Tuesday, 22 January 2013

Ayah. Hospital. Haji. Bid'ah.


Assalamualaikum.

Okey, baru ni aku join satu pertandingan. Dan sepatutnya entri terbaru haruslah berkisarkan perjalanan selama 4 hari dari 18 Januari hingga 21 Januari tu kan. Tapi aku tak jadi tulis sebab aku nak kongsi sesuatu yang pada pandangan aku lebih baik dikongsi. Takut karang aku lupa sebab mungkin ini sangat penting.

Ingat tak ayah dikejarkan ke hospital berhari-hari sebab serangan jantung? Tadi tengah makan (drama melayu kan biasa lah bincang di meja makan) ayah pun buka cerita tentang pesakit yang ditempatkan di sebelah ayah. Ayah cakap ayah bersyukur sebab diberi peluang untuk hidup dan beramal lagi pada Allah. Tapi lelaki yang digelar Haji yang terlantar kat sebelah ayah dah nazak sungguh.

Ayah sungguh-sungguh tak selesa dengan bunyi bising sebelah katil ayah. Haji tu kena ikat tangan dan kaki. Padahal kaki dan tangan tu la yang digunakan kalau nak bagi isyarat panas ke, tak selesa ke. Orang-orang yang datang melawat Haji tu siang malam baca ayat macam-macam. Diorang baca ayat-ayat dalam al-Quran tapi dicampurkan dari satu surah ke satu surah. Lepas satu ayat surah lain, lepas tu ayat dari surah lain, bacaan dia pun tak betul. Ayah taktahu itu kepercayaan apa (kalau ada pembaca yang tahu dan boleh terangkan, dialu-alukan untuk berkongsi). Lepas tu ada yang meraung-raung padahal Haji tu belum nak mati lagi.

Haji tu asyik mengerang je. Ada dua tiga orang yang lain siap jilat badan Haji tu. Dari dada ke perut. Last-last ayah tak tahan, ayah bangun dan cakap ‘beliau ni belum nak mati lagi, ajarkan lah mengucap ingat Allah, tangan dan kaki ni kenapa diikat. Manatahu Haji ni kepanasan ke, tak selesa ke (sambil ayah buka ikatan tangan dan kaki Haji tu).’ Lepas tu ayah lapkan badan Haji tu dengan kain lap basah depan dan belakang. Ayah titikkan air dalam mulut Haji tu. Lepas tu, untuk satu malam takde bunyi bising Haji tu mengerang. Esoknya ayah dah boleh keluar wad, jadi cerita tentang Haji terhenti sampai situ je. Wallahu ‘alam Haji tu masih hidup ataupun dah meninggal dunia.

Ayah cakap ayah takut macamana kalau ayah meninggal nanti. Keadaan ayah macamana pula. Aku pun ikut sama terfikir. Ibu kata, dulu masa jiran kitorang nazak, almarhumah mintak ais krim. Sebab nak sejukkan tekak. Badan asyik rasa panas je. Kata ayah lagi, yang datang jenguk Haji tu bukan calang-calang orang. Tudung besar-besar layaknya hajah-hajah.

Dengar cerita ayah buat aku rasa seram sejuk satu badan. Haji tu mungkin amalnya banyak dan sempurna (wallahu ‘alam) tapi yang datang pulak bawak bida’ah masing-masing. Aku jadi makin seram. Kalau masa kita yang tiba nanti? Semoga bila saat yang dijanjikan untuk kita tiba nanti, kita dah bersedia dan semoga yang akan menziarahi kita juga bersedia dengan ilmu di dada. Amiin.

Saturday, 12 January 2013

Buku.#6#


Assalamualaikum.

Dua tiga hari ini asyik berkepit dengan buku sampaikan Ira cakap “akak ni dah habis sekolah pun asyik berkepit dengan buku.” Manakan tidak, ke hulu ke hilir dengan buku di tangan. Entah kenapa hati ini mudah dicuri lewat bait-bait tulisan. Kalau suka, saya cedok dan buat status Facebook. Kalau lagi suka, saya taip dalam SMS dan hantar kepada kawan-kawan terdekat. Benda baik kalau tidak dikongsikan terasa amat rugi!

