Wednesday, 11 July 2012

Mohon bantuan.

Assalamualaikum.

Setiap hari aku akan masuk dua kelas yang berbeza. 2R dan 2T. Dan kedua-dua kelas ini sudah tentunya mempunyai tahap pengetahuan yang berbeza-beza. 2R mungkin aku boleh klasifikasikan sebagai kelas yang agak cerdik, dan kelas 2T pula, bukan kurang cerdik, cuma mereka malas dan tak mahu mencuba.

T__T sebagai seorang guru, sudah tentunya aku sedih. Bukan hanya kerana aku penat menjerit-jerit memberi arahan itu dan ini tapi tidak dipedulikan, tapi kerana pelajar-pelajar ku ini ambil enteng tentang bahasa kedua ini. Hari itu ada seorang budak cakap “cikgu, cakap BM lah cikgu.”

Bukan, bukan cikgu memartabatkan bahasa luar. Bukan meminggirkan bahasa ibunda. Cumanya, cikgu sedang mengajar awak semua bahasa kedua. Justeru, mahu tak mahu awak semua kena juga didedahkan dengan bahasa itu. Bagaimana mungkin cikgu mengajar tentang bahasa kedua ini tapi menggunakan bahasa lain sebagai bahasa pengantar? Lagipula, kalau bukan cikgu yang menggerakkan awak semua untuk berbahasa Inggeris, siapa lagi? Untuk memaksa diri sendiri, erm. Entah lah. Awak semua ada jawapannya, kan?

Lagipula, bukan cikgu berbahasa Inggeris secara total. Cikgu buat bilingual dalam kelas, kan? Dengan harapan agar awak semua mudah menerima. Walaupun cikgu terpaksa ulang benda yang sama ulang kali dan setiap kali memberi arahan cikgu terpaksa jerit-jerit memandangkan awak semua tak reti duduk diam dan mulut itu tak berhenti-henti nak cakap itu ini. Tambahan lagi budak-budak kelas sebelah yang suka-suka nak intai-intai kelas kita dan bawa kawan awak berbual di tingkap. Ya ALLAH, sedih.

Sebagai seorang guru, aku merasakan aku gagal.

Hari ini awak semua dah mencabar kesabaran saya. Alhamdulillah setakat ini sabar saya masih ada batasnya. Entah bila hendak berada di luar batas, wallahu’alam, semoga awak tidak menemukan sisi cikgu yang itu. Cikgu sendiri tidak mahu melihat diri cikgu hilang sabar dan hilang kawalan. Mungkin akan memalukan diri cikgu sendiri saja. Dan mungkin akan menyakiti awak semua.

Sungguh, cikgu sedih bila awak semua tidak mahu sekumpulan dengan rakan berlainan bangsa. Hancur sungguh hati ini melihat pelapis kepada pucuk pimpinan di masa hadapan menolak untuk bergaul dengan rakan lain rumpun. Apa nak buat? Buntu. Sedih.


Menyentuh soal journal yang aku tugaskan pula.

Kata seorang pelajar ku, “cikgu, kehidupan kami tiada yang menariknya. Tiada apa yang hendak ditulis dalam journal ini.”

Senyum.
“Kalau awak nak tahu, selangkah awak keluar dari pintu rumah, dari situ pengembaraan awak dah bermula. Kalau nak lebih menarik, awak gambarkan sungguh setiap kejadian yang awak lalui. Macam saya, hari-hari pun sama. Pegi dan balik sekolah. Buat teaching aids dan lesson plans. Tapi hari-hari ada pengajaran yang boleh kita ambil. Sebagai contoh, hari ini kena take note satu perkara:

-Satu senyuman sudah cukup untuk menceriakan hari. Dan wajah masam anda mungkin akan merosakkan hari seseorang.-

Hah. Walhal diri sendiri kurang senyum. Siap ada pelajar cakap ‘she has a tiger face, but a girl’s heart’ HAHA. Tapi hari ini aku memang bersedih sebab kepulangan diterima dengan wajah masam. Tapi husnuzzon saja. Mungkin kawan baik itu ada masalah sendiri, mungkin dia juga penat. Erm. Sebenarnya, saat buka mata pagi itu, pengembaraan awak telah pun bermula.”

Entah, tapi aku memang suka kutip pengalaman hari-hari. Hari-hari akan bercakap dengan diri sendiri macam bercakap dengan diari.
Ah, masalah dengan pelajar yang suka bercakap tanpa henti dan racism masih memeningkan kepala. Sungguh!

Ouh, hari ini lepas puas membebel aku menyanyi dalam kelas. Aku malas nak marah lama-lama. Pun juga malas nak pujuk (nanti naik kepala). Lepas habis kelas budak siap tanya lagu apa yang aku nyanyi tadi. Lagu Hurry Home to Roturua. Tau? ;)
ALLAH, kami tidak minta Engkau permudahkan jalan ini, tapi mohon agar Engkau jadikan kami dalam kalangan hamba-Mu yang redha, sabar dan ikhlas dalam menjalani takdir yang telah Engkau tetapkan.

p/s: Ada idea untuk menangani pelajar begini? Mohon bantuan. T__T

11 comments:

Dinas Aldi said...

Teruskan semangat itu dik! Akak semakin hari semakin kehilangan semangat dalam kerjaya tapi setiap hari berdoa & berusaha mencari semula "passion" itu.

azzizatul.huda said...

