Ketika Allah rindu pada hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian. Dalam hadith qudsi Allah berfirman: “Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.” (HR. Thabrani dari Abu Umamah)
Thursday, 31 May 2012
Kembali.
Rasulullah s.a.w bersabda: "Jangan sekali-kali seseorang
kamu bercita-cita hendakkan mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; kalau
keadaannya mendesaknya meminta mati, maka hendaklah ia memohon dengan berkata:
"Ya Tuhanku, hidupkanlah daku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan
matikanlah daku apabila mati itu lebih baik bagiku." Anas
r.a.
‘Ya Allah,
seandainya nanti imanku telah sempurna, kembalikanlah aku kepada-Mu, Ya Allah.’
p/s: Mungkin akan dimasukkan dalam doa Nur Hani dalam usaha mencuba menulis novel. Hee~ =P
p/s: Mungkin akan dimasukkan dalam doa Nur Hani dalam usaha mencuba menulis novel. Hee~ =P
Sabar.
Nasihatku
buat NoorVictory,
Jadilah
rumput nan lemah lembut, tak luruh dipukul ribut, bagai karang di dasar lautan,
tak terusik dilanda badai..
Dalam
suka hitunglah kesyukuranmu, dalam senang awasi kealpaanmu, setitis derita
melanda, segunung kurniaanNya
Usah
mengharapkan ke segalanya, dalam perjuangan penuh pengorbanan, usah dendam
berpanjangan, maafkan kesalahan insan.
Dalam
diam taburkanlah baktimu, dalam tenang buangkanlah amarahmu, suburkanlah sifat
sabar, di dalam jiwamu itu..
Wednesday, 30 May 2012
Tuesday, 29 May 2012
Esok belum tentu ada.
Niat
yang baik jangan dilambat-lambatkan.
Kalau bukan hari ini bila lagi? Kita sendiri tidak boleh menjanjikan esok lusa tulat minggu depan bulan depan dan tahun depan ada lagi untuk kita.
Monday, 28 May 2012
Dari hati jari menari.
Terjunlah
ke lubuk hati,
Sentuh
tiap-tiap sudutnya,
Dari
hati kau kan temui,
Dari
hati jari menari.
Dengan
cinta dan harapan,
Dengan
angan dan pengalaman,
Dengan
ilmu dan iman,
Dari
hati, jari menari.
Yang
lalu jadikan pengajaran,
Yang
lepas jadikan tauladan,
Dari
hati jari menari,
Lepaskan
dan coretkan,
Biar
jadi pedoman buat teman-teman.
*Sebetulnya
aku tengah berusaha untuk terjun ke dunia penulisan. Semoga Allah permudahkan. Dan
untuk cubaan pertama ini, aku mohon dijauhkan dari writer’s block. Semoga Allah
redha.*
Buatmu, masa.
Masa
membuat aku terburu-buru,
Sehingga
aku larut dalam lelahku.
Masa
yang sempit menghimpit aku,
Membuat
aku nanar dan buntu.
Cukup
sekadar ruang yang satu itu,
Kau
beri aku waktu,
Untuk
larut dan asyik dengan cintaku.
Masa,
Aku mohon,
Tolong
jangan cemburu.
Sunday, 27 May 2012
Sebal.
Kadang-kadang
aku rasa sangat meluat dengan kesibukan yang tak berhenti-henti sepanjang hujung
sem. Macam inilah selalunya. Hujung sem kerja pun mula lah bertimbun. Dan dek
kerana kerja yang berlambak ini kadang-kadang aku mengabaikan waktu tidur,
makan dan waktu bersama kawan-kawan. Arghhh! Paling penting, hari ini aku
terlepas kursus pengurusan jenazah. Serius rasa nak menangis puas-puas. Sebal.
*Tapi,
sibuk itu juga kan nikmat yang Allah bagi? Aku kan dah berjanji untuk pandang
semuanya dengan pandangan rahmat Allah? Bukan keluh kesah? Ada hikmah untuk
segala-galanya insya-Allah.*
*Haila
proposal, haila report, haila prestasi kerja yang menurun.*
Al-Matsurat : Do'a & Dzikir Pagi Hari
*Sangat sibuk sampai tak sempat nak taip panjang-panjang. Semoga hari-hari kita diredhai Allah.*
Saturday, 26 May 2012
Berubahlah kerana Allah.
Jangan
berubah kerana tempat, fesyen, masa, harta atau manusia.
Kerana tempat akan berubah.
