Assalamualaikum.
Setiap
hari aku akan masuk dua kelas yang berbeza. 2R dan 2T. Dan kedua-dua kelas ini
sudah tentunya mempunyai tahap pengetahuan yang berbeza-beza. 2R mungkin aku
boleh klasifikasikan sebagai kelas yang agak cerdik, dan kelas 2T pula, bukan
kurang cerdik, cuma mereka malas dan tak mahu mencuba.
T__T
sebagai seorang guru, sudah tentunya aku sedih. Bukan hanya kerana aku penat
menjerit-jerit memberi arahan itu dan ini tapi tidak dipedulikan, tapi kerana
pelajar-pelajar ku ini ambil enteng tentang bahasa kedua ini. Hari itu ada
seorang budak cakap “cikgu, cakap BM lah cikgu.”
Bukan,
bukan cikgu memartabatkan bahasa luar. Bukan meminggirkan bahasa ibunda. Cumanya,
cikgu sedang mengajar awak semua bahasa kedua. Justeru, mahu tak mahu awak
semua kena juga didedahkan dengan bahasa itu. Bagaimana mungkin cikgu mengajar
tentang bahasa kedua ini tapi menggunakan bahasa lain sebagai bahasa pengantar?
Lagipula, kalau bukan cikgu yang menggerakkan awak semua untuk berbahasa
Inggeris, siapa lagi? Untuk memaksa diri sendiri, erm. Entah lah. Awak semua ada
jawapannya, kan?
Lagipula,
bukan cikgu berbahasa Inggeris secara total. Cikgu buat bilingual dalam kelas,
kan? Dengan harapan agar awak semua mudah menerima. Walaupun cikgu terpaksa ulang
benda yang sama ulang kali dan setiap kali memberi arahan cikgu terpaksa
jerit-jerit memandangkan awak semua tak reti duduk diam dan mulut itu tak
berhenti-henti nak cakap itu ini. Tambahan lagi budak-budak kelas sebelah yang
suka-suka nak intai-intai kelas kita dan bawa kawan awak berbual di tingkap. Ya
ALLAH, sedih.
Sebagai
seorang guru, aku merasakan aku gagal.
Hari
ini awak semua dah mencabar kesabaran saya. Alhamdulillah setakat ini sabar
saya masih ada batasnya. Entah bila hendak berada di luar batas, wallahu’alam,
semoga awak tidak menemukan sisi cikgu yang itu. Cikgu sendiri tidak mahu
melihat diri cikgu hilang sabar dan hilang kawalan. Mungkin akan memalukan diri
cikgu sendiri saja. Dan mungkin akan menyakiti awak semua.
Sungguh,
cikgu sedih bila awak semua tidak mahu sekumpulan dengan rakan berlainan
bangsa. Hancur sungguh hati ini melihat pelapis kepada pucuk pimpinan di masa
hadapan menolak untuk bergaul dengan rakan lain rumpun. Apa nak buat? Buntu.
Sedih.
Menyentuh soal journal yang aku tugaskan pula.
Kata
seorang pelajar ku, “cikgu, kehidupan kami tiada yang menariknya. Tiada apa
yang hendak ditulis dalam journal ini.”
Senyum.
“Kalau
awak nak tahu, selangkah awak keluar dari pintu rumah, dari situ pengembaraan
awak dah bermula. Kalau nak lebih menarik, awak gambarkan sungguh setiap
kejadian yang awak lalui. Macam saya, hari-hari pun sama. Pegi dan balik
sekolah. Buat teaching aids dan lesson plans. Tapi hari-hari ada pengajaran
yang boleh kita ambil. Sebagai contoh, hari ini kena take note satu perkara:
-Satu
senyuman sudah cukup untuk menceriakan hari. Dan wajah masam anda mungkin akan
merosakkan hari seseorang.-
Hah.
Walhal diri sendiri kurang senyum. Siap ada pelajar cakap ‘she has a tiger
face, but a girl’s heart’ HAHA. Tapi hari ini aku memang bersedih sebab
kepulangan diterima dengan wajah masam. Tapi husnuzzon saja. Mungkin kawan baik
itu ada masalah sendiri, mungkin dia juga penat. Erm. Sebenarnya, saat buka mata pagi itu, pengembaraan awak telah pun bermula.”
Entah,
tapi aku memang suka kutip pengalaman hari-hari. Hari-hari akan bercakap dengan
diri sendiri macam bercakap dengan diari.
Ah,
masalah dengan pelajar yang suka bercakap tanpa henti dan racism masih
memeningkan kepala. Sungguh!
Ouh,
hari ini lepas puas membebel aku menyanyi dalam kelas. Aku malas nak marah
lama-lama. Pun juga malas nak pujuk (nanti naik kepala). Lepas habis kelas
budak siap tanya lagu apa yang aku nyanyi tadi. Lagu Hurry Home to Roturua.
Tau? ;)
ALLAH,
kami tidak minta Engkau permudahkan jalan ini, tapi mohon agar Engkau jadikan
kami dalam kalangan hamba-Mu yang redha, sabar dan ikhlas dalam menjalani
takdir yang telah Engkau tetapkan.
p/s: Ada idea untuk menangani pelajar begini? Mohon bantuan. T__T