Sunday, 23 November 2014

Saya sayang sahabat-sahabat saya.

Bismillah.

Assalamualaikum.

Kadayah dah balik kampung. Kesian Kadayah sebab kena keluarkan isi perut kotak besar sebab Air Asia tak kasi bawak naik barang basah dalam cargo. Kadayah yang tadinya dah relax boleh gelak-gelak terpaksa cuak sebab flight tinggal lagi beberapa minit dan barang basah ni lagi nak dipindahkan ke dalam tong gabus putih yang kecil. Alhamdulillah kitorang tak balik lagi waktu tu. Ikin pun apalagi, keluarkan tab dia ala-ala wartawan berbayar :p

Alhamdulillah, persahabatan kitorang dah semakin pulih. Syukur ya Allah. Tak dapat digambarkan perasaan gembiranya bila tiada lagi rahsia dan syak wasangka antara sahabat. Semua orang bebas mengeluarkan pendapat masing-masing. Dan hari ni, aku borak dengan Ikin tentang uniknya kami bertiga.

“Tahu tak? Kita bertiga ni sangat unik. Berbeza. Tengok ye, saya ni jenis yang suka pendam, Kadayah pulak jenis yang cakap terus. Tapi kamu tengah-tengah, ada masanya kamu spontan, dan ada masanya kamu akan pendam.”

Aku senyap aje. Sebab antara kitorang bertiga, aku tahu aku adalah manusia yang paling tak peka. Ikin teruskan bercakap.

“Dalam soal kepimpinan, Kadayah di tangga teratas. Sebab Kadayah boleh bergaul dengan semua orang. Saya kedua sebab saya ni boleh je masuk ikut keadaan. Dan kamu pulak yang ketiga sebab tak banyak cakap dengan orang. Dengan orang tertentu je kamu bising.”

You nailed it, Ikin. “Lagi?” Aku rasa macam tengah dalam sesi perkenalan ice breaking dan kursus persahabatan untuk memulakan persahabatan yang lebih manis di tahun hadapan pulak.

“Tapi, kalau bab IQ, kamu nombor satu.”

Kahkah. Ku gelak kejap. “Sebab?” AKu dah terbayang betapa lambat pick-upnya aku selama ni.

“Sebab boleh tengok dari cara bercakap, cara bagi pendapat. Dan lagi, kamu berani meluahkan pendapat. Confident. Kalau saya ni tak berani sangat. Kadayah pulak dia tak berani kalau tak ada orang sokong.”

Dan perjalan balik ke kampung (kitorang dari bandar) pun diisi dengan perkenalan dari awal hingga ke hari ini dengan bermacam garam dalam persahabatan. Dan aku, mula peka tentang perbezaan dan persamaan antara kami, tentang hobi, warna kegemaran, makanan kegemaran..

Bersyukur. Terima kasih Allah, atas nikmat dalam samara ini. Perkenalan dengan Ikin dan Kadayah membuat aku lebih menghargai persahabatan-persahabatan yang pernah terjalin. Sekarang, aku tengah cuba untuk tetap ada ketika diperlukan sahabat-sahabat. Mencuba untuk memahami dan bertoleransi di samping tetap menjadi diri sendiri. Sedang cuba mendahulukan sangka baik dari prasangka negative.

Bila aku tanya Ikin macam mana nak ubat perangai aku yang tak suka bergaul, Ikin terus jawab, “tak payah ubah. Itu kamu. Jadi diri sendiri.”

I am blessed with wonderful friends and family. Terima kasih Allah atas anugerah mu yang tidak terhingga sedari hamba lahir ke dunia sehinggalah dewasa ini.

Tuesday, 11 November 2014

Friend in need is a friend in deed.

Bismillah.

Assalamualaikum.

Kehadapan blog yang dah tak aktif macam dulu. Di sini, aku ingin berkongsi sebuah cerita yang telah membuka mata dan fikiranku luas-luas.

Aku dah bagitahu dalam entri-entri yang lepas bahawasanya aku dah posting di kampung sendiri. Perasaan yang selalu aku umbar nak dikongsi, tak jugak terkongsi di sini. Sebenarnya aku nak bagitahu secara terperinci betapa perasaan aku ni berbelah bahagi sama ada nak gembira, sedih atau kecewa ditempatkan di kampung sendiri. Jiwa muda, katakan. Semangat nak merantau berkobar-kobar. Tapi, selalu aje tak ada masa. Agaknya Allah tak nak aku dwell dalam perasaan macam tu.