Fesyen akan berputar.
Masa akan berlalu.
Masa akan berlalu.
Harta akan habis.
Manusia
akan mati.
Tapi
berubahlah kerana Allah.
Hanya
Allah yang kekal, dan kerana Allah yang menghitung segala amal kita.
Friday, 25 May 2012
Yang terbaik bukan terbanyak.
Dipetik
dari buku Batu Bata Kehidupan by Hilal Asyraf.
Ayat
2 dari surah al-Mulk bermaksud:
‘Dialah
yang teleh menciptakan kematian dan kehidupan untuk menguji kamu, siapakah
antara kamu yang terbaik amalnya; dan Dia Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.’
Soalan
Hilal Asyraf, kenapa terbaik? Kenapa bukan amalan terbanyak?
Sebabnya
bukan yang banyak menjadi ukuran, tetapi yang terbaik akan mendapat perhatian.
Komen
aku?
Orang
putih pun mengakui kesahihan ini. Diorang cakap ‘it’s not about the quantity,
quality that counts’.
Dan
lagi, macamana nak tahu mana amalan kita yang terbaik? Buatlah yang terbanyak. Insya-Allah
dalam banyak-banyak itu akan ada yang terbaik yang sangat disukai Allah.
Wallahu’alam!
Thursday, 24 May 2012
Jangan susah hati.
Siapa
yang susah apabila dia berdua? Tambahan apabila yang bersamanya itu adalah Yang
Tidak Terkalahkan oleh sesiapa?
Batu
Bata Kehidupan by Hilal Asyraf
Novel Kasih yang Suci.
Novel Kasih yang Suci sudahpun habis aku khatamkan dengan perasaan yang
mencurah-curah ke ladang gandum.
Dan
aku masih, masih, semasih masihnya tidak menyukai watak Seth! Dan lagi, memang
jalan penceritaan novel dengan drama Nora Elena sangat berlainan.
*dah
nama pun adaptasi longgar, kan? dan aku tau aku memang terlambat pun nak komen
apa-apa. dan aku sebenarnya dah habis baca novel ni minggu lepas lagi sebelum pegi Raudhatus Sakinah.*
Wednesday, 23 May 2012
Dengan rasa cinta pada Allah, segalanya jadi indah!
Jangan klik play tau kalau tak berani tengok.
Pada 11 Jun, 1963, Thich Quang Duc, seorang sami Buddha yang berusia 67-tahun dari Vietnam tengah, membakar dirinya di Saigon untuk menarik perhatian kepada dasar-dasar penindasan rejim Diem Katolik yang mengawal kerajaan Vietnam Selatan pada masa itu. Sami-sami Buddha meminta rejim itu untuk memansuhkan larangan mengibarkan bendera Buddha tradisional, untuk memberikan agama Buddha hak yang sama sepertimana agama Katolik, untuk berhenti menyekat penganut agama Buddha dan untuk memberi sami-sami dan biarawati Buddha hak untuk mengamalkan dan menyebarkan agama mereka. Ketika terbakar, beliau tidak bergerak mahupun meraung walau sedikitpun.
Apa yang aku nak ketengahkan bukanlah isu bakar diri sendiri. Tapi dengan adanya sifat bertuhan yang kuat dalam diri, tiada apa yang menyakitkan di dunia ini. Bila semuanya dilakukan kerana Tuhan, semuanya akan terasa tidak sia-sia, mudah dan indah. Kerana segalanya ikhlas kerana Tuhan.
Kenapa aku letak video dan bagi contoh pasal agama Buddha pulak padahal dalam Islam terang-terangan banyak contoh yang boleh diketengahkan? Contohnya, kisah Sumaiyah yang bertahan hingga hujung nyawanya mempertahankan agama Allah dan menolak untuk kembali kafir bahkan dia tahu tuannya, Abu Jahal akan menyulanya dan membunuh tiap satu ahli keluarganya. Contoh yang kedua, Bilal bin Rabbah yang tidak berhenti melaungkan kalimah ‘Allah Yang Esa’ sekalipun jasadnya diseksa dengan tidak berperikemanusian di tengah padang pasir yang panas. Dan lagi, Mus’abbin Umair yang terus berperang walaupun kedua belah tangannya telah terputus? Dan lagi, Abu Bakar as-Siddiq yang melindungi Rasulullah di dalam Gua Thur sehingga menitis air matanya dipatuk ular tapi dia bertahan agar air mata tidak jatuh mengena wajah Rasulullah.
