun letak empat gambar orang famous kat depan. Aku pun cakap la, “hah this one is my ex-boy friend (gambar Dato’ Lee Chong Wei), this one is my best friend (gambar Dato’ Nicole David) and this one looks just like me (gambar Dato’ Siti Nurhaliza). And I bet you don’t know this one (gambar Dato’ Jimmy Choo).” Pastu aku suruh diorang tulis surat to any of those famous persons telling them about their ambitions. Semua orang tulis surat untuk empat-empat orang kat depan. Pastu tau tak Flounder aku cakap apa? “techer, you also stand in front la.” Haha. Serius aku ingat dia buat lawak pastu aku pun berdiri la kononnya kat sebelah empat gambar tu. Pastu bila tadi aku baca jurnal dia, dia letak surat dia dalam tu (teacher suruh HAHA).

“Dear Miss Noor, you are the best teacher for me. But when I grow up I don’t want to be a teacher like you. I want to be a baker. Sorry that I don’t want to be a teacher.”

Heart palpitation! Terharu! Touched! T_T

Pastu lagi, tadi dia hantar jurnal and dia tulis ini pulak.

“Teacher said her face looks like Datuk Siti Nurhaliza. Puiii! Different! Siti Nurhaliza is famous around the world but teacher Noor only famous in Sekolah XXXX. But I do hope one day she’ll be famous just like Siti Nurhaliza.”

Aku tengok semua students ni semua nak membantu aku dapat A dalam praktikal. Diorang semua nak tunjuk baik depan lecturer siap tahan diri nak keluar tandas takut lesson plan aku terganggu. Terharu! Jangan la sweet sangat, nanti saya berat hati nak tinggalkan kamu semua bulan 10 nanti. *menangis sambil mencakar dinding*

Lastly, masa ayah masuk ICU Flounder cakap “teacher if you want to teach don’t SMS la.” Waktu tu aku ajar diorang pantomime. Handphone lekat kat tangan sebab tunggu berita dari ibu. Pastu tak lama lepas tu bila semua benda dah settle, aku cakap dengan dia yang ayah masuk hospital. Budak-budak boleh faham emosi kita, kan? Bila aku susah hati, dia ni selalu je tanya-tanya. Dia selalu cakap “teacher, you don’t need to stress.” Dan aku akan senyum. Hehehehe.

Ouh, bila dia tahu pasal ayah, dia cakap “don’t worry teacher I hope your father will be healthy soon. I’ll bake you prune cake.” Sweet! (lagi)

Dan lagi (ah padahal tadi dah cakap last) dia cakap, “teacher you tak pandai buat muka marah la.” *okey, rahsia dah terbongkar. HAHAHA
p/s: You know Flounder, I’m very proud of you. Now you know how to use paragraphs and punctuation in writing your journal entries. I can see that you’re improving. Don’t worry, I will never forget you and your classmates. (insyaALLAH)

Aku ada buat entri pasal research, pasal kelas yang aku ajar, tapi aku malas sangat-sangat nak godek entri lama. Walaupun kena buat banyak kerja dan banyak tekanan emosi, sweet jugak kan jadi cikgu ni? Terima kasih ALLAH. :)

Thursday, 20 September 2012

Aku bukan insan hebat.

Assalamualaikum.
Beberapa hari ini sangat sibuk dengan macam-macam agenda. Dan hati yang sarat dengan kepenatan ini aku usung dengan penuh semangat ke sana ke mari. Dan hari ini, aku dah tak larat, dengan bebanan tekanan perasaan yang melonjak-lonjak, aku keluar dari kelas relief agak awal dari kebiasaan untuk menunaikan solat zuhur. SILAP BESAR di situ Noor!

Ada budak tendang kerusi kat kelas tu sampai mengganggu ketenteraman kelas sebelah. Dan budak tu dah pun dibawa ke bilik disiplin.

Setahu aku, budak tu memang ada masalah. Tapi yang menyedihkan aku, budak ni sebenarnya baik, mendengar kata, cuma mungkin agak liar sebab bapak dia dah takde. Ah, aku tak tau banyak sebab aku baru 3 bulan dan kelas tu aku tak ajar pun.

Masalah. Kalau setakat masalah sendiri takpe. Kawan aku cakap, “semua orang letak masalah kat kau sebab kau boleh terima, kau matang, kau boleh handle.”
Entah. Dan hari ni aku nangis dalam kelas kosong dengan nafas yang tersekat dan air mata yang boleh dikira dengan jari! Aku dah takde air mata ke??

