Thursday, 21 February 2013

Sem baru, buku baru. SIBUK!

Bismillah.

Assalamualaikum.

Semester ni walaupun kelas cuma dua hari tapi sangat memenatkan. Mana nak layan kerenah manusia yang berbagai ragam, mana nak buat thesis, action research,  mana nak adapat dengan suasana baru, kampus baru. Ahhh penat.

Macam-macam masalah datang sekaligus. Tapi rilek dulu. Suruh hati cakap "sabar okay masalah-masalah sekalian, anda semua akan dapat tempat."

Buku baru. Tak sabar ah nak tunggu baucer buku yang dapat minggu depan. =.=

Saturday, 16 February 2013

Kejap lagi nak mula sem baru.

Assalamualaikum.

Aku dah ada kat tempat orang. Nak memperjuangkan lagi satu semester. Lagi 4 bulan. Kali ni tak lama sangat macam semester-semester sebelum ni sampai setahun aku tak balik. Bukan namanya perjuangan kalau takde pengorbanan kan?

Kali ni entah kenapa pelik sangat rasanya nak mengharungi semester akhir padahal awal-awal dulu bukan main aku nak cepat habis 4 tahun ni. Ceh. Sekarang dah berat hati pulak. Dan kali ni, hati kemain berat nak balik belajar. Siap homesick dua tiga hari sebelum terbang. Kalau aku homesick mulalah keluar sakit macam-macam.

Kejap lagi dalam dua hari lagi sem baru buka lah. Macam-macam hal nak fikir sem baru ni. Thesis, pembentangan itu ini, macamana nak pack semua barang dalam kotak pastu pos via laut, ah macam-macam lah. Tapi malas lah nak fikir semua sekaligus. Kena fikir satu demi satu. Jangan kalut jangan serabut. Semua benda ada jalan.

Sebelum terbang aku dapat satu SMS dari adik aku Is.
“Kak, kat sana cari calon tau!”

Arghh kau aku sepak jugak karang. Kau ingat senang ke? Ah nak belajar bagi habis dulu. Lain hal belakang cerita.

Semoga urusan kita semua dipermudahkan Allah. Tajdid niat, belajar kerana Allah. Segalanya, kerana Allah.

p/s: Nurash, blog awak ada malware. Takdapat nak masuk. T.T

Tuesday, 5 February 2013

Buku.#7#

Bismillah.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari tu beria taknak online sebab nak habiskan dua buku yang dibeli kat Karnival MTQ kat Kem Rakan Muda Bera. Sebab terasa diri dah buang banyak masa asyik duduk atas talian.

Jadinya, inilah hasil pembacaan cuti dari atas talian selama 6 hari. Untuk rekod, ini buat pertama kalinya aku cuma ambil masa 3 hari untuk habiskan satu novel. Ulang taip, 3 hari. Bukan 1 minggu, 1 bulan atau beberapa bulan, seperti sebelum-sebelum ini. So, check this out. Review dari budak yang baru nak belajar buat review. Harus ingat, ini pandangan aku, bukan pandangan umum.
Buku 1 : Rembulan Tenggelam di Wajahmu oleh Tere Liye.

Mula-mula baca, agak bosan. Cerita penuh dengan teka-teki, lambat. Sampai aku ambil keputusan habiskan buku 2 dulu. Tapi, semakin perasaan bosan mulai datang, aku ditarik balik dengan 5 persoalan Rehan, watak utama yang akhirnya menemukan jawapan-jawapan yang sangat jauh dari jangkauan akal jahil dan terhad manusia. Perjalanan cerita penuh dengan teka-teki, cerita dalam cerita yang penuh dengan kasih sayang, pemberontakan, kemaafan, taubat, tentang sebuah hati yang sarat dengan luka yang tidak menjumpai penawarnya selama 60 tahun. Tanpa sedar, air mata ikut mengalir bila Rehan mengutuk-ngutuk langit atas semua bencana yang menimpanya.

Buku 2 : Rona-rona Cinta Damascus oleh Sheila Warni.

Penceritaan agak cepat sampai kadang-kadang aku tertanya-tanya dah berapa bulan, berapa hari atau berapa tahun dah berlalu. Terlalu banyak watak yang membuat aku keliru. Tapi, cerita ini sarat dengan pengajaran, pengetahuan am, sejarah-sejarah Syria yang membuat kita turut jatuh cinta pada bumi Anbia’ ini. *cemburu dengan Manal Husna, watak utama yang sangat solehah. T.T

Okey, itu aje setakat ni. Ada buku aku review lagi sesuka hati. Selamat berhari selasa! ;D

p/s: Mintak maaf tulisan kecik. Entah kenapa! :(


Sunday, 3 February 2013

Tentang Drama SAHARA.

Assalamualaikum.

Ini pendapat sederhana dari saya. Mohon diberi teguran dan kritikan membina kalau ada tersilap di sana sini.

Sekarang Drama Sahara sedang rancak dipertikaikan. Sebagai manusia yang mempunyai perasaan ingin tahu, saya cuba melihat sendiri bagaiman pincangnya drama yang diperkatakan itu. Cukup cuma dengan trailer dan review yang diberikan dari episod ke episod sudah cukup membuatkan saya berasa mual dengan rentetan cerita yang bakal mengubah perspektif ramai orang tentang kecantikan.

