Tapi aku tahu Dia
tidak tidur.
Dan mata ku belum
mahu lelap.
Walhal aku mahu
bertemu Dia.
Di satu pertiga
malam-Nya.
Dan dunia masih
tidur,
Dan aku masih jaga,
Dan mata ini masih
degil juga,
Belum juga mahu
lelap.
Kiri kanan, aku toleh.
Kiri kanan aku
kalih.
Kiri kanan, aku
geleng.
Dunia sudah tidur.
Apa kau masih mahu
bangun?
1, 2, 3,
Detik masa ku kira.
Aku mahu tidur,
Aku mahu bertemu Dia
di satu pertiga malam-Nya,
Petang tadi aku
qoilullah,
Mungkin sebab itu
mata ini masih jaga?
1, 2, 3,
Detik masa aku kira.
Aku mahu jaga juga di
sepertiga malam-Nya.
Dan jam loceng,
Kejutkan lah aku
subuh nanti,
Dan bantal, kejutkan
lah aku subuh nanti,
Dan iman, kejutkan
lah aku subuh nanti.
Ramadhan 19, 1433H.

2 comments:
Allah swt yang selalu ada setiap masa tidak kira siang malam..subhanallah :)
nice. :D take note :)
hehe :D
Post a Comment