Ketika Allah rindu pada hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian. Dalam hadith qudsi Allah berfirman: “Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.” (HR. Thabrani dari Abu Umamah)
Thursday, 28 March 2013
Tuesday, 26 March 2013
Skemata yang berbeza-beza.
Bismillah.
Assalamualaikum.
Okay. Petang tadi aku chat dengan sorang kawan yang
berpangkat adik. Dia dah nak kahwin. Sekarang kan fesyen kahwin muda.
Alhamdulillah.
“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian (bujang) di antara
kamu”.
Surah An-Nur: 32
Tengah-tengah chat tu dia cakap pasal kahwin muda
banyak faedah, ikut sunnah nabi, elak fitnah. Hmm jujur aku cakap, dia sedang
cakap dari perspektif mata dia yang tengah mood nak kahwin, dan aku pulak masih
dalam mood takutnya nak bercinta, nak tangguh dulu bab hati. Jadi apa yang aku
cakap dengan apa yang dia cakap, serius tak seiring.
Dia mesti lah promote kahwin muda kan. Aku cakap dah
ready ke belum tanggungjawab berat nak pikul lepas ni dia cakap pasal bab
masak, pasal hubungan keluarga. Taktahu la, bagi aku serius tak seiring.
Bila kitorang cakap pasal perubahan, aku cakap lah
doakan aku. Pastu dia balas, “takpe ada je tu cuma tak jumpa lagi, banyakkan berdoa,
solat jangan tinggal.” Erk? Apehal? Ini mesti mood nak kahwin banyak sangat
kot. Aku cakap lah, takpe kot aku nak belajar dulu. Dia balas, boleh je sambung
belajar dengan suami. Ngaaa memang semua dikaitkan dengan kahwin.
Pembetulan, aku bukan taknak kahwin weh. Tolak sunnah
nabi namanya tu. Gerun.
“Nikah adalah sunnahku (jalan agamaku), maka barangsiapa yang
cintakan agamaku hendaklah dia menjalankan sunahku itu”.
Riwayat Abu Ya’la dari Ibnu Abbas
Aku tengah mempersiapkan diri jugak kot-kot Tuhan dah
tetapkan jodoh untuk aku atas dunia ni.
“Dan Yang menciptakan semua yang berpasang-pasangan dan
menjadikan untukmu kapal dan binatang ternak yang kamu tunggangi”.
Surah Az-Zukhruf : 12
Manatahu kan, janji Kekasih (mati) sampai dulu sebelum
jodoh. Hahhh dah bersedia belum aku ni? Lagipun aku dah serik weh putus cinta
tengah belajar. Nanar! Parahhhh. Jadi, lebih baik aku lenturkan dulu keinginan
jiwa remaja aku yang meluap-luap ni.
“Dan orang-orang yang tidak mampu kahwin hendaklah menjaga
kesucian (diri)nya, sehingga Allah memampukan mereka dengan kurnia-Nya”.
Surah An-Nur : 33
Aku rasa semua orang kena consider perasaan orang
lain. Tak semestinya kau tak happy, semua orang kena tak happy sama. Dan tak
semestinya kau tengah bahagia, kau kena war-warkan dengan semua orang. Tak
semua kisah kita sama.
Sejujurnya, kita bukan gagal memahami bahasa
masing-masing. Kita cuma sedang berbeza situasi. Mungkin, masing-masing sedang
tenggelam dalam dunia sendiri.
Dear sis, aku seriously happy untuk kau. Jangan risau,
in shaa Allah matlamat kita tetap sama. Cuma haluan yang ditetapkan untuk kita
berbeza.
Rasulullah S.A.W bersabda :
“Wahai kaum pemuda! Barang siapa di antara kamu sekelian yang
sudah mampu memberi nafkah, maka hendaklah ia menikah, kerana sesungguhnya
menikah itu lebih dapat menahan pandangan mata dan melindungi kemaluan (alat
kelamin). Dan barang siapa yang belum mampu, maka hendaklah ia berpuasa, karena
puasa itu dapat menjadi penawar bagi nafsu”.
Hadis Riwayat Muslim
“Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang
nafsunya”.
Riwayat Bukhari
In shaa Allah. Doakan yang terbaik. Untuk semuanya.
Saturday, 23 March 2013
Demam.
Bismillah. Assalamualaikum.
