Nur Hani itu bukan sahaja putus cinta, malah dia telah menyerahkan mahkotanya pada
lelaki itu. Lebih pedih dari putus cinta sahaja, kan? Kita melatah dengan
kejadian dan kesusahan yang menimpa kita. Tetapi kita boleh teruskan hidup dan
mencari cinta baru. Nur Hani pula terpaksa hidup dengan masa silam dan
kebodohan lampau sehingga ajal menjemputnya nanti. Dia juga bersedih, dia juga
menyesal sama seperti anda. Saatnya anda menenangkan diri dengan mengatakan “insya-Allah
aku akan dipertemukan dengan yang lebih baik”, Nur Hani sedar kedudukan dan
kelayakannya untuk mendapat yang lebih baik. Nur Hani tahu dia tidak layak
untuk mengangankan sebuah pelamin indah untuknya lagi. Ada yang lebih teruk
nasibnya dari kita. Bersyukurlah kerana sebenarnya Allah mahu kita mendahulukan
cinta-Nya. Nur Hani kini cuma punya Allah sebagai tempatnya mengadu. Kalau dia
mengadu pada masyarakat, masyarakat akan mengutuk dan membencinya. Hakikatnya,
dia juga manusia. Dia membuat silap, dia berdosa, dan kini dia menyesal dan
bertaubat.
Buat
Nur Hani, usah gentar andai manusia tidak boleh menerimamu lagi. Allah tahu
segala-galanya. Serahkan segalanya pada Allah. Kalau Nur Hani boleh kuat,
kenapa tidak kita yang masih boleh merangka pelamin indah dalam angan-angan?
Oleh
itu, head up, stay strong and fake a smile. In time, you’ll be alright!

No comments:
Post a Comment