Allah itu Maha
Besar. Allah Maha Pengampun. Justeru atas dasar kekerdilan seorang hamba, aku
memaafkan. Semuanya. Dengan harapan semuanya memaafkan aku juga. Kerana aku juga pendosa. Aku juga pembuat silap. Untuk siapa-siapa
saja, aku tak pernah marah. Jauh sekali membenci. Mungkin di sudut hati, aku
terluka. Tapi luka itu bukan tiket untuk aku membencimu. Selamanya takkan
begitu.
Aku doakan Allah
permudahkan urusanmu. Aku doakan kau bahagia, meski tanpa aku.

No comments:
Post a Comment