Monday, 23 September 2013

23.09.2013

Bismillah.


Assalamualaikum.

Lupa nak bagitahu. Aku dah ada kawan baru. Thank you Allah. Sangat banyak nikmat dalam samaran! Alhamdulillah ‘ala kulli hal!

Hah, lupa lagi. Nama kawan aku tu, kak Farah. Umur 30 tahun. Single lagi. Dengan segala hormat aku nak promote akak ni kepada mujahidin semua. Ustazah kat sekolah rendah tempat aku tinggal. Orangnya rendah, mulut manis (suka puji dan cuma cakap benda positif je pasal orang lain), rajin, baik dan sangat pemurah! *kalau kak Farah tahu mati aku confirm kena siat hidup-hidup (eh tak tak kak Farah baik tak siat orang)

Aku dah berani bawak kereta thanks to her. Yang aku suka dengan dia, suka cakap benda positif. Pastu suka bagi sokongan kat orang. Aku cakap aku nak buat ini ini ini hah nanti dia cakap “buatlah, Noor buat mesti sedap (kalau makanan) mesti cantik (kalau benda yang bukan makanan)”. Dan lepas tu aku akan bersemangat lebih daripada biasa. Seronokkan dikelilingi oleh orang yang positif?

Tadi kitorang buat begedil. Curi resepi Hlovate dari 5 tahun 5 bulan. Ngahaha.
Bahan-bahan (aku tambah sikit-sikit je tak banyak):
1.     Lobak, bawang, lada besar (potong dadu)
2.     Kentang (potong dadu – goreng – lecek)
3.     Daging cincang (tapi aku pakai daging burger Ramlee – sedap)
4.     Telur
5.     Garam, lada hitam, lada putih
Cara nak buat:
1.     Masukkan daging burger yang dah dilecekkan dalam kentang lecek (senang cakap mashed potato la eh).
2.     Campurkan kesemua bahan-bahan 1 yang dipotong dadu.
3.     Letak garam, lada hitam, lada putih secukup rasa
4.     Lepas tu adun, buat bentuk suka hati. Nak cepat masak and masak dalam, buat leper-leper jelah.
5.     Celup tepung dan goreng dalam minyak panas!

Ok dah. Ini bukan blog resepi eh. Jangan ubah channel anda. (ni kak Farah punya pasallah bawak aku sembang sampai lupa nak cerita apa dah -,-).

Aku buat ni saja-saja tau sebab tetiba nampak Hlovate cerita macam mana Jo buat begedil. Semangat berkobar-kobar dan kak Farah pun bagi semangat! Hehe. Dah lama tak masak wehhh. Maksud aku, masak as in try resepi baru. Bukan masak masuk dapur lunch dan dinner. Kak Farah asyik cakap “pandai Noor buat”, “Noor buat mesti sedap”, “lepas ni akak nak bawak balik sikit boleh?”, “eh sedaplah, nak resepi..” Hah, terharu tak ada orang bagi semangat macam ni? Terharu sangat sampai nak try buat Peach Cobbler pulak lepas ni. Kak Farah cakap nanti nak mintak aku ajar buat spaghetti. Yeay semangat nak kahwin masak dan try resepi berkobar-kobar!

Oh. Dan sekarang aku dah berani bawak kereta. Itu point yang sepatutnya aku highlightkan. Entah macam mana  boleh tersimpang siur sampai ke Peach Cobbler, spaghetti, begedil bagai aihhh.. Oh ha, aku dah berani bawak kereta kat Bandar. Biaq pi lah ada van nak hon aku pun. Weh buta ke tak nampak ke ada tanda P ni? Ini menandakan bahawasanya pemandu kereta ini masih dalam lesen percubaan hang tau dak? Sabar boleh tak? Syifa pun tau sabar. Hish.

Iklan. Give positive responds. It’s common sense. Look into it.

Itu je kot. Kerja untuk esok dah siap. Sekarang nak layan kak Farah pulak. Kejap kak ehhhhhh.. Sabaq nohhhh..
p/s: Kak Farah orang Utagha.

Saturday, 21 September 2013

21.09.2013

Bismillah.


Assalamualaikum.


Hohoi. Terasa tersangat lama tak meluangkan masa meluah perasaan kat sini. Dah berhabuk bersawang pun blog ni.

September buddies.