Aku dah cerita pasal Ikin dan Kadayah dalam entri sebelum ni. Dan aku rasa, Allah tempatkan dua sahabat ini di sekolah yang sama dengan aku sebab Allah nak permudahkan jalan aku ke arah pembaikpulihan diri. Kalau kita nak buat baik, Allah pasti akan tolong, kan? Dalil dalam surah Muhammad itu yang aku pegang sehingga ke hari ini. Di awal perkenalan dulu, riuh aje kalau kami bertiga berjumpa. Masing-masing sibuk nak memperkenalkan diri, menceritakan pengalaman.

Bulan-bulan sudah menyaksikan persahabatan yang tumbuh mekar dan kemudiannya kuncup semula. Sebab masing-masing dah kenal hati budi masing-masing. Masing-masing dah ada perspektif masing-masing terhadap diri masing-masing. Dan persahabatan kini sudah menjadi sesuam kuku.

Tapi, Allah takkan utuskan sesuatu itu tanpa sebab dan hikmahnya, kan? Nak dijadikan cerita, semalam hati ni tergerak nak pegi tidur rumah Ikin dan Kadayah. Walaupun Ikin cakap tak apa sebab Ikin tahu aku spesies cepat rindu ibu, aku tetap berkeras. Takdir Allah. Rupanya Kadayah tengah senggugut teruk. Aku adalah spesies kurang cakna. Kurang nak ambil kisah. Malas sikit nak manjakan orang. Jadinya, Kadayah aku layan ala kadar. Bagi minyak angin, tanya ok ke tak, larang minum air sejuk dan suruh bertungku. Itu aje.

Esoknya, Ikin nasihat. Ikin cakap, masa kita sakit dan susahlah baru kita tahu siapa sahabat kita yang sebenar. Masa sahabat susah dan sakitlah kita luang masa sepenuhnya dekat kawan kita tu. Patutlah Ikin beria suruh aku tengok Kadayah waktu Kadayah sakit kepala tempoh hari. Sorry, Ikin. Masa tu mood tengah tak betul, jadinya memang tak ada mood sangat nak jumpa orang. Lepas tu, Ikin suruh bagi nasi kuning dekat Kadayah pagi tadi. Aku pulak sangat malas nak cari mana satu kunci rumah yang betul untuk buka pintu rumah diorang. Nampak tak betapa tak bagusnya aku sebagai seorang sabahat? Astaghfirullah.

Resolusinya, balik sekolah tadi, aku singgah rumah Ikin. Kadayah tengah tidur. Sebelum solat Zuhur, sementara tunggu Ikin siap-siap nak ambil wudhuk untuk solat berjemaah, aku ambil dan urut tapak kaki Kadayah. Sebab sungguh, aku terkilan sangat dengan perangai sendiri. Sahabat spesies apa aku ni?

Sudahlah Noor. Buang sifat tak ambil kisah kau tu. Jangan apply dekat sahabat sendiri. Dan buang sifat malu tak kena tempat kau tu. Sifat malu untuk melakukan perkara kebaikan adalah sifat tercela, tahu?

Sekian, dari saya, insan lemah yang masih lagi belajar dari kesilapan-kesilapan tetapi sedang berusaha keras ke arah proses pembaikan diri.


Allah, forgive me. Guide me to the right path. Aamiin ya Rabbal ‘alamin.

Wednesday, 5 November 2014

PENGAWAS SPM

Bismillah.

Assalamualaikum.

Ok. Nak cerita bahawasanya aku jadi pengawas SPM 2014. Dan ianya merupakan satu pengalaman yang amatlah membosankan. Series.


