Tuesday, 26 March 2013

Skemata yang berbeza-beza.



Bismillah.

Assalamualaikum.

Okay. Petang tadi aku chat dengan sorang kawan yang berpangkat adik. Dia dah nak kahwin. Sekarang kan fesyen kahwin muda. Alhamdulillah.

“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian (bujang) di antara kamu”.
Surah An-Nur: 32



Tengah-tengah chat tu dia cakap pasal kahwin muda banyak faedah, ikut sunnah nabi, elak fitnah. Hmm jujur aku cakap, dia sedang cakap dari perspektif mata dia yang tengah mood nak kahwin, dan aku pulak masih dalam mood takutnya nak bercinta, nak tangguh dulu bab hati. Jadi apa yang aku cakap dengan apa yang dia cakap, serius tak seiring.

Dia mesti lah promote kahwin muda kan. Aku cakap dah ready ke belum tanggungjawab berat nak pikul lepas ni dia cakap pasal bab masak, pasal hubungan keluarga. Taktahu la, bagi aku serius tak seiring.

Bila kitorang cakap pasal perubahan, aku cakap lah doakan aku. Pastu dia balas, “takpe ada je tu cuma tak jumpa lagi, banyakkan berdoa, solat jangan tinggal.” Erk? Apehal? Ini mesti mood nak kahwin banyak sangat kot. Aku cakap lah, takpe kot aku nak belajar dulu. Dia balas, boleh je sambung belajar dengan suami. Ngaaa memang semua dikaitkan dengan kahwin.

Pembetulan, aku bukan taknak kahwin weh. Tolak sunnah nabi namanya tu. Gerun.

“Nikah adalah sunnahku (jalan agamaku), maka barangsiapa yang cintakan agamaku hendaklah dia menjalankan sunahku itu”.
Riwayat Abu Ya’la dari Ibnu Abbas



Aku tengah mempersiapkan diri jugak kot-kot Tuhan dah tetapkan jodoh untuk aku atas dunia ni.

“Dan Yang menciptakan semua yang berpasang-pasangan dan menjadikan untukmu kapal dan binatang ternak yang kamu tunggangi”.
Surah Az-Zukhruf : 12



Manatahu kan, janji Kekasih (mati) sampai dulu sebelum jodoh. Hahhh dah bersedia belum aku ni? Lagipun aku dah serik weh putus cinta tengah belajar. Nanar! Parahhhh. Jadi, lebih baik aku lenturkan dulu keinginan jiwa remaja aku yang meluap-luap ni.
“Dan orang-orang yang tidak mampu kahwin hendaklah menjaga kesucian (diri)nya, sehingga Allah memampukan mereka dengan kurnia-Nya”.
Surah An-Nur : 33


Aku rasa semua orang kena consider perasaan orang lain. Tak semestinya kau tak happy, semua orang kena tak happy sama. Dan tak semestinya kau tengah bahagia, kau kena war-warkan dengan semua orang. Tak semua kisah kita sama.

Sejujurnya, kita bukan gagal memahami bahasa masing-masing. Kita cuma sedang berbeza situasi. Mungkin, masing-masing sedang tenggelam dalam dunia sendiri.

Dear sis, aku seriously happy untuk kau. Jangan risau, in shaa Allah matlamat kita tetap sama. Cuma haluan yang ditetapkan untuk kita berbeza.



Rasulullah S.A.W bersabda :
“Wahai kaum pemuda! Barang siapa di antara kamu sekelian yang sudah mampu memberi nafkah, maka hendaklah ia menikah, kerana sesungguhnya menikah itu lebih dapat menahan pandangan mata dan melindungi kemaluan (alat kelamin). Dan barang siapa yang belum mampu, maka hendaklah ia berpuasa, karena puasa itu dapat menjadi penawar bagi nafsu”.
Hadis Riwayat Muslim



“Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya”.
Riwayat Bukhari

In shaa Allah. Doakan yang terbaik. Untuk semuanya.

Saturday, 23 March 2013

Demam.

Bismillah. Assalamualaikum.