*sungguh tak macho tindakan aku hari ini sampaikan rasa bersalah bergunung-gunung dalam hati*

p/s: Syukur emosi okey sebelum kena observe dengan guru pembimbing pukul 3 tadi. Dengan hati dan perut kosong, agak susah untuk ukir senyuman paling manis. HAHA. Untuk kawan-kawan baik, tolong. Sedang ibu kita yang sangat matang dan sangat sabar itupun sesekali mengalirkan air mata kerana kerenah kita, apatah lagi aku insan yang kurang hebat ini.
Serius aku rindu ibu. Oh, esok lecturer datang nak observe! Doakan aku! :)

Monday, 17 September 2012

Mood Cuti.

Assalamualaikum.

Cuti Sempena Hari Malaysia. Plan untuk hari ni? Habiskan tanda journal pelajar dan tulis surat untuk journal terpilih.
(Padahal sebenarnya dalam hati nak buat ini tapi my adventure friend hasn’t reply my SMS since yesterday! Where is she aiyaaaa~)


Dan padahal kedua ialah post ni sebenarnya nak sembunyi entri syahdu subuh tadi. :P heh.

Buat insan yang dicintai. #4#


Assalamualaikum.

p/s: Silakan ambil feel dengan tekan butang play dulu.



Buat insan yang dirindui, aku doakan khabar mu baik-baik saja dengan insan-insan kesayanganmu. Semoga Allah sentiasa memayungimu dengan rahmat-Nya yang tidak putus-putus. Walau aku tidak pernah lagi mendengar suara dan khabar mu, tapi nama mu tak pernah lupa ku selitkan dalam tiap doa yang ku titip pada-Nya. Kata Dia, minta pada-Nya, Dia akan tunaikan. Justeru, aku kirimkan kesihatanmu, minta dimudahkan urusan-urusan mu, minta dibahagiakan kau, minta dijaga hati mu, minta diberi kau hidayah dan petunjuk-Nya, minta diberi ketetapan iman mu.

Kadang, ada rindu mengusik hati ku. Mahu aku sampaikan pada siapa rindu ini? Pada mu kah? Aku tidak minta rindu ku berbalas, tidak juga minta dibuka hatimu kembali pada ku. Cuma aku bisik pada-Nya semoga apa jua keadaan yang kau hadapi jangan engkau ditinggalkan sendiri tanpa Dia. Kerana aku mahu kau bahagia, di dunia dan di akhirat. Dengan atau tanpa aku itu terpulang. Kerana itu soal kedua. Soal pertamanya, kau bahagia. Dan rindu itu aku biarkan sepi. Sepi tak terungkap pada sesiapapun kecuali Dia.

Aku masih sayang. Aku masih mahu percaya janji-janji manis mu. Aku masih mahu percaya saat kau kata tunggu, kau akan datang. Datang dengan hasrat untuk mengambilku dari ayah dan ibu ku. Aku masih mahu tunggu. Tapi aku sedar, selama mana aku tunggu, kalau Dia bilang kau bukan untuk ku, kau dan aku takkan bertemu. Takdir dan janji-Nya selalu meredupkan hati ku yang panas bergelojak rasa. Hadir-Nya selalu mendamaikan aku. Padahal Dia selalu ada. Aku yang seringkali lupa. Jadi, aku tekad untuk percaya cuma pada janji-Nya.

Ya, ada yang menganggu gugat ketenangan. Ada yang datang dengan janji-janji sama. Dan ya, hati ku tidak mahu memilih. Hati ini masih mahu membeku, masih mahu bisu tanpa rasa. Mungkin sebab jauh di lubuk hati ku terdalam aku masih menanti mu?

Bukan. Ikhlasnya aku tidak memilih bukan sebab aku masih cinta pada mu. Tapi aku makin cinta pada-Nya. Sesuatu yang seharusnya aku buat dari dulu. Meletakkan Dia nombor satu. Bukan tidak mahu mencari. Tapi bukankah lebih baik aku mencari cinta dan kasih-Nya dulu sebelum aku mengemis cinta yang lain? Aku mahu mengenali Dia sepenuh-penuhnya sebelum aku mengenali selain dari mu. Aku mahu lebih kenal Dia, aku mahu Dia di tempat teratas dalam hati ku. Aku pernah lupa pada-Nya, harus sekarang waktunya aku membalas segala keterlekaan dan keterlupaanku. Harus sekarang aku menebus segala kejahilan lalu.

