Friday, 9 November 2012

Diarrhea. Adik dan cerita hantu.

Bismillahirrohmanirrohim.

Assalamualaikum.

Okey dah lama sangat biarkan blog bersawang. Kalau blog macam rumah dah beribu-ribu kot labah-labah, lebah, anai-anai, semut buat sarang kat blog ni.

Malam ni tidur agak lewat sebab aku kena diarrhea (wah bagi term nak good-good padahal boleh je cakap cirit-birit dan muntah-muntah tapi nampak agak gross). Jadinya, perut dan kepala rasa sangat tak selesa.

Oh, ha. Tadi pun aku tengok movie dengan adik. Konon nak tengok movie hantu yang seram-seram sikit. Tapi adik nak tengok hantu lucu, nak forever Hantu Kak Limah mana boleh, akak dah bosan laaaa.. =.=

Pastu tutup lampu, suruh adik duduk dekat sikit sebab kononnya nak tengok hantu seram. Adik siap warning cakap “adik tengok tak banyak tau. adik tengok sambil tutup mata.” aku pun tarik kerusi kat dapur (dengan harapan esok ibu jangan risau sangat kerusi kat meja makan hilang satu sebab ada kat bilik anak dara ibu ni hah) dan letak cekodok pisang dengan air milo dan air mineral atas kerusi.

Tengah sedap-sedap tengok movie tetiba aku dah tak dengar suara adik. Aku tengok sebelah Ya Allah, budak ni dah terlelap bila entah! Grr =.=

p/s: Umur adik 8 tahun dan kitorang tak jadi tengok hantu seram sebab aku takut malam-malam kang adik ngigau nangis-nangis. Bukan sebab aku takut.
Oh untuk kak Dinas, rasa daging landak macam rasa daging biasa je. Macam ayam sikit kot. :)

6 comments:

Acik Erna said...

assalam NV..alasan bagus he he..takut adik mengingau.
acik memang tak kan tengok cerita hantu walau pun lucu.

insan marhaen said...

budaya takut hantu ini memang tersemai sedari kecil oleh mak abah kita. macam IM...

Kakzakie said...

Keluarga kakak memang dah tak dibenarkan menonton cerita hantu. Abang tak bagi lagi so kakak memang dah bertahun tak tengok lagi.

whitecappuccino said...

salam noor..anak2 akak takot tengok hantu org putih je..citer melayu tak tkot plk..

JR said...

Saya pernah banyak kali terjumpa benda2 pelik...org kata hantu, tapi saya sendiri tak pasti apa bendanya tu...

Dinas Aldi said...

Akak plak mmg coward (cehwah sama gak pdhal boleh ja ckp pengecut, kehkeh!) so mmg tak tengok cerita seram :D

Ooo gitu rasa mcm ayam eh.. *pejam mata sambil kecap2 lidah*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...