Mungkin dua buku yang saya baca ini telah anda baca. Menuai Hidayah Iman oleh Wawan Susetya dan Travelog Dakwah Meniti Hari Esok oleh Muhd Kamil Ibrahim. Kalau belum, saya syorkan anda baca. Tidak rugi dibeli. Melabur untuk pembelian buku itu justeru adalah saham yang paling menguntungkan. Ilmu itu perlu dicari, disimpan dan dikongsi baru ada umph! Tentu lah ilmu yang paling berguna itu ilmu yang menguntungkan kita dunia dan akhirat. Tanpa ilmu, kita tidak akan ke mana-mana. Mungkin akan terus di takuk lama, melihat dunia cuma dari mata seekor haiwan amfibia berlendir dari bawah tempurung kelapanya.


Membaca buku itu seperti meneroka ke alam yang lain. Buku itu ibarat taman-taman indah yang penuh dengan pohon dan buah-buah. Yang cuma ada kita sendiri. Kita bebas memetik buah-buah ranum dari pohon mana pun kita suka. Kita bebas menterjemah makna indah menurut fikrah kita. Tanpa sedar, kita mungkin akan terlena dek lembutnya bayu yang membelai pipi. Ahh. Nikmatnya membaca buku. Perasaan jatuh hati pada buku adalah perasaan yang tiada tara. Nikmatnya ingin dikongsi kerana sedar, ilmu itu hak milik awam. Sebelum sampai ke muka surat terakhir hati meronta-ronta ingin tahu puncak cerita atau konklusi bicara. Tetapi bila jari mulai merasa helaian kertas yang semakin tipis hati meronta-ronta pula mahu jangan segera sampai ke titik akhir cerita. Belum puas bercumbu bersama! Nikmatnya pembacaan hanya akan dimengerti insan yang mencintai buku dan tulisan. Tidak akan ada bosan mengulang muka demi muka buku yang telah mencuri hati dan pandang. Sehinggalah ada buku lain yang mulai mencuri hatimu. Buku yang lama tetap kau simpan di dalam rak. Tidak dibiarkan berhabuk, malah dibalut sebaiknya untuk tatapan orang lain pula.

Serasa ilmu yang tidak dikongsi itu tidak bermakna. Ah, cinta pada buku!


Semester hadapan lepas dapat baucer buku in shaa Allah akan cari Ketika Tuhan Jatuh Cinta oleh Wahyu Sujani. Kalau ada buku bagus saya alu-alukan anda memberi saranan pada saya. Buku yang bagus wajar dikongsikan bukan? Salam Ukhwah di atas jalan Allah.

Wednesday, 2 January 2013

Cerita suatu malam bersama adik-adik.

Assalamualaikum.

Okay kan dah cakap yang aku dan adik-adik suka naikmotor malam-malam keliling kampung. Satu malam, kitorang keluar berempat. Adik aku yang nombor dua balik dari UiTM jadinya kitorang keluar la konon-konon nak bonding session.

Kitorang suka jalan-jalan kat laluan ke jeti. Tak banyak sangat motor. Aku dengan adik yang nombor 3. Ah, susah sangat lah nak pakai nombor bagai ni.

Aku anak sulung, lepas tu Zal 22 tahun, lepas tu Is 18 tahun dan yang paling bongsu, Ira 9 tahun. (ikut umur tahun 2013)

Okay. Aku naik dengan Is, Ira pulak ikut Zal. Tiba-tiba pertengahan jalan aku nampak Zal berhenti. Aku dengan Is ingat diorang dah nak balik tak sound-sound. Pastu tetiba diorang datang balik, aku nampak Ira duduk depan.

Wohoo! Aku tanya la, kenapa? Pastu Zal cakap “Ira takut duk belakang.”

Ngaa =.=
p/s: Oh ha nak cakap. Ira yang umur 9 tahun dah pandai bawak motor. Aku bukan taknak belajar, tapi aku ada darah gemuruh! Okbai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...