Tipu kalau aku tidak terfikirkan mu. Sudah ku kata aku pernah rindu, terlalu rindu hingga aku menitiskan air mata untuk mu. Tapi tahu apa yang menenangkan aku? Doa-doa yang ku titip lewat sujud ku. Ketika aku sangat dekat dengan Dia, aku lupa padamu.

Jujur, aku akan selalu teringatkan mu. Mungkin takkan pernah melupa tentang mu. Tentang masa-masa kita yang terbuang itu, waktu kita leka mencinta dunia yang semu. Aku takkan lupa pada mu. Insan yang mewarnai hidup ku, juga insan yang mendekatkan aku dengan Tuhan ku.

Sekarang, biarlah cinta ku berlabuh cuma untuk Dia. Dan cuma kalau Dia izinkan cinta ku berlabuh di perhentian lain dalam lautan kasih dan cinta-Nya, mungkin aku akan cuba mencinta, berpandukan suluh cahaya-Nya. Tenang. Lautan yang bergelora dan ombak yang mengganas ini senang dilalui dengan bantuan-Nya.

Jujur telus ekslusif dari hati, aku rindu. Cuma Dia Yang Maha Mengetahui tahu hati ku. Aku mahu mencintai Dia. Dia yang tahu hati ku. Dia yang tak pernah akan mengecewakan ku. Dia, Tuhan ku.

Seharusnya kita selalu kembali kepada Dia bukan cuma saat kita mempunyai masalah dan pilihan. Tak selayaknya kah Dia disembah tanpa menyelesaikan masalah dan pilihan kita? Bukankah kita terlahir ke dunia ini dan masih bernafas ke hari ini kerana Dia?

p/s: Untuk kawan-kawan yang mahu hati ku terbuka untuk lelaki lain, aku sudah beritahu aku takkan menutup hati ku hanya kerana seorang lelaki. Lagipula, aku tidak memilih untuk mencinta, Dia yang berhak melabuhkan dan menarik sauh cinta itu dari hati. Kamu faham kan?

*senyum*

Agak susah nak fahamkan kawan-kawan baik tentang ini. *menghela nafas yang berat dengan panjang*

I miss being in love. I miss waiting for text messages, opening letters and constantly thinking about the person I love. I miss looking around and see things that remind me of him. I want to be in love again but this time, I’ll wait for each prayer so I can bow down in sujood and be in the closest I can be to Him. I want to open my holy book each time with this feeling of anticipation and excitement. I want to look around and see things that remind me of His greatness. I want to be in love again. But this time, with The Almighty. SUMBER

Saturday, 15 September 2012

Cerita tentang ayahku yang tampan. #3#

Assalamualaikum.

InsyaALLAH hari ni ayah dah boleh keluar. Hah, gembira tak? (soalan ini lebih ditujukan kepada aku sebenarnya hehehe)

Pagi-pagi lagi ibu dah call. Serius aku ingat ibu call pukul 5 suku.

Ibu : Assalamualaikum. Noor? Nak cakap dengan ayah tak?
Aku : Wa’alaikumussalam. Ayah dah boleh cakap?
Ibu : Boleh kut sikit-sikit tapi jangan nangis pulak tau.
Aku : Eh kenapa Noor nak nangis pulak? (sengih pagi-pagi belum berus gigi)
Ibu : (ketawa) A’ah kan, buat apa nak nangis. Kita kuat, kan? (pass handphone ke ayah)
Aku : Assalamualaikum ayah. Ayah okey tak?
Ayah : Wa’alaikumussalam. Okey. Noor okey tak kat sana? (suara ayah lemah tapi aku nak bagi ayah dengar suara ceria walaupun sebenarnya aku masih mengantuk!)
Aku : Noor okey. Hah, sekarang rekod bersih ayah kat hospital dah tercemar. Hehe
Ayah : E’em. (selalunya ayah akan balas dengan lawak spontan, tapi kali ni ayah cuma cakap em)
Aku : Ayah jaga diri tau! I love you ayah! (ulang baca tiga kali sebab ayah diam je tak membalas)
Ayah : Baik-baik kat sana. Wa’alaikumussalam.
Ibu : Hah, dah cakap dengan ayah?
Aku : Apa lah.. Ayah ni orang cakap I love you ayah balas wa’alaikumussalam pulak. (padahal dah kebiasaan ayah takkan balas bila aku cakap I love you. Kan dah cakap ayah ni suka control macho!)
Ibu : Ayah tak boleh cakap banyak. Doktor tak kasi. Nanti ayah pening. Insya-ALLAH hari ni ayah dah boleh keluar. Kalau tak tengah hari, petang kut.
Aku : Wah bagus lah, dah tak payah ibu dengan adik tidur kat hospital.
Ibu : Kalau tak tidur sini kang ayah takde kawan. (note that rumah aku ke hospital ambil masa dalam sejam)
Aku : Alaaaaaa kat hospital mana ada hantu.. (mengekek ketawa)
Ibu : HAHA, takpe la. Sini pun ramai orang tidur jugak.
(Semalam aku mesej ibu sebelum tidur. Aku suruh ibu balik rumah tak payah temankan ayah sebab aku takut nanti ibu pulak yang sakit. Huhu. Tapi itulah ibu, selalu manjakan ayah. Ayah beruntung tahu! Hehehe)
Aku : (diam)
Ibu : Eh, Noor tidur lagi ke?
Aku : A’ah la bu.. Belum pukul tujuh punnnn..
Ibu : Eh, dah pukul enam setengah lah! Gi bangun solat!
Aku : Eh? Noor ingat sekarang baru pukul lima. Hehehehe. Okey la, ibu dengan ayah jaga diri tau. I love you ibu! Kirim salam kat adik (Yang masih tidur. Kesian adik. Huhuhu). Assalamualaikum.
Ibu : I love you too. Wa’alaikumussalam..