Hari ni macam takde apa
sangat nak cakap. Tadi pegi library. Tahu la, bila nak mencapai keseimbangan
bioterma antara cuaca kat luar dengan kesejukan dalam library akan menghasilkan
seorang manusia yang demam. Yakni aku =.=
Demam-demam gini mula lah
rasa tak best. Bosan. Kawan aku suruh pegi rumah dia. Tapi aku ada artikel nak
translate. Tolong orang. In shaa Allah kalau kita mudahkan urusan orang, Allah
akan permudahkan pula urusan kita, kan? Bila rasa macam tak best nak tolong
orang, aku pegang ayat ni je la. In shaa Allah!
Aku tak pegi pun rumah
kawan aku tu. Sebab kalau kat sana confirm kerja tak siap. Sebab asyik nak
cubit anak dia je. Kawan aku tu bersalin tahun lepas. Awal tahun bulan 12. Oleh
sebab takde apa sangat nak cerita (walaupun sebenarnya dah berjela aku tulis),
aku nak kongsi gambar anak kawan aku ni.
Puteri solehah kebanggaan
umi dan abinya, in shaa Allah. Dhia Syahindah.
Hati mu Milik Siapa?
Bismillah.
Assalamualaikum.
Dua malam lepas, aku
dengan kawan-kawan baik berpeluang mendengar forum Hatimu Milik Siapa
berpanelkan Ustazah Fatimah Syrhah dan suami. Alhamdulillah, best.
Sedikit perkongsian daripada
apa yang aku dapat (yang aku tulis dalam kertas A4 sebab lupa nak bawak buku
catitan). Semoga bermanfaat.
1. Cinta umpama cangkul. Kalau digunakan untuk menanam bunga,
bermanfaat. Kalau digunakan untuk pecah rumah, mudarat. Cangkul tidak akan
masuk neraka atau syurga, tapi pembawanya yang akan tanggung akibat.
2. Cintailah yang lebih banyak berbakti kepada diri kita. Seharusnya cinta Allah cinta utama. Allah Maha Baik.
3. Kalau betul cinta, mesti selalu keep in touch. Dengan Allah.
4. Kalau rasa cinta manusia lebih dari cintakan Allah. Bandingkan keistimewaan dia dengan Allah. Kalau bulu mata dia cantik, Allah lah yang mencipta bulu mata dia tu. Hah, siapa lagi special? Allah jaaaaaaaaauuuhhhh lebih special. :)
5. Jangan buat Allah cemburu. Urus kasih sayang dengan redha Allah.
6. Kalau kita sayang sahabat kita kerana Allah, kena bantu sahabat kita jadi baik menuju syurga Allah dengan kita sendiri pun memperbaiki diri.
2. Cintailah yang lebih banyak berbakti kepada diri kita. Seharusnya cinta Allah cinta utama. Allah Maha Baik.
3. Kalau betul cinta, mesti selalu keep in touch. Dengan Allah.
4. Kalau rasa cinta manusia lebih dari cintakan Allah. Bandingkan keistimewaan dia dengan Allah. Kalau bulu mata dia cantik, Allah lah yang mencipta bulu mata dia tu. Hah, siapa lagi special? Allah jaaaaaaaaauuuhhhh lebih special. :)
5. Jangan buat Allah cemburu. Urus kasih sayang dengan redha Allah.
6. Kalau kita sayang sahabat kita kerana Allah, kena bantu sahabat kita jadi baik menuju syurga Allah dengan kita sendiri pun memperbaiki diri.
Dan, sedikit peringatan
untuk kita semua (untuk aku terutamanya).
Oyasumi. Selamat malam.
Wednesday, 20 March 2013
Solehah itu penting.
Copypaste from sederhanaindah.tumblr.com.
Solehah
itu penting.
kita
selalu dengar, “dunia ini penuh perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah
wanita solehah.”
dulu,
bila saya dengar ayat (hadis) ni, saya macam, tak berapa ambil pusing. sebab,
saya kurang faham dan saya rasa, iyalah, belum ada rasa dan hati nak ke arah
meminati wanita. saya berkawan dengan wanita, tapi untuk jatuh suka, belum
lagi, kut? (hahaha). saya mentafsirkan bahawa perempuan solehah itu baik. tapi
belum sampai tahap kepentingan.
sehinggalah
suatu hari. bila saya tumpang kereta seseorang. ahli keluarga saya. yang dah
berkahwin. saya duduk di kerusi belakang. menumpang untuk balik ke kampus. saya
tak la nak tumpang sangat, tapi mereka beria pelawa. jadi saya pun tumpang la.
