Ibuku cemburu. Kata ibuku, aku buat
entri sempena Hari Bapa seolah-olah hanya ayahku saja yang wujud di dunia ini.
Hahahaha.
Ibu, andainya kau tahu. Sebelum jariku
lancar menulis kata, air mataku akan lebih dulu mencurahkan rasanya. Rasa cinta
untukmu. Terlalu banyak cerita denganmu sehingga jemariku seakan malu hendak
mengarang kata, otak ku ligat mengatur ayat-ayat indah. Ibu, aku juga cinta
pada mu seperti aku cinta pada ayah. Tanpa kalian, mana mungkin aku hirup udara
di atas mukim cinta Allah ini.
Tanpa kalian, siapalah aku ini.
Sungguh, sehingga habis nyawaku pun budi kalian takkan dapat ku balas.
Aku cinta ibu dan ayah ku. Selamanya.
Dan kerana cintaku ini aku mohon agar Allah pertemukan kita lagi di syurga-Nya
nanti. Semoga keluarga kecil kita selalu bersama. Di dunia dan di akhirat,
insyaAllah.
Ibu, aku mohon jangan
cemburu lagi ya? Kasih ku tak berbelah bahagi. Jujur telus ekslusif, buat mu
dan buat ayah.
p/s: Tengah tunggu makcik balik sekolah. Semoga Allah permudahkan perjalananku. Kan aku dah cakap, aku yang akan disurprisekan oleh hari ini. Sampai sekarang aku tak gerak lagi sebab tadi aku ke sekolah kejap (aku pernah jadi guru ganti kat sekolah tu). Apa yang jadi di sekolah? Nanti lah aku ceritakan. InsyaAllah. ;)
Dan, aku agak ragu-ragu sekarang sama ada dapat meneruskan perjalanan atau tidak. Cuma hatiku bulat nekad untuk bertemu nenek sebelum praktikal. Heh.

4 comments:
Your Mum is really the best!Kak Ayu masih ingat lagi Kak ayu pernah tinggal ngan Mama.Dia suka sangat siapkan kakak pi skolah, ikat rambut kakak, bagi kakak makan sedap2.(^_^)Rindu ngan Mama...:)
Heee~ mama mmg suka ikat rambut, hiaskan budak2. She is the most patient woman on earth! Heee.
Pun rindu jgk. Huhuhu
http://ohgadisitu.blogspot.com/2012/06/segmen-smart-blogger-award-june-season.html
jom sertai nie ukhty,,,
i love my mom :)
Post a Comment