Thursday, 27 June 2013

240613

Bismillah.

Assalamualaikum.

Okay aku dah kat rumah. Macam selalu. Lepas penat belajar akan ada cuti barang empat dua bulan untuk senang-lenang kat rumah. Cuma kali ni lain sikit. Sebab kali ni aku dah takkan kembali ke sana lagi. Tak ada lagi beli tiket balik Kuala Lumpur lepas tu transit ke Tanjung Malim. Tak ada lagi mesej loya loya nak muntah sebab cuti sem dah habis. Is this for good? Aku tak rasa. Sebab deep inside aku masih nak belajar. Kat mana, masih belum ditentukan. Tunggu lah.

Kat rumah macam biasa. Petang-petang gitu dah start buat kuih. Selalunya dalam pukul 12 tengahmalam gitu baru lah semua benda siap. Cuma kali ni pulut panggang ibu dah tak ada pakai lidi, pakai stepler je. Itu pun dah tak dilipat-lipat macam dulu. Lagi, kuih sari ayu ibu dah besar-besar. Montel. Seringgit tiga. Kalau kecik-kecik dulu seringgit empat. Lepas tu sekarang ibu dah tambah satu spesies kuih lagi yakni kuih gelang. Subuh-subuh pukul 3 ibu dah bangun uli tepung, tunggu doh kembang, bulat-bulatkan dan buat lubang tengah-tengah lepas tu goreng dan letak dalam plastik penuh gula halus. Sambil-sambil tu panggang pulut.

Kalau aku terbangun, aku tolong lah. Kalau tak, mintak maaf ibu. T.T selalu kalau aku terbangun, aku panggang pulut lepas tu tolong ibu lubangkan kuih gelang. Lepas subuh, ibu pun pegi pasar dengan bekas penuh dengan kuih-muih. Kalau rajin, aku join. Lepak dengan ibu dan mak cik Sarinah (kawan ibu jual kuih) gelak-gelak sambil hirup udara subuh-subuh. Kalau tak, membuta. Ohh macamana entah nak kahwin macam ni.



Hmm. Gitu lah. Hidup. So, nak sambung study dulu ke macamana? Cari duit kejap lah eh.

Thursday, 20 June 2013

Pre-Ramadhan checklist. ^^,

Bismillah.

Assalamualaikum.

Rasanya dah lama tak post entri yang bermanfaat. Tengah-tengah down sangat-sangat lah idea mencurah-curah ke ladang gandum kan? Bila dah ok sikit mula lah nak lupa daratan. Entri pun semua ke laut entah pasal apa-apa je. -,-

Aku spesies manusia yang kalau nak mintak tolong dengan aku cakap kena adjust sikit pastu kena ada perkataan tolong. Demand tak? Kalau suara keras semacam tapi ada perkataan tolong tu aku boleh consider lagi. Tapi kalau dah dua-dua takde aku rasa darah nak menyirap je.

Contoh, ‘tulis ni’. Mula lah expression muka aku berubah pastu badan memang liat je nak bergerak sebab hati berat sarat dengan marah yang meluap-luap. Ngahaha ;p

Hish tak sampai lagi part bermanfaatnya.

Ok cuma nak cakap aku nak balik dah. Lepas ni dah takde lagi internet tanpa wayar free. Jadinya, tak dapat lah nak update selalu.

Ramadhan dah nak dekat kan? :)

Keep in mind, ini mungkin Ramadhan terakhir kita. Jom mempersiapkan diri dengan mula ikhlaskan hati buat kerja (specially untuk aku. Heh), solat awal waktu, jangan tinggal solat, sabar, jaga mata, puasa Isnin Khamis, topup solat-solat sunat, istiqomah dengan amar ma’ruf nahi mungkar, dan sebagainya (sign of limited idea).

Hari tu aku dengar tazkirah tapi aku dah lupa siapa penceramahnya. Aku kongsikan isi-isi tazkirah je la eh?

