Aku dah ada kat
tempat orang. Nak memperjuangkan lagi satu semester. Lagi 4 bulan. Kali ni tak
lama sangat macam semester-semester sebelum ni sampai setahun aku tak balik. Bukan
namanya perjuangan kalau takde pengorbanan kan?
Kali ni entah
kenapa pelik sangat rasanya nak mengharungi semester akhir padahal awal-awal
dulu bukan main aku nak cepat habis 4 tahun ni. Ceh. Sekarang dah berat hati
pulak. Dan kali ni, hati kemain berat nak balik belajar. Siap homesick dua tiga
hari sebelum terbang. Kalau aku homesick mulalah keluar sakit macam-macam.
Kejap lagi dalam
dua hari lagi sem baru buka lah. Macam-macam hal nak fikir sem baru ni. Thesis,
pembentangan itu ini, macamana nak pack semua barang dalam kotak pastu pos via
laut, ah macam-macam lah. Tapi malas lah nak fikir semua sekaligus. Kena fikir satu
demi satu. Jangan kalut jangan serabut. Semua benda ada jalan.
Sebelum terbang
aku dapat satu SMS dari adik aku Is.
“Kak, kat sana
cari calon tau!”
Arghh kau aku
sepak jugak karang. Kau ingat senang ke? Ah nak belajar bagi habis dulu. Lain hal
belakang cerita.
Semoga urusan
kita semua dipermudahkan Allah. Tajdid niat, belajar kerana Allah. Segalanya,
kerana Allah.
p/s: Nurash, blog
awak ada malware. Takdapat nak masuk. T.T


No comments:
Post a Comment