Sekiranya hati kita ikhlas kerana Allah, kita tidak akan teragak-agak untuk meninggalkan dunia yang fana ini. Kerana kita tahu, ganjaran di akhirat kelak pasti berbaloi atas segala jerih perih kita di dunia ini. Ouh, sebab aku letak video sami tu? Cuma nak tunjuk rasa bertuhan akan buat kita kuat. Kalaulah zaman nabi dan para sahabat dulu ada video recorder, pasti kita akan merasa lebih takjub!
Wallahu’alam.
Tetaplah begini.
Di
malam penuh bintang di atas sejadah yang ku bentang,
Sedu
sedan sendiri mengadu pada Yang Maha Kuasa,
Betapa
naïf diriku ini hidup tanpa ingat pada-Mu,
Urat
nadi pun tahu aku hampa.
Di
malam penuh bintang di bawah sinar bulan purnama,
Ku
pasrahkan semua keluh dan kesah yang aku rasa,
Sesak
dadaku menangis pilu saat ku urai dosa-dosaku,
Di
hadapan-Mu ku tiada ertinya.
Doa
qalbu tak bisa aku bendung,
Deras
bak hujan di gurun Sahara,
Hatiku
yang gersang,
Terasa
oh tenteram.
Hanya
Engkau yang tahu siapa aku,
Tetapkanlah
seperti malam ini,
Sucikan
diriku,
Selama-lamanya.
Terima
kasih kepada seorang kawan baik yang comel yang memperkenalkan aku dengan lagu
ini dulu. Semoga kita sama-sama istiqomah. Insya-Allah boleh, kan? ;)
Tuesday, 22 May 2012
Jangan takut.
Jangan pernah takut. Allah akan sentiasa bersamamu. Allah tidak pernah membiarkan kau sendiri menjalani takdir hidupmu.
Buatmu yang terindah.
Buat
Nur Hani dan penghuni-penghuni Raudhatussakinah.
Mungkin
tak perlu kata-kata indah,
Cukup
pada luahan rasa,
Tanda
cakna.
Mungkin
tak perlu air mata,
Cukup
cuma titipan doa,
Tanda
terima.
Aku
pun jua manusia,
Tak
lepas dari cela,
Ada
saatnya aku lalai dan leka.
Aku
pun sepertimu jua,
Beza
kita cuma pada taqwa.
Kau
dan aku,
Kita
sama makhluk Allah.
Kau
dan aku,
Kita
sama pendamba syurga-Nya.
Beza
kita cuma darjat di sisi Tuhan.
Entah
Dia mengangkatmu tinggi dari aku,
Cuma
Dia saja yang tahu.
Selamat
berpuasa di bulan Rejab! ;D
Monday, 21 May 2012
Hasil runaway #1#
Ingat lagi kisah Nur Hani? Sabtu lepas aku ke Raudhatus Sakinah. Menyelami hati Nur Hani-Nur Hani di
raudha buat aku insaf. Betullah, hidayah diturunkan dalam pelbagai bentuk.
Tapi, aku kongsi satu-satu dulu ya apa yang aku jumpa di raudha (hasil dari runaway).
Air mata. Hah, ada
lagi dua jenis air mata. Air mata takut dan air mata kesedihan. Air mata takut
itu mengalir dan selepas itu kita tidak melakukan silap itu lagi. Kita benar-benar
bertaubat. Air mata sedih itu pula bila kita menangis dan esoknya tetap buat
benda yang sama. Takde effect.
Oleh itu, jangan
biar syaitonirrojim manipulasi air mata kita tau! Ouh, by the way, aku telah selamat melantak seekor keli berlada masa aku runaway tuh. Alhamdulillah! ;D
Thursday, 17 May 2012
Runaway.
Hari
ni, esok, lusa dan mungkin juga tulat aku akan berada di suatu tempat yang jauh
dari laptop ini. Jauh dari hidup yang menyesakkan. HAHA padahal kesesakan itu
akan ikut juga dalam kepala. Haila proposal, haila reports, haila research
question. Tapi kan, you wanna know sweet escape ever? By reading al-Quran and
pray. In short, by remembering Allah! ;D
p/s:
Entah kenapa dan entah bila tekak ini tiba-tiba teringin makan ikan keli
goreng.
Wednesday, 16 May 2012
Selamat Hari Guru!
Selamat
Hari Guru!