Macamana nak istiqomah memohon keampunan Tuhan dalam persediaan menuju Ramadhan. Sucikan diri.

1. Tengok aib sendiri. Jangan nak sibuk tengok aib orang je sampai kain sendiri koyak besar tak sedar. Contoh, kita tengok Akademi Fantasia cakap pitching lari la bagai padahal suara kita boleh dikomersialkan dalam bilik mandi je punnnn.. Kena lah sedar diri yang hina dina ni pastu mohonlah keampunan dari Tuhan.

2. Jangan berubah sebab emosi. Contohnya, bila dapat keputusan teruk (tak kira lah exam ke, driving test ke, putus cinta ke *ehem tersedak*) kita pun mulalah cari Tuhan di segenap penjuru. Pastu elok je sihat walafiat sembuh dari penyakit kecewa kita pun dah lupa diri balik. Tak boleh wehhh. Kena ada rasionalnya kenapa kita nak berubah. Jangan ikut emosi. Emosi tak tetap, tak stabil. Sebab paling kukuh harus lah kerana Allah. :)

3. Kena berkawan dengan orang yang soleh dan solehah. Contoh senang, bila kita tengah gayut dengan makwe atau pakwe pastu kawan kita yang sekepala macam tu jugak datang dekat. Haruslah tak segan silu malah lebih manja dari biasalah lenggok bercakapnya kan? Cuba letak tetiba ostad ke imam kampung lalu. Silap-silap nada suara mendatar muka pucat habis pastu terus hang up. Tazkirah hari tu penceramah bagi contoh Nabi. Kalau tengah gayut tu Nabi lalu tanya ‘buat apa tu?’ apa nak jawab? Hahhh.. Camtu lah kot analogninya kawan yang soleh/solehah ni. Kita pun jadi segan nak buat jahat. Untuk dapat kawan yang soleh dan solehah kta kenalah solehkan diri dulu kan? :)

4. Ingat mati. Contohnya, kenal tak Abby Abadi? Hah, perubahan Abby sebab Abby cakap masa dia pegi Makkah setiap waktu solat ada solat jenazah. Hati dia terjentik kot-kot mati tak sempat taubat macamana? Setiap kali nak buat salah, tanya diri sendiri ‘confident ke umur awak tu panjang?’. Ye ye je eh..
Sekian lah dulu. Harapnya sudilah doakan saya selamat dalam perjalanan balik kampung. Flight petang ni pukul 3:40.


Semoga Allah memeluk semuanya dengan rahmat dan kasihNya yang tak putus-putus. :)

Packing packing.

Bismillah.

Assalamualaikum.

Sekarang aku tengah packing sambil doa semoga barang aku tak lebih dari 30 kilo walaupun aku dapat rasa keberatan beg-beg yang sarat dengan baju-baju 8 sem ni.

Selamat tinggal bumi semenanjung.



*lap air mata bila otak mula rewind kenangan-kenangan 4 tahun.

Wednesday, 19 June 2013

Bukan fobia.

Bismillah.

Assalamualaikum.

I’m sorry. Bila mesej atau chat dengan lelaki badan jadi seram sejuk rasa macam nak muntah. Loya-loya gitu. Any cure? Huhuhu..

Ceritanya macam ni. Dulu masa form 2 aku kenal dengan sorang lelaki ni. Kononnya dia jatuh cinta (yucks) sebab dia nampak aku main bola baling. Ergh. Dia pun mula tulis surat sembunyi identity tapi in the end aku dapat tahu sebab aku sogok budak penghantar surat tu.

Hujung tahun, aku PMR dia SPM aku bagi dia surat cakap thank you for everything and sorry aku tak dapat bagi hundred percent perasaan kat dia. Haha. Ini cerita budak-budak, jangan gelak boleh? ;p

Aku cakap lah aku suka dia sikit je (konon taknak menghampakan). And that’s it. Habis di situ. Dia habis SPM, aku pindah sekolah lepas PMR.