Hari ni macam takde apa sangat nak cakap. Tadi pegi library. Tahu la, bila nak mencapai keseimbangan bioterma antara cuaca kat luar dengan kesejukan dalam library akan menghasilkan seorang manusia yang demam. Yakni aku =.=

Demam-demam gini mula lah rasa tak best. Bosan. Kawan aku suruh pegi rumah dia. Tapi aku ada artikel nak translate. Tolong orang. In shaa Allah kalau kita mudahkan urusan orang, Allah akan permudahkan pula urusan kita, kan? Bila rasa macam tak best nak tolong orang, aku pegang ayat ni je la. In shaa Allah!

Aku tak pegi pun rumah kawan aku tu. Sebab kalau kat sana confirm kerja tak siap. Sebab asyik nak cubit anak dia je. Kawan aku tu bersalin tahun lepas. Awal tahun bulan 12. Oleh sebab takde apa sangat nak cerita (walaupun sebenarnya dah berjela aku tulis), aku nak kongsi gambar anak kawan aku ni.

Puteri solehah kebanggaan umi dan abinya, in shaa Allah. Dhia Syahindah.





Okay, Nampak tak betapa bosan dan demamnya aku?

Hati mu Milik Siapa?


Bismillah.

Assalamualaikum.

Dua malam lepas, aku dengan kawan-kawan baik berpeluang mendengar forum Hatimu Milik Siapa berpanelkan Ustazah Fatimah Syrhah dan suami. Alhamdulillah, best.
Sedikit perkongsian daripada apa yang aku dapat (yang aku tulis dalam kertas A4 sebab lupa nak bawak buku catitan). Semoga bermanfaat.

1. Cinta umpama cangkul. Kalau digunakan untuk menanam bunga, bermanfaat. Kalau digunakan untuk pecah rumah, mudarat. Cangkul tidak akan masuk neraka atau syurga, tapi pembawanya yang akan tanggung akibat.

2. Cintailah yang lebih banyak berbakti kepada diri kita. Seharusnya cinta Allah cinta utama. Allah Maha Baik.

3. Kalau betul cinta, mesti selalu keep in touch. Dengan Allah.

4. Kalau rasa cinta manusia lebih dari cintakan Allah. Bandingkan keistimewaan dia dengan Allah. Kalau bulu mata dia cantik, Allah lah yang mencipta bulu mata dia tu. Hah, siapa lagi special? Allah jaaaaaaaaauuuhhhh lebih special. :)

5. Jangan buat Allah cemburu. Urus kasih sayang dengan redha Allah.

6. Kalau kita sayang sahabat kita kerana Allah, kena bantu sahabat kita jadi baik menuju syurga Allah dengan kita sendiri pun memperbaiki diri.

Dan, sedikit peringatan untuk kita semua (untuk aku terutamanya).

 Oyasumi. Selamat malam.

Wednesday, 20 March 2013

Solehah itu penting.


Copypaste from sederhanaindah.tumblr.com.


Solehah itu penting.


kita selalu dengar, “dunia ini penuh perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.”

dulu, bila saya dengar ayat (hadis) ni, saya macam, tak berapa ambil pusing. sebab, saya kurang faham dan saya rasa, iyalah, belum ada rasa dan hati nak ke arah meminati wanita. saya berkawan dengan wanita, tapi untuk jatuh suka, belum lagi, kut? (hahaha). saya mentafsirkan bahawa perempuan solehah itu baik. tapi belum sampai tahap kepentingan.

sehinggalah suatu hari. bila saya tumpang kereta seseorang. ahli keluarga saya. yang dah berkahwin. saya duduk di kerusi belakang. menumpang untuk balik ke kampus. saya tak la nak tumpang sangat, tapi mereka beria pelawa. jadi saya pun tumpang la.

