Kenapa
agaknya kenangan suka menjengah bila hati mula sembuh dari luka?
Oh,
mungkin kerana ALLAH tidak mahu aku terlalu teruja.
ALLAH
tidak mahu aku lupa pada Dia.
Sebab
kau lukakan hati aku, aku makin dekat dengan ALLAH.
Alhamdulillah!
Kata
seorang sahabat “Hari ini anda lebih baik dari semalam.”
Terima
kasih sahabat. Mungkin aku telah menemukan kekuatan dari kekuatan orang lain.
kesakitan dan kepayahan itu tidak lain dan tidak bukan hanya untuk mendekatkan
kita lebih kepada Tuhan.
^_____^
p/s:
Ujian itu (walau apapun bentuknya) adalah wasilah dari ALLAH agar kita lebih
dekat dengan Dia, kan? Sahabat-sahabatku sayang, jangan sedih dengan ujian,
sebab itu tanda ALLAH sayang kita. MasyaALLAH! Bertuahnya kita! ;)
Untuk
seorang sahabat maya, insyaALLAH hari ini akan cari waktu membalas warkah mu.
Semoga ALLAH terus memudahkan urusanmu juga! ;)

2 comments:
IM pernah terbaca satu kata-kata:
Adalah bijak jika kita dapat belajar dari kesilapan diri sendiri. Tetapi kita bijaksana jika dapat belajar dari kesilapan orang lain.
hidup ini tidak akan putus kecuali bagi orang yang putus asa.
ehem... peringatn buat diri IM juga..hik!
Terima kasih IM! Semoga ALLAH terus menguatkan IM juga! ;)
Post a Comment