(i)
ketika
itu pagi. kami belum bersarapan. jadi si suami memandu menuju ke sebuah
restoran yang terkenal dengan keenakan roti canainya. saya pun mengikut
sajalah. ketika melangkah ke kedai dan duduk, datang pelayan bagitahu yang roti
canai dah habis. si suami merungut. katanya “alah, kenapa habis pulak. time
orang nak makan, time tu la nak habis!” dan si isteri pula menambah “entahnya.
orang hujung minggu ni la buat banyak sikit. dah tahu orang ramai.”
saya
terpempan. terkejut. tersentak. saya teringat ustaz berkata dalam sebuah
ceramah ; “rezeki itu adalah sesuatu yang melepasi kerongkong kamu. jika
sesuatu itu berada dalam tangan, belum dikira rezeki lagi.” si suami marah
kerana tak dapat makan roti canai. kenapa nak marah? bukankah itu tandanya
tiada rezeki? kenapa tidak sabar dan redha? kenapa perlu merungut? dan saya
tambah kesal dengan kata-kata si isteri. (maaf cakap) si isteri itu bertudung
labuh. namun hatinya tak selabuh tudungnya. seharusnya seorang isteri itu perlu
menyabarkan suami. bukan menambah kemarahannya.
(ii)
kami
pun masuk ke dalam kereta. si suami masih lagi merungut. dan si isteri masih
lagi dengan kata-kata menyakitkan hati. kata-kata yang tidak menyabarkan.
kemudian berlaku sesuatu. ada sebuah motor memecut laju. si suami marah sebab
hampir melanggar motor itu. si suami dalam kereta memaki “hei celaka betul
budak ni! yang bawak laju-laju tu kenapa. nasib baik tak mampus aku langgar!”
si isteri pula menambah “entah budak tu. dah la orang tak dapat sarapan lagi
ni. buat pasal pula.”
saya
menggeleng. kesal. kesal sangat. sebagai seorang isteri, seharusnya dia
menyejukkan hati seorang suami. bukan menambah panas.
(iii)
si
suami masih lagi merungut. si isteri tiba-tiba berkata “tu la abang, tadi orang
dah cakap, keluar awal sikit. ini tidak. keluar lambat. kan dah tak dapat
sarapan. hah, padanlah muka.”
saya
kali ini mengetap bibir. rasa ingin meletus. tapi saya tak terdaya. saya tak
kuat. saya tak sanggup. kenapa si isteri berkata begitu? kenapa perlu menambah
marah? menambah kesakitan hati?
(iv)
setelah
sampai ke kampus, saya termenung sendiri. teringat kisah yang diceritakan oleh
ustaz dalam kuliah. tentang seorang isteri. suaminya pergi berniaga jauh. dalam
tempoh itu, anak mereka meninggal dunia. apabila si suami balik, si isteri
berdandan dengan cantik sekali. si isteri juga masak masakan yang sedap. si
suami sampai saja ke rumah, terus dilayan oleh oleh isteri. sesudah itu,
isterinya bertanya sesuatu.
“abang,
kalau orang bagi pinjam barang, lepas tu orang tu ambil balik, abang marah
tak?”
si
suami menjawab “eh mestilah tak. kenapa?”
“abang
sabar ye. sebenarnya, anak kita dah meninggal…”
“apa?
kenapa kamu tak bagitahu aku awal-awal???”
si
suami pun pergi berjumpa Nabi dan menceritakan semuanya. lalu Nabi berkata
“isteri kamu itulah isteri yang solehah. dia menenangkan kamu, menyabarkan
kamu, tidak membuat kamu berduka dan meredhakan kamu.”
dan
saya terfikir dengan situasi tadi. solehahkah seorang isteri yang menambah
kemarahan suami? solehahkah isteri yang menyalahkan suami? solehahkah isteri
yang menyakitkan hati suami?
isteri
solehah itu jika berlaku sesuatu yang luar dugaan akan berkata “sabarlah abang,
ini semua ujian daripada Allah.”
isteri
solehah itu jika suaminya susah, dia akan turut membantu.
isteri
solehah itu, bersyukur dengan segala kekurangan dan berkata “tak apalah abang,
ini semua kurniaan Allah. syukurlah saya ada abang. harta boleh cari, dan harta
bukan boleh dibawa mati.”
isteri
solehah itu, dengan sedaya upaya akan mengingatkan suami tentang kebesaran
Allah “abang, mari kita sembahyang ya? kita berdoa supaya Allah ringankan beban
kita.”
