Hari
ini semua penat. Jadi, kitorang pun buat solat terawih jemaah kat rumah je.
Lepas
solat, buat lah sesi tazkirah sikit.
Kebelakangan
nih, dalam rumah selalu je ada yang sakit hati sana, sakit hati sini, nyampah-nyampah..
Aku
rasa, semua ni start sebelum Ramadhan lagi.
Mungkin
masa tuh syaitan tengah berusaha keras nak cucuk jarum dalam hati kami.
Supaya
jarum tuh tinggal dalam hati kami Ramadhan nih, tinggal lagi syaitan pegang
remote control dari neraka (eh, korang paham tak metafora entah apa-apa nih?.
Biasalah,
kita kan tak perfect. Masing-masing ada kesilapan.
Dan
ALLAH Maha Tahu segala kekurangan kita.
Lalu
ALLAH turunkan wasilah dalam kalangan kita.
Untuk
menasihat, untuk menegur lepas laku kita.
Kadang-kadang,
nasihat atau peringatan itu disampaikan dengan cara yang kita tak boleh nak
terima.
Kadang-kadang
menyakitkan, menyentapkan, mengguris hati.
Tapi
jangan pandang cara orang tuh sampaikan nasihat, lihat isi nasihat dia, renung
kesilapan kita.
Memang
boleh marah, hak kita nak marah sebab orang tuh nasihat dengan cara yang
membuat kita marah.
Cumanya,
lepas marah, sila fikir balik kenapa orang tuh nasihat dan apa kesilapan kita.
Jangan
marah lama-lama. Nanti persahabatan entah ke mana, sikap buruk tuh jugak yang
kau usung sampai bila-bila. RUGI!

4 comments:
Memang isi nasihat tu yg perlu diberi perhatian tapi biasalah sebagai manusia, nampak cara penyampaiannya sesaja (termasuk akak jugak). Sama la macam pelajar, kekadang dia tak mau terima ilmu yg kita beri kerana dia kata cara kita membosankan, etc. Cara penyampaian juga penting.
Jangan terasa naa, ini sekadar pendapat akak yg jahil ni saja :)
Tak terasa pun kak. Jangan risau. Heee~ lain orang lain cara dia kan kak. Sebagai cikgu kita kena beri perhatian dengan semua orang. Kalau semua orang sama nanti bosan jugak kan kak? Takda variasi. Heee~ ;)
Terima kasih kak! =)
Di katakan begini, sekiranya kita tidak berupaya memberi nasihat, atas sebab2 persahabatan, kita doakan yang terbaik untuknya.
Dalam context nasihat menasihati ini, penasihat harus ada pendekatan yang mesra insan, dan penerima nasihat hendaklah menerima dengan hati yang terbuka Dan dada yang lapang.
Sebagai manusia biasa kita tidak dapat lari dari perasaan marah, benci, menyampah Dan sebagainya. Tetapi satu perkara yang perlu di ingat, cara seseorang itu tidak sama, tapi tujuannya hanya satu, untuk kebaikan, kerana Allah.
"to tell the truth is more harder than to tell lies"
Apabila kita merasa yang diri sudah cukup sempurna, tetapi dalam context sebenarnya, banyak lagi kekurangan yang perlu di isi dengan ilmu.
It takes time to become a perfectionist .Too many things to be taken into account. A lot more to perform in terms of behavior,way of thinking,perception and many more.
Cool!
Your comment is never a disappointment kak Ya! :)
We'll never be too perfect as we are human, kan kak? :)
But if we are willing to change to the better us, that's cooler! Hee
Post a Comment