Tuesday, 28 October 2014

Malapetaka Wedding Props.

Assalamualaikum.

Hi. So here’s my thought of today’s marriage. It will not last long because we celebrate it like birthday party with props and what not. And not all wedding end with happily ever after ending. The couple will probably end up in asylum.

Well, at least this is what is told to me when I was over excited about making props for my cousin’s wedding by a so called adult.



So, can we just enjoy the one big day before being tortured for the rest of our life?

This is why I avoid marriage. Because I know, it will not always last long.


Screw everybody.

Friday, 10 October 2014

Bebelan Jumaat 10.10.2014

Bismillah.

Assalamualaikum.


So takde kaitan dengan isu Bajet 2015.


Hari ni aku ambil CRK yakni Cuti Rehat Khas ataupun dalam versi aku, Cas-semula, Rehatlah Kau. Dan ya, memang aku tengah cas semula lepas meeting English Panel kelmarin. Ok nak cakap bahawasanya, sebagai guru baharu, apalah daya dan kudrat yang aku ada bila aku dah tak disuruh mengajar tingkatan 5. Padahal kepala otak dah penuh dengan idea-idea baru untuk dipersembahkan kepada students yang bakal menduduki SPM. Tak aci langsung ok! Dan bila ketua panitia asyik tekankan pasal yang ajar form 5 adalah guru opsyen ataupun dah 3 tahun mengajar, aku cuma boleh telan air liur. Aku guru opsyen, tapi masih setahun jagung. Tak setahun pun lagi. Baru je empat bulan mengajar. Tapi takpe la kut. Ada hikmah. Maybe I am just not good enough (secretly wishing my students will make sonic boom out of their SPM results and is making secretly devilish laugh – miahahaha! *finger cross! Aamiiinnn)

Oh. Dan selamatlah aku menjadi guru tingkatan 3 tahun hadapan. Sekaligus merangkap guru PT3, sekaligus setiausaha English Panel, sekaligus guru debate. Dan aku mintak nak jadi guru drama. Sampai hati sangat diorang tak calonkan nama aku for drama padahal aku tengah secretly planning for drama scripts!

Kerja kerajaan memang macam ni. Orang lain buat kerja, orang lain dapat nama. Tapi tak kisah. Aku taknak nama tu semua. Cukup ada kawan-kawan baik dan mak ayah yang tahu apa yang aku buat dan apa yang aku dah hasilkan. Dan cukup ada sorang dua students yang cakap “Thank you teacher. Teacher dah berpeluh-peluh mendidik kami Inglish. Kami sayang teacher.” Err..

Ok. Hari tu ada kawan baik datang menangis kat aku cakap dia dibandingkan dengan kawan sebidangnya. Sebab ada sorang cikgu ni cakap. “Kalau Miza (nama kawan baik – bukan nama sebenar) tu boleh la ust L suruh-suruh macam tu. Kalau Dian (nama kawan lagi satu), dia tak berani punya.” Dan Miza kemain meraung sebab dia rasa pada pandangan guru yang bercakap tu, dia sedang dipijak. Hell no! Miza adalah spesies manusia yang suka tolong orang. Dan aku rasa, tak ada istilah dipijak bila Miza buat kerja tu dengan rela hati. Lagipun, kan ke bila kita mudahkan urusan orang lain Allah akan mudahkan urusan kita? Lagipun, ust L tu cuma mintak tolong buat kertas kerja yang cuma perlu ditaip sikit, dicopy dan cut sana sini lepas tu paste sini lepas tu print dan siap! Satu jam pun boleh siap kut. Haila persepsi orang. Aku tak faham. Tolong ikhlas sikit bila nak buat amal tu, boleh tak? Tak semestinya kita tak boleh buat apa yang bukan kerja kita. Dear Miza, bertahanlah! Kita buat kerja tolong orang kenana Allah, bukan kerana dipaksa atau dipijak. Selagi boleh tolong dan tidak membebankan, kita tolong. J

Okay. Itu aje yang nak dibebelkan.


p.s Sekarang tengah buat eksperimen One Word Essay. Harapnya tak lari konsep! (tak faham? Err. Takpe. Bai)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...