Kenapa aku apply you may ask. Sebenarnya, sepatutnya, tak payah la aku nak sibuk-sibuk pun nak jaga SPM sebab aku duduk jauh dari bandar. Selalunya, yang jaga SPM ni adalah cikgu bandar yang malas nak masuk ke kawasan kampung aku waktu SPM ni berlangsung. Oh by the way, cikgu tak cuti sepanjang SPM. Budak-budak sekolah aje yang cuti. So, kitorang datang sekolah, tunjuk muka, duduk diam-diam, bosan, bosan dan bosan. Well, at least ada kawan nak dibawak bercerita, ye tak? Kalau jaga SPM, tak boleh bercakap, tak boleh asyik dengan handphone, tak boleh baca buku, pendek kata, JANGAN LEPASKAN PANDANGAN ANDA DARI BUDAK-BUDAK YANG SEDANG MENJAWAB. Well, technically, itu dah panjang kata. Oh well.

TETAPI, note that ada tetapi ye. Tetapi, kalau jaga SPM dapat elaun! Weheoo!! Kalau duduk goyang kaki dalam bilik guru dapat dosa kering aje dengar orang mengumpat itu dan ini. Huh. Serius, kadang tu aku rasa macam entah apa-apa aje berita aku dapat. Jadinya, untuk mengelakkan dapat tahu perkara yang boleh merosakkan persepsi aku terhadap mana-mana guru yang diumpat, adalah lebih baik aku chow, buat kerja sendiri, dan hujung bulan dapat elaun!

Sebenarnya, tak adalah semua bilik guru adalah sarang pengumpatan. Sebab sebelum ni tempat aku praktikal dan jadi guru ganti tak adalah sensasi lagi hangat macam ni. Kali ni, cerita sejarah silam orang pun sampai ke telinga. Huhu. Aku rasa, aku kut yang tak jaga telinga ni. Mesti ada silap kat mana-mana sampaikan berita yang sampai ke telinga jadi tak bertapis. Astaghfirullah..


Ok. Itu aje nak cerita. Semoga tak ada lagi soalan bocor. Aku dah taknak ulang jaga!!!!

Sunday, 2 November 2014

Allah bagi cabaran yang sama lagi.

Bismillah.

Assalamualaikum.

Serius. Kadang tak tahu nak share apa. Tapi nak jugak tulis whatever post dalam blog.

Oh. Tahu tak (mestilah tak tahu, kan?), in my entire life, macam tak pernah dalam persahabatan aku takde konflik. Sampaikan there was this one time, I sort of questioned Allah for His plan on me. Sampaikan aku rasa, kenapa eh Allah tak habis-habis uji aku dengan ujian persahabatan? Dan macam biasa, diri sendiri yang tak betul, diri sendiri jugak yang akan kembali kepada state of akal yang waras dan akan menjawab segala kekusutan. Mungkin, aku masih tak pass lagi bab kawan dan mungkin ada bab yang aku tak habis cover. Ya, ada kemungkinan semua tu.

Tahun ni, Allah kurniakan aku dengan dua orang sahabat baru, alhamdulillah. Ikin dan Kadayah. Newly posted teachers where I’m posted. Maksudnya, sekali posting dengan aku la. Sebenarnya, aku ni spesies jelly-jelly sikit. Dan Kadayah pulak adalah spesies main aci redah aje kalau bukak mulut. Kadang tu dia tak sedar yang dia tengah menjatuhkan air muka orang. She sometimes uses this kind of tone yang orang sekampung boleh dengar (HAHA well, exaggerating is still my middle name). Tak lah. It’s just, nada dia bercakap sangat high pitch dan kadang aku ni boleh tersalah tafsir nada tu sebagai nada yang sedang berkasar, insulting, atau tak suka pada aku. Dan sesungguhnya, aku sedang cuba untuk membiasakan telinga dan hati ni untuk menerima semua tu. Sebab, adalah sangat susah nak ubah orang. Dan adalah lebih senang mengubah persepsi sendiri, kan? Dan, aku sedang berusaha ke arah mengubah persepsi terhadap nada suara Kadayah. Allah, help me.

I am neither ashamed nor worried of my jelly heart. It has making me think twice before hurting people’s feeling with acts or words that I know will hurt me too.


Benda yang sangat remeh ini kadang-kadang mengambil ruang yang sangat banyak dalam hati kita kan? Well, we cannot run from it. The one thing to do is face it. Tapi, setakat ni aku cuma bersembunyi dalam bilik kaunseling sebab malas nak sakit hati. And now I’m friend with the counsellor too! Miahaha J
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...