Sunday, 29 December 2013

1:44 am, 29. Disember. 2013

Bismillah.

Assalamualaikum.

Okay. Dah berkurun lama tak hapdet blog. Sebab sekarang masa nak update blog memang akan jarang-jarang ada. Figures. Hari tu sibuk dengan projek besar untuk diri sendiri, lepas tu ke Johor la pulak, dan lagi ada taklimat pengurusan sebab tak lama lagi sekolah bukak dan for sure ada sesi pendaftaran yang akan mengerah otak dan tulang empat kerat yang dah berbalut lemak sepanjang cuti ni. Kan dah kata, sibuk memanjang. Sampaikan sleeping pattern aku dah berubah 380 darjah celcius!

Biar gambar ajelah yang berbicara, kan? Ececeh, dah macam ayat dalam novel la pulak. Here goes.
 
From KLIA to Senai Airport with me, on-board.

Kena tunggu kengkawan lain sampai. Aku sampai pukul 8, and dia orang sampai pukul 2:30 petang. Tidakkan penantian itu sangat mengeringkan. Jadinya, aku pegilah godek-godek MPH. Niat nak beli satu buku je. Tup tup terbeli empat! Tamak haloba sungguh!

Aku. Ikut. Pertandingan. Syarahan. Bahasa Inggeris. Uolls.

Ikut mak bapak angkat (oh, buat pertama kalinya, aku tinggal dengan mak bapak angkat. Pertama kali okay!) ke Tanjung Balau sebab dia orang nak tempah chalet, untuk Hari Keluarga. Rejeki.

Tanjung Balau. Agak-agak, Nordin Ahmad berlakon 'Air Mata Duyung' kat sini ke eh?

I was here!

Balik tu, aku dapat duk depan. Hotseat bebeyh! Rejeki lagi. Alhamdulillah.

Bye-bye Johor. (eh, dah bagitahu ke ini first time aku ke Johor??)

Bukak sekolah nanti in shaa Allah aku akan buat dua kerja. Siang ngajar bebudak age 4-6 dan tengah hari akan bergegas ke sekolah rendah.

Kawan-kawan baik aku cakap, aku boleh buat. Dan sekarang, aku memang tengah berusaha sangat-sangat untuk yakinkan diri yang ‘yes, you can do it, Noor.’Ohhh bilalah nak dipostingkan ni.. I is tak nak menganggur T.T

Okbai. Doakan aku tak pengsan halfway. Duit sangat-sangat diperlukan oleh orang yang tengah meningkat usia macam aku ni. :P


Saturday, 7 December 2013

Truth hurts. Reality bites. Emo. Sorry.

Bismillah.



Assalamualaikum.

 

Aku bukan manusia yang baik sempurna hebat. Aku manusia yang perlu Tuhan. Aku manusia yang hina dina dan kalau tak ada Tuhan aku tak ada harga. Sungguh.



Kadang-kadang, aku pun rasa tak ada manusia yang faham perasaan aku ni. Orang lain tak rasa apa yang aku rasa, orang lain punya dugaan perasaan tak sehebat aku yada yada yada. Bab masalah pun nak meninggi diri entah apa-apa.



But then fikir-fikir balik, kan dalam al-Quran Allah ada cakap yang Allah tak membebankan makhluk melainkan dengan kesanggupannya? Means Allah tak bagi kita masalah yang kita tak boleh handle. Dah memang sah sah Allah yang cipta kita. Mestilah Allah tahu tahap kemampuan kita, ye dak? Dan eh, Allah tu tak kejamlah nak suka-suka hati bagi kesusahan kat hamba dia takde sebab musabab. Semua benda jadi mesti ada hikmah.



Lepas tu kadang tu nak meluah aje kat kawan doplohpat jam. Well, hello. Ketuk dahi sendiri dan cakap “dia orang pun ada masalah sendiri kut. Takkan nak entertain aku aje? Apa mak bapak dia orang lahirkan  dia orang ke dunia ni nak serabut pasal aku aje ke?” Be a good friend. Give your friend some space. Kawan kita tu manusia jugak kan. Ada masanya dia akan bosan dan meluat jugak. Yelah, dah hari-hari kita dok hambur benda yang sama dan dia pun dah berbuih mulut asyik nasihat benda yang sama. Mahunya tak bosan? Menyampah tau tak? Tapi sebab dia kawan yang baik, dia pendamkan semua tu sebab taknak kita sedih. Dan kita pun dah tak reti nak faham privacy kawan tu. Dia nak tidur, nak makan, nak baca buku, nak exam… Haila manusia. Suka sangat bergantung dengan manusia yang ada had. Karang kalau kawan tu tidur awal, pada siapa nak meroyan? Nak call dia sampai dua ribu kali bagi bangun nak suruh dengar luahan hati kita tu aje? Adoilah.



Tak ada siapa yang boleh ubah diri kita melainkan diri kita sendiri. Dah Allah cakap Dia takkan ubah nasib kita melainkan kita sendiri yang ubah. Apa effort kita nak bahagia dan lari dari masalah? Dwell on the past? Hm. Memang takkan ke manalah jawabnya. Target kita apa? Nak bahagia dan tak nak diselubungi masalah (regardless apa bentuk masalah pun). Tapi usaha kita adalah memerap dalam bilik layan perasaan lepas tu siap dibuai lagu-lagu syahdu tangkap leleh. Apakejadah akan jadi hasilnya nanti? Ya, nothing. Masalah tidak selesai, malah kita akan bertambah depression. Tak percaya? Dah tu kau rasa kenapa orang gila bertambah gila? Sebab dia orang letak dia dalam kurungan sorang-sorang.. Hahhhh.. Sepatutnya dah tahu target, bergeraklah ke arah itu. Keluar dari rumah, sibukkan diri, cuba occupy kepala otak dengan benda lain selain daripada masalah tadi. Kalau borak dengan kawan pun, kurangkan cerita pasal masalah kita. Itu baharulah usaha nak menuju bahagia namanya. Dah, dah, keluar dari bilik tu!
 