Wah
hari ini beruntunglah untuk yang bergelar guru. Pegi sekolah mesti dengan hati
kembang berbunga-bunga sebab ada kemungkinan besar dapat hadiah atau surprise
dari pelajar-pelajar. Tapi kan, kan, kan. Kita lupa pada dua guru yang telah
mendidik kita dari kecil. Ibu dan bapa kita.
Waktu
aku kecil dulu mama selalu bawak aku kira anak tangga kalau nak pegi mana-mana supaya aku
boleh pandai mengira. Lepas tu sebelum tidur mesti dapat bedtime story yang
best-best. Yang sampai sekarang aku ingat! Kat rumah aku memang tak sah kalau
takde tampal-tampal ‘Mari Mengenal Huruf’. Mama jugak yang ajar aku melukis. Kecik-kecik
dulu suka sangat ke kedai buku beli drawing block sorang satu lepas tu lukis
macam-macam pastu tampal kat bilik. Masa kecik-kecik pun mama dah ajar ngaji. Supaya
bila hantar kat rumah ustaz yang ngajar ngaji takdelah malu sangat aku taktau
satu huruf pun. Dan takdelah nak menyusahkan ustaz tu sangat.
Papa
pulak ajar aku kayuh basikal. Bayangkan, mula-mula basikal tu ada roda tiga kat
belakang. Lepas papa dah confident yang anak gadis beliau dah boleh kayuh
basikal dengan jayanya, papa pun buka tayar kecik kat belakang. Hasilnya? Ya,
aku menonong laju masuk dalam semak belakang rumah jiran. Terima kasih pokok
semalu yang sudi menjemput aku. Jangan tak percaya, papa lah yang ajar aku
kerja kat dapur. Macamana nak potong bawang, cuci sayur, cara-cara nak duduk
dengan sopan masa nak tumbuk bawang. Semua tu papa yang ajar.
Untuk
jasa keduanya, aku bersyukur sangat-sangat dengan Allah sebab kurniakan aku dan
adik-adik insan sebaik mama dan papa. Untuk mama dan papa, terima kasih sebab dah jalankan amanah Allah dengan sebaiknya, terima kasih sebab dah didik Noor dan adik-adik. Hari ni tak macam tahun-tahun sudah. Aku dah
tak wish cikgu-cikgu kat Facebook (sebab aku dah deactivate Facebook). Hari ni
aku cuma nak titip doa ikhlas dari hati untuk semua insan yang pernah dan sedang mendidik
aku. Termasuk kau juga. Semoga kita semua diberkati Allah. Selalu.
p/s:
Habis tu, macamana nak berterimakasih dengan pengalaman yang banyak mengajar
aku? Hah! Dengan belajar dari pengalaman. ;)
Untuk
semua guru, bakal guru, bekas guru, yang pernah dan sedang mendidik, SELAMAT
HARI GURU. Semoga Allah memberkati semuanya. ;D
Tuesday, 15 May 2012
Kasih yang Suci dan Warna Hati.
Kan
dah cakap nak dihujani buku? Kan dah cakap nak ada mini library sendiri?
Novel-novel yang dipesan tempoh hari dah selamat sampai dan dah selamat
dibungkus dengan wrapping paper bunga-bunga lagi! Siap direbenkan lagi penanda
bukunya yang comel-comel!
Aku
ingin terjun ke lautan fantasi novel (yang mungkin reality sesetengah insan).
p/s
: Buat masa ini, aku tengah geli-geleman dengan Seth Tan dan muka memang tak
sah kalau tak kerut-kerut bila baca part yang ada Seth. Entah kenapa, aku benci
watak Seth. Pembacaan setakat ini. Heh.
Cukuplah.
Cukuplah
dengan membuat diri sendiri percaya dan selesa dengan cara tersendiri.
Selamanya kau takkan dapat memuaskan hati semua orang. Selamanya kau takkan dapat buat semua orang faham. Seperti juga kau takkan dapat memahami semua orang. Cukuplah sekadar kau tidak menghakimi sewenangnya.
*Kepada
yang sedang berubah ke arah kebaikan, aku doakan kalian sukses dan selalulah
istiqomah! Semoga Allah permudahkan! Benda yang baik jangan dilambat-lambatkan!
;D*
Doakan aku.
Semalam tiba-tiba yang tak dijangka aku dapat panggilan telefon.
Kata adik kesayanganku, “Kak Noor dah berubah, tak selalu happy macam dulu, dah tak happy go lucky. Kalau cakap kat telefon pun boleh rasa kesedihan kak Noor.”
