Bismillah.
Assalamualaikum.
Hohoi. Terasa tersangat
lama tak meluangkan masa meluah perasaan kat sini. Dah berhabuk bersawang pun
blog ni.
![]() |
September buddies.
|
Okay. Sekarang ni aku ajar
budak-budak age between 4 to 6. Budak-budaknya Ya Allah… Allahurobbi…
Budak-budak kan. Nakalnya lain macam! Tak pasal-pasal aku kena bakal kalori
from 8 to 12. Hambek. Selalu malas nak exercise kan, sekarang rasakan berlari
berkejaran dengan kanak-kanak. Satu kelas tu semua umur ada. Sekolah ni ada
satu kelas je. Dan satu guru (iaitu aku). Dan satu pembantu (iaitu Huda). Dan 24
pelajar yang sangat riang gembira dengan dunia kanak-kanak mereka. Bayangkan,
dua hari lepas ada bilah kipas yang patah. Wohoo memang kreatif taraf lima
bintanglahhhh.. Pensel tu diorang
masukkan dalam kipas (macam yang aku buat dulu-dulu) pastu tetiba baju aku kena
tarik.
“Cikgu, kipas patahhhh..”
Yehaa terimalah rotan di
tapak tangan masing-masing wahai kanak-kanak lelaki sekalian! Dah namanya
jantan kan, memang tak sah kalau tak aktif semacam. Penat wehhh. Panjat tingkap,
tumbuk kawan, lari keluar kelas padahal cakap nak ke tandas tetiba aku tengok
dah buat perjumpaan rahsia bawah pokok langsat orang. Amboi. Terpaksalah aku
keluarkan suara jantan yang disimpan-simpan. Dengan gagah perkasanya aku capai
rotan, sarung selipar dan halau semua balik masuk kelas!
Yang perempuan? Huh. Sepuluh
kali sepuluh jugak. Dengan mulut becok mengalahkan makcik-makcik. Jenuh aku nak
paksa suruh buat kerja. Sikit-sikit ‘cikgu tahu..’, ‘Ibu saya kannn..’, ‘eh
semalam saya jumpa cikgu kat tamu..’. Serius aku suka layan budak-budak
bercerita, but not during class. Masa aku tengah tunjuk 7 + 7 dapat berapa masa
tu jugaklah keluar cerita pasal rumah atas langit, pemadam baru beli, yada yada
yada. Ohoiiii buat kerja dulu boleh tak cik kak? Kerjanya sekejap, mulutnya
banyak. -.- pening tahap giga.
Dalam kelas aku ada sorang
budak. Namanya Syifa. Syifa yang comel tapi kuat ngamuk. Entah dah berapa kali
badan aku jadi mangsa tumbuk dan tampar, dan entah dah berapa kali aku cuci
lantai kelas kena muntah Syifa sebab dia akan muntah lepas ngamuk dan main tak
hengat dunia. Awal dulu, asal dia ngamuk aku biar je. Bolayan sampai diam. Tapi
tak boleh jadi. Kena buat something. Aku mula melawan. Aku suruh diam. Berenti.
Tahu dia balas apa? “aku tak boleh berenti!!” ternganga aku dengan jawapan
budak 4 tahun tu. Pastu satu hari dia mintak tolong something. Tone dia tak
boleh nak down sikit mesti macam ala-ala nak mengamuk je. Aku cakaplah, “cakap
lembut-lembut” dia balas “cara aku bercakap memang macam ni!” ternganga lagi. Dan
semalam memang acara kemuncak aku dengan dia gaduh. Sebelum ni memang aku dah
ajar dia sabar dan cakap lembut. Kalau dia tak cakap lembut-lembut memang aku
takkan buat apa yang dia suruh (buka botol air, buka pintu nak pegi tandas dan
lain-lain). Aku rasa dia kena dimarah guna style orang dewasa kot. Tengah dia
ngamuk tu aku suruh dia diam pastu aku buat ala-ala nak kasi backhand satu kali
dengan suara macam orang nak ngamuk “Kau jangan ingat cikgu tak boleh ngamuk
macam kau! Lagi baik kau sabar sebelum cikgu mengamuk!” Aku nampak dia
mengangguk laju and terus lap air mata. Haha. Sebelum ni memang jenuh aku kena
pujuk cakap lembut-lembut sampai kena pukul bagai. Memang berbirat jugaklah
belakang ni. Pedih wehhh.
Dan sekarang, Syifa dah
boleh cakap sabar kat semua orang. Nada pun akan diturunkan bila aku sebut nama
dia tengah dia cakap kasar-kasar. Kadang dengan budak kena berkeras sikit jugak
ke? Nak tips?
Till then, jaga diri semua.
Aku rindu nak blogging tapi hampeh sebab gaji aku bulan-bulan memang tak cukup
pun nak bayar macam-macam. Kalau aku bagitau berapa karang korang nangis pulak.
HAHA. Anyway, ibu nak buka kedai makan. Bertambah-tambah sibuklah kitorang. Hohoi.
Mampu ke?
![]() |
Penyejuk mata penawar di hati.
|
In shaa Allah boleh!
.jpg)


3 comments:
assalamualaikum noor...
dah mula mengajar yer? mengajar budak kecik dan budak besar berbeza tapi cabaran tetap sama. mmg perlu bnyak sabar untuk menangani mereka..semua ambil masa. semoga terus tabah dan berjaya ya noor. comelnya mereka.
Assalamualaikum...
Subhanallah...pengalaman berharga untuk adik..
Gunakan sebaiknya n mg cpt2 dpt posting..
Nt tak ajar bdk yg bdk-bdk dah..:-)
kakak faezah
aku tahu kau boleh buat!
ehhe
Post a Comment