Allah bersama orang-orang yang sabar. Allah bersama orang-orang yang sedih, orang yang ditimpa musibah. Dan kalau kau still nak cakap “tapi masalah dia tu tak setanding masalah aku”, “aku tak kuat menghadapi ujian Tuhan”, “kenapalah Tuhan uji aku sampai macam ni sekali”, “dah takdir Allah hidup aku tak sebahagia orang lain”, means kau nak cakap yang semua ayat-ayat Allah tu tipu belaka?



Paling penting, bersangka baiklah dengan Tuhan. Dalam susah, senang, bersyukurlah. Ada orang tu Tuhan tak kisah pun dia nak buat apapun buatlah. Lantak. Kita ni Tuhan siap uji, jentik supaya ingat kat dia. Supaya letak dahi tu atas sejadah. Hanya dengan mengingati Tuhan hati akan menjadi tenang.





Look around you. Ada berapa orang lagi yang perlukan kehadiran kau kat sisi? Kalaupun tak sayang diri sendiri, sayanglah kat orang lain. Keluar, bawak mak dengan abah tu borak. Bawak adik melukis dengan krayon, tak pun usung aje kancil kecil tu ke mana-mana yang adik nak pegi. Heal, and in shaa Allah you'll be healed.



p.s Kebahagiaan ada dalam diri kita. Tinggal lagi kita nak keluarkan dan gilap. Jangan sibuk sangat fikirkan kebahagiaan orang lain sampaikan tak sedar yang kebahagiaan sendiri menjerit-jerit minta digali.



Dah entah kenapa entry ni ditaip dengan emosi yang luar biasa emo-nya. Sorry.

Tuesday, 3 December 2013

Graduation Song (Friends Forever)


Bismillah.

Assalamualaikum.

Zaman tadika. Zaman sekolah rendah. Zaman sekolah menengah. Zaman Pra-U, zaman Universiti.


Each phase has helped in shaping me today. Thanks to those who stay true till the end. To those who left, thanks for making space for better people. Seriously.

Monday, 2 December 2013

Aku pun nak pakai shawl!!!!

Bismillah.


Assalamualaikum.

Ini pendapat aku.

Sejujur-jujur dari dalam lubuk sanubari aku sebenarnya sangat teringin nak menggayakan shawl. Serius. Kau taktahu macamana gatal nak bershawlnya hati aku tengok Wanita Hari Ini, Fiqh Wanita, gambar kawan-kawan kat FB yang pakai shawl, tapi labuh ke dada. Dalam hati aku menjerit ‘cantik! Nak jugak pakai macam tu!’ Serius. Sebab 1, dia orang nampak sangat elegan dan 2 sebab dia orang nampak kurus! Yep. Pakai tudung labuh membuatkan anda nampak gemuk dari actual body size.

Dan one day aku SMS sorang kawan ni cakap ‘weh aku teringin nak pakai shawl balik’. Pastu kawan aku dengan takde perasaan dan selamba gegenya balas ‘pakailah sape larang?’. And believe me, aku terkedu. Rasa nak marah pun ada. I was like ‘oi aku tengah berangan je kut! Tak boleh ke kau layankan aje imaginasi liar aku ni?’

After a while, aku pun terfikir. A’ah ek. Siapa larang? Serius. Mak aku pun ada belikan aku shawl besar lebar kaler ungu. Cantik. Tapi aku tak pernahnya nak pakai. Dan hari tu masa jamuan hari guru aku dapat hadiah selendang pun aku bagi kat kawan yang puji selendang tu cantik. Seirusli Noor, siapa larang kau pakai selendang?

Dan pada masa itulah I’ve come to realize, hati kecil aku merintih tak nak pakai selendang sebab dia takut aku jadi tabarruj macam dulu. Pakai selendang warna macam-macam pastu siap letak reben besar-besar atas kepala and when people walk beside me they’ll stare at me and give me this look. My feeling? HAHA. Overwhelm dan sikitpun malas nak fikir entah apa yang berselirat dalam kepala otak orang tu be it lelaki atau perempuan.

And finally I’ve come to my sense. Aku nak istiqomah tudung labuh. Pedulikan kepala tudung aku yang tak ada labuci, manik ataupun bunga. Lantak pi tudung aku tak boleh nak menunjukkan yang sebenarnya aku taklah segemuk yang orang sangka, peduli apa kalau tudung aku tak boleh menunjukkan yang belakang jubah aku ni ada reben cantik dan sebenarnya kat bahagian dada baju aku ada manik bersulam bunga-bunga. Pedulikan semua tu.

Yang penting, aku selesa dengan apa yang aku pakai. Yang penting aku tau tak ada mata liar yang tengok-tengok kepala aku.

Ini cuma pendapat aku untuk diri sendiri. Bagi aku pakai apapun asalkan menutup aurat menepati landasan syariat pon boleyyyy. Kau ingat aku tak reti bergaya ke kalau dah pakai tudung labuh tak nampak all stated above? Sini hahh.. Tak nampak warna gelang kat tangan yang matching dengan warna handbag dan kasut? Atau kau tak nampak kasut aku yang lip-lap ni? Haha.

Lantak. Aku perempuan. Aku dan perasaan nak cantik tak boleh dipisahkan. Cuma mungkin definisi dan cara kita menonjolkan kecantikan dan gaya itu tak sama.

p.s Selamat bergaya sambil menutup aurat! Oh dan hah, lay off the tabarruj :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...