Hari ni sangat sibuk
sebab nak antar buku laporan pengajaran. Lepas tu hari ni ada bacaan tahlil
untuk cikgu sekolah kami yang baru meninggal dua hari lepas (innalillahhi wa
inna ilaihi roji’un – al-fatihah).
Bahasa Inggeris. Peraturan
saya dalam kelas sangat mudah. Pertama, ikut semua arahan saya. kedua, jangan
ada sampah dalam kelas. Saya tahu subjek ini tidak mudah dan ramai yang tak
minat. Tapi kalau cuma saya sorang yang beria-ia nak tolong tapi pelajar takde
inisiatif nak tolong diri sendiri, saya tak boleh nak buat apa. Saya takkan
marah-marah dalam kelas (sebab saya pun malas nak marah-marah, kalau marah pun
saya gerenti awak tak takut – sebab adik-adik saya tak takut kalau saya marah).
Saya takkan bagi nama awak kat guru disiplin. Selagi awak buat semua kerja
yang saya suruh. Saya bukan suruh awak panjat pokok kelapa, buat bangunan, cuci
kain berbakul-bakul, tangkap ikan, saya cuma suruh awak buat satu buku journal
dan tulis diari awak hari-hari. Saya nak awak kayakan kosa kata Bahasa Inggeris
awak semua. Kalau awak tahu banyak perkataan, insyaAllah awak boleh kuasai
semua kemahiran berbahasa Inggeris (listening, speaking, reading and writing). Saya
cuma nak awak buat latihan yang saya bagi. Itu aje. Bila kerja dah siap saya
takkan larang awak nak bercerita dengan kawan-kawan awak.
Sampah. Saya tak
suka buang sampah merata-rata. Saya tak suka orang lain buang sampah
merata-rata. Saya tak suka sampah merata-rata. Selain mengajar insyaAllah saya
akan cuba didik nilai ini dalam diri pelajar-pelajar. Kalau masuk kelas kena
pastikan kelas bersih dulu. Kalau nampak sampah merata-rata saya akan cuba
kutip. InsyaAllah. Kalau nak didik orang lain, kita kena didik diri sendiri dulu, kan?
Kalau nak suruh orang lain buat sesuatu, kita kenalah buat dulu, kan? Dakwah itu
bermula dari diri sendiri. Kita boleh berdakwah dengan senyap, iaitu
mencerminkan perbuatan yang baik. Guru idola pelajarnya. Besar tanggungjawab
seorang guru ni (dah jadi guru baru sedar. huhu). Tahu tak orang yang buang sampah merata-rata adalah orang yang zalim sebenarnya? Sebab maksud zalim dari segi istilah ialah orang yang meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya (menurut buku teks Pendidikan Islam tingkatan 3 masa aku sekolah). Sampah letaknya dalam tong sampah, bukan atas lantai, dalam lubang tandas, dalam parit, bukan juga dalam laci meja. Untuk maksud zalim dengan lebih lanjut, rujuk SINI ye. ;)
InsyaAllah this is my personal jihad.
Ya Allah,
permudahkanlah urusan hamba dan urusan seluruh muslimin muslimat seantero
dunia. Jadikan lah kami orang-orang yang sabar dan redha dalam mendepani
ujian-ujian Mu.
p/s: Esok Hari Sukan
Sekolah!
When you find yourself in a position to help someone, be happy because
Allah is answering that person’s prayer through you. SUMBER.


7 comments:
Assalam...dakwah bil hal..murid2 ni kdg2 takut utk berckp dlm Bhs Inggeris, takut salah sebut..
Morning Noor..
Thumbs Up!
Kakya doakan yang terbaik buat Noor.
Nohas : InsyaAllah sy nak fokus writing dulu utk pelajar2 nih. Sambil2 tuh terapkan sket2 beranikan budak2 nih cakap English.
Kak Ya : Wish me luck kak Ya! ;) <3
selamat mendidik anak2 bangsa.
Teacher rupanya akak ni. MasyaAllah!
moga terus ikhlas mendidik harapan ummah. May Allah bless u :)
hehe garangnya teacher niii...but MasyaAllah very sweet :')
betul kadang-kadang kata-kata kurang berkesan berbanding qudwah (contoh).
semoga menjadi pendidik ummah yang awesome...insyaAllah
whitecappuccino : Sama-sama lah kita..;)
naqib saad : InsyaAllah. Syukron 'ala du'a! ;) may Allah bless you too.
Huda : Xgarang pun sebenarnya. Heheee~ insyaAllah ukhti. Mohon doanya selalu. ;)
Post a Comment