Friday, 28 March 2014

Hey!

Bismillah.
Assalamualaikum.
Agak lama juga aku menyepi tak ada entri. Rasa rindu nak menaip berkongsi rasa selalu aje menusuk ke ruang abdomen. Tapi tak boleh nak dilayan sangat. Sebab aku spesies yang kalau dah buka laptop, confirm akan ada aje benda selain menulis yang dibuat.

Tak ada sangat pun nak share. Cuma nak cakap, baru ni aku sibuk sikit buat tiga kerja sekaligus. Omak oii.. Patah riuk tulang-belulang (ohmai I am such a drama queen). Serius, kalau nak buat banyak kerja dalam satu masa, kau kena pandai mengurus masa. Aku dah rasa kelam-kabut tahap Nobita nak sorok kertas ujian kosong dari mak dia. Weuwww~!

Imagine. Pagi mengajar kat PASTI, pastu tengahri berkejar ke sekolah rendah (jadi guru ganti), lepas tu malamnya pulak ke sekolah rendah semula sebab ngajar tusyen. Sabtu ahad pun ada tusyen. Dan mintak mahap sangat aku memang malas sangat nak attend meeting sabtu dan ahad. Kadang tu lepas tusyen aku akan terus ke PASTI. Sekarang kitorang tengah renovate PASTI. Dah 80 peratus siap. Phew~!

PASTI itu apa? Hehe. Pusat Asuhan Tunas Islam. Malas nak explen panjang lebar, korang boleh google sendiri an an an?

Okay, dah buktikan yang aku masih wujud, aku nak caucincau buat esaimen. Oh hah, aku pun ambil upah buat esaimen orang. Sekian.


p.s Masa muda ni la nak kerja keras. Ye tak? :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...