Thursday, 15 November 2012

Ibu.


Assalamualaikum.

Ini entri buat ibu. Ibu yang penat seharian bekerja, menjadi suri rumah sepenuh masa. Untuk ibu yang prihatin, sentiasa memberi perhatian, tanpa mengharap apa-apa balasan.

Ibu, Noor sayang ibu. Noor mohon, ibu jangan sakit-sakit ya. Betul cakap ibu, kalau ibu sakit, satu rumah akan sakit. Ibu orang kuat keluarga. Ibu kuat. Ayah pun cakap ibu kuat. Ibu jarang melatah. Setiap ujian menimpa ibu tempuh dengan sabar.

Malam ni tiba-tiba ibu sakit. Ibu nangis. Kami semua mati kutu, ibu. Kami tak tahu nak buat apa. Ayah cakap nak bawak ibu pegi klinik, tapi ibu cakap tak payah. Ayah nak panggil makcik yang pandai urut tu datang, tapi ibu tak kasi. Sudahnya, kami bertiga yang urut ibu. Kaki, tangan.

Aku tengok adik, aku nampak adik nangis. Aku tak boleh nangis sama. Sebab ayah tak nangis. Aku taknak biar ayah kuat sorang-sorang. Tapi aku tengok mata ayah ada cahaya, mesti air mata ayah bergenang.

Ibu dah terbiasa tak ngadu dengan orang. Aku tau ibu sakit kat dalam. Aku tau banyak yang ibu pendam.
Ya ALLAH.. Tahun ini dah sangat susah untuk ibu, hamba tahu Engkau takkan uji ibu tak sesuai dengan kemampuan ibu. Tapi hamba mohon, walau apapun, Engkau jangan biar ibu sendiri. Kami sayang ibu.

Aku sangat kagum dengan adik. Umur baru 8 tahun tapi dah pandai berdikari, betullah, adik dah matang sebelum usia.

Adik cakap, “malam ni adik taknak tidur, adik nak jaga ibu.”

Adikkkkk… T______T

Ibu terlalu banyak memberi perhatian dan kasih sayang, sampaikan kita terlupa yang ibu juga manusia yang perlu perhatian lebih, kan?

p/s: Mohon doa untuk ibu.
Nanti bila ada masa terluang akan lawat kawan-kawan blogger, insyaAllah.

2 comments:

Karukord Jagau's said...

semoga ibu cepat sembuh ye ...

Dinas Aldi said...

Semoga ibu dik Noor akan segera sembuh, amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...