Tuesday, 30 April 2013

Bintik merah kat kaki.


Bismillah.

Assalamualaikum.

Beberapa hari ni penat manjang. Alhamdulillah tidur dah mula teratur sebab pukul 12 dah tidur. Takde lagi bersengkang mata sampai ke pagi buat assignments.

Sibuk. Beberapa hari ni sangat sibuk sampaikan gatal-gatal kat kaki tak sempat nak pegi klinik. Harap-harap lah gatal-gatal dan biji-biji merah ni boleh pergi dengan sendiri tanpa perlu pemeriksaan doctor. Tak sempat weh.

Aku nak balik mengundi. Assignment banyak jugak nak kena setel. Masa untuk diri sendiri pun kadang nak kena curi jugak, inikan pulak masa dengan kawan-kawan. Oh last semester!

Monday, 29 April 2013

Luangkan masa untuk diri sendiri.


Bismillah.

Assalamualaikum.

Memandangkan aku nak balik mengundi cuti ni, nak tak nak kena jugak siapkan tugasan-tugasan supaya tak lah balik sini lepas mengundi nanti tekanan perasaan pulak.

Tapi, walau macamana sibuk pun, tetaplah luangkan masa untuk apa-apa yang buat kita (diri sendiri) happy.

Horay! Tak sabar nak balik jumpa ibu, ayah, adik-adik, kawan-kawan, dan peti mengundi! *erk

Kalau rasa best, ucap lah Alhamdulillah. :)

Sunday, 28 April 2013

Waktu semakin sendat.


Bismillah.

Assalamualaikum.

Okay. Sekarang semua orang dah sibuk dengan thesis, dengan kajian tindakan, dengan tugasan-tugasan lain yang diberikan pensyarah. Sama lah dengan aku pun.

Sekarang ni, aku takde masa nak melayan jiwa kacau yang sedang melanda diri sendiri. Apa lagi nak layan jiwa kacau orang lain. Agaknya, semua orang pun macam tu. Merajuk pujuk sendiri, marah ambil wudhuk, lapar pegi café beli makanan, tension pandai-pandai baca al-Quran takpun tengok motivational quotes dari mana-mana sumber. Pendek kata, sekarang ni untuk diri sendiri pun kena curi-curi masa!


Oh well. Ini pengorbanan namanya. Pengorbanan.

Nak ni!
Hmm tak sabar nak balik mengundi.

Saturday, 27 April 2013

DON’T DRINK AND DRIVE.

Bismillah.
Assalamualaikum.

Okay aku baru je habis tengok Indiana Jones dengan kawan baik. Sebabnya dia takut tengok sorang-sorang. Dan nasib baik dia offer tengok sama-sama sebab aku nak termuntah tengok babak korek jantung dan bakar orang dalam air panas berapi menggelegak. Yaiks!

Tengok movie ni sebenarnya tugasan kitorang. Lepas tengok, analyze. Hah, nampak tak penyeksaannya di situ??

Lepas habis tengok movie aku pun hantar kawan aku balik rumah dia. Rumah dia blok sebelah tapi jauh la. Sebab rumah aku kat hujung blok 7, rumah dia kat hujung blok 6. Lepas hantar, aku pun balik sambil fikir nak kongsi betapa tak rasionalnya sesetengah babak dalam cerita tu dalam blog.

Fikir punya fikir, aku pun sampai rumah. Agak terkejut tengok banyaknya kasut sukan kat luar pintu sebab setahu aku, kasut sukan kitorang tak pernah berseleark macam tu dan takkan lah housemates aku pakat-pakat jogging tengah-tengah malam pulak kan? (masa tu pukul 12:35 TENGAH MALAM)

Bila aku pulas tombol pintu, tak bergerak. Masak. Aku dah lah tak bawak kunci sebab plan nak hantar kejap past uterus balik. Ngantuk. Aku try pulas lagi. Pastu sebelum ketuk aku tengok atas pintu.