Teacher jangan marah-marah ya. Tahu tak kisah Imam Hasan Al-Banna? Katanya, jadilah seperti pokok. Walau dihujani batu, dibalasnya dengan buah-buahan yg ranum.

You know what, saya pun sgt nakal masa sekolah. Bersusah payah saya 'menyusahkan' cikgu dgn perangai pelik bin mengada-ngada saya....cikgu tu sabar jer. anak2 ini mungkin mahukan perhatian, so we give.

I think her du'a, change me a lot. Bukan du'a pendidik itu berkat?

Ingin di kongsi kisah seorang sahabat. Anak kecilnya terbuang air kecil di riba Rasulullah SAW. Lalu si sahabat menyentap anak itu dari riba Rasulullah dgn kasar. Fikirannya, mana boleh berbuat begitu pada Rasulullah SAW yg mulia itu.

Wajah Rasulullah SAW berubah lalu menegur sahabat itu... (tak berapa ingat apa yg disebut)..." Anak itu tak kan lupa apa yang kamu buat sebentar tadi (menyentap kasar) "

student itu ujianNya dengan sikap ketidak matangan mereka. Ujian utk kamu sbg guru, membantu mereka menjadi matang.

mohon pada Allah. bismillah.... <3

makchaq said...

jadi cikgu memang banyak cabaran.. tambah2 sekarang budak2 dah macam2 ragam.. tapi ganjarannya pun banyak bila ilmu tu dimanfaatkan..

NoorVictory said...

Kak Dinas Aldi : Hari tu ada cikgu senior ckp dlm surau "lama-lama nanti kau akan penat juga. kerja guru nih penat!" takut jugak sy kak. Huhuhu~ semoga sy terus macam nih.. Dan semoga akak jumpa passion tuh! ;)

Huda : Ya, betul.;) sedang berusaha utk sabar sesabar sabarnya. Haha. Semalam lepas marah2 cuba pujuk hati diorang dgn lagu. Diorang xnmpak cara sy sayang diorang. Kesian budak laen yg betul2 nak belajar. Alih2 kena bebel. Haha (ntah macamna muka sy marah sy pun xtau, kawan2 asyik tanya macamna sy melenting dlm kelas. hahaha)

Syukran nasihat! Akan terus sabar insyaAllah.;)

makchaq : Ya makchaq. Budak2 skrg ragamnya pelik2.. Huhu. Semoga ilmu bermanfaat yg dismpaikan dimanfaatkan, kan makchaq? ;)

YaYaNsMuM a.k.a YM said...

sbr banyak2.kesabaran tuh dpt pahala, dear. Didik diorang dengan penuh hikmah dan jgn lupa doakan diorang jadi anak2 murid yg baik. Bukan sahaja jadi guru diorang, tapi jadi sahabat baik diorang.Tp, biar ada limit.Mcm tu la kakak menangani student bermasalah dulu.Bila diorang sudah grade dr University, diorang still ingat kakak, :)

insan_marhaen said...

pengalaman IM dengan Akhmal dan pengalaman ibu_suri sebagai guru tadika dulu, anak-anak yang nampak seperti bebal dan tidak masuk pelajaran ke otaknya mungkin mengalami LD atau masaalah pembelajaran.

IM selalu rasa seperti kecewa bila melihat guru-guru memarahi pelajar tanpa merujuk kepada yang lebih pakar.

bimbangnya ialah guru bertindak salah tempat dan yang menjadi mangsa adalah anak anak kita!

whitecappuccino said...

kerjaya ni perlu tahap kesabaran yg tinggi..ini antara cabarannya.

.::Nor Sahbillah::. said...

Bersabarlah lagi dan lagi dan lagi. Allah sengaja mau bagi kau pahala bonus dengan bersabar. :)

NoorVictory said...

Kak Ayu : Sedang cuba sungguh-sungguh, kak. Sedang cuba untuk selalu adakan dorang dalam doa. Klo diorang xingat pun xpa, kak. Huhu. Yang penting apa yang diajar tuh drg ingat. Akak doakan sepupu kakak nih terus sabar ya! ;)

IM : Saya berpegang pada itu. Lain orang lain levelnya. Cumanya kadang-kadang sy sedih tengok budak-budak yang bergaul ikut bangsa. Huhu~ yang itu macamana nak tangani? Doakan saya sabar dan kuat macam IM!

whitecoppucino : Huhu. Betul tuh kak. Cabaran nih memang mencabar. Doakan saya, kak! ;)

Nor Sahbillah : InsyaAllah. If Allah brings us to it, He will bring us through it, kan? <3 doakan sahabat mu ini terus tetap bersabar! ;)

.........cP~ said...

Salam.

Terpaksa jugak terus berusaha lagi. Tak semua benda yang kita nak akan dapat, tapi, usaha dan doa akan buat kita rasa lega. Sebab kita tau kita dah buat sedaya yang kita mampu. lagipun, hidup ni belum sampai ke akhirnya. Kita tak tau lagi macam mana penamat cerita hidup ni.Mungkin di akhir nanti semua pelajar2 tu yang nakal dan degil tu lah yang berjaya.

NoorVictory said...

Wlaikmslm. InsyaALLAH. Doakan ya! Semoga semuanya berjaya di dunia, dan di akhirat! ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...