Thursday, 10 May 2012

Dalam usaha menyibukkan diri. #2#


Assalamualaikum.

Hari ni aku ada mid-term paper. Minggu ni memang tersangatlah penat. Tersangat sibuk sampai tak menang tangan. Tulang empat kerat yang aku ada terpaksa dikerahkan semaksima mungkin sampai tidur entah ke mana-mana pergi masanya. Minggu ni memang aku tak cukup tidur. Assignment berjoget lambak! Ouh, mid-term paper tadi? Alhamdulillah, insya-Allah okey.

Aku sebenarnya bukan nak cakap pasal mid-term pun. Aku nak cakap yang hari ni aku dapat dua mesej dalam inbox emel! Teruja sebab emel-emel tu datangnya dari Ustaz Muhammad Syaari Abdul Rahman, penulis buku Kepemimpinan al-Fateh dan kak Meen Zulaikha, penulis buku Kasih yang Suci a.k.a Nora Elena!

Sebab aku dapat emel? Mesti lah sebab aku yang emel dulu HAHA. Aku nak mintak video hebat yang ustaz tunjuk masa program hari tu. Aku nak tunjuk kat kawan-kawan baik tentang kebesaran Allah bilamana semua yang ada di bumi dan di langit tunduk pada Allah. Lepas tu dengan Kak Meen pulak, aku beli novel online. Sebab aku nak dihujani dengan buku-buku. Tak sabar!

Distractions ni semua boleh buat aku tak ingat kesedihan. Kawan-kawan, kena pandai pilih distraction tau. Yang masih selari dengan norma-norma kehidupan muslimah. Yang buat kita cantik di mata Allah. Yang menjaga hati kita supaya Allah sayang kita lebih.


p/s: Video tu tak dapat lagi, insya-Allah kalau ustaz dah bagi karang aku letak dalam blog. Benda baik kena lah dikongsikan dengan seluruh rakyat jelata, kan?

*Insya-Allah malam ni ada program forum bersama mualaf. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua. Dan urusan kau juga.*
Gambar ni aku ambil dari handphone kawan baik. Aku tak tau source dari mana tapi gambar ni comel sangat dengan mesej yang sangat comel untuk diaplikasi dalam kehidupan seharian kita. Kan?

1 comment:

Miss SheiLa said...

nanti sinopsis la video sma cerita tuh.hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...