(i)

ketika itu pagi. kami belum bersarapan. jadi si suami memandu menuju ke sebuah restoran yang terkenal dengan keenakan roti canainya. saya pun mengikut sajalah. ketika melangkah ke kedai dan duduk, datang pelayan bagitahu yang roti canai dah habis. si suami merungut. katanya “alah, kenapa habis pulak. time orang nak makan, time tu la nak habis!” dan si isteri pula menambah “entahnya. orang hujung minggu ni la buat banyak sikit. dah tahu orang ramai.”

saya terpempan. terkejut. tersentak. saya teringat ustaz berkata dalam sebuah ceramah ; “rezeki itu adalah sesuatu yang melepasi kerongkong kamu. jika sesuatu itu berada dalam tangan, belum dikira rezeki lagi.” si suami marah kerana tak dapat makan roti canai. kenapa nak marah? bukankah itu tandanya tiada rezeki? kenapa tidak sabar dan redha? kenapa perlu merungut? dan saya tambah kesal dengan kata-kata si isteri. (maaf cakap) si isteri itu bertudung labuh. namun hatinya tak selabuh tudungnya. seharusnya seorang isteri itu perlu menyabarkan suami. bukan menambah kemarahannya.

(ii)

kami pun masuk ke dalam kereta. si suami masih lagi merungut. dan si isteri masih lagi dengan kata-kata menyakitkan hati. kata-kata yang tidak menyabarkan. kemudian berlaku sesuatu. ada sebuah motor memecut laju. si suami marah sebab hampir melanggar motor itu. si suami dalam kereta memaki “hei celaka betul budak ni! yang bawak laju-laju tu kenapa. nasib baik tak mampus aku langgar!” si isteri pula menambah “entah budak tu. dah la orang tak dapat sarapan lagi ni. buat pasal pula.”

saya menggeleng. kesal. kesal sangat. sebagai seorang isteri, seharusnya dia menyejukkan hati seorang suami. bukan menambah panas.

(iii)

si suami masih lagi merungut. si isteri tiba-tiba berkata “tu la abang, tadi orang dah cakap, keluar awal sikit. ini tidak. keluar lambat. kan dah tak dapat sarapan. hah, padanlah muka.”

saya kali ini mengetap bibir. rasa ingin meletus. tapi saya tak terdaya. saya tak kuat. saya tak sanggup. kenapa si isteri berkata begitu? kenapa perlu menambah marah? menambah kesakitan hati?

(iv)

setelah sampai ke kampus, saya termenung sendiri. teringat kisah yang diceritakan oleh ustaz dalam kuliah. tentang seorang isteri. suaminya pergi berniaga jauh. dalam tempoh itu, anak mereka meninggal dunia. apabila si suami balik, si isteri berdandan dengan cantik sekali. si isteri juga masak masakan yang sedap. si suami sampai saja ke rumah, terus dilayan oleh oleh isteri. sesudah itu, isterinya bertanya sesuatu.

“abang, kalau orang bagi pinjam barang, lepas tu orang tu ambil balik, abang marah tak?”

si suami menjawab “eh mestilah tak. kenapa?”

“abang sabar ye. sebenarnya, anak kita dah meninggal…”

“apa? kenapa kamu tak bagitahu aku awal-awal???”

si suami pun pergi berjumpa Nabi dan menceritakan semuanya. lalu Nabi berkata “isteri kamu itulah isteri yang solehah. dia menenangkan kamu, menyabarkan kamu, tidak membuat kamu berduka dan meredhakan kamu.”
dan saya terfikir dengan situasi tadi. solehahkah seorang isteri yang menambah kemarahan suami? solehahkah isteri yang menyalahkan suami? solehahkah isteri yang menyakitkan hati suami?

isteri solehah itu jika berlaku sesuatu yang luar dugaan akan berkata “sabarlah abang, ini semua ujian daripada Allah.”

isteri solehah itu jika suaminya susah, dia akan turut membantu.

isteri solehah itu, bersyukur dengan segala kekurangan dan berkata “tak apalah abang, ini semua kurniaan Allah. syukurlah saya ada abang. harta boleh cari, dan harta bukan boleh dibawa mati.”

isteri solehah itu, dengan sedaya upaya akan mengingatkan suami tentang kebesaran Allah “abang, mari kita sembahyang ya? kita berdoa supaya Allah ringankan beban kita.”

semua hiasan dunia ini, kalau gagal dimiliki pun tak apa asalkan kita memiliki wanita solehah.