Okay. Sekarang ni aku ajar budak-budak age between 4 to 6. Budak-budaknya Ya Allah… Allahurobbi… Budak-budak kan. Nakalnya lain macam! Tak pasal-pasal aku kena bakal kalori from 8 to 12. Hambek. Selalu malas nak exercise kan, sekarang rasakan berlari berkejaran dengan kanak-kanak. Satu kelas tu semua umur ada. Sekolah ni ada satu kelas je. Dan satu guru (iaitu aku). Dan satu pembantu (iaitu Huda). Dan 24 pelajar yang sangat riang gembira dengan dunia kanak-kanak mereka. Bayangkan, dua hari lepas ada bilah kipas yang patah. Wohoo memang kreatif taraf lima bintanglahhhh..  Pensel tu diorang masukkan dalam kipas (macam yang aku buat dulu-dulu) pastu tetiba baju aku kena tarik.

“Cikgu, kipas patahhhh..”

Yehaa terimalah rotan di tapak tangan masing-masing wahai kanak-kanak lelaki sekalian! Dah namanya jantan kan, memang tak sah kalau tak aktif semacam. Penat wehhh. Panjat tingkap, tumbuk kawan, lari keluar kelas padahal cakap nak ke tandas tetiba aku tengok dah buat perjumpaan rahsia bawah pokok langsat orang. Amboi. Terpaksalah aku keluarkan suara jantan yang disimpan-simpan. Dengan gagah perkasanya aku capai rotan, sarung selipar dan halau semua balik masuk kelas!

Yang perempuan? Huh. Sepuluh kali sepuluh jugak. Dengan mulut becok mengalahkan makcik-makcik. Jenuh aku nak paksa suruh buat kerja. Sikit-sikit ‘cikgu tahu..’, ‘Ibu saya kannn..’, ‘eh semalam saya jumpa cikgu kat tamu..’. Serius aku suka layan budak-budak bercerita, but not during class. Masa aku tengah tunjuk 7 + 7 dapat berapa masa tu jugaklah keluar cerita pasal rumah atas langit, pemadam baru beli, yada yada yada. Ohoiiii buat kerja dulu boleh tak cik kak? Kerjanya sekejap, mulutnya banyak. -.- pening tahap giga.


Dalam kelas aku ada sorang budak. Namanya Syifa. Syifa yang comel tapi kuat ngamuk. Entah dah berapa kali badan aku jadi mangsa tumbuk dan tampar, dan entah dah berapa kali aku cuci lantai kelas kena muntah Syifa sebab dia akan muntah lepas ngamuk dan main tak hengat dunia. Awal dulu, asal dia ngamuk aku biar je. Bolayan sampai diam. Tapi tak boleh jadi. Kena buat something. Aku mula melawan. Aku suruh diam. Berenti. Tahu dia balas apa? “aku tak boleh berenti!!” ternganga aku dengan jawapan budak 4 tahun tu. Pastu satu hari dia mintak tolong something. Tone dia tak boleh nak down sikit mesti macam ala-ala nak mengamuk je. Aku cakaplah, “cakap lembut-lembut” dia balas “cara aku bercakap memang macam ni!” ternganga lagi. Dan semalam memang acara kemuncak aku dengan dia gaduh. Sebelum ni memang aku dah ajar dia sabar dan cakap lembut. Kalau dia tak cakap lembut-lembut memang aku takkan buat apa yang dia suruh (buka botol air, buka pintu nak pegi tandas dan lain-lain). Aku rasa dia kena dimarah guna style orang dewasa kot. Tengah dia ngamuk tu aku suruh dia diam pastu aku buat ala-ala nak kasi backhand satu kali dengan suara macam orang nak ngamuk “Kau jangan ingat cikgu tak boleh ngamuk macam kau! Lagi baik kau sabar sebelum cikgu mengamuk!” Aku nampak dia mengangguk laju and terus lap air mata. Haha. Sebelum ni memang jenuh aku kena pujuk cakap lembut-lembut sampai kena pukul bagai. Memang berbirat jugaklah belakang ni. Pedih wehhh.


Dan sekarang, Syifa dah boleh cakap sabar kat semua orang. Nada pun akan diturunkan bila aku sebut nama dia tengah dia cakap kasar-kasar. Kadang dengan budak kena berkeras sikit jugak ke? Nak tips?


Till then, jaga diri semua. Aku rindu nak blogging tapi hampeh sebab gaji aku bulan-bulan memang tak cukup pun nak bayar macam-macam. Kalau aku bagitau berapa karang korang nangis pulak. HAHA. Anyway, ibu nak buka kedai makan. Bertambah-tambah sibuklah kitorang. Hohoi. Mampu ke?

Penyejuk mata penawar di hati.


In shaa Allah boleh!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...