8 G 5.

Ok bai. Lari.

Rumah aku 7 G 5. Aku tak tau kenapa dan bagaimana boleh terlajak 1 blok. Arghhhh -,-
This mistake does not define me ;p
DON’T DRINK AND DRIVE. DON’T DAYDREAMING WHILE WALKING.

Friday, 26 April 2013

Dialog ringkas yang mengetuk kepala.

Bismillah.

Assalamualaikum.

Okay. Tadi mengantuk pastu tetiba kawan-kawan datang ngantuk hilang kejap sekarang dah ngantuk balik. Hehe. Sebelum tidur nak update blog takut blog bersawang (padahal taknak ngaku yang dah addicted dengan blog).
Okay takde kaitan -,-
Beberapa hari ni aku dah belajar banyak perkara yang aku rasa aku kena kongsi. Ini dialog aku dengan kawan-kawan.

Kawan baik 1
Situasi : Isi borang permohonan.
Aku : Ni dia tanya aku ada mohon kat tempat lain ke aku nak jawab apa eh? Kang kalau aku cakap ada tak dapat pulak permohonan ni..
Kawan baik 1 : Jawab je ada. In shaa Allah kalau jujur ada barokah di situ.


Kawan baik 2
Situasi : Nak pegi masjid.
Aku : Eh jap nak ambil telekung.
Kawan baik 2 : Tak payah. Hari ni kita bagi pahala kat orang.

Kawan baik 3
Situasi : Bincang santai.
Aku : Kenapa mood orang yang negative boleh effect mood kita?
Kawan baik 3 : Mungkin sebab kita pun ada cas negative tu.

Hidup ini adalah satu sesi pembelajaran yang berterusan. Jangan pernah berhenti dan mengalah. *ayat orang dah ngantuk.
 
Ok bai.

Tuesday, 23 April 2013

So.


You either like me or you don’t. It took me twenty-something years to learn how to love myself, I don’t have that kinda time to convince somebody else.
Daniel Franzese

RM50 habis dalam masa SEHARI.

Bismillah.

Assalamualaikum.

Okay. Alkisahnya begini. Macamana duit RM50 boleh habis dalam masa sehari. Diulangi, sehari.

Dakwat printer: RM12 (ink memang dah nazak sungguh-sungguh thesis pulak tak lama lagi nak print banyak-banyak)

Kertas A4: RM9

Duit elektrik: RM13.30 (argh kolej ni tetibe mintak bila sem dah nak habis ni apahalLLLLL. Pokai!)

Duit pos questionnaires untuk research: RM18

Tiket keretapi: Rm6.30 Sebab lupa keluarkan kad diskaun 1 Malaysia. 
Ergh -,-

Eh lebih RM50 eh? Tak kisah lah. Yang penting yang aku tau duit RM50 aku lesap. Kalau kau tak study sungguh-sungguh aku taktahu apa nak cakap lah Noor. Ok itu je.
Ala, rilek la. Zaman sekarang duit seribu pun orang dah tak pandang kan. Oh well.

Sunday, 21 April 2013

Me. Lately. Messy.

Bismillah.


Assalamualaikum.

So. Last few days I told Syu (my roomie, which also happened to be my junior) about how easy writing a thesis actually is. And then, out of the blue she replied, “then why do you look so messy?”. Okay. Fine.

So, the word messy has actually gotten into me. I think I am actually quite a clumsy person. Not to mention my fail-time-management. When it’s come to this stage (I mean people look at me as a messy person), this is the time I should alter my attitude (which I think I should have done ages ago).

1. Should do time-table or at least a to-do-list.

2. No more clumsy-girl-attitude. Trust me. I can’t even move without producing a ting-a-ling!

For things to change, I have to change me first!

Looking messy in front of a junior?

That is WAYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYY more than HUMILIATING!


