Bismillah.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari
tu beria taknak online sebab nak habiskan dua buku yang dibeli kat Karnival MTQ
kat Kem Rakan Muda Bera. Sebab terasa diri dah buang banyak masa asyik duduk
atas talian.
Jadinya,
inilah hasil pembacaan cuti dari atas talian selama 6 hari. Untuk rekod, ini
buat pertama kalinya aku cuma ambil masa 3 hari untuk habiskan satu novel.
Ulang taip, 3 hari. Bukan 1 minggu, 1 bulan atau beberapa bulan, seperti
sebelum-sebelum ini. So, check this out. Review dari budak yang baru nak
belajar buat review. Harus ingat, ini pandangan aku, bukan pandangan umum.
Buku
1 : Rembulan Tenggelam di Wajahmu oleh Tere Liye.
Mula-mula
baca, agak bosan. Cerita penuh dengan teka-teki, lambat. Sampai aku ambil
keputusan habiskan buku 2 dulu. Tapi, semakin perasaan bosan mulai datang, aku
ditarik balik dengan 5 persoalan Rehan, watak utama yang akhirnya menemukan
jawapan-jawapan yang sangat jauh dari jangkauan akal jahil dan terhad manusia.
Perjalanan cerita penuh dengan teka-teki, cerita dalam cerita yang penuh dengan
kasih sayang, pemberontakan, kemaafan, taubat, tentang sebuah hati yang sarat
dengan luka yang tidak menjumpai penawarnya selama 60 tahun. Tanpa sedar, air
mata ikut mengalir bila Rehan mengutuk-ngutuk langit atas semua bencana yang
menimpanya.
Buku
2 : Rona-rona Cinta Damascus oleh Sheila Warni.
Penceritaan
agak cepat sampai kadang-kadang aku tertanya-tanya dah berapa bulan, berapa
hari atau berapa tahun dah berlalu. Terlalu banyak watak yang membuat aku
keliru. Tapi, cerita ini sarat dengan pengajaran, pengetahuan am,
sejarah-sejarah Syria yang membuat kita turut jatuh cinta pada bumi Anbia’ ini.
*cemburu dengan Manal Husna, watak utama yang sangat solehah. T.T
Okey,
itu aje setakat ni. Ada buku aku review lagi sesuka hati. Selamat berhari
selasa! ;D
p/s: Mintak maaf tulisan kecik. Entah kenapa! :(




5 comments:
bagusnya hobi ni kan? bnyak ilmu kita dapat..
akak pun suka baca novel, tapi brgntung pada mood jugak..kadang2 baca sikit jer, kalau tak brapa best, simpan terus novel tu..hehehe
Selamat membaca dik. Bagus jugak rehatkan diri dari online & luangkan masa untuk membaca bagi pengisian minda :)
rajinnya ko baca byk tu....
wak pon dh lama x baca buku novel jugakkk.,ahHKs
Post a Comment