Sekarang kat rumah
tak macam dulu. Ayah dah tidur luar pastu handset ayah dah ikat dengan getah
sebab nak lekatkan ubat ayah. Ayah cakap kalau jadi apa-apa kat ayah call je
henset ayah pastu letak ubat tuh kat bawah lidah ayah. Huu~ makanan ayah pun
dah tak macam dulu. Aku masih kena adapt dengan suasana dulu. Ayah dah tak
sentuh makanan bergoreng. Makanan febret ayah semua ayah tolak tepi. Ayah dah
serik kot.
Aku pun dah siap
gosok tudung ngan baju in case jadi apa-apa lagi kat ayah. Kat rumah pun aku
pakai baju yang flexible. Bila-bila masa nak keluar tinggal sarung tudung je.
Jiran-jiran tak tahu
pun waktu ayah kena tahan wad. Sebab dah tengahmalam kan nak buat apa pegi
kejut jiran-jiran. Ibu cuma call jiran sebelah yang ada kereta je. Mintak tolong
hantar pegi hospital yang nak dekat 45 minit jugak dari rumah. Ayah taknak beli
kereta sebab fikirkan aku dengan adik-adik. Duit masih nak pakai untuk belajar.
Ayah setia je dengan motor NSR dengan Honda Wave dia tu.
Itu je kot aku nak
cerita dalam entri kali ni sebab aku taknak blog ni bersawang nanti orang ingat
blog ni dah jadi blog using terbiar pulak kan.
Oh, dan lagi,
semalam ibu masak daging landak pulak. Untuk Ismi dan kak Dinas yang tanya
pasal rasa daging bangau tuh, rasa dia manis-manis je. Hehe. Goreng je sebab
bangau kurus tak banyak isi. Sekian.
p/s: Isnin nanti students
nak jawab paper English. Mohon doa pembaca! ;D

5 comments:
hehe..oh yeke?
moga noor bahagia setiap hari :)
Daging bangau rasa manis2 eh, okeh. Dah daging landak pulakkk! Eksotik sungguh! Sapa suruh habaq, lepas ni sila cerita daging landak rasa camana pulak & masak apa, masak pedas ka, masak gulai ka, etc. Hehehehhh!
Semoga Ayah Noor berada dalam rahmatNya selalu, amin.
semoga ayah noor terus sihat.. hmm..ada mcm2 makanan ye daging landak & bangau..akak tak penah makan pun
Makchaq doakan kesihatan ayah Noor makin baik..
Landak makchaq besa makan.. tapi bangau tak pernah pulak rasa.. ingatkan orang tak makan bangau...
Sayu je bile baca entri nona ni.... dapat umi bayangkan dan rasakan kalau uni di tempat nona...........
Papa yang selamba dann handsome itu tengah sakit...... patutlah mesej2 bermakna tiada lagi beberapa bulan ni... Salam untuk mama... wanita kuat itu perlu lebih tabah lagi..
sekuat dan setabah Kinabalu...sekuat karang di pantai...
Post a Comment