Sometimes I feel like going back to the first day of everything and change everything from the very beginning where the turbulence actually started. But as we all know, that is, IMPOSSIBLE.

I think the reason for all these to happen to me is my relationship with Allah. Argh screw my time-management!


My lack of sunat actions. My lack of prayers. My lack of istighfar.


Gotta improve! Must improve!
Please. Pray for me. It has been so hard lately.


Saturday, 20 April 2013

Bila orang puji nak balas apa?

Bismillah.

Assalamualaikum.

Aha! Aku update blog lagi. HAHA. Serius aku bukan takde kerja nak buat. Ada je. Cuma. Aku. Pandai. Curi. Masa. Kot. (ke memang selama ni pencuri masa?)

Okey, okey. Tadi ada kawan perempuan puji gambar family bahagia 9 orang kitorang semalam. Dia komen “anda semua indah”.

Ergh. Ini bab yang selalunya aku akan fail. Membalas pujian. Aku nak komen balik apa? 

Thank you? 
Alhamdulillah? 

Erghh aku rasa nak cepuk diri sendiri je. 

Ke nak aku komen “oh ya? Happy birthday!”.

Aku kena perbaiki diri. Aku kena banyak memuji. Aku kena tahu macamana nak balas pujian. Ahh ini semua sebab tipikal manusia yang cakap “poyo lah cakap Alhamdulillah lepas kena puji. Ini semua poyooooo..” Ah yang aku terpengaruh pulak dah kenapa?

Ah, lepas ni tak payah nak fikir apa orang cakap. Fikir apa yang Allah might say je. So, lepas berfikir dalam lebih kurang 9 minit aku pun balas “Alhamdulillah you too!”


Jika orang memuji kita, ALHAMDULILLAH disebut bukan kerana pujian,tetapi sebagai tanda syukur pada Ilahi yang memelihara aib kita daripada dilihat oleh orang yang memuji.

Friday, 19 April 2013

Hang out dengan kawan-kawan baik.

Bismillah.

Assalamualaikum.

Okay. Hari ni kawan baik 1, 2 dan 3 nak buat seprais hari jadi untuk kawan 4. Tapi disebabkan misscommnication, aku ingatkan seprais tu tak jadi nak dibuat. Hehe.

Oleh sebab aku ingat aku free malam ni, aku yang dah lama teringin nak melepak dengan kawan baik 5 pun hantar satu pesanan ringkas kepada beliau cakap nak tidur bilik dia malam ni. Kawan baik 5 pun cakap ok dan ajak gi usrah sekali dengan dia. Hehe. Haoyeah! Eh, silap. Alhamdulillah.

Pastu, petang tadi aku pun siap beli rojak Singapore kat pasar malam konon nak melantak sama sambil berborak sampai pagi tentang apa-apa je yang nak di catch-up. Lepas beli rojak Singapore aku lepak kejap kat café dengan kawan baik 6 ngan 7 (kitorang gi pasar malam sama-sama). Makan roti canai dengan teh ais. Wahh lepas ni akan selalu lepak kat café la kot makan roti canai. Hehe. Alih-alih, bila dah sampai bilik aku dapat tau seprais hari jadinya ON la pulak. Wohoo masalah ke-lambat-pikap-an ni dah makin menjadi-jadi!

Aku pun usung kaki ke rumah kawan baik 5 nak bagitau yang aku tak jadi tidur situ. Ye la, balik nanti mesti dalam pukul 1 nak catch up apa lagi, ye tak? Mata mesti dah lebam ngantuk sebab perut kenyang. Punya la aku terharu sebab rupanya kawan baik 5 pun ada belikan apam balik jagung dan tak sabar-sabar tunggu aku datang. Ahhhh meraung la camni!

