Friday, 29 November 2013

Is ready to give up all hope.

Bismillah.

Assalamualaikum.

Pernah tak rasa hilang semangat dan putus asa?

Heh. Sebab aku tanya adalah tak lain dan tak bukan aku tengah rasa macam nak hilang semangat dan nak putus asa dari semua benda. Susahnya nak yakinkan diri yang semua ini cuma dugaan and one fine day everything will fall back the way it should be dan everything is going to be fine. Yargh.

Truth is aku ada banyak cita-cita. Nak itu, nak ini. But due to some unforeseen circumstances, banyak benda yang aku tak dapat capai. Tak tahulah pulak kalau semua itu ditangguhkan untuk suatu masa yang sesuai nanti.

Tapi sekarang, aku dah macam nak putus asa. Boleh tak aku kerja kat mana-mana tempat tak payah nak tunggu posting and get the exact same fee as I supposed to have when I get posted?

Susah. Life is getting harder to handle.

Can I quit?

Seriously penat and is ready to give up all hope.

p.s This isn’t just about posting issues.


Monday, 4 November 2013

Dalam kepala yang serabut ini.... 4/11/2013

Bismillah.


Assalamualaikum.

Dah lama tak buka pekung di dada. Sorry peribahasa main tangkap muat sahaja semoga faham hendaknya. Banyak benda yang nak diceritakan. Seperti yang pembaca yang membaca blog ini tahu, sekarang aku tengah buat kerja sementara bekerja sebagai guru di sebuah taska. Nak aku bagitahu ke nama taska tu? Tak payahlah eh. Cukup aku cakap taska tu bagus, lebihkan Islamic study dan budak-budak ni semua dah hafal surah-surah pendek, doa-doa, hadis-hadis dan terbaharu, sekarang budak-budak ni dah hafal air mutlak, sifat-sifat wajib bagi Allah dan macam-macam lagilah. Oleh sebab aku dulu ambil kursus Bahasa Inggeris, aku mintak maaf sangat sebab aku lebih beratkan ke Bahasa Inggeris. Bahasa Arab aku cuma ambil mana yang aku tahu yang ada dalam schemata ni aje. Selainnya, aku cedok dari buku teks.

Ada seorang budak, namanya Izat. Budaknya ya ampun Ya Rabbi nakal! Mak cik dia siap ngadu budak ni kurang ajar. Wohooo. Mak cik, sila limitkan penggunaan ayat-ayat kesat untuk pelahar-pelajar saya. Sekarang ni mak cik tu cakap Izat dah ada perubahan, dah pandai dengar cakap. Agaknya Izat ni suka kalau orang berlemah-lembut, manjakan dia lepas tu percaya kat dia. Kalau dulu, Izat ni orang suruh belajar pun tak nak. Sekarang, bila aku sibuk ngajar, dia pegi jerit-jerit mintak ajar sama. Tapi sayangnya, Izat tak kenal nombor, warna dan huruf. Huhu. Bila masuk bab lukisan (other than language, aku suka art), Izat akan bersungguh-sungguh melukis. Dan sayangnya, Izat tak kenal warna T.T sebab tulah setiap kali melukis, pokok Izat akan warna ungu, pink, merah, kuning, biru… Target aku nak jadikan Izat celik sikit sebelum cuti sekolah nampaknya terpaksa dikuburkan. Huhu. Sekarang Izat dah pandai manja-manja kalau aku bercerita siap boleh baring atas riba padahal dulu punya main susah nak tangkap. Sabo ajelah.

Syifa. Budak yang aku pernah cerita mengamuk sampai muntah tu sekarang dah…. Entah tak tahu nak cakap apa. Dia bagitahu aku dia lebih sayang nenek dia dari mak dia. Hari tu siap lari keliling kelas taknak ayah dia ambil. Budak-budak ni luang berapa ajelah masa kat sekolah kan. Selebihnya kat rumah.

Lain-lain, sekarang aku ambil upah buat assignment orang. Bolehlah kut nak topap kredit henset, nak buat baju, kumpul duit nak tengok kawan kahwin. Hehe.

Oh hah, to be honest, deep dalam kepala otak dan sanubari aku ada sikit jeles kat kawan-kawan yang dah sambung masters oversea, yang nak kahwin… Tipulah kut kalau aku cakap tak jeles sikitpun. I’m not made of steel. Tapi takpelah kut. Rezeki orang Tuhan tulis lain-lain. Jodoh, ajal maut, semua tu kat tangan Tuhan kan? Sabo je lah. Allah knows best and deep inside aku doa sangat-sangat supaya aku pun diberi kesempatan untuk sambung study oversea, soon.

Lastly, takde dah kut. Agak sibuk sikit. Budak-budak 6 tahun nak konvo, nak sign repotkad, pastu nak gotong-royong bersihkan sekolah sebelum cuti yada yada yada.


Oklah, till then, an idle man is a devil’s workshop. Sibuk-sibukkan diri anda!

Saturday, 2 November 2013

2 Nov 2013

Assalamualaikum.

Serius. Penat rupo eh ngajar bebudak ni. 4 5 6 tahun wow! Terjerit-jerit dan terpekik-pekik membuatkan suara tetiba lari pitching. Nasib baik budak-budak ni bukan budak sekolah menengah yang akan gelakkan cikgu bila ada kesempatan. Huh.

Nak letak jawatan. Boleh?


Okbai. Penat. Esok nak ke Pertandingan Saidina Ali at 6.30 am.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...