Friday, 28 December 2012

Adik dan cyber cafe.

Assalamualaikum.

Beberapa hari lepas aku mintak adik yang umur 17 tahun buatkan aku meja untuk letak laptop.

Dipendekkan cerita sekarang bilik aku dah ada meja.

Dipendekkan lagi cerita, adik aku yang 8 tahun pulak dah tak reti nak keluar bilik. Rasanya lepas ni kena letak sign depan pintu:

Cybercafé open for business.
RM3 per hour.
p/s: Mintak maaf sebab dah jarang jenguk blog kawan-kawan. Kebelakangan ni asyik demam pastu internet pun macam tak menggalakkan. In shaa Allah kang kalau ada masa, internet laju, akan lawat kawan-kawan blogger. Padahal ada je baca tapi bila nak komen internet connection tak mengizinkan. Cehh.

Friday, 21 December 2012

Adik yang bermulut lima.

Assalamualaikum.

Tiap malam aku dan adik-adik aku yang 17 dan 8 tahun akan jalan keliling kampung dengan Honda Wave ayah. Mungkin boleh dikatakan itu antara bonding-session kami. Kitorang cakap pasal macam-macam dari hal sekolah sampai lah ke hal-hal perasaan.

Nak cerita pasal adik yang 8 tahun. Ibu cakap mulut adik ada 5 sebab adik memang tak berhenti potpetpotpet sepanjang hari. Cuma akan diam kalau ibu cakap “adik, pegi baca sifir malam karang ibu nak soal.” Pastu mula buat muka seposen ambik kertas sifir pegi pondok belakang rumah. Oh belakang rumah kitorang ada pondok. Siap ada TV lagi. Sebab ayah suka duduk situ. Kadang nak tukar angin ibu bawak makan kat luar. Luar rumah, kat pondok ayah.

Berbalik pada keluar malam. Adik yang ada mulut lima takkan berhenti bercerita pasal itu dan ini pasal sekolah, pasal kawan-kawan dia kat sekolah, pasal cikgu-cikgu, pasal jiran-jiran, pasal ibu, pasal ayah. Ada je cerita dia. Dan setiap kali lalu belakang sekolah adik, adik akan cakap

“Akak tahu tak kitorang dah tak pakai tandas lama tu. Sekolah dah buat tandas baru sebab tandas lama tu berhantuuuu.” siap tunjuk tandas lama belakang sekolah.

Okey aku ngaku aku pun dulu memang sangat takut nak ke tandas tu kalau takde kawan. Belakang tandas tu ada kolam tinggal. Seram okay dengan lumut yang timbul-timbul macam ada raksasa tidur je dalam kolam tu. Jadi aku memang setuju sangat kalau sekolah buat tandas baru.

Dan kalau lalu depan pokok durian yang terbakar kena petir adik akan cakap

“Akak tahu tak pokok tu kena sambar petir. Sayang durian yang banyak-banyak atas pokok tu.”


Jadi boleh bayangkan kalau kitorang lalu belakang sekolah dan pokok durian terbakar sepuluh kali, maksudnya sepuluh kali jugak la adik cerita benda yang sama dan aku kena angguk dan iyakan je. Phew.

Semalam kitorang suka-suka cakap guna bahasa Indonesia. Cakap pasal monster kelawar. Aku jadi adik, dan adik jadi abang.

Adik : Adik, jangan dibunuh monster kelawar itu. Kakak kan sudah jadi tidak akan membunuh dia. Kakak sudah dibagi wang.
Aku : Kak, kalau kakak tidak mahu berlawan dengan monster kelawar itu, biar adik saja yang pergi.
Adik : Adik (dan kitorang pun lalu depan pokok durian terbakar) jap eh nak bagitahu. Hah pokok durian tu terbakar sebab kena petir tau. Sayang je durian-durian kat pokok tu.

Adikkkkkkk… =,=
p/s: Adik yang bermulut lima akan diam dan baca al-Fatihah bila kitorang lalu kawasan tanah perkuburan.

Sunday, 16 December 2012

Entri kedua untuk Disember 2012.


Assalamualaikum.

Okay tak lama lagi nak masuk sem baru. Semester terakhir. Selepas 4 tahun, masa yang aku tunggu-tunggu akhirnya tiba jugak! Perasaan?

Okay kalau dulu aku memang happy sangat-sangat nak habis belajar sebab aku nak kahwin! Yeay! ;p HAHA. Okay itu memang sangat lame, tapi hidup mesti ada tujuan kan? Aku jenis manusia yang dah plan apa yang aku nak buat dalam satu diagram pokok. Aku ada pokok impian.

Mula-mula nak masuk UPSI, pastu nak kahwin, nak naik haji dengan ibu dan ayah nak bla bla bla. Okay sekarang aku nak naikkan dahan kahwin ke atas sekali sebab itu belum tentu nak dicapai lagi dalam masa terdekat ni. Buat masa ni aku nak fokus study. Tak kira lah orang cakap otak aku tak penat ke, aku tak bosan belajar ke, ulat buku sangat ke. Tapi itu pun tahun depan kut in shaa Allah aku nak consult dengan penasihat akademik dulu.

Dulu memang doplohpat jam fikir nak kahwin je. Macam tak terfikir masa dengan ibu dengan ayah dah cukup ke, masa dengan Allah lagi lah. Sekarang mata dah terbuka luas-luas. Dan sekarang in shaa Allah aku akan lebih menghargai segalanya yang ada di sekeliling. Keluarga, kawan-kawan, masa terluang, pendek kata, in shaa Allah tak ada yang terlepas pandang lagi.

Tadi buat makan-makan sikit untuk kawan baik. Kawan baik aku kat kampung ni ada dua orang. Kawan dah lama. Start tingkatan 1 dulu. Kiranya sekarang Alhamdulillah dah bersahabat 11 tahun. Semoga persahabatan kekal sampai syurga.
Oh perasaan sekarang macam agak nyesal tak manfaatkan semua masa untuk aktif kat kampus atau kolej. Untuk adik-adik yang nak masuk U ataupun yang masih dalam alam Universiti, tolonglah manfaatkan semester-semester anda untuk bergiat aktif. Okay? J

Mulai sekarang aku post random-random je eh? :)

Friday, 14 December 2012

Entri pertama untuk Disember 2012.

Assalamualaikum.

Beberapa hari ni aku asyik nampak signs yang mengukuhkan lagi pendapat aku yang semua ini ada kurnia dalam samaran.

Tak pernah aku rasa sebaik ini.

Eh kau, jaga diri tau. Sayang kau walaupun kau dah tak sayang aku. ;p


Semoga 2013 lebih baik dari tahun ini? *ini tidak bernada sarcasm

Memang sangat banyak benda baik jadi lepas putus cinta. :D
Padahal saje taknak biar blog bersawang. Maaf kebelakangan ni sibuk manjang tidur pun tak teratur. Kadang tertidur pukul 8 malam dan bangun semula dalam pukul 11 dan susah nak tidur semula. Huh.

Terima kasih Allah untuk segalanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...