Klik! Bangun, solat, mesej semua kawan-kawan baik cakap ayah dah boleh keluar insyaALLAH hari ni. Heeee :)

Aku tak boleh nangis macam hari tu. Aku lupa yang aku kena kuat. Kuat untuk ibu. Kesian ibu kena harungi semua sorang-sorang. Anak-anak ibu semua jauh. Tinggal yang kecik je. Kesian adik, kecik-kecik lagi dah kena hadapi semua nih. Aku rasa adik dah matang sebelum usia mematangkan dia.
p/s: Maaf ayah, Noor tak buat tahajjud pun. Padahal kalau kita nakkan sesuatu kalau kita tak buat tahajjud macam in reality, kita sebenarnya taknak kan benda tu, kan? Huhuhu. Noor cuma buat solat hajat 12 rakaat doakan ayah. Terima kasih selagi lagi untuk seeeeeeeeeeeeeemua kawan-kawan yang tolong doakan ayah! Ayah dah sembuhhhh!! Terima kasih ALLAH! :D

Thursday, 13 September 2012

Sabar aku makin nipis.


Assalamualaikum.

Entah kenapa aku rasa kesabaran aku makin lama makin nipis. (nipis ke tipis??)

Aku percaya sabar itu tiada batasnya.

Kalau berkurang, kita tambah lagi, dan begitulah seterusnya.
Sabar Noor, sabarrrrrr!!!! Ingat BONUS DARI ALLAH.

Wednesday, 12 September 2012

Buat ayahku yang tampan. #2#

Assalamualaikum.

Ayah masuk ICU.

Ayah insan kuat. Aku tak pernah lihat ayah nangis. Ouh, kecuali waktu ibu sedang sakit dan dirawat di kampung. Waktu itu aku lihat ayah terhinjut-hinjut bahunya di sejadah. Teresak-esak tangisan ayah. Itulah kali pertama dan terakhir aku lihat ayah mengalirkan air mata.

Tadi, lepas aku siang ketam (aku beli ketam kat TESCO, murahnya ya ampun! 4 ekor empat ringgit!) ibu telefon. Ibu cakap ayah masuk hospital. Aku taktahu nak cakap apa, ibu cakap ayah sakit dada. Sekarang dah masuk ICU. Ya ALLAH harus gugur jantung aku tadi! Nasib baik takde sorang pun kawan-kawan kat luar. Aku terus basuh pinggan kat sinki dengan air mata mengalir kat pipi.

Aku sikitpun tak dapat bayangkan ayah yang tampan lagi kuat itu ditahan di wad! Dengan doktor keliling tubuh, dengan tiub-tiub dengan lampu bedah, sikit pun aku tak dapat bayang! Ayah tak lemah, ayah lah orang terkuat yang pernah aku jumpa. Ibu cakap waktu ayah sakit dada ayah tak bising, ayah cuma tutup mata, ketap bibir tahan sakit. Ya ALLAH, ayahhhhh..

