Bismillah.
Assalamualaikum.
So takde kaitan dengan isu Bajet 2015.
Hari ni aku ambil CRK yakni Cuti Rehat Khas ataupun
dalam versi aku, Cas-semula, Rehatlah Kau. Dan ya, memang aku tengah cas semula
lepas meeting English Panel kelmarin. Ok nak cakap bahawasanya, sebagai guru
baharu, apalah daya dan kudrat yang aku ada bila aku dah tak disuruh mengajar
tingkatan 5. Padahal kepala otak dah penuh dengan idea-idea baru untuk
dipersembahkan kepada students yang bakal menduduki SPM. Tak aci langsung ok! Dan
bila ketua panitia asyik tekankan pasal yang ajar form 5 adalah guru opsyen
ataupun dah 3 tahun mengajar, aku cuma boleh telan air liur. Aku guru opsyen,
tapi masih setahun jagung. Tak setahun pun lagi. Baru je empat bulan mengajar. Tapi
takpe la kut. Ada hikmah. Maybe I am just not good enough (secretly wishing my
students will make sonic boom out of their SPM results and is making secretly
devilish laugh – miahahaha! *finger cross! Aamiiinnn)
Oh. Dan selamatlah aku menjadi guru tingkatan 3 tahun
hadapan. Sekaligus merangkap guru PT3, sekaligus setiausaha English Panel,
sekaligus guru debate. Dan aku mintak nak jadi guru drama. Sampai hati sangat
diorang tak calonkan nama aku for drama padahal aku tengah secretly planning
for drama scripts!
Kerja kerajaan memang macam ni. Orang lain buat kerja,
orang lain dapat nama. Tapi tak kisah. Aku taknak nama tu semua. Cukup ada
kawan-kawan baik dan mak ayah yang tahu apa yang aku buat dan apa yang aku dah
hasilkan. Dan cukup ada sorang dua students yang cakap “Thank you teacher. Teacher
dah berpeluh-peluh mendidik kami Inglish. Kami sayang teacher.” Err..
Ok. Hari tu ada kawan baik datang menangis kat aku
cakap dia dibandingkan dengan kawan sebidangnya. Sebab ada sorang cikgu ni
cakap. “Kalau Miza (nama kawan baik – bukan nama sebenar) tu boleh la ust L
suruh-suruh macam tu. Kalau Dian (nama kawan lagi satu), dia tak berani punya.”
Dan Miza kemain meraung sebab dia rasa pada pandangan guru yang bercakap tu, dia
sedang dipijak. Hell no! Miza adalah spesies manusia yang suka tolong orang. Dan
aku rasa, tak ada istilah dipijak bila Miza buat kerja tu dengan rela hati. Lagipun,
kan ke bila kita mudahkan urusan orang lain Allah akan mudahkan urusan kita? Lagipun,
ust L tu cuma mintak tolong buat kertas kerja yang cuma perlu ditaip sikit,
dicopy dan cut sana sini lepas tu paste sini lepas tu print dan siap! Satu jam
pun boleh siap kut. Haila persepsi orang. Aku tak faham. Tolong ikhlas sikit
bila nak buat amal tu, boleh tak? Tak semestinya kita tak boleh buat apa yang
bukan kerja kita. Dear Miza, bertahanlah! Kita buat kerja tolong orang kenana
Allah, bukan kerana dipaksa atau dipijak. Selagi boleh tolong dan tidak
membebankan, kita tolong. J
Okay. Itu aje yang nak dibebelkan.
p.s
Sekarang tengah buat eksperimen One Word Essay. Harapnya tak lari konsep! (tak
faham? Err. Takpe. Bai)
1 comment:
Hai,
Rindu.
Jaga diri
Kbai.
;)
Post a Comment