Pastu kitorang borak kejap cerita-cerita sambil tunggu kawan baik 1, 2 dan 3 ambik aku kat kolej kawan baik 5. Kolej kitorang jauh. Bayangkan nak menapak sorang-sorang malam-malam. Tapi sebab rasa bersalah, aku redah je! Makan, borak, makan, borak. Sebelum balik sempat lagi borak pasal buku. Aku rasa link kitorang memang kuat kat buku lah. Pastu aku apalagi pinjam la buku dia satu. Buku Bidadari Surga pun tak habis baca lagi, inikan nak baca buku lagi satu. Thesis bila nak siap kalau macam ni cik Bedah oiii..

Buku pinjam
Buku tak habis baca lagi
















Setengah jam jugak lah kitorang borak baru lah kawan baik 1, 2 dan 3 sampai. Hehe. Tapi takpe kawan, satu hari nanti I’ll sure make it up for you! In shaa Allah. Aku nak sangat borak-borak pasal buku sambil minum kopi dengan kau sambil tengok masjid dari tingkap tingkat 4 kau tu. One day, one fine day in shaa Allah.

Birthday tadi? Kenyangg. Best kan dapat kawan-kawan kaki terer masak? Lepas makan tu apalagi, bergambar satu family la. Keluarga bahagia seramai 9 orang gitu. Pose ala-ala Gwiyomi. Taktau apa itu Gwiyomi? Errr dia macam.. Errr kuih, pastu dalam tu ada inti kelapa. Hehe. Gurau. Try search la. Pasti jumpa. Aku suka gitu-gitu je la. Just for fun nak mengeratkan silaturrahim dengan kawan-kawan. Takdenya nak post kat YouTube atau kat Facebook bagai. Ohhh takkan, takkan..

Hang out dengan kawan-kawan baik. Best kan? Kalau best cakap apa? :)

Alhamdulillah!

“When you look at your friends, you should look at them and be able to say, ‘This is someone who will take me to Jannah, this is the person I want to get to Jannah with.’”
— Wisam Sharieff



Oh, hah. Perut kembung sebab balik tengah malam. Angin tak habis-habis burp burp burp. -,-

Thursday, 18 April 2013

Merapu lagi.


Bismillah.
 
Mylife so far.
Assalamualaikum.

Alhamdulillah dikurniakan Allah teman-teman yang mengambil berat. In shaa Allah berat ini akan seimbang menurut BMI.

Aku macam takde mood nak buat apa-apa sekarang ni. Rasa macam nak makan biskut bergula cicah teh panas laju-laju pastu tidur balik.

Tak sihat. Kerja aku hari ni tidur je. Tapi sakitnya tak jugak kebah-kebah.

Nampak tak benda kuning yang mengikat wayar mouse aku tu? Kawan aku bagi. Comel tak kak Ton? OK dah. Enough merapu.

Tuesday, 16 April 2013

Entri merapu pukul 1 pagi.

Bismillah.

Assalamualaikum.

Angin sepoi-sepoi menerjah masuk melalui tingkap yang sengaja ku buka. Biar angin malam menarikan langsir coklat itu. Biar angin malam menyejukkan hati yang panas bergelojak dengan rasa.

7 minggu lagi. Ya, 7 minggu lagi dan semua ini akan berakhir. Semua ini. Pengakhiran ini lah yang dulunya sering dimomokkan sahabat-sahabatku. Betapa mereka tidak ingin hari terakhir itu tiba. Bukan cinta pada kampus, bukan cinta pada tugasan, tapi cinta pada teman-teman seperjuangan. Teman seperjuangan sepanjang 4 tahun perjalanan.

Seputar masa bersama-sama, banyak yang telah dipelajari. Tentang ragam manusia, tentang lumrahnya hidup, tentang fitrahnya dunia. Begitulah. Yang faham, yang berjaya mengendong pengalaman, yang tahu berlayar di arus deras kehidupan, mungkin akan bahagia setelah keluar nanti. Tapi kalau yang masih tercari-cari, mungkin akan belajar lagi di suatu dunia yang baru. Selepas ini. Ya, selepas 7 minggu ini.

