Bismillah.
Assalamualaikum.
Dah
lama tak buka pekung di dada. Sorry peribahasa main tangkap muat sahaja
semoga faham hendaknya. Banyak benda yang nak diceritakan. Seperti yang pembaca
yang membaca blog ini tahu, sekarang aku tengah buat kerja sementara bekerja
sebagai guru di sebuah taska. Nak aku bagitahu ke nama taska tu? Tak payahlah
eh. Cukup aku cakap taska tu bagus, lebihkan Islamic study dan
budak-budak ni semua dah hafal surah-surah pendek, doa-doa, hadis-hadis dan
terbaharu, sekarang budak-budak ni dah hafal air mutlak, sifat-sifat wajib bagi
Allah dan macam-macam lagilah. Oleh sebab aku dulu ambil kursus Bahasa
Inggeris, aku mintak maaf sangat sebab aku lebih beratkan ke Bahasa Inggeris.
Bahasa Arab aku cuma ambil mana yang aku tahu yang ada dalam schemata ni
aje. Selainnya, aku cedok dari buku teks.
Ada
seorang budak, namanya Izat. Budaknya ya ampun Ya Rabbi nakal! Mak cik dia siap
ngadu budak ni kurang ajar. Wohooo. Mak cik, sila limitkan penggunaan
ayat-ayat kesat untuk pelahar-pelajar saya. Sekarang ni mak cik tu cakap Izat
dah ada perubahan, dah pandai dengar cakap. Agaknya Izat ni suka kalau orang
berlemah-lembut, manjakan dia lepas tu percaya kat dia. Kalau dulu, Izat ni
orang suruh belajar pun tak nak. Sekarang, bila aku sibuk ngajar, dia pegi
jerit-jerit mintak ajar sama. Tapi sayangnya, Izat tak kenal nombor, warna dan
huruf. Huhu. Bila masuk bab lukisan (other than language, aku suka art),
Izat akan bersungguh-sungguh melukis. Dan sayangnya, Izat tak kenal warna T.T
sebab tulah setiap kali melukis, pokok Izat akan warna ungu, pink,
merah, kuning, biru… Target aku nak jadikan Izat celik sikit sebelum
cuti sekolah nampaknya terpaksa dikuburkan. Huhu. Sekarang Izat dah pandai
manja-manja kalau aku bercerita siap boleh baring atas riba padahal dulu punya
main susah nak tangkap. Sabo ajelah.
Syifa.
Budak yang aku pernah cerita mengamuk sampai muntah tu sekarang dah…. Entah tak
tahu nak cakap apa. Dia bagitahu aku dia lebih sayang nenek dia dari mak dia. Hari
tu siap lari keliling kelas taknak ayah dia ambil. Budak-budak ni luang berapa
ajelah masa kat sekolah kan. Selebihnya kat rumah.
Lain-lain,
sekarang aku ambil upah buat assignment orang. Bolehlah kut nak topap
kredit henset, nak buat baju, kumpul duit nak tengok kawan kahwin. Hehe.
Oh
hah, to be honest, deep dalam kepala otak dan sanubari aku ada
sikit jeles kat kawan-kawan yang dah sambung masters oversea, yang nak
kahwin… Tipulah kut kalau aku cakap tak jeles sikitpun. I’m not made of
steel. Tapi takpelah kut. Rezeki orang Tuhan tulis lain-lain. Jodoh, ajal
maut, semua tu kat tangan Tuhan kan? Sabo je lah. Allah knows best and deep inside
aku doa sangat-sangat supaya aku pun diberi kesempatan untuk sambung study
oversea, soon.
Lastly,
takde dah kut. Agak sibuk sikit. Budak-budak 6 tahun nak konvo, nak sign
repotkad, pastu nak gotong-royong bersihkan sekolah sebelum cuti yada yada
yada.
Oklah,
till then, an idle man is a devil’s workshop. Sibuk-sibukkan diri
anda!

1 comment:
Serabut nak cuti sekolah... bila cuti hoorey-hooreylah... boleh honeymoon sikit.
Pasang niat dulu insya-allah ada rezeki dapatlah apa yg dihajatkan..
Post a Comment