Noor tahu ayah kuat. Ayah tak pernah sakit. Kalau ayah sakit ayah selalu taknak ibu hantar ke klinik. Ayah kata ayah taknak cemarkan rekod bersih ayah kat klinik. Ayah selalu sihat. Ayah selalu buat kerja-kerja berat. Rumah kita pun, ayah yang siapkan. Ayah taknak orang lain buat. Nanti tak ikhlas rumah jadi herot berot, mereng-mereng. Ayah nak kita puas hati. Ayah tukang rumah sampai siap. Ayah memang orang kuat. Rumah kita mana pernah tukang datang. Paip, elektrik, semua ayah yang betulkan. Reban ayam, reban angsa, itik, stor belakang rumah semua ayah yang buat. Ayah kuat, kan?

Ayah selalu sihat. Ayah taknak jadi buncit. Tiap-tiap hari ayah buat badan. Badan ayah ketul-ketul. Sebab itu Noor tak heran sikit pun kat mana-mana lelaki kat TV yang ada six packs. Sebab ayah pun ada. Adik-adik Noor pun ada six packs. Semua nak tiru ayah. Lengan ayah lagi hebat dari Popoye the Sailorman. Perut ayah tak pernah buncit. Kat rumah kita ayah buat gym. Ayah buat sendiri dumbbells yang besar-besar, yang kecik-kecik je ayah beli kat kedai. Ayah selalu berpeluh. Ayah sihat.

Dan malam ini, terbukti ayah kuat. Doktor kata peratus ayah untuk stabil 50/50. Tapi ibu tak cakap. Ibu takut Noor sedih, sebab Noor jauh.. Dan dalam masa sejam lepas ibu telefon, ibu telefon lagi. Ibu cakap ayah dah keluar dari ICU, ibu kata ayah dah stabil. Tapi buat masa ni ayah tak boleh cakap lagi. Noor tunggu nak cakap dengan ayah! Noor nak dengar suara ayah yang ceria. Suara ayah yang kuat!

Kalaupun ALLAH nak ambil ayah, Noor nak siap-siap. Noor nak jadi solehah untuk ayah. Noor nak jadi penjamin ayah untuk ke syurga. Noor doa banyak-banyak supaya ayah pun sempat siap-siap sebelum ALLAH ambil. Noor doa umur ayah panjang untuk beribadat lebih lagi pada ALLAH. Dan Noor doa supaya umur ayah panjang supaya ayah sempat tengok Noor berjaya dalam hidup, Noor nak ayah rasa pula Noor tanggung ayah dengan hasil pendapatan Noor.

Ayah jaga diri ya? Ayah jaga kesihatan tau. Noor cuma dapat doakan ayah dari jauh.

p/s: Terima kasih untuk kawan-kawan baik yang doakan ayah. Terima kasih juga untuk kawan yang sudi solat hajat. Terima kasih ALLAH.

Friday, 7 September 2012

Rindu weh.

Assalamualaikum.

Rindu weh. Siapa cakap aku tak rindu? Nampak orang bahagia dengan pasangan masing-masing tipu lah kalau hati aku ni tak tergerak cemburu. Cemburu tengok kemesraan manis-manis manja yang diorang tunjuk. Nak nangis. Harus lah. Cemburu weh. Dalam hati ada api membakar tangkai hati.

Rindu weh. Bila orang lain tiap-tiap malam dapat selamat malam, mimpi manis-manis gitu. Aku pun nak! Dan aku dapat flying kiss dari ibu. Dan kadang dapat selamat malam dari kawan-kawan yang tak sama tempat praktikal. Hah, kau ada?

Rindu weh. Rindu gila-gila bila ada benda jadi aku nak kongsi dengan siapa? Nak nangis rambu-rambu dengan siapa? Kalau dulu aku ada tempat meluah. Dia lah sahabat dialah pita perakam dan dialah tong sampah mendengar segala keluah kesah hidup aku. Dia lah baldi besar yang siap sedia dengar curahan hati aku. Setia. Sangat setia. Sekarang? Apa-apa hal aku ngadu kat DIA terus. Kadang-kadang aku meluah kat ibu, ayah. Kadang-kadang adik jadi mangsa. Haha. Kawan-kawan serumah, sebilik, tak sama tempat praktikal, kadang-kadang telan sendiri benda yang tak perlu cerita.
4 tahun. Takkan tak rasa apa-apa kot? Tipu lah kalau aku cakap perasaan tu hilang macam tu je. Aku bukan iron lady, hati besi. Hati aku lembik je, macam jeli. Senang je melembik, mencair. Jeli cair ek?

