Assalamualaikum.
Okay tak lama lagi
nak masuk sem baru. Semester terakhir. Selepas 4 tahun, masa yang aku
tunggu-tunggu akhirnya tiba jugak! Perasaan?
Okay kalau dulu aku
memang happy sangat-sangat nak habis belajar sebab aku nak kahwin! Yeay! ;p
HAHA. Okay itu memang sangat lame, tapi hidup mesti ada tujuan kan? Aku jenis
manusia yang dah plan apa yang aku nak buat dalam satu diagram pokok. Aku ada
pokok impian.
Mula-mula nak masuk
UPSI, pastu nak kahwin, nak naik haji dengan ibu dan ayah nak bla bla bla. Okay
sekarang aku nak naikkan dahan kahwin ke atas sekali sebab itu belum tentu nak
dicapai lagi dalam masa terdekat ni. Buat masa ni aku nak fokus study. Tak kira
lah orang cakap otak aku tak penat ke, aku tak bosan belajar ke, ulat buku
sangat ke. Tapi itu pun tahun depan kut in shaa Allah aku nak consult dengan
penasihat akademik dulu.
Dulu memang
doplohpat jam fikir nak kahwin je. Macam tak terfikir masa dengan ibu dengan
ayah dah cukup ke, masa dengan Allah lagi lah. Sekarang mata dah terbuka
luas-luas. Dan sekarang in shaa Allah aku akan lebih menghargai segalanya yang
ada di sekeliling. Keluarga, kawan-kawan, masa terluang, pendek kata, in shaa
Allah tak ada yang terlepas pandang lagi.
Tadi buat
makan-makan sikit untuk kawan baik. Kawan baik aku kat kampung ni ada dua
orang. Kawan dah lama. Start tingkatan 1 dulu. Kiranya sekarang Alhamdulillah dah
bersahabat 11 tahun. Semoga persahabatan kekal sampai syurga.
Oh perasaan sekarang
macam agak nyesal tak manfaatkan semua masa untuk aktif kat kampus atau kolej.
Untuk adik-adik yang nak masuk U ataupun yang masih dalam alam Universiti,
tolonglah manfaatkan semester-semester anda untuk bergiat aktif. Okay? J
Mulai sekarang aku
post random-random je eh? :)

.jpg)
4 comments:
Yang lepas usah dikesali. Masa yang ada sekarang ini, jangan dipersiakan...
Akak doakan semoga semua yg diimpikan tu tercapai, amin!
Pokok impian eh? So sweet :)
wak pon post random jugakkk.. ahhKs
yeah! thanks bagi nasihat^^ Nmpaknya angan2 nk ber-angau pun kena tangguh dulu.
Betol, study elok2, jaga hbgn dgn makayah n Allah, bru bleh jaga rumah tangga nnti^^
Post a Comment