Mencintai
mu justeru tidak mudah,
Sehingga
aku malu sendiri dengan cara ku.
Mencintai
mu membuat ku lelah,
Dengan
gelak tangis suka dan kecewa.
Tapi
mencintai mu mengenalkan aku pada erti cinta.
Kalau
ada yang bertanya cinta itu apa,
Sekarang
ini aku sudah ada jawabnya.
Cinta
itu lukisan.
Dicorakkan
semahunya dengan warna mu tersendiri.
Cinta
itu warna, masing-masing saling memerlukan,
Untuk
saling lengkap-melengkapi.
Cinta
itu duri,
Semakin
ditekan semakin kita merasa sakit.
Cinta
itu sungai,
Akan
mengalir sederas-derasnya walau dihalang batu-batuan.
Tapi
aku lupa.
Cinta
itu juga lilin,
Membakar
diri untuk bahagia orang lain,
Cinta
itu langit,
Tetap
di atas tanpa perlu merendah untuk terus memayungi.
Cinta
itu mentari,
Tetap
teguh menyinar malah memberi pelangi lepas hujan.
Cinta
itu memberi,
Cinta
tidak meminta,
Cinta
menyapa sekalipun kau tidak mempelawa.
Mungkin
saja,
Aku
sudah terlalu mencintai sehingga aku rela menjadi lilin, mentari dan langit mu.
Mungkin
saja,
Aku
sudah terlalu cinta hingga aku mahu jadi bumi yang tetap setia menanti
kembalinya rintik hujan.
Tapi
tetap aku mendoakan agar kau baik-baik saja,
Walau
bumi ini kontang,
Walau
lilin ini habis terbakar.
Mungkin,
kerana aku sudah terlalu cinta.
NoorVictory,
Ramadhan 3, 1433H.
Bulan
Ramadhan ini kena didik hati dengan sabar sepenuh-penuhnya. Hindarkan diri dari
bercakap yang bukan-bukan dan rasa yang bukan-bukan.;P
Pentingkan yang lebih
penting dahulu, yakni redha ALLAH.
p/s:
Ouh ini cuma karangan puisi, bukan rasa apa-apa pada siapa-siapa. Pagi-pagi
begini otak cair betul walaupun depan mata ada bertimbun lagi buku yang nak
ditanda! ;P

10 comments:
Meniti bilah-bilah hari tidak salah mencari cinta kerana ia anugerah Allah yg amat bernilai diberikan kepada hambaNya
Beramal selagi boleh...
:))
nice one indeed. Salam perkenalan dari KA n dah follow u 60 yek
cinta juga adalah satu ujian dari Allah untuk menilai sejauh mana setia atau lalainya kita...
sakit sgt bile mengharapkan cinta manusia.. tp ade cinta yg sntiasa bahagiakn kite iaitu cinta Allah :)
Cinta itu sepatutnya membahagiakan, tapi mungkin masih blm bertemu dengan cinta sebenar...tabah dan sabar.Allah maha tahu, bila masa yang sesuai.:)
kite memikir kan. coretan di atas merujuk cinta pada siapa.? :)
Kakzakie : Ya, betul tuh kak. Cinta itu wasilah cinta Tuhan jugak, kan? ;)
Anis Nisa : =)
KA : Terima kasih! ;)
IM : Setuju..;)
Cahaya Hidayah : Betul, cuma cinta-Nya yang telus. ;)
Kak Ayu : Ya kak..;)
anis : Cinta di atas merujuk pada cinta manusia. Boleh juga ikut perspektif masing-masing..;)
Indahnya bait2 puisimu ini dik :)
Terima kasih kak! ;)
Post a Comment