Kata adik kesayanganku, “Kak Noor dah berubah, tak selalu happy macam dulu, dah tak happy go lucky. Kalau cakap kat telefon pun boleh rasa kesedihan kak Noor.”
Kata
kakak kesayangan pula, “Kakak tahu kau kuat. Kakak nak tengok Noor yang dulu. Adik
cakap kau ketawa dah tak ikhlas macam dulu.”
Dear
kakak dan adik kesayangan, tidak dinafikan, selagi nafas ini masih berhembus,
namanya akan sentiasa membuat hatiku berdebar-debar. Tapi yakin dan percayalah
yang hatiku yang telah hancur itu sedang dibaik pulih. Aku tak akan kembali total seperti aku yang dulu. Aku akan menjadi okey dengan versi yang sepatutnya kamu
kenali. Dan aku mohon, tolong tetap bersamaku. Sebab di jauh di lubuk hati
terdalam, aku tetap aku yang kamu kenali dulu.
p/s : Kan bagus hidup boleh jadi dalam novel. Sedar-sedar sepuluh tahun dah pun berlalu?
Monday, 14 May 2012
Teruslah melangkah, di hujung jalan pasti ada sinar.
Dalam
meniti laluan kehidupan,
Adakala
kaki tersadung pada akar-akar banir yang besar dan berselirat,
Dek
kerana jauhnya mata memandang ke hadapan,
Atau
pekatnya malam yang tidak bercahaya.
Tapi
jatuh sekali bukan bermakna selamanya akan duduk mengaduh,
Menyesali
keterlekaan,
Mengubati
luka di kaki.
Jatuh
dan bangunlah.
Teruslah
memandang ke hadapan,
Dan
teruslah melangkah sekalipun disakiti onak dan duri,
Sekalipun
terpaksa meniti laluan sempit bersendiri,
Melalui
hutan belukar yang penuh merabahaya tersembunyi,
Sekalipun
terpaksa meniti batuan licin yang memungkinkan jatuh lagi.
Kerana
tiada siapa tahu apa yang ada di hadapan.
Kerana
sekalipun sepanjang jalan itu berliku,
Melelah
dan meresahkan,
Di
hujung jalan pasti ada sinar,
Di
hujung penantian pasti ada bahagia.
Kalau
tak nampak di dunia,
Di
syurga Allah nanti pasti,
Insya-Allah.
Aku tidak layak menghakimi.
Aku tidak layak menghakimi sesuatu yang aku tidak tahu asal usul pucuk pangkalnya. Justeru, aku tidak layak berburuk sangka atas suatu apa pun.
Saturday, 12 May 2012
Buat insan yang dicintai.#2#
Kalau dulu aku cakap aku lepaskan kau tanpa syarat, kan? Sekarang aku nak betulkan ayat aku tu.
Aku lepaskan kau dari hati ini kerana Allah. Semoga Allah memberkatimu selalu. ;)
*LEGA!*
Tersenyumlah wahai hati yang bersedih.
Di dalam hati manusia itu ada kekusutan yang tidak akan terurai kecuali dengan menerima kehendak Allah. ;)
p/s: Kali pertama letak smiley dalam entri. Rupanya aku masih punya hati. Alhamdulillah.
Bicara Hatiku-Nice
Kata seorang teman, “Aku suka lagu ni, buat aku lebih yakin mendepani hari-hari depan yang tak pasti.”
Teman, jalan yang ada di hadapan telah dibentangkan untuk kita eksklusif dari Allah. Tak perlu risau, Allah sentiasa bersama kita. Apa yang kita perlu buat cumalah berjalan tanpa henti.
Kata teman ku itu, "Terima kasih. Oleh sebab kau bagi kata-kata semangat ini, aku nak hadiahkan lagu ini untuk kau."
Allah datangkan petunjuk dalam pelbagai rupa dan bentuk. Jadi, untuk segalanya, alhamdulillah, thank you Allah!
Friday, 11 May 2012
Ingatlah Allah. Selalu.
Jiwa
yang jauh daripada mengingati Allah kegelisahan sepertimana seekor ikan yang
berjauhan dari air, maka lihatlah betapa gelisahnya seekor ikan yang berjauhan
dari sumber air.
-Senjata
Penuntut Ilmu by Ustaz Nik Anwar Zakaria-
*Ya
Allah, minggu ini sangat penat*
Subscribe to:
Posts (Atom)

















































.jpg)