Sekarang, it’s all coming back to me. Yerghhh. Kawan aku lah cakap dia dah kahwin. Aku hari tu nampak dia kat Perarakan Maulidurrasul steady je sebab takkan nak gabra depan suami orang kan. Turns out dia tak kahwin lagi rupanyaaaa. Haiyeeee nak lari boleh? Geli.

Macamana dia boleh cari aku kat Facebook eh? Aku dah letak only friends of friends boleh search aku wehhh. Dia takde mutual friends pun. -,-

Serius nak taip ni pun seram sejuk. Aku taktau ini penyakit apa. Bukan fobia lepas break ke apa sebab sejak sekolah rendah aku memang macam ni. Aku  pernah repot ke penyelia petang ada kawan lelaki selalu kacau, pernah bawak kayu untuk balik rumah sebab takut kena kacau. Tapi itulah, segeli-geli aku pun pegi jatuh cinta jugak. Aiyoo. Pastu broke up pastu kecewa. Ok dah tutup kes nak packing balik kampung esok.

p/s: Doakan aku tak jumpa sapa-sapa yang menaikkan bulu roma! Seram sejuk!

Monday, 17 June 2013

Manusia.

Bismillah.


Assalamualaikum.

Dalam hidup ni macam-macam spesies orang kita jumpa. Ada yang biadap tapi tak suka orang biadap dengan dia. Ada yang cepat sangat terasa tapi lambat sangat nak sedar perubahan perasaan orang lain.


Macam tu la. Manusia. Ignore these people.



“Sibuk mencari kesalahan orang lain, sampai lupa membenahi diri sendiri. Sayang sekali, waktu dan tenagamu.”

—             Tia Setiawati Priatna

Monday, 10 June 2013

Sesak.

Bismillah.

Assalamualaikum.

Entah la kenapa beberapa hari ni perasaan mengamuk dalam dada.



Mungkin ini symptom orang-orang yang nak berpisah kot.
Akan jadi macam ni ke?

Friday, 7 June 2013

Empat tahun aku dah habis.

Bismillah.

Assalamulaikum.

Dah pejam, dah celik. Dah puas menangis, dah jenuh ketawa. Dah sudah semuanya. Sekarang dah sampai masa angkat kaki. Pergi.

Belajar dah habis. Duit mak bapak pun dah nak habis. Sekarang reflect. Apa yang kau dapat? Boleh buat diorang senyum tak?

Air mata dah beribu tetes jatuh. Takkan nak dibiar sia-sia.

Kawan-kawan dah banyak. Ada yang datang, melekat dan pergi. Ada yang datang, melekat macam gam gajah. Ada yang kejap datang kejap hilang ada yang hilang dan takkan datang dan ada kawan yang tak pernah hilang-hilang (haha).


Apapun, itu anugerah Tuhan. Dapat rasa sekejap masa dengan diorang pun dah cukup bersyukur. Some people tend to be loner tahu? Kau ada kawan walaupun satu tu bersyukur la wehh.

Hah, sekarang semuanya dah berakhir. Maksud aku, perjalanan selama lapan semester di bumi pentarbiahan ni. Dah berakhir. Tak perlu lagi stay up malam buat kerja last minit, tak payah nak pening-pening lagi dah tengok carry marks, dah tak payah dah semua tu.


Ahhh mood aku sekarang sebenarnya tengah tak betul. Bila sorang kawan aku dah mula nak melangkah keluar meninggalkan kitorang yang-tengah-tunggu-thesis-dijilid-baru-dapat-balik-dan-bersenang-lenang-kat-rumah ni baru lah aku perasan yang yes, empat tahun aku dah berakhir.

Tuesday, 4 June 2013

Entri hanya gambar. #22#

Bismillah.

Assalamualaikum.

Here is, simple reminder :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...