semua
hiasan dunia ini, kalau gagal dimiliki pun tak apa asalkan kita memiliki wanita
solehah.
apa
guna banyak harta kalau isteri cuma mahu mendesak-desak untuk memiliki lebih
harta lagi? apa guna isteri cantik kalau isteri itu akan merendahkan wajah
orang lain? apa guna isteri pandai dan bijak kalau suatu masa nanti dia akan
merendahkan kamu?
dunia
ini akan indah, kalau kita memiliki wanita solehah.
kerana
itu Nabi berkata ; dunia ini penuh dengan kesukaan. dan sebaik-baik kesukaan
adalah wanita solehah.
kini
saya lebih mengerti dan faham ayat ni. memang penting mencari yang soleh dan
solehah. ia bukan untuk menikmati dunia, tetapi untuk kita menikmati akhirat.
saya
mengeluh. ya Allah, kurniakanlah kami jodoh dari kalangan mereka yang solehah,
yang beriman dan bertaqwa pada-Mu ya Allah, yang sentiasa mengingatkan kami
kepada-Mu, yang menjadi penyejuk hati kami.
amin.
Tuesday, 19 March 2013
Ini untuk Allah.
Bismillah.
Rasa susah nak buat baik?
Susah nak mengenakan tudung labuh dengan sempurna? Susah nak pakai niqob dengan
istiqomah? Takut dengan usikan kawan-kawan, ahli keluarga, orang sekeliling?
Duhai muslimat sayang,
Allah tidak pernah
menjanjikan hidup ini akan mudah. Tapi Allah menjanjikan di setiap kesusahan
ada kemudahan. Firman Allah di dalam surah al-Insyirah ayat 5, “kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”, setelah itu
Allah menegaskan sekali lagi pada ayat seterusnya yakni ayat ke 6 surah yang
sama “sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”.
Allah
tidak pernah memungkiri janji-janjiNya bukan? Jadi, hendak khuatirkan apa?
Kerana jalan ini tidak mudah, maka ia tidak akan sunyi dari
rintihan dan air mata. Sesekali rasa ingin rebah, renung kalam Allah.
Tadabburlah pujukan-pujukan indah titipanNya.
Di dalam surah Muhammad ayat 7 Allah berfirman, “Hai
orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan
menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.”
Sudah, sapu air mata mu.
Jika kau lelah dengan kata-kata manusia, ucap lah lillah. Ini untuk Allah!
Duhai akhowat yang
dicintai kerana Allah,pilihan tetap saja di tangan kita. Tentang bagaimana orang lain menilainya
terpulang mereka. Yang pasti, Allah tidak pernah silap menilai isi hati
hamba-Nya.
Bahagia yang kita cari bukan terhenti setakat dunia yang
fana. Bahagia yang kita cari abadi, di syurgaNya sana.
When you want to do something lillahi ta’ala, ignore what
others might say. Because in the end, it’s between you and Allah.
“Speak good, or speak nothing. If you can’t
make things better, don’t make it worse.” – Aiman Azlan
Monday, 18 March 2013
Sangat susah untuk ikhlas.
Bismillah. Assalamualaikum.
Mungkin,
yang paling susah adalah mengikhlaskan segalanya.
Baru-baru ni
adalah beberapa page kat FB, blog-blog copy paste pastu tak bagitau source
quote dari mana (wah ini bajet blogger fofular nih!). Hati rasa tak tenteram. Arghh sangat susahnya nak ikhlas! Sangat
susah nak cakap pada diri “aku buat ini kerana Allah, ilham ini datang dari-Mu,
hamba hanya penyampai ilham kepada segelintir manusia, untuk membuka mata,
membuka hati, hakikatnya semua datang dari-Mu Ya Rabb.”
Mungkin ada
jugak kawan-kawan blogger yang rasa macam ni. Yang alah bisa tegal biasa yang
dah ikhlas kerana Allah, syabas sungguh-sungguh aku ucapkan. Aku nak capai
taraf macam tu. Aku nak ikhlas! Allahhhh sangat susahnya nak ikhlas. Sangat
susah!
Bila sapu
rumah kalau mak tak perasan rasa nak nangis taknak sapu rumah lagi. Kalau buat
sarapan sedap ayah tak puji rasa tak dihargai. Kalau beli alas kaki untuk bilik,
roommate tak ucap terima kasih pun rasa gelisah macam nak hantar balik je alas
kaki tu ke kedai. Apalagi kalau buat baik kat kawan-kawan diorang buat dek je,
rasa nak sepak muka sorang-sorang laju-laju. Kenapa susah sangat nak ikhlas?