Dan bila rindu-rindu macam tu datang, aku cepat-cepat ingatkan diri janji Tuhan tak pernah tak ditepati. Janji ALLAH pasti. Tak dapat bahagia di dunia, di akhirat nanti ALLAH bagi. Setiap kesulitan pasti didatangkan dengan kemudahan, kan? ALLAH tak datangkan hujan tanpa pelangi. ALLAH tak jadikan beluncas tanpa rama-rama. Dan ALLAH takkan jadikan kesusahan tanpa rahmat dan hikmah di sebaliknya. Hikmahnya, aku makin dekat dengan Dia, dengan insan-insan yang lebih perlu perhatian aku.


Dan tiap kali aku rindu, aku akan istighfar banyak-banyak. Ya ALLAH, jahilnya hamba-Mu ini dulu. Jagalah hati hamba dan jangan biar ia terpesong lagi. Sampai hamba mati. Amiin. 

p/s: Doakan aku istiqomah. Aku pun akan selalu doakan korang yang sedang bertatih menuju redha-Nya untuk selalu tsabat di jalan ALLAH. Biar lah sengsara dalam redha-Nya, dari bahagia dalam murka-Nya, kan? :)


Buat masa sekarang, aku lebih mahu, lebih tenang, selesa dan aman sendiri. :)

Thursday, 6 September 2012

“Cintamu bermujahadah menahan nafsu, Cintamu mendaulatkan Allah nombor satu” - Fatimah Syarha


Biar lah aku sendiri dahulu dalam keasyikan mengenal Tuhan ku. Biar lah aku tenggelam dan lalai dalam lautan cinta Tuhan ku yang tiada bertepian. Kerana Tuhan ku itu tidak pernah memungkiri janji-janjiNya untuk ku, dan juga untuk kamu. Cuma sabarlah menunggu. :)

Kunci hati kita bukan milik kita, kan? Ia kepunyaan ALLAH. Jadi, cuma pemilik kunci itulah yang boleh membuka kuncinya. :)

Tuesday, 4 September 2012

Rindu ibu. :(

Assalamualaikum.

Otak dah beku takde rasa nak buat puisi ke hape ke. Tepu.

Semalam aku mesej ibu. Bagitahu yang aku tengah sakit kepala. (hahaha ya ya ya, aku tahu aku mengada. Tapi nak mengada dengan siapa lagi kalau bukan dengan ibu? :P)

Ibu cakap, ibu pun rindu aku. Cuma ibu taknak aku susah hati. Ibu cakap aku kena kuat jangan suka nangis. Lagi, pesan ibu jangan nangis sebab nanti kepala tambah sakit. Ibu cakap, ibu kirim ciuman ke dahi aku. Pastu ibu cakap, hah, dah cium dahi sekarang kena tidur. Uuuuuuuuu.. Ibuuuuuuu.. Lagi nak nangis anak ibu ni baca ayat-ayat ibu dalam mesej.

Pastu aku tekup muka dengan bantal, tahan nangis ikut cakap ibu dan terus melayar alam mimpi sampai ke pagi. :)

Saaaaaaaaaaaaaaayyyyyyaaaaaanggggggg ibu. Ibu jaga diri eh, jangan sakit-sakit nanti anak ibu ni hilang satu anugerah. Hilang doa ibu.

Saat-saat macam ni aku rasa macam tak sabar nak habis praktikal nak jumpa ibu. Nak peluk cium ibu. :P heheeeee~
Ibu. Ibu, engkau lah ratu hati kuuuu~ :O (nyanyi dengan suara sengau :P)

Monday, 3 September 2012

Kata. Ayat. Aku.


Kata.
Kata itu cuma rangkaian aksara,
Digubah menjadi kata,
Penyedap rasa,
Pengubat luka.

Ayat.
Ayat itu cuma rangkaian kata,
Digubah menjadi ayat-ayat indah,
Kadang menghiris rasa,
Kadang menyembuh luka.

Aku.
Aku cuma rangkaian ayat dan kata-kata,
Ku gubah biar indah,
Agar aku dapat merasa,
Agar kau dapat merasa,
Agar dia dapat merasa,
Tentang kata yang tidak mampu kita gubah,
Menjadi satu ayat yang sempurna.


Ini cuma kata-kata yang aku susun menjadi ayat-ayat. Dari hati dan otak seorang aku.
NoorVictory
7:17 am
August 29, 2012
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...