Sunday, 14 April 2013

Cuti midsem dah habis.

Bismillah.

Jangan pernah membandingkan kehidupan kita dengan kehidupan orang lain. Penanda aras kita adalah kehidupan kita sendiri di masa lalu.
Assalamualaikum.

Okay. Sepanjang cuti ni aku stay kat UM je. Sebab senang, 2 dalam 1. Berukhwah dan cari bahan thesis. Dua-dua sama penting. Alhamdulillah bahan banyak kat UM. Dan boleh beramah mesra dengan kawan baik sejak tingkatan empat.

Kat sini aku jumpa 3 kawan baru. Tuhan tarik satu insan kesayangan, Tuhan bagi lebih-lebih lagi. In shaa Allah lebih baik. Kadang memang agak cemburu tengok loving couple bermesra-mesraan ke sana sini, gayut kat talipon… Tapi dengan sahabat-sahabat baru ni, aku boleh pegi mana-mana takpayah risau ada orang yang pandang lain macam. :)

Tadi kitorang pegi MidValley. Tengok cerita IpMan. Hehe. Aku bagi 4 bintang lah. Boleh? Sebab aku geram ada cerita yang agak tergantung. Ngeh. Jalan cerita best. Bayangkan kawan aku boleh srot srot kat sebelah sebab cerita yang menyentuh hati. Hehe (aku pun ikut leleh jugakkkk). Banyak pengajaran, best, tak rugi tengok, takde sensored-sensored punya cerita.

Lagi aku nak cakap, Alhamdulillah cuti mid-sem ni aku rasa tenang sangat.


p/s: Nanti aku datang UM lagi lah. Sebab pencahayaan kat sini buat kulit aku nampak lebih putih dan cerah. HAHA. Okbai.

1 comment:

Condoriano said...

Bestnya UM tiap-tiap kali outing boleh pergi MidValley.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...