Lepas
perjumpaan ko-kurikulum unit beruniform pagi tadi, aku dan kawan baik terus menonong ke
kedai buku untuk cari buku latihan. Untuk aku, dua buku untuk pelajar tingkatan
dua. Satu ikut silibus buku teks dan satu lagi fokus untuk grammar semata.
Komen
untuk unit beruniform? Entah sejak bila aku dah tanam dalam hati aku sangat
geram dengan PPIM (aku PPIM dari darjah 4). Sebab tiap-tiap sekolah yang aku
pegi semuanya punya ahli yang lembik-lembik belaka. Aku tak suka tengok PPIM
lembik! (walhal diri sendiri sangat lembik). Jadi, aku nak aktifkan PPIM
sekolah. Kenapa? Bila awak dah nama Puteri Islam awak kena jadi ayu lembik
serta merta lah? Awak tak boleh kawad betul-betul angkat kaki 90 darjah? Mentality,
mentality.. Sekarang aku agak segan nak komen lebih-lebih. Ya lah, saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. Aku cuma
tolong-tolong guru pembimbing dan tegur yang mana patut. Insya-Allah perjumpaan
kali ketiga nanti kitorang akan buat pertandingan sandwich! (nomnomnom!)
Aku
nak didik diri tak nak tinggal solat dhuha. Tak boleh nak malas-malas. Selagi sempat
solat, solat. Kalau aku sendiri tak paksa diri sendiri, siapa lagi nak paksa
aku? Aku nak jadikan solat dhuha sebagai kebiasaan aku. InsyaAllah. Biasakan yang
betul, betulkan kebiasaan.
Solat
dhuha senang je. Dilakukan 2 sehingga 12 rakaat dengan setiap 2 rakaat satu
salam.
Niat solat dhuha:
“Sahaja
aku Solat Sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala”
Lepas
al-fatihah, rakaat pertama baca surah as-Syamsi/al-Kafirun, rakaat kedua baca ad-Dhuhaa/al-Ikhlas.
Banyak kaifiatnya solat dhuha ni.
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya
diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” – Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi
“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga
perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan
setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat
Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap
bulan” - Hadis
riwayat Al-Bukhari dan Muslim
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota
seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu
sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang
demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” – Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim
p/s:
Lepas ni nak cari command dan peraturan-peraturan kawad. Dah terantuk baru terngadah. -_-"
Kawan-kawan, jom biasakan diri tak tinggal solat dhuha? Doakan saya terus istiqomah dalam mendidik hati, melenturkan kehendak nafsu. Saya doakan anda juga terus istiqomah di jalan yang diredhai Allah. Semoga Allah mempermudahkan urusan kita semua. ;)

6 comments:
Tapi kakak lihat PPIM sekolah anak kakak boleh tahan juga Noor.
Solat dhuha amat mudah kalau dah biasa rasa tak selesa kalau nak tinggal. Sekejap benar. Kalau macam Noor lagi waktu rehat pagi dah boleh buat. Kakak memang biasanya siap berwudhu' dari rumah sampai office sebaik on air-cond, computer terus solat dulu.
Kak Zakie : Huhuhuhu~ ye ke kak? Yg sy tgk setakat nih semua lembik-lembik. Huhuhu. Sdey.
Sy ngajar petang kak. Hee. Senang sket. Cuma kdg2 klo ada prjumpaan pagi balik 10:30 kena trkejar-kejar sket la kejar waktu. Heeee~
Doakan sy istiqomah ya kak! ;)
PPIM biasanya lemah lembut jer..teringat akak masa sekolah dulu..nak kawad pun malu...hehehe
Pertandingan sandwich tu tentu mnyeronokkan.....
MP : Heee~ sy dulu kak siap ada ustaz jerit sbb tangan tak sampai 90 darjah. Hahahah
Semoga diorang buat sandwich sedap2 sbb sy yg akan jd pengadil. Heeee
insyaallah, semoga kita terusss memperbaiki diri kn?trs mnjdi contoh yg baik buat keluarga,amin...
lor.. smpi kol 11 jerk erk. dulu de org kate selagi blom masuk zohor ble jerk dhuha iskk slh info la kite ni
Post a Comment