Terbanglah cinta, terbanglah sayang, tebarkan sayap mawaddah, bertebarlah di bumi Tuhan, banyak-banyaklah mengumpul teman, untuk dikumpulkan bersama di syurgaNya nanti.

Pengalaman yang dikaut ini nanti mudahan menjadi pedoman hidup. Kalau tidak dapat diaplikasikan di kehidupan ini, turunkanlah pada anak dan cucu. Agar kesilapan kita, tidak menjadi kesilapan dan sesalan mereka.

Aku taktau lah korang faham ke tak motif entri ni atau aku je syok sendiri.


Faham-faham lah bila aku dah rajin update blog maknanya ada masalah dalaman la tu! *taip 10 esaimen laju-laju kejar dateline yang sama - pengsan

Sunday, 14 April 2013

Cuti midsem dah habis.

Bismillah.

Jangan pernah membandingkan kehidupan kita dengan kehidupan orang lain. Penanda aras kita adalah kehidupan kita sendiri di masa lalu.
Assalamualaikum.

Okay. Sepanjang cuti ni aku stay kat UM je. Sebab senang, 2 dalam 1. Berukhwah dan cari bahan thesis. Dua-dua sama penting. Alhamdulillah bahan banyak kat UM. Dan boleh beramah mesra dengan kawan baik sejak tingkatan empat.

Kat sini aku jumpa 3 kawan baru. Tuhan tarik satu insan kesayangan, Tuhan bagi lebih-lebih lagi. In shaa Allah lebih baik. Kadang memang agak cemburu tengok loving couple bermesra-mesraan ke sana sini, gayut kat talipon… Tapi dengan sahabat-sahabat baru ni, aku boleh pegi mana-mana takpayah risau ada orang yang pandang lain macam. :)

Tadi kitorang pegi MidValley. Tengok cerita IpMan. Hehe. Aku bagi 4 bintang lah. Boleh? Sebab aku geram ada cerita yang agak tergantung. Ngeh. Jalan cerita best. Bayangkan kawan aku boleh srot srot kat sebelah sebab cerita yang menyentuh hati. Hehe (aku pun ikut leleh jugakkkk). Banyak pengajaran, best, tak rugi tengok, takde sensored-sensored punya cerita.

Lagi aku nak cakap, Alhamdulillah cuti mid-sem ni aku rasa tenang sangat.


p/s: Nanti aku datang UM lagi lah. Sebab pencahayaan kat sini buat kulit aku nampak lebih putih dan cerah. HAHA. Okbai.

Friday, 12 April 2013

Entri hanya gambar. #20#

Bismillah.

Tarik nafas. Hembus.



Segala hal yang mengganggu gugat ketenangan aku akan diabaikan.

p/s: Tak hanya gambar pun.

Malam ini, aku nangis lagi.

Bismillah.

Assalamualaikum.

Malam-malam begini semangat mahu menulis jadi menggila. Dengan bunga-bunga kosa kata. Tentu. Tentu saja kerana ini luahan hati dari lubuk terdalam.

Teristimewa untuk kau. Ya, kau yang sedang berbahagia dengan kekasih baru mu. Apa khabar mu?

Sejatinya, aku belum benar-benar mahu melepaskan mu pergi. Ya, aku sedar ini bila ku rasa hati ini mulai mahu menjatuh pada lelaki lain dan fikiran ku segera melayarkan kamu.

Malam ini, aku nangis lagi. Boleh?
Semoga Allah sentiasa memelukmu erat dengan rahmat dan kasihnya, sayang.

Senyum je la kot.

Bismillah.

Assalamualaikum.

Esok kawan-kawan aku nak pegi kenduri kahwin sorang coursemate kitorang ni. Aku takdapat join. Atau mungkin sebab aku memang taknak join. Sebab, aku nak mengelak. Kot. Eh, tak, tak. Memang aku tak dapat join. Sebab, aku nak mengelak. Sebab, mungkin aku mungkin kuat untuk terus senyum, untuk tengok dia (via Facebook) yang makin happy dan gemuk, tapi sangat tak kuat lagi untuk menjejakkan kaki ke daerah kenangan.