apa guna banyak harta kalau isteri cuma mahu mendesak-desak untuk memiliki lebih harta lagi? apa guna isteri cantik kalau isteri itu akan merendahkan wajah orang lain? apa guna isteri pandai dan bijak kalau suatu masa nanti dia akan merendahkan kamu?

dunia ini akan indah, kalau kita memiliki wanita solehah.

kerana itu Nabi berkata ; dunia ini penuh dengan kesukaan. dan sebaik-baik kesukaan adalah wanita solehah.

kini saya lebih mengerti dan faham ayat ni. memang penting mencari yang soleh dan solehah. ia bukan untuk menikmati dunia, tetapi untuk kita menikmati akhirat.

saya mengeluh. ya Allah, kurniakanlah kami jodoh dari kalangan mereka yang solehah, yang beriman dan bertaqwa pada-Mu ya Allah, yang sentiasa mengingatkan kami kepada-Mu, yang menjadi penyejuk hati kami.

amin.


Tuesday, 19 March 2013

Entri hanya gambar.#19#


Bismillah.

Biar gambar berbicara, in shaa Allah setiap satu ada ibrahnya.






Ini untuk Allah.


Bismillah.

Rasa susah nak buat baik? Susah nak mengenakan tudung labuh dengan sempurna? Susah nak pakai niqob dengan istiqomah? Takut dengan usikan kawan-kawan, ahli keluarga, orang sekeliling?

Duhai muslimat sayang,

Allah tidak pernah menjanjikan hidup ini akan mudah. Tapi Allah menjanjikan di setiap kesusahan ada kemudahan. Firman Allah di dalam surah al-Insyirah ayat 5, “kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”, setelah itu Allah menegaskan sekali lagi pada ayat seterusnya yakni ayat ke 6 surah yang sama sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”.

Allah tidak pernah memungkiri janji-janjiNya bukan? Jadi, hendak khuatirkan apa?

Kerana jalan ini tidak mudah, maka ia tidak akan sunyi dari rintihan dan air mata. Sesekali rasa ingin rebah, renung kalam Allah. Tadabburlah pujukan-pujukan indah titipanNya.


Di dalam surah Muhammad ayat 7 Allah berfirman, “Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.”

Sudah, sapu air mata mu. Jika kau lelah dengan kata-kata manusia, ucap lah lillah. Ini untuk Allah!

Duhai akhowat yang dicintai kerana Allah,pilihan tetap saja di tangan kita. Tentang bagaimana orang lain menilainya terpulang mereka. Yang pasti, Allah tidak pernah silap menilai isi hati hamba-Nya.

Bahagia yang kita cari bukan terhenti setakat dunia yang fana. Bahagia yang kita cari abadi, di syurgaNya sana.

When you want to do something lillahi ta’ala, ignore what others might say. Because in the end, it’s between you and Allah.
Speak good, or speak nothing. If you can’t make things better, don’t make it worse.” – Aiman Azlan

Monday, 18 March 2013

Sangat susah untuk ikhlas.



Bismillah. Assalamualaikum.

Mungkin, yang paling susah adalah mengikhlaskan segalanya.

Baru-baru ni adalah beberapa page kat FB, blog-blog copy paste pastu tak bagitau source quote dari mana (wah ini bajet blogger fofular nih!). Hati rasa tak tenteram. Arghh sangat susahnya nak ikhlas! Sangat susah nak cakap pada diri “aku buat ini kerana Allah, ilham ini datang dari-Mu, hamba hanya penyampai ilham kepada segelintir manusia, untuk membuka mata, membuka hati, hakikatnya semua datang dari-Mu Ya Rabb.”

Mungkin ada jugak kawan-kawan blogger yang rasa macam ni. Yang alah bisa tegal biasa yang dah ikhlas kerana Allah, syabas sungguh-sungguh aku ucapkan. Aku nak capai taraf macam tu. Aku nak ikhlas! Allahhhh sangat susahnya nak ikhlas. Sangat susah!

