Sunday, 17 June 2012

Buku.#1#


Tentang persoalan. Tentang kita, anak-anak gadis. Tentang masa depan yang kabur. Tentang upaya menjalani takdir. Tentang redha dan berserah. Tentang hidup. Yang perlu diteruskan.
#dah lama nak beli tapi kewangan tak mengizinkan. bila loan dah masuk hati gumbira dan terus ke POPULAR berdekatan! ;D
La Tahzan Gadisku
RM18.00
PENULIS : NAJLA MAHFUZH
ISBN : 978-967-5426-15-5
PENERBIT : MUST READ SDN BHD

SINOPSIS

Apakah yang paling di takuti oleh anak-anak gadis masa kini? Masa depan? Walaupun mereka menjalani hidup ini dengan tenang dan bahagia, namun dalam pada itu harus anda akui masih ada banyak perkara yang menyebabkan kegelisahan yang berpanjangan di sebalik semua keceriaan itu.

“Macam mana dengan masa depan saya nanti?”

“Pasangan bagaimana yang harus saya pilih kelak?”

Bukankah persoalan-persoalan seperti ini sentiasa bermain di fikiran anak-anak gadis kita?

Oleh itu, melalui buku ini, penulis bawakan berbagai-bagai kisah penuh inspirasi buat mereka. Kisah-kisah ini di satukan supaya dapat dijadikan panduan dan iktiber serta pengajaran bagi membimbing mereka menjalani hidup yang lebih bermakna. Di samping itu mereka juga perlu sentiasa istiqamah dan seterusnya berserah kepada Allah SWT, insyaAllah masa depan mereka pasti cerah.

Tauuuu.. Tauuu. Dah lambat. -_-" dah ramai yang dah khatam bukunihnyepunnn~

Oh well, malam ni nak baca buku ni dan kalau tak habis mungkin akan sambung baca dalam tren on the way ke rumah nenek. Esok. InsyaAllah.

#dear granny, SURPRISE!!!!#

Jangan aku disurprisekan dengan ketiadaan nenek di rumah dan tak ada apa nak disumbat ke dalam perut sudah.


Oh ya, SELAMAT HARI BAPA DAN SALAM ISRA' MI'RAJ!

8 comments:

ieda said...

menarik buku nie ..
akk x berapa minat membaca buku2 novel .. kalau buku macam nie .. suke juga ;)

NoorVictory said...

Heee~ sy minat jugak novel. Sy pilih novel2 yg membina jiwa.. Pun best jugak. Klo yg ada kisah romantik pasangan suami isteri atau kekasih yg melebih2 mmg sy tolak tepi.. Heee~

Deru Ombak said...

Dear Noor..

Dah habis baca belom. Kalau sudah nanti gitau. Kita debat.
Alaaa Noor..Pass yahoo lupa sudah. I will create one then will let you know. N3 hari bapa sgt sweet. I will comment later on that.

Ok ye budak xpandai masak. Cemana nak kawen tu? Haha..

hae_za said...

waaa dh baca ye.. mesty best kan.. niza ary tu nk beli tp dh hbs... iallah nak g esk lau de masa terluang.. ehehehe =)

NoorVictory said...

Kakya: Heee~ sy masak yg simple2 jak kak Ya. Ikut selera tekak sy, xtau macamna nk ikut selera org laen. Jd sy concludekan sbg xtahu masak la. Hehehehe~ okai, dah habis baca nanti sy bgtau kak Ya! ;)

Niza: Ada 1 lg buku best tp da xbnyk kena jual. Huhuhu~ nyesal xbeli awal2. Tajuk dia Di Mana Dia di Hatiku, by Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Btw, buku nih sy baru start nak baca.;) awak pun beli lah. Jom sama2 baca. Hee~

.:naqib saad:. said...

Kalau ada la tahzan terunaku okay jugak. hoho.

saja nak bgtw, novel bru ustzh fatimah syarha "Cinta high class" sangat osem. try la baca. :)

NoorVictory said...

Haha. Semoga akan diterbitkan.

InsyaAllah. Hari tuh ada nampak kwn punya & baca sikit-sikit. Akan cari juga klo bkesempatan. Tengkyu perkongsian.;)

hae_za said...

iallah noorvictory.. niza masih mencari... lagi nie.. hehehe.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...