Peduli la kot orang nak cakap apa. Orang nak cakap aku taknak pegi sebab sorang lelaki je ke, sebab aku ni mengada-ngada, sebab aku ni sangat tak rasional, semua aku tak heran. Sebab, mulut orang, dan hati aku. Aku tak dapat nak tutup mulut orang dan orang tak mungkin faham hati aku. Senyum je la eh? :)

Oh, aku nak share pandangan aku. Dan mungkin jugak pandangan orang lain. Kita berkongsi pandangan yang sama.

Tidak ada manusia yang diletakkan ke dalam hidup kita dengan sia-sia. Sama juga dengan Tuhan tidak pernah menciptakan suatu apa pun dengan sia-sia. Kalau seseorang itu membahagiakan, Alhamdulillah. Kalau dia menyakitkan hati, Alhamdulillah jugak. Sebab, itu maknanya Tuhan sedang menguji kesabaran hati kita. Tuhan nak naikkan taraf kita di sisiNya. Tuntasnya, Tuhan sayang kita.

Eh, Tuhan sayang kita? Bahagianya! :D

He has so many creations, and yet He never forgets me, but I only have One Creator, and I’ve forgotten him countless of times.
Shaykh Saadi 



p/s: Sebab lagi satu, mak aku tak kasi pegi lagipun. -,-

Monday, 8 April 2013

First thing first.

Bismillah.

Assalamualaikum.

Untuk beberapa hari ni tak ada apa sangat kot aku nak tulis. Cuma nak bagitahu sekarang tengah cuti midsem. Orang lain sibuk balik kampung masing-masing bercuti sakan, aku pulak sibuk ke hulu hilir cari bahan buat thesis.

Hebat tak hebat?

 
In shaa Allah.

*Untuk masalah lain selain thesis, jap-jap lagi lah eh aku jenguk-jenguk korang. Sekarang ni otak dan masa lebih tertumpu kepada thesis. Oh, dan pilihan raya yang makin dekat. Semoga aku dapat balik kampung untuk mengundi. Amiinn.

Friday, 5 April 2013

Hilang kawan.

Bismillah.

Assalamualaikum.

Pernah tak berdepan dengan situasi hilang kawan? :)

Kalau tak pernah, Alhamdulillah. Ukhwah anda best. Kalau pernah, in shaa Allah ada ibrahnya (kalau kita bermuhasabah diri dan tidak menyalahi sebelah pihak semata-mata tanpa menuding jari kepada diri sendiri).

Aku yang dulu adalah spesies manusia yang tak suka hilang kawan. Kecik-kecik dulu kalau ada orang taknak main dengan aku sampai petang aku akan merajuk sampai besok pagi. Bayangkan, aku akan paksa kawan aku tu stay kat rumah main segala macam benda yang aku ada sampai ke petang. Atau paling takpun, sampailah ibu bagi isyarat suruh kawan balik sebab ibu nak tidur petang atau nak bersantai-santai tanpa gangguan atau nak suruh aku baca sifir. -,-

Makin aku meningkat dewasa, aku pun mula belajar betapa pentingnya untuk memberi ruang kepada semua orang. Termasuk sahabat sendiri. Semua orang ada pilihan masing-masing. Dan adalah tidak rasional dan sangat tidak matang untuk memaksa sahabat kita itu untuk menurut semua kehendak kita termasuklah untuk menjadi best friend forever.

