Saatnya
anda berkata ini,
“143”
“I
LOVE YOU”
“Kita
la kapel jom”
“Jom
kawen lepas STPM”
Ketahuilah
bahawa anda telah memegang dengan eratnya hati seseorang. Ketahuilah bahawa dia
berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk anda. Dia telah cuba untuk menjadi
kegemaran anda selama-lamanya. Anda telah menjadi cinta pertama dalam hidupnya.
Dia tidak pernah tahu peraturan cinta. Saatnya dia membuat kesilapan,
anda bersabar dan berjanji akan selalu mengajarnya, akan selalu menjaganya. Kata
anda, dialah cinta mati yang takkan ditukar ganti selagi hayat dikandung badan.
Sebelum punya anda, dia suka berdiari. Setelah punyai anda, andalah diari,
andalah sahabat baik, andalah penyeri, andalah segala-galanya.
Anda
telah berikan dia sebab ketika dia persoalkan kesetiaan anda. Kerana dahulunya
dia sangat takut bercinta. Dia tidak percaya lelaki ada hubungan dengan komitmen sebelum kahwin. Tapi anda telah membuka matanya. Anda telah mencuri hatinya. Kenapa sekarang, di saat anda meninggalkan dia,
menjauhkan diri darinya, anda tak dapat berikan sebab? Mengapa menggantung
perasaannya? Mengapa biar dia termangu sendiri? Mengapa biar dia berteka-teki?
Suatu saat nanti apabila dia benar-benar berhenti mengejar anda, bukan bererti dia berhenti
mencintai anda. Tapi kerana baginya, anda tidak memerlukannya lagi di sini. Hatinya juga punya had.
Anda
pernah berjanji untuk kembali padanya suatu hari nanti. Entah mengapa jauh di
sudut hati kecil, dia masih percaya pada kata-kata anda. Tetapi kini, dia telah
berhenti berharap. Sepenuhnya. Dia cuma perlu jawapan dan sebab. Mengapa?
Kalaupun dia bersalah, mengapa dia dihukum sebegini rupa? Dia bayang-bayang
yang tak punya hati dan perasaankah?
Kini anda telah merenggut percayanya sekali lagi. Lelaki dan hubungan sebelum kahwin adalah cerita dongeng semata-mata. Bukan sahaja itu, dia percaya tiada lelaki yang boleh menjawab soalan "adakah kau akan setia padaku" walaupun telah berkahwin. Tetapi dia masih menyayangi anda. Seikhlas hatinya. Sampai bila-bila pun tetap
mencintai anda. Kerana cintanya tak punya syarat. Bodohkah dia?
Doakan
dia selalu kuat. Sekalipun anda tak sayang padanya lagi, doakan Allah selalu menjaganya.
Kenapa dan mengapa? Itukan namanya takdir? Allah menyayangi kita. Semuanya.
p/s: Ikhlas
dari hati, terima kasih sebab wujud.

No comments:
Post a Comment