Kenapa nak
jugak kredit dari manusia padahal kita dah tahu Allah janjikan balasan atas
amal kita walau sekecil zarah? Kenapa nak kotorkan amal yang mulanya kerana
Allah dengan rasa nak dihargai?
Kan Allah
ada sebut dalam al-Quran surah al-Zalzalah ayat 7 “Barangsiapa
yang mengerjakan kebaikan seberat zarahpun, niscaya dia akan melihat
(balasan)nya.”
Amal kecil-kecil pun Allah tengok, takyah nak minta pandangan
dari manusia. Manusia cuma dapat bagi rasa kembang hidung untuk berapa minit
je. Syurga abadi tu Allah yang bagi. Buat apa nak diharapkan kredit dari
manusia?
Pastu
dalam surah lepas surah al-Zalzalah, surah al-Aadiyat pulak Allah cela orang
yang sangat cintakan dunia. Alllah s.w.t ancam manusia yang ingkar dan yang
sangat mencintai harta benda yang diorang akan dapat balasan yang setimpal waktu
dibangkitkan dari kubur. Hasil-hasil tulisan yang nak kredit manusia, kerja-kerja
yang nak puji-pujian, pemberian yang nak balasan dan ganjaran dari manusia, itu
semua dunia, kan? :(
Allahhhhhh..
Sangat susahnya untuk ikhlas. *nangis
Harapnya,
firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 262 boleh membantu kita (aku
terutamanya) untuk ikhlas seikhlasnya dalam segala hal dan perbuatan.
“Orang-orang
yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa
yang dinafkahkannya itu dengan menyebut-nyebut pemberiannya dan dengan tidak
menyakiti (perasaan si penerima), mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan
mereka. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih
hati.”
Allah,
bantu hamba untuk ikhlas.
Selama
ianya bermanfaat untuk saham akhirat, in shaa Allah aku akan berusaha untuk
ikhlas. Sangat susah, tapi aku akan usaha jugak! Mohon doa dari semua.
Monday, 4 March 2013
Tersepit di antara keperluan dan kemahuan.
Bismillah.
Assalamualaikum.
Baru-baru ini aku
dihadapkan dengan satu ujian antara dua insan. Oh ini bukan adegan drama
kumbang dan bunga ya. Ini drama cinta sejantina. Ukhwah fillah, in shaa Allah.
Mungkin tidak
perlulah diterangkan panjang lebar tentang jalan cerita yang telah membuat aku dilemma.
Cuma yang aku tahu, adalah amat sukar untuk membuat keputusan memilih di antara
kemahuan dan keperluan. Susahnya nak menerangkan kalau tak pakai tamsilan.
Baik, ini ceritanya (yang diubahsuai).
Seorang kawan
mempunyai sepasang kasut getah. Harganya murah. Tapi kalau aku membeli kasut
itu dia akan mendapat wang tambahan untuk pembiayaan sakit ibunya. Aku memilih
untuk membeli kasut getah itu. Tidak lama, datang pula seorang kawan mempunyai
kasut yang comel. Warnanya menarik perhatian ku. Walaupun harganya mahal, tapi
itulah kasut yang aku idam-idamkan.
Ketika kasut
berkasut comel datang kepadaku, ada teman lain yang bersetuju untuk membeli
sepasang kasut getah. Jadi, aku bersetuju memilih kasut comel. Selang sehari
sebelum hari yang dijanjikan, teman yang mahu membeli kasut getah terpaksa
membatalkan pembeliannya. Tinggal lah kawan penjual kasut getah tanpa teman
pembeli. Akhirnya, aku memilih kasut getah.
Inilah bezanya
kemahuan dan keperluan. Dan kalau ada perang di antara keperluan dan kemahuan,
maaf aku terpaksa memilih keperluan walaupun ada hati-hati yang akan terluka.
Maaf berjuta kali maaf. Aku sedar, ini salah ku. Maaf.
Pilihan tetap saja
di tangan kita. Tentang bagaimana orang lain menilainya terpulang mereka. Yang
pasti, Allah tidak pernah silap menilai isi hati hamba-Nya.
*entah kenapa melalut
sampai ke kasut comel dan kasut getah
Subscribe to:
Posts (Atom)


.jpg)






















