Assalamualaikum.
Semalam (sabtu
22/09/12) aku pegi sekolah jugak sebab cuti berganti. Hari ni students kelas 2R
siap peril-perli “teacher dah rehat!” aku tengok jam ada setengah jam lagi nak
rehat!
Rupanya aku lepaskan
diorang awal setengah jam waktu lecturer observe Jumaat 21/09/12! Nervous punya pasal. Huhuhu. Patut
diorang macam terpinga-pinga langsung tak berganjak keluar kelas bila aku
suruh. Siap aku suruh stand up and cakap “thank you class”. Pastu diorang tak
keluar jugak. Hairan! Apa taknak rehat bebudak ni??
Bila aku dah masuk
bilik guru baru lah kawan-kawan aku cakap.
Kawan baik 1: Weh! Kau
keluarkan kelas kau awal hari ni???
Kawan baik 2: A’ah,
kawan baik 1 siap marahkan si Ali (bukan nama sebenar) sebab jalan-jalan kat
kantin.
Aku : (cek jam,
tengok jadual) laaaaaaaa hari ni Jumaat aku tengok jadual hari biasa. Huhuhuhu!
Dalam fikiran,
macamana lesson plan 75 minit boleh muat-muat dalam 45 minit??? AJAIB!
Oh, sambung cerita
semalam. Aku cuma dapat satu kelas relief. 2G. aku pun masuk dengan machonya. Dari
jauh aku nampak a girl tengah bercakap telefon. Aku panggil, dia lari. Aku tanya
kawan-kawan dia yang ada masa tu (kelas tu cuma ada 5 orang je semalam!) semua
taknak jawab nama dia siapa. Aku sabar. Duduk siapkan reflection pastu bercakap
dengan Sassi. One of 2G students. Aku siap belajar bahasa Tamil lagi. (more
vocabs! I like!)
Pastu bila
reflection dah siap aku pun cakap dengan Sassi.
“You jaga kelas tau
jangan bagi siapa keluar kejap lagi saya naik balik.”
Pastu aku pegi bilik
guru, ambil drawing block, pencil case dan colour pencils. Aku pun menapak
balik ke tingkat 2.
And to my very
surprise, budak perempuan tadi datang balik and still gayut kat telefon!
“Sini! Jangan sampai
saya hilang sabar! Bagi saya handphone kamu tu!”
Lepas aku dah
marah-marah, kawan-kawan dia pun cakap bagi la, bagi la (dalam bahasa Tamil
tapi aku macam boleh faham sikit-sikit HAHA) dia pun bagi dengan air mata yang
bergenang. Aku siap sebut nama dia. Budak-budak sini takut cikgu tau nama sebab
nanti senang cikgu nak buat report.
Pastu aku panggil
dia.
Aku pot pet pot pot
cakap mak bapak hantar gi sekolah untuk belajar bukan bergayut pastu tanya
pakwe dia tu belajar lagi tak dia geleng cakap umur 15 tapi dah kerja. Okey. Aku
tarik nafas dalam-dalam.
“Saya tak marah awak
couple, saya tak marah kalau awak nak gayut dengan boyfriend awak tu. Tapi
waktu belajar, belajar. Bila semua kerja sekolah dah siap baru mesej, gayut. Kesian
mak bapak awak kerja siang malam nak sekolahkan awak tapi awak habiskan duit
diorang dengan topap. Saya tak pandang rendah dengan boyfriend awak yang dah
kerja dan tak sekolah. Tapi awak ingat kahwin ni senang ke? Awak nak cuma dia
sorang je kerja awak buat kerja rumah? Awak ingat cukup ke? Kalau awak nak apa-apa
dia boleh belikan ke? Takkan awak nak korek duit dia je? Dia pun kerja susah. Jadi
awak belajar lah sungguh-sungguh, nanti awak boleh tolong mak bapak awak. Awak boleh
tolong dia jugak.”
Aku dah lupa apa aku
bebelkan. Yang lawak, sambil aku cakap sambil kawan dia translatekan. HAHA. Pastu
bila aku stop, kawan dia tengok aku and cakap “cikgu, cakap lah lagi!” HAHAHA. Kawan-kawan
dia pun angguk-angguk nasihatkan dia. Haila budak-budak.
Lepas marah tu aku
cakap kat dia, “Hah awak berdiri tegak-tegak kat situ saya nak lukis muka awak
yang nangis tu!”
Pastu kawan dia
cakap “Ayyyooooo cikgu cantik la.. Lepas ni lukis saya pulak ya cikgu ya..”
Tapi masa tak cukup dan aku pun memang malas nak lukis semua orang. Bukan senang
and I’m not a pro! *sedih
Budak-budak tu cakap
“Ayoo cikgu you pandai lukis ye..” aku jawab, “Saya bukan pandai melukis tapi
saya suka melukis. Awak pun sama, awak tak pandai belajar, tapi awak suka
belajar, lama-lama awak jadi pandai.”
Macam Flounder
selalu cakap “teacher, you jadi cikgu seni la.”
Sebelum balik, aku
bagi handphone dia balik. Ouh, gambar yang aku lukis tu dia mintak and aku cuma
tulis study hard. Itu je. Huhuhu. Susah kan nak tolong semua orang? Aku
harap sangat Priya boleh digest bebelan aku tu.
p/s: Sekarang aku
tau kenapa orang selalu cakap orang tua lebih dulu makan garam. Ya, aku dah
makan garam lebih awal dari students. Dan terima kasih ALLAH untuk itu.