Bila sapu rumah kalau mak tak perasan rasa nak nangis taknak sapu rumah lagi. Kalau buat sarapan sedap ayah tak puji rasa tak dihargai. Kalau beli alas kaki untuk bilik, roommate tak ucap terima kasih pun rasa gelisah macam nak hantar balik je alas kaki tu ke kedai. Apalagi kalau buat baik kat kawan-kawan diorang buat dek je, rasa nak sepak muka sorang-sorang laju-laju. Kenapa susah sangat nak ikhlas?

Kenapa nak jugak kredit dari manusia padahal kita dah tahu Allah janjikan balasan atas amal kita walau sekecil zarah? Kenapa nak kotorkan amal yang mulanya kerana Allah dengan rasa nak dihargai?

Kan Allah ada sebut dalam al-Quran surah al-Zalzalah ayat 7 “Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya.” 

Amal kecil-kecil pun Allah tengok, takyah nak minta pandangan dari manusia. Manusia cuma dapat bagi rasa kembang hidung untuk berapa minit je. Syurga abadi tu Allah yang bagi. Buat apa nak diharapkan kredit dari manusia?

Pastu dalam surah lepas surah al-Zalzalah, surah al-Aadiyat pulak Allah cela orang yang sangat cintakan dunia. Alllah s.w.t ancam manusia yang ingkar dan yang sangat mencintai harta benda yang diorang akan dapat balasan yang setimpal waktu dibangkitkan dari kubur. Hasil-hasil tulisan yang nak kredit manusia, kerja-kerja yang nak puji-pujian, pemberian yang nak balasan dan ganjaran dari manusia, itu semua  dunia, kan? :(

Allahhhhhh.. Sangat susahnya untuk ikhlas. *nangis

Harapnya, firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 262 boleh membantu kita (aku terutamanya) untuk ikhlas seikhlasnya dalam segala hal dan perbuatan.

“Orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut-nyebut pemberiannya dan dengan tidak menyakiti (perasaan si penerima), mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.”

Allah, bantu hamba untuk ikhlas.

Selama ianya bermanfaat untuk saham akhirat, in shaa Allah aku akan berusaha untuk ikhlas. Sangat susah, tapi aku akan usaha jugak! Mohon doa dari semua.

Monday, 4 March 2013

Tersepit di antara keperluan dan kemahuan.


Bismillah.

Assalamualaikum.

Baru-baru ini aku dihadapkan dengan satu ujian antara dua insan. Oh ini bukan adegan drama kumbang dan bunga ya. Ini drama cinta sejantina. Ukhwah fillah, in shaa Allah.

Mungkin tidak perlulah diterangkan panjang lebar tentang jalan cerita yang telah membuat aku dilemma. Cuma yang aku tahu, adalah amat sukar untuk membuat keputusan memilih di antara kemahuan dan keperluan. Susahnya nak menerangkan kalau tak pakai tamsilan. Baik, ini ceritanya (yang diubahsuai).

Seorang kawan mempunyai sepasang kasut getah. Harganya murah. Tapi kalau aku membeli kasut itu dia akan mendapat wang tambahan untuk pembiayaan sakit ibunya. Aku memilih untuk membeli kasut getah itu. Tidak lama, datang pula seorang kawan mempunyai kasut yang comel. Warnanya menarik perhatian ku. Walaupun harganya mahal, tapi itulah kasut yang aku idam-idamkan.

Ketika kasut berkasut comel datang kepadaku, ada teman lain yang bersetuju untuk membeli sepasang kasut getah. Jadi, aku bersetuju memilih kasut comel. Selang sehari sebelum hari yang dijanjikan, teman yang mahu membeli kasut getah terpaksa membatalkan pembeliannya. Tinggal lah kawan penjual kasut getah tanpa teman pembeli. Akhirnya, aku memilih kasut getah.

Inilah bezanya kemahuan dan keperluan. Dan kalau ada perang di antara keperluan dan kemahuan, maaf aku terpaksa memilih keperluan walaupun ada hati-hati yang akan terluka. Maaf berjuta kali maaf. Aku sedar, ini salah ku. Maaf.


Pilihan tetap saja di tangan kita. Tentang bagaimana orang lain menilainya terpulang mereka. Yang pasti, Allah tidak pernah silap menilai isi hati hamba-Nya.

*entah kenapa melalut sampai ke kasut comel dan kasut getah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...