Assalamualaikum.
p/s: Silakan ambil feel dengan tekan butang play dulu.
Buat insan yang dirindui, aku doakan khabar mu baik-baik saja dengan insan-insan kesayanganmu. Semoga
Allah sentiasa memayungimu dengan rahmat-Nya yang tidak putus-putus. Walau aku
tidak pernah lagi mendengar suara dan khabar mu, tapi nama mu tak pernah lupa
ku selitkan dalam tiap doa yang ku titip pada-Nya. Kata Dia, minta pada-Nya,
Dia akan tunaikan. Justeru, aku kirimkan kesihatanmu, minta dimudahkan
urusan-urusan mu, minta dibahagiakan kau, minta dijaga hati mu, minta diberi
kau hidayah dan petunjuk-Nya, minta diberi ketetapan iman mu.
Kadang, ada rindu
mengusik hati ku. Mahu aku sampaikan pada siapa rindu ini? Pada mu kah? Aku tidak
minta rindu ku berbalas, tidak juga minta dibuka hatimu kembali pada ku. Cuma aku
bisik pada-Nya semoga apa jua keadaan yang kau hadapi jangan engkau
ditinggalkan sendiri tanpa Dia. Kerana aku mahu kau bahagia, di dunia dan di
akhirat. Dengan atau tanpa aku itu terpulang. Kerana itu soal kedua. Soal pertamanya,
kau bahagia. Dan rindu itu aku biarkan sepi. Sepi tak terungkap pada sesiapapun
kecuali Dia.
Aku masih sayang. Aku
masih mahu percaya janji-janji manis mu. Aku masih mahu percaya saat kau kata
tunggu, kau akan datang. Datang dengan hasrat untuk mengambilku dari ayah dan
ibu ku. Aku masih mahu tunggu. Tapi aku sedar, selama mana aku tunggu, kalau
Dia bilang kau bukan untuk ku, kau dan aku takkan bertemu. Takdir dan janji-Nya
selalu meredupkan hati ku yang panas bergelojak rasa. Hadir-Nya selalu
mendamaikan aku. Padahal Dia selalu ada. Aku yang seringkali lupa. Jadi, aku
tekad untuk percaya cuma pada janji-Nya.
Ya, ada yang
menganggu gugat ketenangan. Ada yang datang dengan janji-janji sama. Dan ya, hati
ku tidak mahu memilih. Hati ini masih mahu membeku, masih mahu bisu tanpa rasa.
Mungkin sebab jauh di lubuk hati ku terdalam aku masih menanti mu?
Bukan. Ikhlasnya aku
tidak memilih bukan sebab aku masih cinta pada mu. Tapi aku makin cinta
pada-Nya. Sesuatu yang seharusnya aku buat dari dulu. Meletakkan Dia nombor
satu. Bukan tidak mahu mencari. Tapi bukankah lebih baik aku mencari cinta dan
kasih-Nya dulu sebelum aku mengemis cinta yang lain? Aku mahu mengenali Dia
sepenuh-penuhnya sebelum aku mengenali selain dari mu. Aku mahu lebih kenal
Dia, aku mahu Dia di tempat teratas dalam hati ku. Aku pernah lupa pada-Nya,
harus sekarang waktunya aku membalas segala keterlekaan dan keterlupaanku. Harus
sekarang aku menebus segala kejahilan lalu.
Tipu kalau aku tidak
terfikirkan mu. Sudah ku kata aku pernah rindu, terlalu rindu hingga aku
menitiskan air mata untuk mu. Tapi tahu apa yang menenangkan aku? Doa-doa yang
ku titip lewat sujud ku. Ketika aku sangat dekat dengan Dia, aku lupa padamu.
Jujur, aku akan
selalu teringatkan mu. Mungkin takkan pernah melupa tentang mu. Tentang masa-masa
kita yang terbuang itu, waktu kita leka mencinta dunia yang semu. Aku takkan
lupa pada mu. Insan yang mewarnai hidup ku, juga insan yang mendekatkan aku
dengan Tuhan ku.
Sekarang, biarlah
cinta ku berlabuh cuma untuk Dia. Dan cuma kalau Dia izinkan cinta ku berlabuh
di perhentian lain dalam lautan kasih dan cinta-Nya, mungkin aku akan cuba
mencinta, berpandukan suluh cahaya-Nya. Tenang. Lautan yang bergelora dan ombak
yang mengganas ini senang dilalui dengan bantuan-Nya.
Jujur telus ekslusif
dari hati, aku rindu. Cuma Dia Yang Maha Mengetahui tahu hati ku. Aku mahu
mencintai Dia. Dia yang tahu hati ku. Dia yang tak pernah akan mengecewakan ku.
Dia, Tuhan ku.
Seharusnya kita
selalu kembali kepada Dia bukan cuma saat kita mempunyai masalah dan pilihan. Tak
selayaknya kah Dia disembah tanpa menyelesaikan masalah dan pilihan kita? Bukankah
kita terlahir ke dunia ini dan masih bernafas ke hari ini kerana Dia?
p/s: Untuk
kawan-kawan yang mahu hati ku terbuka untuk lelaki lain, aku sudah beritahu aku
takkan menutup hati ku hanya kerana seorang lelaki. Lagipula, aku tidak memilih
untuk mencinta, Dia yang berhak melabuhkan dan menarik sauh cinta itu dari
hati. Kamu faham kan?
*senyum*
Agak susah nak
fahamkan kawan-kawan baik tentang ini. *menghela nafas yang berat dengan
panjang*
I miss being in love. I miss waiting for text messages, opening letters and constantly thinking about the person I love. I miss looking around and see things that remind me of him. I want to be in love again but this time, I’ll wait for each prayer so I can bow down in sujood and be in the closest I can be to Him. I want to open my holy book each time with this feeling of anticipation and excitement. I want to look around and see things that remind me of His greatness. I want to be in love again. But this time, with The Almighty. SUMBER
I miss being in love. I miss waiting for text messages, opening letters and constantly thinking about the person I love. I miss looking around and see things that remind me of him. I want to be in love again but this time, I’ll wait for each prayer so I can bow down in sujood and be in the closest I can be to Him. I want to open my holy book each time with this feeling of anticipation and excitement. I want to look around and see things that remind me of His greatness. I want to be in love again. But this time, with The Almighty. SUMBER

7 comments:
muga Allah perkenankan doa orang yang ikhlas terhadap insan yang dia kasihi. ameen..
apa pasal tangkap syahdu subuh2 ni Noor..apa pun Kak Zan doakan Noor temui apa yg dicari dlm hidup..apa saja sama ada cinta hakiki atau cinta dihati..
IM : Amiiinnnnnn.. :)
Kak Zan : Hahahahaha. Syahdu eh kak? :P heeee~ xde la, semalam ym ngan kawan pastu dia cakap takyah tunggu orang yang sama. Hahaha. :P
Amiiiinnn~ semoga kita jumpa cinta hakiki kan kak? :) amiiinnn~
sayu nye hati bace entry norr ni..kite tabah & kuat kan !!.. :)
#lagu sigma tu lagu kegemaran nisa taw noor.. siap buat ringtone hp lagi..hihi..#
memang syahdu entry ni....
semoga Allah labuhkan hati kita ni untuk insan yg boleh membawa kita menuju jalan Ilahi...
lagu ni missha selalu jugak dengar..
ehm...i love ayat yg last tu :)
Insya Alah. kita kejar cinta Dia. :)
Nor ada kat mana sekarang ni .
Adi.
Post a Comment