Ya, saya mahu bercakap soal kecantikan. Sekarang pandangan manusia telah diubah ke darjah yang entah berapa. Kalau dulu, mungkin wanita merasa selamat bertudung labuh dan berpurdah. Tapi sekarang, rasa takut dan tidak selamat mula bermain di benak masing-masing. Kerana dengar-dengar ‘perempuan bertudung labuh ni stok-stok nak buat bini’. Ahhh terluka sungguh hati mendengar gurauan-gurauan sebegini.

Niat yang sepatutnya kerana Allah melencong kerana ingin disunting lelaki baik-baik. Allah. Jujur, saya sedih dengan eksploitasi media. Kalau dulu, rata-rata kita mahu kurus, kulit licin bak sutera, rambut halus dan bersinar. Itu adalah konotasi cantik di mata media. Sekarang? Kenapa cara Islam itu harus mengikut trend? Islam itu untuk sepanjang zaman. Jangan kerana media, kita menggadai akidah kita. Jangan memesongkan niat kita yang sebetul-betulnya. Bukan bertudung labuh atau berpurdah kerana ingin ramai peminat, tapi kerana Allah. Pandangan Allah itulah yang lebih penting. Bukan pandangan ajnabi.

Media, tolong hentikan. Hentikan penjajahan atas minda manusia. Hentikan pengeksploitasian yang merubah darjah pemikiran manusia. Dan kita, sebagai umat Muhammad pembeza haq dan batil, jangan lah dipesongkan akidah kerana sesuatu yang kita gelar sebagai kecantikan. Janganlah, janganlah terlalu taksub dengan omongan media.

Pendapat, dari saya yang khilaf.

Sedang dalam proses menjadi manusia baru. Versi baru diri sendiri

Assalamualaikum.

Cuti semester yang bersisa.

Semakin hari, cuti semester semakin bersisa cuma beberapa hari. Sudah boleh dibilang dengan jari-jari. Perasaan? Sebak, sedih, gembira dan teruja.

Sebak dan sedih kerana akan meninggalkan kawan-kawan. Sahabat susah dan senang sepanjang perjalanan menempuh detik-detik menuntut ilmu, sahabat ketawa, sahabat menangis, paling penting sahabat yang sentiasa ada di sisi ketika diri sangat memerlukan.

Gembira kerana bakal menamatkan empat tahun yang ditunggu-tunggu, dengan izin Yang Maha Kuasa bakal menggenggam segulung ijazah yang akan membuat ibu dan ayah tersenyum puas, bangga. Teruja, kerana bakal menuju ke fasa baru dalam proses kedewasaan.

Untuk menjadi dewasa, kita kena menjadi remaja dan kanak-kanak. Untuk menjadi matang, kita kena lalui zaman kebodohan membuat kesimpulan tentang hidup dan keputusan-keputusan yang telah membuah penyesalan. Semua perasaan, telah berbaur menjadi sebuah perasaan yang cuma dapat diertikan oleh rasa sendiri. Empat tahun yang telah digunakan secara terhormat.

Tujuan hidup.

Semakin hari, usia semakin menginjak tua. Semakin hari, ada saja topik yang diutarakan teman-teman tentang masa tua. Tentang dengan siapa, kerja apa.. Semua soalan ini seperti soalan lazim ketika umur bertambah lagi satu angka.

Aku cuma boleh tersenyum dan pura-pura ikut teruja. Padahal aku sebenarnya sedang merangka angan lain. Yang mungkin berbeza dengan angan-angan mereka. Manusia, tidak semestinya apa yang kau impikan berlainan amat dengan sekelilingmu membuat kau memandang enteng impian orang lain. Kita hidup dengan tujuan. Dengan tujuan itu kita tidak akan merasa kosong, tidak merasa hidup seperti tiada penghujungnya.

Tujuan, apabila tiba pada tujuan hidup. seorang akan lebih dari berpuas hati. Ada yang habis belajar akan mengorak langkah ke gerbang perkahwinan, pertunangan, pekerjaan. Dan mungkin ada juga yang akan sama seperti ku, terus meneguk ilmu di bumi Allah secara formal. Aku mahu belajar tinggi, aku mahu hidup senang dan menyenangkan hidup orang lain.

Dan…

Apalah nikmatnya hidup tanpa rasa bertuhan? Menggantungkan segalanya pada Tuhan justeru adalah kunci segala kepuasan dalam hidup. Kunci hati bahagia. Kunci hati yang sentiasa merasa cukup, yang sentiasa menagih redha Allah dan dia redha pada setiap ujian yang menimpanya. Semester akhir, datang lah. Aku sedang bersedia mendepakan tangan menyambut hadirmu. Datanglah masa tua, masa dewasa, datang lah. Aku sedia. Tanpa peduli apapun yang menanti. Kerana aku tahu, janji Tuhan tidak pernah termungkiri. Takdir Allah tetap indah. Cuma akal yang jahil ini tidak dapat menjangkau keindahannya. Apapun takdir Allah, pasti ada sebab dan musababnya.

-Boleh rujuk kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir, setiap sesuatu yang diizinkan Allah terjadi, pasti ada sebabnya yang tidak terjangkaukan dek akal manusia yang bersifat terhad-
# Salam sayang, salam ukhwah fillah. Mohon doakan Allah permudahkan urusan saya dan kawan-kawan menempuh semester terakhir yang menjanjikan kesibukan dua kali ganda. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...