Kawan kita pun ada pilihan dia sendiri. Kadang-kadang, dia akan pilih untuk tidak berkawan dengan kita. Bukan sebab dia benci kita (harap-harap taklah sampai kes benci) tapi sebab mungkin, kita tidak sefikrah, setiap perkataan kita menyakitkan hati dia, kita ada aura negatif yang boleh membuatkan imannya turun menjunam dan lain-lain sebab yang boleh merosakkan dirinya atau juga diri kita. Sebab salah satu peraturan untuk mengecap bahagia ialah dengan membuang orang yang menjadi toksik dalam hidup kita, kan?


Kadang-kadang kita tak sedar kita dah buat kesilapan terbesar yang membuatkan kawan kita sakit hati sangat-sangat. Sebab kita cumalah manusia yang tidak sempurna dari segala segi. Termasuklah mempunyai amnesia setelah berbuat silap. Dan kawan kita pun manusia biasa yang ada iman turun dan naik. Sudah tentu kita tidak mahu bertanggungjawab dengan menjadi toksik dalam hidup dia yang membuatkan imannya turun menjunam, kan?

Apa yang kita boleh buat ialah berdoa, semoga kawan kita itu memaafkan apa saja kesalahan kita, memperbaiki diri supaya kejadian hilang kawan tak terjadi lagi, mendekatkan diri kepada Allah yakin dengan teguhnya bahawa Allah tidak akan meninggalkan kita walau apa pun yang terjadi untuk menghilangkan perasaan forever alone, berusaha untuk mencantumkan kembali ukhwah yang terputus (tapi jangan annoying sangatlah caranya sampaikan kawan tu menyampah sangat-sangat) dan berdoalah agar Allah memberi kita hidayahNya untuk memperbetulkan diri, agar Allah kukuhkan ukhwah kita dan sahabat-sahabat, dan jangan lupa doakan kawan yang menjauhkan diri dari kita itu semoga Allah sentiasa menjaga dia dengan rahmatNya.

Bagi aku, mendoakan kebahagiaan untuk orang lain adalah salah satu daripada antara terapi terbaik. Tak percaya? Cuba? ^^,

Semoga Allah memeluk sahabat-sahabat tercinta ku dengan rahmat dan kasih-Nya yang tidak putus-putus. Sahabat-sahabatku sayang, aku mencintai kalian kerana Allah. Kalau aku silap, mohon beritahu.  Mohon tunjuki aku jalan yang benar, jalan yang Allah redhai.

When your friends leave you, that doesn't make any of you a bad person. It just proves that all of you are human. The one with options and the one with flaws. :)

Ketika marah.

Bismillah.

Salam Jumaat.


"If you get angry, stay silent."
- Prophet Muhammad (صلى الله عليه وسلم)

Thursday, 4 April 2013

Missing a friend.

Bismillah.

Ada seorang sahabat. Aku tau dia tengah berperang dengan perasaan. Kadang nak buat baik, kadang rasa sangat susah nak buat baik. Aku dapat tengok dia dah taknak ngumpat-ngumpat. Pastu hari tu masa kitorang stay masjid lepas zuhur nak tunggu asar, aku nampak dia tengah baca al-Ma’thurat. Serius, ada air mata yang bertakung tapi tak tumpah. Terharu weh!

Aku pun tak baik mana. Tapi bila nampak kawan-kawan berubah ke arah kebaikan tipu kalau aku tak happy. Kalau aku boleh peluk dia masa tu aku dah peluk dahhh..

Mungkin, orang yang nak berubah ni perlu space dia sendiri kot. Banyak benda kena adjust. Jadi, dalam proses penambahbaikan tu uzlah mungkin penyelesaian terbaik. For some people.

Cuma nak cakap, I’m happy for you. Aku sokong kau. Walaupun aku rindu saat berdua makan ais krim dekat longkang kolej lama pastu panjat pagar sama-sama. Good old time.

Sincerely,
Someone who is missing you.
Me.



Sangkaan manusia bukan kemestian. Berapa banyak yang bersangka-sangka pada permulaan, tapi akhirnya mereka sendiri terpaksa akur dengan kebenaran di pengakhiran.
—     Qawiem Khairi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...